|
isteri solehah
yg tahu adab dan amanah sebagai
kekasih somi...
(slalu jadi dan berusaha memberi pandangan dan layanan yg terbaik untuk somi dan
mengembirakan dia...)
kawan somi...
(boleh berkomunikasi dari berbagai sudut dan persepsi....besedia memberi teguran..menyedarkan suami jika somi lalai...liat bgn subuh ke...memberi semangat dan kata2 perangsang untuk somi ketika somi tengah bermasalah..menenangkan suami yg tengah bergelora hati dia...jadi peneman somi tgk bola live kat Tv sambil sedia kudapan ke..hapa ke...)
sebagai ibu kepada anak2 dia
(mengasihi...mendidik...membesarkan...menjadi kawan dan idola terbaik untuk anak2 dia...)
sebagai anak kepada mak pak somi
(menghormati parents dia...tak mengata yg bukan2 pasai pamily dia..mengasihi parent dia...)
itu pendapat haku..
sukar tp boleh buat... |
|
|
|
|
|
|
|
saje nak paste cerita kisah nabi ibrahim n nabi ismail regarding isteri solehah... dapat dari net....
menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 ajinomotonosuga's post
ntahla aji , aku pun tak konpiden dgn apa yg aku cakap
rasanya first screening yg dimaksudkan tu mcm ala ala first impression gak aji...dimata manusia
dari segi sudut budaya...org tgk perempuan pakai gitu org kata sejukk hati
dalaman siapa tahu Wallahuaklam... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #82 Lipton\ catat
Nak tanya skit la...apa yg saya faham lahkan, Jika orang yg tak dikenali (especially bukan mahram) nak datang rumah (in this case- nabi Ibrahim) nak masuk rumah, sepatutnya isteri solehah tidak membenarkan orang tersebut masuk tanpa izin suami( in this case - nabi Ismail). Ye lah, kan isteri nabi Ismail tak kenal lagi dgn bapa mertuanya, camner pulak dia boley bagi bapa mertuanya(yg tidak dikenali) masuk.
Ker isteri nabi Ismail dah buat MOU dgn nabi Ismail utk benarkan org2 tua masuk rumah erk tanpa perlu spesific izin?
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak tua baru belajar
Kalu salah tolong tunjukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 9-1-2009 06:51 PM 
Nak tanya skit la...apa yg saya faham lahkan, Jika orang yg tak dikenali (especially bukan mahram) nak datang rumah (in this case- nabi Ibrahim) nak masuk rumah, sepatutnya isteri solehah tidak m ...
dia sebut tiang pintu rumahkan..
mungkin perbualan tu berlaku antara si yg dtg cuma berdiri di laman
dan isteri mungkin hanya berdiri di pintu... sbb tu nampak tiang pintu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #89 ajinomotonosuga\ catat
Setuju aji cakap yg penting adalah hasil pengajaran drp citer pak pandir, sang kancil etc citer2 rakyat sumer tuh.
Bagi citer2 kehidupan para nabi nih yg dijadikan contoh yg menjadi ikutan. Bagi jad kena paham betui2 kisah nabi sbb perbuatan mereka nih merupakan ikutan membolehkan yg halal dan mengharamkan yang haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #88 faraway1\ catat
Yg bab hidang atau ajak makan minum bagai tuh, dalam area umah lah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 10-1-2009 10:09 AM 
Yg bab hidang atau ajak makan minum bagai tuh, dalam area umah lah kan?
minum kat luor lai besh jadree..open air
besok ko nak pi deting..pilih tempat kat luor kedai..aaa cam street cafe tuh..nak2 kalo sore sore..petang2 gitu..lomentis jek tau
 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #92 ajinomotonosuga\ catat
tuan umah nih dah off topic lar pulak citer pasai dating.
wokey2 nak bagi masuk skop balik, citer pasai camner isteri solehah pi dating erk ? Camner isteri solehah pi dating sebelum kawin dan lepas kawin?
Thanks bagi idea pasal tempat dating nih. Jad prefer dating kat park atau tepi tasik ker sambil brisk walk sama2. Kalu kat kedai tuh, nyampah toke kedai nengok nanti, yer lah duduk lama tapi air tak abes2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
daripada kefahaman ris selama ini membaca tentang perkara nihh.....rasanya perbualan nabi ibrahim dan menantu dia tuh berlaku di anjung rumah....... bukan di dalam rumah...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 10-1-2009 11:13 AM 
tuan umah nih dah off topic lar pulak citer pasai dating.
wokey2 nak bagi masuk skop balik, citer pasai camner isteri solehah pi dating erk ? Camner isteri solehah pi dating sebelum kawin dan ...
kalau solehah..sblum kawen..pi dating tu..misti bertiga..yg perempuan bawak adiknye ke..kakanye ke..maknye ke..
or dating ajek kat umah..pastu kawen..
itu aku punye pendapatla..
yg pasti..aku bukan solehah..itu aku sgt pasti.. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri solehah pakai kain batik
suami soleh pakai baju pagoda ..
koyak sket kat belah ketiak kiri  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hana at 10-1-2009 02:25 PM 
kalau solehah..sblum kawen..pi dating tu..misti bertiga..yg perempuan bawak adiknye ke..kakanye ke..maknye ke..
or dating ajek kat umah..pastu kawen..
itu aku punye pendapatla..
yg pas ...
ko memang bukan solehah.. ..nko soleklah |
|
|
|
|
|
|
|
bes plak bace post abg ajinomoto lam thread nih. mendalam gitu ayat2. kisah nabi ibrahim dan menantunya tu pon seronok gak. thanx Lipton for sharing ;)
aku mmg salu lepak FD ni bace2 masalah org kawin. Saje bkn ape, nk kasik mind ni realistik sket, so xde la nk expect life pas kawin ni rosy jek.
anyways pade pendapat aku la, jd isteri yg solehah (or suami yg soleh... im against gender discrimination too!) adalah mende basic. sme org kene try jadik camtu. sbb mende ni wajib. so supposedly it is simple n easy n applicable in all situation.
mende ni mcm apply job la. once da dpt job tu, sme org akan try jadik pekerja yg baik. ikut ape yg bos da guideline kite kene wat keje ape. memule tu mmg la hampeh. tp pas da training, rase senang jek.
so for me, once isteri tu da set mind dier nk jadik isteri yg solehah, dan ready nk blajar cane jadik isteri yg solehah, die dah pon jadik isteri yg solehah. nnt kalu ade salah silap kite just maafkan sebab sme org ade kelemahan dan die still dlm tempoh nk belajar.
buku2 psl hukum-hakam dan adab-adab dlm rumahtangga pon byk skang. bleh beli kt mane2 kedai buku. so sape2 pon bole snanye nk jadi isteri yg solehah ni bg aku. cume nk or xnak jek. |
|
|
|
|
|
|
|
ada salah satu hadith bermaksud :
擳idak sempurna dan lengkap seseorang mukmin kemudian daripada taqwa kepada Allah itu yang terlebih baik daripada isteri yang solehah. Apabila dipandang menyukakan hati, apabila disuruh ia taat. Dan apabila tiada suaminya ia memelihara maruah diri (kehormatannya) dan harta suaminya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|