kakn This user has been deleted
|
kakn besa la kek situ dulu2... makan tgh ari la.... hehe...maso tu sek kek TMS tu la... makan mihun goreng dio... sodap gak... tambah2 ngan sambal dio tu... hmm... ddaaaaapppppppppppppppp........... best ooo... |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat makan di PD (yang saya lihat ramai orang tempatan selalu pergi)
Sarapan,
A) Area : Bandar PD dan jalan menghala ke Lukut-Seremban.
1) Restoren Samudra(Hj Masron), Lokasi : Antara Stesyen Janakuasa TNB dan Jetty Shell. Menu special - Nasi lemak, mee serta lauk pauk, mee rebus, lontong, soto....ikut hari hari nya, Tutup hari Jumaat.
2) Restoren Mohamed, Lokasi : Depan station teksi di bandar PD : Menu special - Roti canai, tosey dll. Buka 7 hari seminggu
3) Roslan corner : Dekat jalan bypass selepas traffic light simpang empat. Menu special - Mee Jawa. Tokey pun orang Jawa. Sebelah ada servis basuh kereta. Tutup hari Jumaat
4) Warung tepi pejabat kastam. Lokasi : Tepi laut dekat pejabat jabatan laut dan kastam di Bandar PD. Tersorok sikit, nak ke warung ni kena masuk ikut pintu pejabat kastam atau jabatan laut dan keluar ke pintu sebelah satu lagi. Warung nya simple sangat - tak sesuai untuk keluarga makan - seelok nya bungkus, tapi orang ramai. Menu special : Nasi lemak dan lauk pauk. Orang rumah saya kata sambal nya yang paling best.Tutup hari Ahad.
B) Area : Batu 4, di pantai perkelahan
Tak ada tempat sarapan yang special untuk orang2 tempatan di kawasan ni. Tapi di medan letak kereta setiap pagi ada dua orang bukak meja jual nasik lemak yang siap berbungkut. Rasa nya OK. Ramai orang beli bungkus jer di sini. Buka 7 hari seminggu.
C) Area : Batu 8, Teluk Kemang
1) Pasar Teluk Kemang. Dalam pasar terdapat sebuah kedai jual mee udang dan mee kari. Ada saiz besar, sedang dan kecil. seeloknya try yang kecil dulu. Yang besar tu banyak sangat, sesuai untuk orang yang tak makan satu hari. Buka 7 hari seminggu.
2) Gerai nasik lemak di depan kubor, Teluk Kemang. Terletak di jalan ke pasar. Menu special : Nasik lemak, mee, lontong dan bermacam lauk pauk. Buka 7 hari seminggu.
Nanti saya sambung tempat2 untuk makan tgh hari dan malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat makan di PD (yang saya lihat ramai orang tempatan selalu pergi)
Makan tengah hari,
A) Area : Bandar PD dan jalan menghala ke Lukut-Seremban
1) Restoren Samudra (Hj Masron). Lokasi seperti dalam posting sarapan. Menu special : Asam pedas batu pahat, ikan bakar, siput sedut. Hari Khamis ada Nasi Beriani special.
2) Restoren Mohamed di bandar PD. Lokasi seperti dalam posting sarapan. Menu special : Nasi beriani dan ayam madu
3) Deen kari kepala ikan. Lokasi: Jalan lama, dari bandar PD ke pasar akan lalu restoren ni. Tapi restoren tak ada dinding, kira serupa gerai yang besar. Menu special : Kari kepala ikan dan ayam goreng
B) Area : Batu 4, di pantai perkelahan
1) Ada satu kedai di deretan bazar, ia nya terletak selang satu pintu dari farmasi. Kedai tak ada nama, tapi tuan punya nya kita panggil ustaz je. Sini pun banyak orang tempatan makan dan bungkus. Mungkin faktor utama ada lah sangat murah. Macam home cooking, tapi tak banyak menu. Cepat habis. Tutup : Tak pasti.
2) Lagi satu kedai betul2 terletak di simpang empat yang ada traffic light. Kalau dari highway akan jumpa restoren shariff mamak. Lepas tu bilik kanan ke PD, betul2 lepas beluk tu, sebelah kanan terletak kedai nya. Menu istimewa : Nasi dan lauk pauk. Mee goreng basah. Masaalah nya di sini, banyak lalat. Tutup : Hari Ahad.
Setakat ni tak ader jumpa kedai yang hebat dgn masakan negeri sembilan seperti lemak cili api. Ini di sebabkan pengaruh Melaka(asam pedas), ia nya pun bersempadan dgn negeri melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya catalyst... senang nak pegi carik makan..
saya leceh pegi PD, sebab susah nak jalan carik makan...
kedai manjang tutup jerk... nak makan kat hotel sesekali bolehla..
itupun kalau including... kalau tak... brekfast jer dah 20-30 hinggit satu kepala..
bab byk lalat tuh mmg takleh nak buat hapa... baru2 nih bawak anak2 pegi PD, dah takder tempat nak makan, terpaksa tapau nasik ayam kat satu kedai nih... tak ingat nama dia... tapi mmg tak sanggup makan kat situ... satu kedai penuh lalat... agaknya lalat pun customer kat situ gak..
okey cata, teruskan lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Makan kat Hotel pun Pearl pun tak der yang special nya. Sama jer dgn hotel2 lain...hotel food lah katakan.
.
.
Tempat makan di PD (yang saya lihat ramai orang tempatan selalu pergi)
Makan malam,
A) Area : Bandar PD dan jalan menghala ke Lukut-Seremban
1) Warung nasi ayam mak mah. Lokasi : Jalan bypass, sebelum traffic light simpang 4. Nama jer Nasik Ayam, tapi macam2 makanan yang di jual. Bukak 24 jam, 7 hari seminggu
2) Masria2. Lokasi : Jalan lama ke Lukut di antara Stesyen Janakuasa TNB dan Jetty Shell. Terletak sederet dgn Restoren Samudra(Haji Masrom) tu. Menu : Thai Food. Buka 7 hari seminggu.
3) Sea View Seafood village. Lokasi : satu hala dengan Masria2, jalan keatas lagi selepas Jetty Shell. Restoren ni China punya, tapi claim serving makanan muslim. YDP Agung, Yang di Pertuan Besar NS dan ex MB Dato Isa ada makan sini. Gambar2 mereka ada di pamerkan oleh tuan punya restoren. Menu : Sea food lah. Saya ada jugak ke sini bawa visitor dari oversea makan tgh hari.
B) Area : Batu 4.
1) PD kafeteria. Lokasi : Di kedai Mara menghadap pantai tu. Menu : Macam2 ada. tapi pada saya rating average jer.
2) Di Medan letak kereta tu skrg ada orang jual char Kue Teaw. Selalu nampak ramai orang makan di situ. Tapi saya bukan peminat Kue Tiaw. Tak singgah pun.
3) Di depan Bayu Beach Resort, ada gerai2 makan juga. Kedai nombor 2 dari arah bayu tu special dgn Nasi Goreng kampung. Tapi lambat servise nya, kena tunggu lama. Tukang masak seorang. Tapi kalau dok di Bayu hati2 untuk kesini jika jalan kaki, kereta banyak dan laju. Kat selekoh pulak tu.
C) Area : Batu 8 (Teluk Kemang)
Dua restoren Thaifood yang popular. Songkhla dan Jimat. Mana2 boleh try. Ramai orang tempatan yang makan kat sini. Lokasi : Berdekatan dengan Dataran Kemang, tempat tumpuan berkelah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain2 berkenaan Port Dickson.
A) Pantai
1) Pantai arah ke lukut. 2 tempat jer iaitu di Costa Rica dan Glory Beach Resort. Glory ni rate dia murah dari hotel2 yang setaraf di PD. Mungkin sebab nya pantai di kawasan tu tak bersih ia itu berlumpur. Lagi pula, kawasan pantai tu dekat dgn tempat pembuangan sisa air yang telah di rawat dari kilang penapis dan Stesyen Janakuasa TNB.
2) Pantai2 di sepanjang Jalan Pantai
2i) Pantai batu 3 setengah. Dekat dgn GSV. Hati2 yer bila mandi di sini, kerana ada satu jaluran yang berlekuk. Kalau air cetek, kita leka mandi di tengah, masa air pasang paras dada, nak balik ke pantai akan terperangkap di jaluran lekuk ni. Dah beberapa orang lemasl kerana ini termasuk isteri kepada kawan sekerja yang tinggal berdekatan dgn pantai tu. Tak tahu lah selepas baik pulih pantai, perkara ni dah di atasi.
2ii) Pantai batu 4
Sesuai untuk mandi sekeluarga. Pantai nya landai, gi ke tengah pun masih cetek.
2iii) Pantai batu 5, dekat Bayu Beach dan Yacht Club.
Tak berapa bersih kerana berlumpur. Banyak batu karang dan kulit siput laut.
2iv) Pantai batu 6 di Regency dan Tanjung Tuan resort.
OK. Bersih, tapi tak pasti sama ada landai, curam atau punya lekuk yang merbahaya. Tak pernah mandi situ.
2v) Pantai batu 8, Teluk Kemang
Sesuai untuk orang dewasa, pantai curam dan dalam.
2vi) Pantai batu 12(Blue Lagoon)
Cantek pemandangan lagoon ni. Tapi tak pernah mandi sini.
B) Pasar malam
1) Pasar malam hari Sabtu di batu 4.
Singgahlah, ini satu tarikan. Saya setiap minggu tak miss ke sini.
Ada sorang pak haji yang selalu pakai singlet berlengan warna puteh, jual kueh2 tradisional dalam loyang ayan. Kueh bakar nya special. Cukup telor. Di bahagian bawah garing dan di tengah2 lembut. Selalu sebelum Maghrib dah habis kueh2 nya. Saya juga suka beli lemang dari seorang nenek yang datang dari rembau. rendang negeri nya pun sedap. Ada seorang pak haji dari Jimah, hanya jual air soya dan tau fu fa sahaja, itu pun best. Gerai yang jual lauk pauk di sini ada dua buah, dua2 pun kira ok lah.
2) Pasar malam di Bandar Sunggala hari Jumaat. Masuk melalui jalan di tepi Sekolah Jururawat, naik terus ke atas.
3) Pasar malam dekat Politeknik hari Rabu. Jarang ke sini kerana jauh dari rumah.
C) Klinik
1) Klinik melayu di pantai batu 4 tu, Klinik Zahar nama nya. Tapi tutup pukul 9 malam.
2) Untuk kecemasan klinik 24 jam pun ada, Port Poliklinik. Lokasi : Jalan pantai, setengah Kilometer dari Bandar PD. Tapi sangat lah mahal charge nya.
Sekadar itu sahaja untuk saya kongsi bersama tentang PD. Kalau sesiapa nak bertanya lebih lanjut, boleh lah PM saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk2 tempat makan kat PD ni aku tetap pilih SeaView..:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
memang seaview sedap, tiap kali gie PD mesti makan kat situ, tak pernah miss. ketam dia, udang, pergghh.. terliur lak rasanya.
kalau balik pilah lak, mesti singgah mamak cendol kat tepi bus stop tu. tempat makan lain tak pernah try sebab selalunye kena makan kat rumah .. tak de chan nak try makanan kat pekan. |
|
|
|
|
|
|
|
saper pernah makan kek resoran Capati Korner..best kari dier...gi la cuba..kalau weekend sure penuh especially time brekfast tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adnil at 21-3-2005 04:55 PM:
memang seaview sedap, tiap kali gie PD mesti makan kat situ, tak pernah miss. ketam dia, udang, pergghh.. terliur lak rasanya.
kalau balik pilah lak, mesti singgah mamak cendol kat tepi bus sto ...
Selalu sangat dengar tentang cendol kat Stesyen Bas KP ni. Saya memang sebulan sekali lalu KP, ingat nak cari dan try cendol dia. Tapi nak tau kedai cendol ni bukak dan tutup pukul berapa yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ke Seremban boleh di katakan setiap minggu dan tempat makan tgh hari di Restoren Nelayan. Lama2 jemu pulak. Harap member forumers yang biasa dgn tempat makan di Seremban bagi cadangan - kalau boleh yang senang nak parking kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Den walaupun oghang N9..den tak tahu bona kodai2 makan kek Soromban tu..lai pun den dah lobih 20 tahun den tingga an Soromban.
Tapi kalau den balik kg, kato sobolah potang dari Hulu Langat..den ghoma singgah kek kodai lopeh ampangan tu..kodai tu sobolah kiri dari soromban nak ko kuala pilah..kalau kito sampai kek trafik light ampangan..dopan sikit dah jumpo kodai tu...den ghoma makan mee kueh tiaw..gerai eh banyak, tapi bayar kek satu kaunter jo..den tak ingat namo kodai tu..:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks AN, kedai tu kat sebelah kedai jual baju ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Catalyst at 2005-4-9 09:48 PM:
Thanks AN, kedai tu kat sebelah kedai jual baju ke?
Errrrrrrrrrr..tak perasan plak catalyst..tapi plaza ampangan tu boto2 kek Trafik Light ampangan tu..sobolah kanan...dopan plaza ampangan tu ado bazaar dan gerai2 makanan..tapi disitu den singgah..makanan dio tak sodap..mahal plak tu.
Kalau lopeh trafik light tu..ekau jalan slow2 pandang sobolah kiri..mesti jumpo punyo...tapi den raso dio bukak sobolah potang bawak ko malam jo. |
|
|
|
|
|
|
|
antara tmpt makan yg selalu saya pergi kat sbn ni sbb tak tau nak makan kat mana lagi..
1. victory restoran dekat oakland belakang makro - sapa yg nak try mee hailam, cantonese mee,nasi ayam, kuey tow goreng ala2 chinese .. kat sini ok.. tokey dia mualaf cina.
2. yg suka western food.. dkt oakland jugak.. restoran dia nama kesington n lagi satu coffee mug.. tu pun ok jugak .. harga tak mahal sgt.. tak murah sgt..
3. sizzling mee dgn claypot rice dkt giant senawang.. dkt situ je yg ok dgn anak tekak i..
4. johan tomyam yg lama.. dekat pekan senawang.. johan baru tu tak best langsung..harap tmpt je grand..
5. dkt simpang empat between bomba, jln nak gi ampangan, seremban.. kat traffic light tu.. jln terus.. dpn sikit dkt kedai accesories keta nama johan jugak.. ada satu stall jual nasi lemak dgn mee kari.. tapi makcik ni bukak gerai dia lepas pukul 8.. but then service ada skit slow sbb tak cukup org..
6. nasi beriani dkt benteng yg belakang the store baru.. kalau makan nasi beriani kat situ selalunya akan order sup ayam/kambing dia.. kalau tak pun gerai yg belakang sekali.. kat situ je satu stall yg ada jual yong tow foo sup.. lain gerai tak pernah cuba.. kalau tak pun nasi beriani dkt restoran negeri dpn punca emas or store lama..
8. kalau mcm nak relaks sikit..i gi kat secret recipe yg kat bawah karaoke center tu..
9. dkt dataran senawang.. dekat kedai kek yg sebelah kedai cermin mata tu.. tiramisu dia sedap jugak.. lagi satu blue cofee ke blue cafe.. camtu la nama dia lebih kurang..
10. laksa/mee kari kat bawah pokok kat tuanku jaafar.. siapa kerja kilang area ni mesti tau gerai akak ni..
11. sup gear box.. dulu abg ni bukak dkt sebelah railway tuh.. gerai dia dkt jalan nak gi ttj nih.. ada satu food court kat situ.. sebelah dgn petronas.. sederet dgn gerai dia ada satu lagi gerai yg jual masak melayu.. lauk dia boleh tahan jugak n banyak choice..
12. chapati corner.. hari ahad mesti teman my parents breakfast kat sana.. diorg suka sgt makan pagi kat sana.. segala macam roti ada.. harga boleh tahan..
ada lagi.. tapi lain kali lah yee.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi
Originally posted by bettyboops at 19-8-2005 10:37 AM
antara tmpt makan yg selalu saya pergi kat sbn ni sbb tak tau nak makan kat mana lagi..
1. victory restoran dekSample Textat oakland belakang makro - sapa yg nak try mee hailam, cantonese mee,nasi ayam, k ...
wah best ni....cik betty lagi cik betty oi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amat at 14-2-2005 11:24 PM
Byk2 tempat makan kat PD ni aku tetap pilih SeaView..:solute:
seaview yg mano satu ni...lenkali den poi nak gak cubo makan kek situ |
|
|
|
|
|
|
|
restoren phuket kek nilai tu dah cubo ko |
|
|
|
|
|
|
|
takdo sapo sobut R&K ko? Eden selalu poei yang kek Taman Tasik tu hah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Anego at 2-9-2005 07:18 PM
takdo sapo sobut R&K ko? Eden selalu poei yang kek Taman Tasik tu hah.
ado sobut Anego .. kek post2 dopan2 dulu kot ... jelitadangdut den x ponah makan kek restoren phuket tu ... mostly nilai ni restoren tomyam eh agak out ... den salu makan kek eastern tea corner or al salam |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|