|
dewa tanah ni ke yg slalu dlm cter cina depa panggil dewa tempatan? klu ada dewa2 dpd sorga turun ke bumi tak kiralah mana2 tmpt akan refer pd dewa tempatan dulu utk local news
lg satu kt tgh bandar klang ada sebijik tokong aji. siap ada kubah. ada cina siap ckp ini islam punya tok aji wooo. agaknya depa jumpa siap berserban bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Chang Er
Nama asal dia Heng Er, tapi ubah sebutan nama sebab pantang. dia bini kepada Houyi. Katanya dia duduk kat bulan dengan arnab-arnab. Kisah Chang Er dengan laki dia ni ada beberapa versi tapi watak Houyi laki dia ni adalah seorang pemanah.
Kisah 1
Ikut lagenda, dua laki bini Houyi n Chang Er ni adalah worang samawi (makhluk langit). Satu hari, 10 ekor anak maharaja Jed bertukar jadi sepuluh bijik matahari buat nakal. hal ni menjadikan bumi jadi melampau panas n kemarau. Maharaja Jed gagal paksa anaknya suruh berhenti jangan buat macam itu takut jahanam bumi. Jadi baginda panggil Houyi minta tolong. Houyi cekap lah memanah, dia tembak berjaya 9 ekor anak maharaja Jed tinggal sekor jah matahari.
Maharaja Jed pulak rasa dukacita lah n tidak suka sebab dia bukan suruh tembak anak-anak dia sampai mampus. Anak-anak dia lagi 9 ekor sudah mampus maka dia kena hukum juga Houyi. Maka Houyi dengan bini dia kena hidup jadi manusia biasa di bumi.
Chang Er pon terseksa lah dia sudah hilang dia punya keabadian. Jadi Houyi nak keluar pergi cari ubat keabadian supaya mereka buleh jadi makhluk abadi balik. Perjalanan dilalui sangat jauh sangat bahaya. Akhirnya, Houyi berjaya bertemu dengan Bonda Maharani Barat. Baginda setuju bagi ubat tu kat Houyi tapi bagi amaran katanya setiap orang amik separuh daripada ubat tu sahaja sudah cukup.
Houyi bawak balik ubat ke rumah n simpan dalam peti. Dia bg amaran sama Chang Er tak mo buka peti n keluar sebentar. Chang Er teringin sangat nak tahu jadi dia bukak peti n jumpa ubat keabadian. Waktu dia bukak Houyi balik ke rumah. Chang Er terkejut n takut kena marah sebab tak dengar cakap. Dia tak sengaja tergelabah n tertelan ubat tu habis. Lepas tu dia mula terapung dan naik atas langit sebab dah terlebih ubat.
Houyi sebab dia pemanah kerja dia nak memanah ja lah. Dia nak panah bini dia tapi tak sampai ati pulak. Chang Er asyik terapung saja tak henti2 n dia pon landing atas bulan. Kat bulan dia jadi kesunyian tapi dia ada teman. Teman dia sekor arnab Jed yang hasilkan ubat kat bulan. Sekor lagi teman Chang Er atas bulan adalah seorang pemotong kayu nama Wu Gang. Wu Gang dah bagi dewa dewi tersinggung sb dia cuba nak capai keabadian. Jadi dia kena buang ke bulan. Wu Gang dibenarkan tinggalkan bulan kalau boleh potong pokok yang tumbuh atas bulan tak tumbuh lagi. Masalahnya, kalau Wu Gang potong nanti pokok tu tumbuh balik. Jadi dia kekal la atas tu.
Kisah 2
Chang Er seorang gadis chun yang kerja jadi dayang kat istana Maharaja Jed di langit. Kat langit makhluk2 abadi tinggal, orang2 baik n pari-pari smua duduk situ. Satu hari Chang Er tak sengaja pecahkan pasu mahal kat istana. Maharaja Jed murka maka dia halau Chang Er turun ke bumi tempat manusia biasa tinggal. Chang Er hanya boleh balik atas langit kalau dia bagi sumbangan berharga kat bumi.
Chang Er dihantar turun bumi sebagai ahli keluarga peladang yang kaya. Bila usia dia 18 tahun, ada seorang pemburu nama Houyi dari kampung lain ternampak dia n rasa dia chun. Mereka menjadi kawan. Satu hari, terjadi peristiwa 10 bijik matahri bersinar membakar bumi. Houyi banyak pandai memanah dan selamatkan bumi. Dia tembak 9 matahari tinggal satu jah. Sekelip mata dia sudah jadi hero. Orang lantik Houyi jadi raja, dan dia kawin dengan Chang Er.
Kemudian Houyi jadi tamak n penting diri. Dia nak jadi makhluk abadi n pesan ubat dibuat untuk lanjut usia dia. Ubat tu dalam bentuk bijik dan hanya dibuat sebijik saja sb susah nak buat. Chang Er dapat tahu dia sama ada tahu atau sengaja telan ubat tu. Houyi pon marah, dia kejar isteri dia. Chang Er cuba nak lari, dia terjun tingkap kat tingkat atas istana. Kemudian dia terapung naik atas bulan. Houyi cuba nak panah bini dia tapi tak berjaya.
Tak macam kisah 1, walaupun Chang Er ada teman arnab tapi arnab tu x hasilkan apa2. Ada jugak watak pemotong kayu yang cuba nak potong pokok kayu manis, pokok tu jadi lambang kehidupan. Tapi dia potong pon tak berjaya sebab ia jadi elok balik lepas kena tetak. Jadi Cina guna lambang pokok ni utk jadi lambang kehidupan tak abadi atas dunia. Batang dia selalu kena tetak jatuh rebah n mati. Tapi nanti naik balik pucuk baru menandakan muncul kehidupan baru pulak (pewaris).
Houyi pastu naik atas matahari. Dia buat istana kat sana. Jadi Chang Er n Houyi melambangkan Yin n Yang.
Pemujaan
Hari puja Chang Er dipanggil sebagai Qixi Jie dalam pertengahan musim luruh. Kat Jepon istilah dia Tanabata. Malam bulan penuh kalendar lunar bulan 8. Orang Cina nanti bukak meja puja kat tempat lapang mengadap bulan. Pastu letak kuih2 bagi Chang Er berkati. Chang Er bagi kecantikan kepada orang yang hormat dia.
Perayaan Qixi Jie ni adalah satu rentetan peristiwa dalam musim luruh. Katanya dah wujud sejak dinasti Shang lagi, 3000 tahun yang lampau. Perayaan secara umumnya dalam musim luruh dipanggil Zhong Qiu Jie. Kalau kalendar lunar bulan lapan, aku agak-agak bulan 9 nanti kot dorang raya. Nanti akan ada Yui Bieng (kuih bulan) juga. Kat kedai Bakery's Cottage ada kot kueh bulan halal. Aku xnah makan lagi, biasa makan kuih bakul saja. Tapi mak aku kata dia penah makan. Kawan aku budak Muslim China pon kata dia makan jah, dia ajak aku ikut dia try makan nanti, 1M'sia la sangat Kalu tak halal ka tak sedap, aku boleh pelangkung kepala dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila tengok citer Journey To The West.... katanya Manusia biasa pun konon boleh jadi Dewa.... |
|
|
|
|
|
|
|
datuk kong nih betoi ka org kata nama tu sempena nama worg alim melayu kt kampong tuh?atau tuh namo ...
nanat87 Post at 10-5-2010 16:58
ada dalam citer ini....
KTMB electrified double track project- hantu kat site!!
http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1 |
|
|
|
|
|
|
|
Journey to the West pasal sami Tang Xuanzang nak ambik Sutta kat negeri Barat kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Journey to the West pasal sami Tang Xuanzang nak ambik Sutta kat negeri Barat kan?
genot Post at 31-8-2010 13:06
dalam perjalan ke Langit Bharat.... banyak Syaitan nak makan Sami Tang..... sebab boleh jadi Dewa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# genot
ade lg x info pasal dewa dewi yg lain?banyak lg kan |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dewa dewi china ni ade ke mcm yg specific disembah utk kekayaan ke..utk cintan cintun cam cupid tu ker..ada ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Hindu Ada Dewa Cinta di panggil.. Arjuna...
Terkena Panahan Arjuna..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dewa Puisi '' Li Bai ''
Li Bai yang beretnik Han dilahirkan pada tahun 701 dan meninggal dunia pada tahun 762 Masehi. Beliau yang bergelar " Qing Lian Ju Shi " (Penghuni di tebing Tasik Bunga Teratai Hijau) masih mempunyai nama sampingannya, iaitu Li Tai Bai.
Li Bai diiktiraf sebagai penyajak romantik yang gemilang pada zaman Dinasti Tang. Karya-karyanya bergaya terbuka hati dengan dipenuhi khayalan yang beraneka macam. Beliau mahir memilih kata-kata yang sesuai dengan nada yang diperlukan sehingga berjaya menjadikan karya puisinya seolah-olah suatu karya muzik. Jika dilihat dari segi keseluruhan, karya ciptaan Li Bai selalu diibaratkan sebagai batu permata yang semula jadi.
Demi mewarnai karyanya, Li Bai sering menimba bahan-bahan daripada balada dan mitos tradisional China. Kejayaannya dalam bidang puisi romantik meletakkan beliau pada satu kedudukan yang setinggi dengan Qu Yuan, sasterawan yang tersohor yang hidup pada zaman Negeri-negeri Berperang, kira-kira seribu tahun sebelum Li Bai. Kedua-dua mereka diiktiraf sebagai pendorong utama dalam mengembangkan puisi romantik pada zaman purba di China.
Jika hanya menilai pencapaian puisi pada zaman Dinasti Tang, Li Bai diberi kedudukan yang setinggi dengan Du Fu, penyajak yang cemerlang yang pandai menghasilkan karya yang berunsur sejarah. Kedua-dua mereka digelar " Li Du ".
Terdapat seorang lagi penyajak yang mungkin boleh berbanding dengan Li Bai, iaitu Li He. Beliau juga mahir menghasilkan karya yang berunsur romantik dengan menggunakan kata-kata yang berlebih-lebihan untuk mencipta khalayan yang luar biasa. Cuma, karya-karya Li Bai kelihatan semula jadi, iaitu tidak nampak kesan yang direka-reka, sedangkan Li He cenderung memilih-milih perkataan bagi mereka-rekakan karyanya.
Li He masih suka mengisi cerita sejarah atau pepatah dari tokoh ternama ke dalam karyanya sehingga karyanya kelihatan penuh dengan unsur " kesengajaan ". Proses menghasilkan puisi yang dilakukan oleh Li He boleh disifatkan sebagai " berhempas pulas menggunakan setiap titik peluhnya ", tetapi proses yang dilakukan oleh Li Bai disifatkan sebagai " sebebas-bebasnya " .
Pada hakikatnya, pencapaian kedua-dua orang Li Bai dan Li He dalam bidang puisi tidak mungkin dinilai pada taraf yang setimpal.
Nenek moyang Li Bai berasal dari Cheng Ji, Longxi (Kaunti Qinan, Provinsi Gansu sekarang). Pada tahun terakhir dalam zaman Dinasti Sui, iaitu tahun 617 Masehi, keluarga Li Bai berhijrah ke Kota Suiye di Asia Tengah (Tokmok, bahagian utara Kyrgyzstan sekarang). Katanya, Li Bai dilahirkan di sana.
Ketika Li Bai berumur 5 tahun, keluarganya berpindah ke Kaunti Zhangming, Bandar Mianzhou (Kaunti Jiangyou, Provinsi Sichuan sekarang).
Li Bai mula berjalan ke luar Provinsi Sichun pada usia 20 tahun, dan menjelajah ke kawasan yang sejauh ke Tasik Dongting serta Sungai Xiang di selatan, dan negeri Wu dan Yue di timur. Ketika itu, beliau memilih tinggal di Anlu (Kaunti Anlu, Provinsi Hubei sekarang).
Li Bai ingin mengenali teman baru dan bergaulan dengan kalangan elite melalui penjelajahannya, dengan tujuan mutlaknya disyorkan oleh seseorang tokoh ternama untuk dilantik ke jawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan demikian, beliau barulah berkemungkinan merealisasikan cita-citanya dalam bidang politik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bharat tu india kan? sekarang org melayu guna barat merujuk pada west
-dan uttar tu merujuk pada utara |
|
|
|
|
|
|
|
nama lama bagi India........... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab rujuk pada translate english
'journey to the west"... |
|
|
|
|
|
|
|
Up
+ 1 Credit
|
|
|
|
|
|
|
|
makan top up krdt pn jd la |
|
|
|
|
|
|
|
itu sebab dipanggil Langit Barat..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dewa Er Lang sape tau leh cite sket.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|