CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] KONSERT Twin Towers Live 2014

[Copy link]
Post time 20-3-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu2nya konsert free level international.. Mmg terbaikkk!!:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 11:03 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:03 AM
Tuhan dah 'ketuk' bertalu-talu dengan segala macam bala..pun tak sedar-sedar lagi?

Nak tunggu bum ...

yelaaaa lil tak peggiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:06 AM | Show all posts


KUANTAN  - Selepas insiden kematian enam pengunjung akibat penggunaan dadah di Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 di Stadium Bukit Jalil Sabtu lalu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantah penganjuran Festival Muzik Antarabangsa Kuantan yang akan diadakan pada 4 dan 5 April depan bertempat di Cherating.

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, Nasrul Isyam Abdul Hamid berkata, kematian enam peserta yang menyertai festival muzik di Bukit Jalil baru-baru ini seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak.

Menurutnya, selain daripada isu keselamatan, pihak bertanggungjawab harus memandang berat terhadap penglibatan remaja Melayu di dalam aktiviti sedemikian.

“Kita perlu menjaga sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Program seperti ini dikhuatiri akan memberi peluang kepada remaja Melayu bergaul secara bebas dan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Justeru, GPMS berharap perkara ini membuka mata kerajaan supaya menilai semula keperluan penganjuran festival muzik berkenaan,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kuantan, Razaki Omar pula mahu pihak berkuasa tegas dalam perkara itu bagi mengelak insiden di Bukit Jalil berulang.

Katanya, program itu bukan hanya membabitkan soal keselamatan tetapi juga soal sosial remaja terutama remaja Melayu.

“Kita bimbang orang luar yang datang akan membawa pengaruh kepada belia di sini memandangkan penganjuran festival berlangsung selama dua hari,” katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim yang mahu kerajaan menarik balik kebenaran penganjuran festival itu.

“Saya fikir insiden di Stadium Bukit Jalil cukup membuka mata kita berhubung aktiviti sedemikian yang hanya merosakkan generasi muda dan memberi pengaruh negatif,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 10 kumpulan muzik akan membuat persembahan pada festival itu nanti.

Memetik laporan Bernama kelmarin, kerajaan negeri memberi jaminan Festival Muzik Antarabangsa Kuantan, yang bakal berlangsung pada 4 dan 5 April di Cherating, akan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, beliau yakin apa yang berlaku di FMFA Sabtu lepas tidak akan berulang di Festival Muzik Antarabangsa Kuantan.

“Kita memberi jaminan festival muzik itu nanti akan selamat dan kejadian yang berlaku di FMFA tidak akan berulang. Kita bersimpati dan kesal dengan apa yang berlaku di festival itu," katanya.

Pada awal pagi Sabtu lepas, enam orang, termasuk tiga wanita, berusia lingkungan 19 hingga 28 tahun, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan.

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:06 AM | Show all posts
lil_honey posted on 20-3-2014 11:03 AM
yelaaaa lil tak peggiiiiii

Hahaa...lil nak pegi ka..??opsss sowi...


Tapi itulah hakikatnya lil..
Kita ni dh terlampau jauh sangat dah terbabasnya
Syukur Dia masih sayangkan kita..
masih mau bui peringatan..

cuba jadik kaum dulu2..
takdak warning2 dah
skali dia mai..abeh sume disapu..licin!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:08 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:03 AM
Satu2nya konsert free level international.. Mmg terbaikkk!!:lol

Nak gi kah kamu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:13 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:06 AM
Hahaa...lil nak pegi ka..??opsss sowi...

zaman terkinja2 sudah berlalu kak skang zaman nak stabil je

lil tak pegi pun la...rasa nak ambik half day sebab maybe jalan jem, pasal konsert ni byk jalan yang akan tutup nnt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:08 AM
Nak gi kah kamu?

Aku tiap2 tahun gie suff.. Tapi aku masih waras agi ngn batas hiburan.. XdenyA aku nk terkinja2 layan drug.. Just enjoy the shows.. Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:16 AM | Show all posts
lil_honey posted on 20-3-2014 11:13 AM
zaman terkinja2 sudah berlalu kak  skang zaman nak stabil je

lil tak pegi pun la...r ...

Alhamdulillah..moga kita termasuk dlm golongan umat yg arini lebih baik dari semalam..insha'allah..

Rasa mcm sesak napas jerk nk berkonsert bagai kt klcc tu
bkn luas mana pun tmptnya..
dgn parkingnya yg limited..situlah opis situlah shopping situlah urusan mcm2..
owhhh senak otak rasa..

better la lil amek half day..kelik awai2..bule tido awal kt umah..hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 11:18 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:14 AM
Aku tiap2 tahun gie suff.. Tapi aku masih waras agi ngn batas hiburan.. XdenyA aku nk terkinja2 la ...

ko nak g ke? hari keje tu...sabtu tu ofkos la aku tak pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:19 AM | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:16 AM
Alhamdulillah..moga kita termasuk dlm golongan umat yg arini lebih baik dari semalam..insha'allah. ...

kelik awal2 nak balik kg terus kak tak kose nak tunggu kat situ....tapi kalau dah terpaksa kene stay kat ofis tak leh buat mende la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey posted on 20-3-2014 11:18 AM
ko nak g ke? hari keje tu...sabtu tu ofkos la aku tak pegi...

Aku xchek date agi pon.. Hr keja tu hr apa?..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:22 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:14 AM
Aku tiap2 tahun gie suff.. Tapi aku masih waras agi ngn batas hiburan.. XdenyA aku nk terkinja2 la ...

Syukurlah..orang biar orang..
kita jangan sesekali buat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:22 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:22 AM
Aku xchek date agi pon.. Hr keja tu hr apa?..

jumaat ler bro... 28hb ngn 29.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:23 AM | Show all posts
lil_honey posted on 20-3-2014 11:19 AM
kelik awal2 nak balik kg terus kak  tak kose nak tunggu kat situ....tapi kalau dah terpaksa k ...

Nnti kita sama2 jampi bos so that dia lemah ati pastu kasik lil kelik awal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:22 AM
Syukurlah..orang biar orang..
kita jangan sesekali buat..

Bg aku xsalah kalo kita nk berhibur sket selagi tau limitation kita..yg sampai nak mabuk2 dadah tu.. Kojol.. Koma tu mmg jenis xde pedoman.. Yg tu mmg karut.. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey posted on 20-3-2014 11:22 AM
jumaat ler bro... 28hb ngn 29.

Jumaat sapa perform?.. Sabtu sapa perform?.. Aku btl2 xcheck agi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 11:29 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:25 AM
Bg aku xsalah kalo kita nk berhibur sket selagi tau limitation kita..yg sampai nak mabuk2 dadah tu ...

Betul..islam sndiri dah ukir dh peraturan..
ikut dgn tak ikut jah kita ni..

bila byk yg tak ikut peraturan..tu yg jadik macam2 hal

thats why prevention is better than cure

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:30 AM | Show all posts
skeezotone posted on 20-3-2014 11:27 AM
Jumaat sapa perform?.. Sabtu sapa perform?.. Aku btl2 xcheck agi..

Bukan ko ke yg perform sabtu tu..??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:30 AM | Show all posts
xyah la konsert2 ni...nk kne kemarau jerebu sethn kot bru nk insaf..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sufeenan posted on 20-3-2014 11:29 AM
Betul..islam sndiri dah ukir dh peraturan..
ikut dgn tak ikut jah kita ni..


Tol tu.. Pokok pangkal diri kita sendiri.. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042681 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list