CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] UPDATE: Dana Haji Jasman: 160,000 pelabur Melayu tertipu RM200 juta. page #4

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2015 12:35 PM | Show all posts
Edited by pasuoren at 17-3-2015 12:37 PM
masa bertunang..
ini adalah antara yang laki aku bentangkan..
syarat nak kawen..

"jangan nak percaya sangat dengan orang yang jual ntah hape hape ni.. Abang senang je..kalau orang pujuk abang beli tu, masuk ni...selamba aje abang jawab...maaf la...gaji saya kecik..potong tu..potong ni..tinggal RM100 je... Lantak la orang nak kata abang apa.. Masa abang umo 20-an dulu..ada jugak yang nak masuk jarum..abang pun nak tau jugak apakebende semua tu.. abang pun, pegi la ikut dinner.. dorang bawak naik kereta mewah tuuu..seminar kat hotel..makan sedap...abang layannnn.. Alih-alih..kene kuar modal RM500..nanti dapat pulangan 10 ribu.. EEehhh....kalau ikut kira orang bodoh macam abang ni..tak dapat apa barang..takkan nak bayar 500 dulu..untuk apa..?...slow slow...abang kuar...abang tepon member abang amik...balikkk... Teruk gak lepastu abang kene kutuk ngan dorang..kata konon abang ni jenis orang yang tanak berjaya la.. Tapi..sekarang...? Yang kutuk tu la hidup terumbang ambing lagi.."

so..
sekarang ni..
no MLM..
tak kira la apa jugak bentuk atau rupa..

biarla tak bergambau sebelah kereta bmw ke mercedes ke..
biarla tak amik gambau depan rumah banglo 7 tingkat ke..


janji..
hidup aman..
tido..lelap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 01:44 PM | Show all posts
Masih lagi ramai yg bodoh. Herannya aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 03:17 PM | Show all posts
Tak serik2 lagi org kita...nak sangat dapat keuntungan tanpa usaha yakni sama cam amik nombor ekoq...stupid fools
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 03:24 PM | Show all posts
zaman canggih gini maseh yang percaya cerita dongeng..biar dalam diri ada sikap skeptikal dari naif percaya bulat2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:04 PM | Show all posts

x ingat la nama skim dia mmber duk promot aku wat dek jela.. dia mcm bkumpulan utk masuk ke level2 ntah la aku pn x bape paham..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 04:08 PM | Show all posts
kalo blh kaya dgn cara ni..baik aku tak payah  jadi trader forex
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 04:09 PM | Show all posts
banyak sangat dengar kes kes mcm ni... dok percaya situ lah.
nk senang cepat, nk kaya cepat, selayaknya lah. hakikatnya semua org pun taw, bukan senang nak senang..
kecuali menikah dgn soltan, ank tan sri, anak dato, ank menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:24 PM | Show all posts
gomen tk serius nk banteras,
kuasa polis, tentera,  ada tanak guna.

pi ajala ambush org2 penipu ni.
tembak je point black kt kepala dorg, biar bersepai isi otak.

ramai2 penipu cmni mmg tklayak idup.

buatkn org melayu rugi  je. tak tahun ni tahun dpn akan sentiasa ditipu.

tak paham2 lagi sejarah ka?, org melayu la org paling baik hati diDUNIA ni, senang nk kene tipu. sebab tu satu2 negara yg ada 3 sistem sekolah didunia adalah MALAYSIA.. pasal org melayu mmg lembut ati sgt..

cuba la kalu tindakan tu mcm suspek IS, mau mencicit en. jasman ni lari tk ckup tanah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 05:35 PM | Show all posts
Muntz replied at 17-3-2015 01:44 PM
Masih lagi ramai yg bodoh. Herannya aku.

BN masih memerintah? Kalau ya, ertinya memang masih lagi lah ramai yang bodoh. Tak perlu heran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 05:45 PM | Show all posts
sedangkan wang kertas pun ada yg palsu
inikan surat perjanjian
mcm mana la mangsa boleh terpegun tgk surat perjanjian tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:48 PM | Show all posts
Tak menipu bukan cina namanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:49 PM | Show all posts
Tak menipu bukan cina namanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:50 PM | Show all posts
padan muka pelabur2 melayu tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la tak logik cerita dana raja-raja melayu tu. Tu pun ada yg boleh percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 06:06 PM | Show all posts
Masalah dana haji jasman ni aku tnegok, pelabur terlalu berpikiran pojitip. Lepas dah lapan tahun ditipu, dorang tetap mengamalkan konsep 'ala apa salahnya tunggu lagi sekejap' 'korang tak nak percaya takpe, tapi aku percaya, bukan senang nak cairkan duit juta-juta'

orang camni, dia tak nak kita tolong dia. so biaq pi dia hanyut dalam dunia nak cepat kaya dia. Donald Trump pun tido 3 jam je sehari nak jadi kaya, kau sedap2 mengangkang kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2015 10:11 PM | Show all posts

Waspada sindiket cepat kaya



KUALA LUMPUR: Penganjur skim cepat kaya Dana Haji Jasman dipercayai memperdaya orang ramai dengan mendakwa seberapa banyak laporan polis dibuat, ia tidak akan menjejaskan operasi mereka, sebaliknya mampu mengutip antara RM70 juta hingga RMM200 juta, secara sekali gus.

Dengan jumlah kutipan besar dan tanpa melalui transaksi bank, sindiket bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain tanpa dikesan pihak berkuasa.

Ia didedahkan oleh Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM), yang bimbang lebih ramai orang Melayu terpedaya dengan taktik halus dan terancang sindiket.

Sehubungan itu, Presidennya, Norizam Tukiman mencadangkan satu jabatan khas diwujudkan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pusat rujukan orang ramai sebelum menyertai mana-mana skim.

Katanya, dengan menggunakan ayat al-Quran dan hadis, pelabur ditabur janji manis dari bulan ke bulan, tahun berganti tahun bahawa dengan sifat sabar, mereka akan menerima pampasan yang besar.

"Setakat ini, tiada satu pun pusat rujukan untuk memberi maklumat dan pengesahan secara terus kepada pelbagai peringkat masyarakat.

"Selain itu, pusat rujukan ini perlu mengeluarkan logo halal atau tidak kepada sesuatu pelaburan bagi membantu masyarakat Islam supaya tidak menyertai pelaburan yang membabitkan sektor haram.

"Saya yakin jika program kesedaran ini diberi perhatian serius seperti jenayah jalanan, masyarakat Islam akan menjauhi, malah menolak mana-mana pelaburan haram seperti sistem piramid jika ia difatwa sesat," katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan akhbar ini sebelum ini mengenai kegiatan kumpulan berkenaan yang meminta orang Melayu melabur untuk mendapatkan semula dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England.

Kumpulan itu mendakwa pada awal kurun ke-20, Britain berjanji akan memulangkan wang sebanyak RM2,400 trilion selepas 100 tahun, dengan menunjukkan pelbagai dokumen termasuk perjanjian ditandatangani Kerajaan Britain.

Dalam pada itu, Norizam berkata, bagi membendung skim penipuan cepat kaya dan pengambilan deposit haram ini, pihak berkuasa perlu terus bertindak dari akar umbi dan bukannya memfokuskan sasaran pihak atasan sahaja.

"Segelintir ahli sindiket 'menjual' nama pihak atasan yang dikenali bagi menambah keyakinan pelabur," katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, sindiket Dana Haji Jasman berkembang kerana ejen yang dilantik merekrut pelabur mereka supaya mencari dana pelabur lain, sekali gus menjadikan senario mangsa mencari mangsa.

"Skim seperti Dana Haji Jasman melalui sejarah yang terlalu lama di negara ini dan setiap kali skim baharu wujud, mereka sudah memiliki rangkaian sendiri. Ia amat cepat dan mudah berkembang terutama dalam dunia sekarang.

"Kakitangan kerajaan juga banyak terbabit, mudah terpengaruh dan yang sudah melabur dapat untung sedikit akan sebar dan menceritakan kepada rakan. Laporan polis sudah banyak tapi tindakan sukar kerana masalah pembuktian, selain pergerakan mereka amat licik dan terancang," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2015 01:13 AM | Show all posts
Melayu pprt@caprut@sakai kan mmg sinonim dgn skim cepat kaya mlm bagai..dah jadik kelaziman@culture

So no wonder la mudah tertipu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol!! Ni mesti puak2 macai sb mudah tertipu & bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2015 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada gak org percaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 01:37 PM | Show all posts
http://najwadivian.blogspot.my/  


yang ni aku jumpa artikel yang cakap pasal dana ni. Yang masih percaya tolong baca!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.128028 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list