CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Tempatan] KLIA 2 makin tenggelam la pulak?

[Copy link]
Post time 28-7-2015 08:04 AM | Show all posts
ice_sky92 replied at 27-7-2015 06:30 PM
KLIA 2 sangat besar sis. Banyak pilihan fast food.

owh ye?? okeh iols akan pilih penerbangan yg breti di KLIA2 pulakssss..

eh mcm la kat tempat iols xde pilihan fastfood
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 09:42 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 28-7-2015 01:43 AM

Saya sudah hilang sabar dengan MAHB, kata Tony Fernandes

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 27 July 2015 5:45 PM
http://www.themalaysianinsider.c ... kata-tony-fernandes


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya sudah membangkitkan berulang kali lapangan terbang itu belum bersedia dan syarikatnya enggan berpindah daripada lapangan terbang tambang murah (LCCT) sebelum ini kerana menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata sudah hilang sabar dengan pengendali lapangan terbang di negara ini, Malaysia Airport Berhad (MAHB) susulan insiden yang berlaku terhadap lapangan terbang klia2 baru-baru ini.

Fernandes berkata, pihaknya sudah membangkitkan berulang kali lapangan terbang itu belum bersedia dan syarikatnya enggan berpindah daripada lapangan terbang tambang murah (LCCT) sebelum ini kerana menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.

"Saya sudah hilang sabar...sama ada saya popular atau tidak saya tidak kisah, saya akan katakan apa yang saya rasa," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini, dalam program Pelancaran Laporan Tahunan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Sektor Pelajaran 2014 bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, MAHB perlu segera memperbetulkan keadaan di klia2 dan tidak sepatutnya menunggu sehingga insiden membabitkan keselamatan berlaku baru mereka akan mengambil tindakan.

"MAHB perlu betulkan, tidak boleh sembunyikan lagi, memang sekarang belum ada isu keselamatan, tapi kita tidak boleh tunggu sehingga ia berlaku," katanya.

"Kami amat sedih, sering kali kami bangkitkan, kami tak mahu berpindah, lapangan terbang belum sedia, tengok apa yang berlaku," katanya, dan menambah, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan perkara itu, tetapi tidak MAHB.

"Beliau minta diadakan pertemuan esok, tetapi MAHB perlu bertanggungjawab."

Melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya di laman media sosial, Twitter sebelum ini, Fernandes berkata, CEO AirAsia Bhd Aireen Omar tidak perlu "membuang masa beliau" pergi ke Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk menyelesaikan perkara itu.

"Sedih kerana ceo saya @aireenomar perlu membuang masanya untuk pergi ke lapangan terbang malaysia untuk menyelesaikan perkara yang tidak sepatutnya terjadi," katanha melalui Twitter miliknya @tonyfernandes.

Dalam beberapa siri Tweet berhubung isu ini, Fernandes turut membidas MAHB, dengan mengatakan respons mereka terhadap isu tenggelam itu adalah "mengarut" dengan mendesak pihak berkuasa lapangan terbang itu untuk memperbaiki diri mereka sendiri.

"Respon daripada lapangan terbang Malaysia seperti dijangkakan adalah mengarut. Pihak lembaga pengarah dan pengurusan perlu memperbaiki diri mereka," katanya.

Terdahulu hari ini, Aireen dilaporkan sebagai berkata oleh Bloomberg klia2 tenggelam, dengan rekahan yang terdapat dalam laluan pesawat dan air membentuk kolam di mana pesawat perlu melaluinya.

Disebabkan kerosakan itu, Aireen memberi amaran, ianya boleh menyebabkan kelewatan penerbangan dan mendatangkan potensi risiko keselamatan.

Bloomberg berkata walaupun pelepasan dan pendaratan tidak terjejas, AirAsia, yang merupakan pengguna terbesar terminal itu meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membaiki masalah itu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Fernandes, sebelum ini membidas MAHB dan Kementerian Pengangkutan atas pelbagai masalah sebelum klia2 dibuka tahun lepas.

"Adakah ini sudah dijangkakan? Kelewatan 8 jam disebabkan pesawat tergelincir? Lembaga pengarah perlu bertanggungjawab," katanya.

"Tunjukkan kepada saya lapangan terbang di seluruh dunia yang berlaku perkara seperti ini," katanya, kepada pemberita.

Sejak pembinaannya, klia2 berhadapan pelbagai masalah termasuk kosnya yang melambung tinggi daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion dan beberapa penangguhan tarikh operasi lapangan terbang yang menggantikan LCCT itu.

Jawatankuasa audit bebas ditubuhkan pada Disember untuk menjalankan siasatan terperinci permukaan tenggelam di kawasan apron dan landasan dengan bertujuan memastikan keselamatan di lapangan terbang itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Jawatankuasa itu, katanya, akan diberi masa sehingga separuh pertama tahun ini untuk menyiapkan laporan itu dan tindakan akan diambil.

Fernandes berkata, kos penyelenggaraan syarikat penerbangan tambang murah negara itu juga meningkat susulan kerosakan yang dialami kapal terbang ekoran laluan kapal terbang yang berbonggol.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan kos yang terpaksa ditanggung AirAsia.

"Orang kata saya sombong kerana enggan berpindah, tapi lihat apa yang berlaku sekarang, tengok lapangan terbang yang ada sekarang," katanya. – 27 Julai, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057585 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list