Author|Post time 14-11-2020 09:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah82 replied at 14-11-2020 09:41 PM
sy buat semua mcm tu dah tadi...x boleh juga...sampai siap bluetooth reset...hahahaahaha
Akak ni kalau apa2, mesti part one trouble shooting akak ialah connection. Hahaha!!! Kalau kat hp connection mcm how-aww, akak on kan flight mode. Biasanya memang menjadi. So, step 2 trouble shoot tu xde la buat. Hahahaha!!!
Post time 14-11-2020 09:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak-Leen replied at 14-11-2020 09:52 PM
Akak ni kalau apa2, mesti part one trouble shooting akak ialah connection. Hahaha!!! Kalau kat hp ...
tadi sy buat semua...benda tu simple sebenarnya..sy kena tekan button kat keyboard dan mouse lama...baru boleh detect...hahahaha....tadi ada 2 3 cara dah sy ok fikir kalau x boleh nak connect juga
Author|Post time 14-11-2020 10:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adila39 replied at 14-11-2020 09:53 AM
Ada appointment pagi ni, terawal pulak so grab a quick breakfast. hot choc with parmeson chicken sli ...
Wah.. Spa appoinment... Syoknya..
Rindu rasa nak berspa tp husband akak x izinkan lagi. Hari tu dia baru kasi green light utk panggil org urut akak. Sekali malam tu ada kes kat Kluang pulak.. Terus akak cancel. Adik mengurut tu akak tengok gigih dia pergi urut customer sejak lepas MCO hari tu. Nasib baik dia faham kenapa akak cancel.
Mesti Adila dapat tidur lena dari biasa malam ni..
Author|Post time 14-11-2020 10:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Buritan replied at 14-11-2020 10:07 AM
Hahaha tq tq.. lembut mmg lembut sbb letak tepung jagung ikut resepi keypochino.. cume now kalo dp ...
Wah.. Bubu buat ice cream sendiri ke?
Guna mixer atau ada the ice-cream maker?
Zaman akak sekolah dulu, akak selalu kena putar mesin manual buat ais krim tu. X ingat apa nama dia.
Bubu buat perasa apa? Seronok ooo kalau boleh buat flavour sendiri!
Author|Post time 14-11-2020 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 14-11-2020 10:14 AM
Ada tapi yg ni bahan mahal skit..sbb aiskrim ala2 magnum... nk jual seringgit xtau untung ke x.. ...
Macam menarik aje..
https://youtu.be/-kjbFDkC47E
Aiskrim Malaysia Ala Magnum
Bahan-bahan:
1/2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
200 ml krim putar
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
1.5 liter air
250 gram coklat hitam
250 gram coklat susu
Cara
1. Dalam periuk, campurkan 1/2 tin susu sejat, 1/2 tin susu pekat, 200 ml krim putar, 1/2 cawan gula, 1.5 liter air, 2 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil esen vanila.
2. Didihkan campuran susu dan gaul sehingga sebati. Ketepikan.
3. Menggunakan teknik 'double-boiler', cairkan 250 gram coklat hitam dan 250 gram coklat susu.
4. Apabila coklat sudah cair, tuangkan coklat ke dalam plastik aiskrim.
5. Ratakan coklat menggunakan kad.
6. Tuangkan pula campuran susu ke dalam plastik aiskrim.
7. Bekukan aiskrim selama semalaman. Aiskrim anda kini sudah siap untuk dinikmati!