|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS II ♥ Mila @ Ria Sentral (12 Jun)
[Copy link]
|
|
Alhamdulilah Mila mng :pompom: :pompom: :pompom: . Lama x msk cni. That is our girl. Yg byk komplen
tu, lantak pi la. Yg pntg Mila brjaya buktikn. Tahniah Mila and happy 1st aniversary juara AF5. Tahniah jgk
kt abg Ajai dn arwah Loloq. Jgn lupa sedekahkn Al-Fatihah kpd arwah. Mila, Ajai dn arwah Loloq, anda
semua adalah yg terbaik. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kristine78 at 20-5-2008 12:47 AM
Alhamdulilah Mila mng :pompom: :pompom: :pompom: . Lama x msk cni. That is our girl. Yg byk komplen
tu, lantak pi la. Yg pntg Mila brjaya buktikn. Tahniah Mila and happy 1st aniversary juara AF5 ...
lame x nampak kristine.. neway kalau dekat n ade mase esok.. jom laa jemput mila kat KLIA.. |
|
|
|
|
|
|
|
part 2 blom ada....
part 1 & 3 jer yg dh ada
credits to sharimie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #986 bayieng's post
tgklerrr sape dia pnye sifu yg cam siput |
|
|
|
|
|
|
|
BERITA HARIAN 20 MEI 2008
Mila menang dua anugerah di Bulgaria
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Mila
Lagu terbaik, pengiktirafan khas juri jadi milik juara AF5
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Norsyarmila Jirin atau Mila meraih dua pengiktirafan antarabangsa termasuk Lagu Terbaik pada Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery ke-17 di Bulgaria yang berakhir, Ahad lalu.
Lagu Ilham Di Matamu ciptaan Ajai dan liriknya oleh Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada pertandingan yang berlangsung di Opera House, Varna, Bulgaria.
Lagu itu dimuatkan dalam album pertamanya, Persis Mutiara.
Biarpun gagal meraih sebarang kemenangan untuk kategori Penyanyi Terbaik, Mila, 20, tidak menghampakan apabila menerima pengiktirafan Anugerah Khas Juri.
Hasil kemenangannya, penyanyi yang berasal dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu mendapat piala, wang tunai dan lukisan yang diilhamkan pelukis terkenal negara berkenaan.
Menyifatkan pertandingan itu sebagai pengalaman paling berharga, Mila dalam kenyataannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bersyukur kerana berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.
"Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, Mila tidak menaruh harapan terlalu tinggi untuk menang. Mila berusaha memberikan yang terbaik untuk memikat hati juri menerusi lagu bahasa Melayu kita.
"Alhamdulillah, usaha Mila ini membuahkan kejayaan dan lebih membanggakan apabila lagu kita diiktiraf juri antarabangsa.
"Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus memberikan kata semangat serta dorongan untuk Mila," katanya.
Mila berada di Bulgaria selama lima hari ditemani Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent & Management, Liza Illias untuk berentap dalam dua sesi pertandingan iaitu Penilaian Vokal dan Lagu Terbaik.
Mila memilih lagu Aku Lebih Tahu juga ciptaan Ajai pada sesi penilaian vokal yang diadakan Sabtu lalu, manakala Ilham Di Matamu dibawakan ketika pertandingan Lagu Terbaik.
Bagi kategori Lagu Terbaik, tempat kedua dimenangi pencipta lagu dari Malta iaitu Fiona, manakala tempat ketiga diraih pencipta dari Itali, Alberto.
Kategori Penyanyi Terbaik pula dimenangi peserta Itali, Roberto, manakala tempat kedua milik penyanyi kelahiran Bulgaria, Petya Nikolova.
Tempat ketiga kategori itu dikongsi penyanyi dari Moldova, Ionel Istrati dan Simone dari Romania.
Pertandingan yang memasuki edisi ke-17 itu disertai lebih 40 negara termasuk Sepanyol, Poland, Romania, Itali, Lithuania, Moldova, Uzbekistan, Russia, Cyprus, Malta dan tuan rumah Bulgaria.
Rakaman pertandingan itu dapat disaksikan penonton menerusi rancangan khas, Wazzup Mila Special yang akan disiarkan Astro Ria, tidak lama lagi
updated version kt website Berita Harian...pg tadi pendek je artikel ni. pastu takde gambo
[ Last edited by bayieng at 20-5-2008 03:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA - 20 MEI 2008
Lagu Mila menang di Bulgaria
KUALA LUMPUR 19 Mei |
|
|
|
|
|
|
|
KOSMO! 20 MEI 2008
Mila julang nama Malaysia
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Juara Akademi Fantasia musim ke-5, Norsyarmila Jirin atau Mila (gambar), 21, berjaya mengharumkan nama negara apabila menerima dua anugerah termasuk lagu terbaik pada majlis Discovery Pop Festival ke-17 yang berlangsung di Opera House Varna di sini, kelmarin.
Mila menjulang tempat pertama dalam kategori lagu terbaik menerusi lagu Ilham Di Mata, menewaskan Fiona dari Malta yang mendapat tempat kedua dan Alberto dari Itali yang mendapat tempat ke-3.
Lirik lagu Ilham Di Mata itu ditulis oleh Ajai manakala lagunya hasil sentuhan Loloq.
Selain itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut mendapat pengiktirafan apabila diumumkan sebagai penerima anugerah khas juri.
Ini kemenangan pertama Mila di peringkat antarabangsa dan dengan kemenangan ini beliau menerima hadiah wang tunai RM7,500, piala serta sebuah lukisan yang dilukis khas oleh pelukis terkenal Bulgaria.
Selain Mila dari Malaysia, Discovery Pop Festival ini disertai penyanyi dari 14 buah negara lain antaranya, Itali, Romania, Bulgaria, Cyprus dan Malta. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Mila :pompom:
Semoga lebih banyak kejayaan lepas ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #994 houdini's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #997 aFViRGo's post
ade gambo ek..td pg tak pasan lak gambo nye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #998 bayieng's post
tadi belum update kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|