CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mimi77

Shila Amzah / Sharnaz : Drama Perchentaan terhalang - bakal buat PC

  [Copy link]
 Author| Post time 10-1-2013 11:44 PM | Show all posts
layla posted on 10-1-2013 09:11 PM
hahaha.. kabar angin yang berlegar2 ditelinga iols...
tapi skang fizo pun dh nak kawen kan..
ma ...

wow!!!! dh nak kawin???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 12:26 AM | Show all posts
bintang shila baru mula nak nampak sinar...tapi sayangnya dibayangi bayangan hitam shaznazzzzz......

blum kawen dah berani ckp konkong bagai...mcm la shila tu xde mak bapak....

pas kawen mak bapak shila plak kang dikontrolnya

nd lala plisss do something......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:32 AM | Show all posts
nd lala..tolong la jgn terima mamat ni jadi menantu.... erk?!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:44 AM | Show all posts
kini Shila pakai tudung, lepas kahwin kena lah pakai purdah........arahan dari suami.  mcm mana lah nak nyanyi huh??
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:37 AM | Show all posts
Adoi, belum kawin da kena kongkong. Nanti da kawin aku rasa lagi teruk nanti Shila ni kena kongkong.Nanti Jgn menyesal sudaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:41 AM | Show all posts
tak payah nak konkong sangatlahhhhh..meluat!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 02:36 AM | Show all posts
merahbaiduri posted on 10-1-2013 11:29 AM
adakah sebab ND Lala pun jenis yang lembut-lembut gitu, isteri dia plak yg over... nak sangat bermen ...

lah anak org kaya ke sharnaaz tu???nampak mcm tak pun??alah shila..bersepah anak org kaya kat luar tp ye lah taste diorg idoklah mcm kamoo kerana taste mereka adalah yg hot2 shj..hehehe..kawan2 aku yg anak org kaya diorg kalo steady gf- simpan..tak mau tunjuk org..tk bagi org tgk+usik(nak tunjuk pun pd family and close friends je but not the media)..kalau stock main2..kehulu hilir diorg tayang(tanpa pengetahuan gf of course)..so..pikirlah sendiri shila..


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 03:37 AM | Show all posts
baiklah shaznaz. baiklahhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 04:26 AM | Show all posts
bakal bini dah kena kongkong. kalau dah jadi bini nanti, alamat bye bye lah impian nak lebar sayap ke China tu.

selambe je cakap kongkong sbb shila tu bakal bini dia, bakal je pun. tunang pun belum.  mcm shila tu tak de mak ayah. dia yg jaga.



Last edited by fiza1 on 11-1-2013 07:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 06:57 AM | Show all posts
tudiaaaaa.....xkawen lagi tu....baru jadi bakal!!!Diulang bakal!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 07:10 AM | Show all posts
Sharnaaz akui kongkong Shila



TAHUN lepas banyak cerita kurang enak yang dikaitkan dengan bintang drama bersiri Bukan Bidadari ini, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini.

Pada awal tahun lalu, nama anak kelahiran Pulau Pinang itu dikatakan tidak berdisiplin apabila dengan begitu sahaja meninggalkan set penggambaran drama bersiri, Bicara Hati.

Walaupun dia telah menjelaskan keadaan sebenarnya, Sharnaaz tetap terpalit dengan satu lagi kontroversi yang seakan-akan sama apabila dia bertindak nekad meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada 5 Oktober lalu.

Kontroversi itu semakin panas apabila nama Shila Amzah turut terbabit sama apabila dikhabarkan Sharnaaz berbuat demikian kerana tergesa-gesa ingin bertemu dengan buah hatinya yang ketika itu bakal bertolak ke China untuk pertandingan Asian Wave 2012.

Perkara itu terjadi apabila dia didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah filem itu iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat.

Akibatnya, penerbit filem tersebut, S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta jejaka kacak itu memohon maaf secara terbuka dalam media.

Tidak terhenti begitu sahaja kontroversi berkaitan Sharnaaz, hubungan cintanya dengan Shila turut mendapat perhatian sehinggalah isu Twitter yang ditulisnya selepas majlis Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung di Singapura akhir tahun lalu.

Tulisannya yang agak keras terhadap buah hatinya telah menimbulkan rasa kurang senang peminat tetapi Sharnaaz cepat menjelaskan keadaan mengatakan bahawa Twitternya itu telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.


FIGURA kacak ini berazam mahu memfokus terhadap kerjayanya sepanjang tahun 2013 ini.

Sejak kontroversi tersebut, Sharnaaz seolah-olah menghilangkan diri daripada pihak media, sehinggalah dia ditemui pada majlis pratonton media filem Juvana di E@Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur kelmarin.

Sengaja menebak Sharnaaz dengan soalan supaya dia mengulas tentang kenyataan Shila yang dibuatnya pada penghujung tahun lepas.

Shila sebelum ini telah mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan bercerita soal percintaannya dengan Sharnaaz secara terbuka dan ingin menumpukan terhadap kerjaya seninya yang semakin memuncak atas nasihat bapanya, ND Lala.

Sharnaaz ternyata seorang yang bersifat terbuka dan dengan senang hati memberikan ulasan terhadap pendirian Shila itu.

"Tahun ini saya nak fokus kerja begitu juga Shila, saya dengan kerja saya, Shila dengan kerja dia. Kalau Shila tidak mahu bercakap soal cinta pada tahun ini, saya mahu cakap soal kahwin, awak tanya dia," ujarnya secara berjenaka.

Sharnaaz menjelaskan lagi, segala kontroversi yang berlaku pada tahun lalu adalah perkara yang tidak dirancang dan dia juga tidak dapat mengelakkan diri daripada apa yang telah berlaku itu.

Tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan mengungkit perkara lalu, dia kini mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya lakonannya yang semakin mendapat perhatian ramai penerbit dan pengarah terkenal termasuk Khabir Bhatia.

Kongkong Shila

Ditanya tentang satu lagi gosip panas yang mewarnai hubungannya dengan Shila iaitu soal dia mengongkong penyanyi lagu Patah Seribu itu, Sharnaaz tidak melatah.


LUCU. Dilabelkan sebagai lelaki psiko, Sharnaaz sebenarnya mempunyai sisi humor dalam dirinya.

Dia sebaliknya dia sudi memberikan jawapan dengan penuh profesional.

"Memang saya mengongkong Shila kerana dia bakal menjadi isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan ini. Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," tegasnya.

Tidak mahu lagi fokus kepada percintaan sahaja pada tahun ini, Sharnaaz berikrar untuk mengurangkan kontroversi dan mahu menumpukan terhadap rezeki lakonan yang semakin mencanak.

Filem pertamanya, Juvana yang bakal ditayangkan pada 24 Januari ini, dia membawakan watak antagonis bernama Lan Todak.

Ia merupakan sambungan drama bersiri, Juvana yang mendapat sambutan luar biasa pada tahun 2011 dengan episod akhirnya ditonton seramai 4.3 juta penonton.

Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.

Watak Lan Todak itu dibawa oleh Sharnaaz dengan cukup berkesan sekali apabila mempunyai sikap pendendam terhadap bekas pelatih pusat pemulihan remaja Wira Bakti iaitu Botak, Kicap, Daim, Apek, Ayam, Komeng dan Panjang yang merupakan barisan watak dalam drama bersiri Juvana sebelum ini.

Kata Sharnaaz, karakter Lan Todak itu diilhamkan oleh dirinya sendiri dengan mendapat persetujuan Faisal.

"ada awalnya, Faisal terkejut apabila saya ingin melakonkan Lan Todak sebegitu rupa tetapi apabila kali pertama mencubanya di hadapan kamera, akhirnya itulah babak pertama saya," ujarnya.

Mengakui Lan Todak juga tidak disukai oleh Shila sendiri, dia berharap watak itu dapat diterima dan dia membawa watak antagonis itu sebegitu rupa bagi tidak memalukan Khabir yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepadanya.

"Saya tidak akan malukan Faisal dengan Khabir, saya tahu kerja mereka macam mana, jadi saya kena tunjuk yang terbaik," ujarnya.

Tidak kisah dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa dirinya psiko, bagi Sharnaaz, setiap manusia ada sikap tersebut dalam diri masing-masing.

"Setiap manusia ada sifat psiko sendiri, tetapi antara hendak ditonjolkan atau tidak, peluang nak tonjolkan satu watak dengan berkesan hanya datang sekali. Psiko Lan Todak hanya dalam lakonan semata-mata," jelasnya.

-kosmo-

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 07:21 AM | Show all posts
dalam filem atau mmg sisi terlindung ?sebab tu watak psiko mmg terbaik je dilakonkan

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 08:27 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 08:29 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 11-1-2013 08:27 AM


chenta hati saye hensemnye


kata shila
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:33 AM | Show all posts
wookiehoney posted on 11-1-2013 07:21 AM
dalam filem atau mmg sisi terlindung ?sebab tu watak psiko mmg terbaik je dilakonkan

aku baru je nk ckp...yg dia ni nmpak mcm psiko..mmg terbaik kalau dia lakonkan watak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:54 AM | Show all posts
ai geli tgk dia belakon dalam ruby..cam tiga suku pun ada..gigi dia tu punca dari merokok ke jadi gitu..euwww sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 10:14 AM | Show all posts
arenis posted on 11-1-2013 09:33 AM
aku baru je nk ckp...yg dia ni nmpak mcm psiko..mmg terbaik kalau dia lakonkan watak tu..

ala2 menjadik cam bebetul gitu


mcm la watak miss F dalam pisau cukur.mnjadik kegedikan piso cukurnye sebab in real life pun...........


(motep nk sebut miss f gak)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2013 10:19 AM | Show all posts
bottombikini posted on 11-1-2013 09:54 AM
ai geli tgk dia belakon dalam ruby..cam tiga suku pun ada..gigi dia tu punca dari merokok ke jadi gi ...

3 suku tu aku stuju!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:21 AM | Show all posts
kawen2 la cepat weii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:22 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 11-1-2013 08:27 AM

Cantik kulit si shanaz nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.108952 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list