CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LOVE YOURSELF LIKE YOUR LIFE DEPENDS ON IT

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakyskyeay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Page 51
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:43 AM | Show all posts
selamat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:43 AM | Show all posts
Tashu replied at 24-10-2024 11:31 AM
@seribulan @yangsemb @mamanoni @nona84 @nuki12 @amiraira @semangkaepok2 @novelloverzz

check in rumah baru

thanks tashu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 04:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 04:54 AM | Show all posts
13 termasuk pelancong Jepun cedera, bas persiaran langgar treler






Keadaan bas persiaran yang terbabit kemalangan dengan sebuah treler di KM230.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, tengah hari tadi. - Foto ihsan JBPM Perak






KUALA KANGSAR: Seramai 13 individu, termasuk pelancong warga Jepun, cedera apabila bas persiaran dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer (KM) 230.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa cedera terdiri daripada dua warga tempatan yang juga pemandu bas serta pemandu pelancong, serta 11 pelancong warga Jepun.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.52 tengah hari, justeru pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dengan dibantu anggota BBP Taiping dan BBP Kamunting dikejarkan ke lokasi.
Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.





"Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang melanggar bahagian belakang sebuah treler menyebabkan bahagian hadapan bas itu remuk.
"Pelancong warga Jepun yang mengalami kecederaan membabitkan tiga lelaki dan lapan wanita.
"Empat mangsa warga Jepun terbabit, iaitu tiga wanita dan seorang lelaki kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Taiping, manakala mangsa selebihnya dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata, pasukan melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan mengeluarkan mangsa yang cedera dari bas, seterusnya diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital sebelum operasi itu tamat sepenuhnya pada jam 3.53 petang.
Sementara itu, laman X Plus Trafik memaklumkan, insiden kemalangan berkenaan menyebabkan lorong kiri ke arah selatan dari arah Changkat Jering menghala Kuala Kangsar terhalang di mana aliran trafik perlahan sejauh 7.7km setakat jam 3.56 petang tadi, termasuk bagi pelaksanaan proses pengalihan.





https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1315601/13-termasuk-pelancong-jepun-cedera-bas-persiaran-langgar-treler










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:56 AM | Show all posts
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM40.3 bilion Januari-September 2024






Foto ihsan Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim








KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited sebanyak RM40.3 bilion, manakala pelaburan direalisasikan pula mencecah RM22.5 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mempengerusikan mesyuarat ke-33 Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkaitan hala tuju dan inisiatif yang telah digariskan untuk Iskandar Malaysia, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang akan memberi anjakan kepada ekonomi negara.
"Mengambil contoh ikhtiar pewujudan Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia-Johor (IMFC-J), saya menekankan kepentingan keberkesanan pelaksanaan dari segi proses dan tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan, selaras dengan strategi kerajaan dalam memudah cara perniagaan," katanya dalam hantaran melalui laman X.


Anwar berkata, dalam konteks Johor, pelbagai projek baharu dan sambungan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 perlu disambut dengan pelaksanaan segera serta berkesan.

Beliau berkata, Johor juga perlu memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 berikutan beberapa mesyuarat akan dianjurkan di negeri itu.

"Natijahnya, limpahan manfaat hanya akan dapat dirasai melalui perancangan serta pelaksanaan yang bersepadu dan berkesan," katanya. – BERNAMA





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315574/iskandar-malaysia-catat-pelaburan-komited-rm403-bilion-januari


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:58 AM | Show all posts
Lelaki tunggu anak balik sekolah cedera ditembak






Polis melakukan pemeriksaan di lokasi lelaki cedera ditembak di Sibu, hari ini. - Foto Ihsan PDRM





KUCHING : Seorang lelaki cedera ditembak individu yang tidak dikenali di depan sebuah sekolah di Sibu, hari ini.
Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an sedang menunggu anaknya balik dari sekolah di Jalan Wong King Hou.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata penyerang yang dipercayai keluar dari kawasan semak tiba-tiba melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang duduk di bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda.









"Akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan belakang badannya.
"Sejurus melepaskan tembakan, suspek bergegas melarikan diri," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian keluar dari keretanya untuk meminta bantuan daripada orang awam.
"Mangsa yang cedera di bahagian belakang kemudian rebah di tepi jalan berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sibu," katanya.
Menurutnya lagi, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan sedang menjejaki suspek.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1315560/lelaki-tunggu-anak-balik-sekolah-cedera-ditembak



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:01 AM | Show all posts
Harimau Malaya jatuh ke tangga 133






Kesebelasan utama Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente ketika menentang New Zealand pada aksi persahabatan antarabangsa di Auckland baru-baru ini. – Foto Persatuan Bolasepak Malaysia







KUALA LUMPUR: Kekalahan 4-0 di tangan New Zealand menyaksikan Harimau Malaya jatuh satu anak tangga dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi kemas kini ranking FIFA yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente berada di tangga ke-133 berbanding 132 sebelum ini.
"Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 133 dunia, turun satu anak tangga berbanding 132 pada kemas kini terdahulu, 19 September 2024.
"Kemas kini seterusnya 28 November 2024," kata FAM di laman Facebook badan induk bola sepak tempatan itu.





Pada jendela aksi antarabangsa bulan ini, skuad negara sekadar mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf Tier 1, dengan satu lagi aksi menentang kelab New Zealand, Auckland FC yang berstatus Tier 2.
Ketika menentang Auckland FC, Malaysia seri 1-1 dengan gol tunggal dijaringkan Nooa Laine.
Selepas itu, anak buah Vicente tumbang 4-0 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium North Harbour, Auckland.
Pada jendela aksi antarabangsa November ini, pasukan kebangsaan akan bertemu India yang berada di ranking ke-125 dunia.




https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/10/1315578/harimau-malaya-jatuh-ke-tangga-133









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:04 AM | Show all posts
Mitigasi banjir antara 5 fokus utama DBKL menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia





Maimunah ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus RMK13 Peringkat Wilayah Persekutuan, di Putrajaya, hari ini. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH





PUTRAJAYA: Projek mitigasi banjir di sekitar ibu negara ialah antara lima tumpuan utama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata fokus lain yang menjadi keutamaan DBKL ialah pengindahan, pencahayaan, penambahbaikan jalan raya dan promosi ASEAN 2025.
"Seperti yang saya maklumkan dalam kenyataan media sebelum ini, pelbagai langkah sudah dinyatakan untuk menangani masalah banjir di ibu kota dan ia menjadi keutamaan DBKL, terutama menjelang Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
"Kita juga sedang melaksanakan projek mitigasi (banjir), satu atau dua sudah siap dan beberapa lagi masih berjalan untuk (projek) mitigasi banjir ini," katanya.





Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Peringkat Wilayah Persekutuan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Maimunah memaklumkan DBKL memasang 'water level sensor' atau pengesan paras air di 30 kawasan berisiko banjir, termasuk sungai dan parit induk, di sekitar ibu negara.
Beliau dilaporkan berkata, sensor itu berperanan memberi notifikasi mengenai kenaikan paras air, kepada bilik kawalan operasi Kuala Lumpur (KLCCC) dan bertindak sebagai pengesanan awal kenaikan paras air yang berkemungkinan menyebabkan berlakunya banjir.
Mengulas lanjut, Maimunah meminta kerjasama orang ramai untuk menjaga kebersihan dan persekitaran daripada sampah sarap kerana ia antara punca longkang tersumbat sehingga berlaku banjir.
"Perkara pertama, kita mesti bersihkan longkang tersumbat dan kita bekerjasama dengan SWCorp. Kedua, kita perlu pastikan saliran sungai, melihat kolam takungan... dulu sungai, setiap tiga bulan kita bersihkan tetapi sekarang pada Oktober, November dan Disember, kita buat dua kali sebulan," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Maimunah berkata, DBKL menubuhkan pasukan petugas dalaman bagi menguruskan hal berkaitan pengurusan di 65 lokasi bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur.
Pasukan itu terdiri daripada bahagian pelesenan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan perancangan serta diketuai seorang yang berjawatan Pengarah Eksekutif.
"Pasukan petugas ini akan meneliti segala cabaran dan aspek berkaitan, termasuk urusan permohonan lesen berniaga secara dalam talian," katanya.





https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315523/mitigasi-banjir-antara-5-fokus-utama-dbkl-menjelang-kepengerusian










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:35 AM | Show all posts
Limo
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:35 AM | Show all posts
Ompek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:35 AM | Show all posts
Tigo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 05:35 AM | Show all posts
Duo
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:36 AM | Show all posts
Syahtu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:36 AM | Show all posts
Turn
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:36 AM | Show all posts
Nu page
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.202538 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list