|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: COFFEE ORCHARD
[Copy link]
|
|
Tashu replied at 12-12-2024 10:36 AM
semlm porem sgt slow, sampai givap kita
Eeeee…meme gewam kan!
Semangat membara nak nolaks
Jadik tergendalaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 12-12-2024 10:36 AM
jom tolak sat
Maaf TT, haku keluar sat tadi
Ni baru samapi rumah laah |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 12-12-2024 10:37 AM
morning nini
Morning Sha
Selamat Tengahari Sha |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pinda Akta Kanak-Kanak 2001 antara usaha kerajaan elak kes GISBH, Abang Bas berulang
[size=14.399999618530273px]Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan Akta Kanak-Kanak 2001 melalui pindaan undang-undang lebih tegas dan komprehensif, antara usaha direncanakan kerajaan untuk meningkatkan lagi penguatkuasaan bagi mengekang berulangnya kes seperti GISB Holdings (GISBH) dan Abang Bas dalam TikTok. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penambahbaikan itu antara lain bertujuan untuk menutup sebarang kelemahan undang-undang dan memastikan perlindungan lebih luas bagi kanak-kanak daripada pelbagai bentuk penderaan.
Katanya, usaha itu turut mencakupi langkah bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak berkaitan teknologi dan dunia siber.
"Peruntukan berkaitan hukuman juga akan diperketatkan, terutama terhadap penjaga yang bertanggungjawab atas pengabaian atau penderaan fizikal, emosi atau seksual terhadap kanak-kanak," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam. Beliau menjawab pertanyaan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang meminta kementerian itu menyatakan pelan untuk meningkatkan penguatkuasan Akta Kanak-Kanak 2001 supaya kes seperti GISBH dan Abang Bas dalam TikTok tidak akan berlaku lagi. Selain itu, Saifuddin berkata, kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak Mahkamah Khas Kanak-Kanak, termasuk memperluaskan lagi penubuhan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak. Beliau menjelaskan, mahkamah khas itu direka untuk menangani kes jenayah terhadap kanak-kanak secara lebih sensitif dan mesra kanak-kanak, serta mempercepatkan proses perbicaraan.
"Mahkamah ini akan membantu mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pesalah, memastikan keadilan dilaksanakan dengan segera serta mengurangkan trauma dialami mangsa kanak-kanak dalam proses perbicaraan," katanya. Pada sama sama, Saifuddin berkata, kerajaan juga memantapkan aspek penguatkuasaan di peringkat tempatan kerajaan menerusi pemerkasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Katanya, lebih ramai pegawai terlatih dalam mengenal pasti tanda-tanda awal penderaan kanak-kanak, khususnya dalam institusi seperti rumah perlindungan dan sekolah. Selepas ini, katanya, setiap institusi perlu memastikan terdapat pegawai perlindungan kanak-kanak yang bertanggungjawab untuk memantau dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian golongan itu.
"Peningkatan pemantauan oleh agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JKM terhadap institusi yang menjaga kanak-kanak juga akan dipertingkatkan melalui lawatan berkala dan penyiasatan lebih teliti. "Melalui sistem pelaporan yang lebih mudah dan segera, tindakan awal dapat diambil bagi melindungi kanak-kanak yang disyaki mengalami penderaan atau pengabaian. Pelaksanaan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di institusi pendidikan dan Jagaan Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah, tadika, rumah perlindungan, dan pusat jagaan kanak-kanak akan diperketatkan. "Ini termasuk latihan kepada guru, kakitangan pusat jagaan, dan penjaga tentang cara mengenal pasti dan menangani kes-kes penderaan atau keganasan terhadap kanak-kanak. Setiap institusi perlu memastikan terdapat pegawai perlindungan kanak-kanak yang bertanggungjawab untuk memantau dan melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak," katanya. Saifuddin berkata, kerajaan turut melaksanakan polisi perlindungan kanak-kanak di institusi pendidikan dan jagaan. "Polisi Perlindungan Kanak-Kanak di sekolah, tadika, rumah perlindungan dan pusat jagaan kanak-kanak akan diperketatkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335904/pinda-akta-kanak-kanak-2001-antara-usaha-kerajaan-elak-kes-gisbh
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Restoran asam pedas diserbu pengunjung selepas Agong, PM makan tengah hari di situ
[size=14.399999618530273px]Video yang dimuat naik pada laman TikTok.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati asam pedas di sebuah restoran terkenal di Johor Bahru, pada Isnin lalu, premis berkenaan terus dikunjungi orang ramai yang mahu menikmati menu sama. Video yang dimuat naik pada laman TikTok, menunjukkan restoran itu menerima kehadiran pengunjung di luar jangka sehingga sebahagian mereka terpaksa berbaris panjang untuk menunggu tempat duduk bagi menikmati hidangan disediakan terutama asam pedas yang menjadi tarikan utama di situ. Seorang pengguna @mrearee secara berjenaka berkata, kunjungan Sultan Ibrahim dan Anwar ke restoran itu baru-baru ini akan menyebabkan restoran itu terpaksa berpindah ke lokasi lebih besar bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat
Beliau turut memuji keenakan menu ikan kerapu emas goreng yang dihidangkan di restoran itu. Sementara itu, @alialfamia berkata, barisan panjang pelanggan beratur untuk memasuki restoran itu berlaku selepas kunjungan Sultan Ibrahim bersama Anwar menikmati makan tengah hari di situ, menjadi viral di sosial media.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335902/restoran-asam-pedas-diserbu-pengunjung-selepas-agong-pm-makan-tengah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KPM ambil guru dalam kalangan graduan universiti swasta, luar negara
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memperluaskan inisiatif pengambilan guru dalam kalangan graduan berpotensi tinggi dari unviversiti swasta dan luar negara bagi mengisi jurang kekurangan guru di sekolah kerajaan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata ia antara rancangan jangka pendek yang direncanakan oleh kementeriannya. Selain itu, beliau berkata, KPM juga akan melaksanakan pelantikan guru secara kontrak dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan.
"Justeru, guru-guru lantikan kontrak ini atau 'contract of service (COS)' akan dipersiapkan dengan ilmu kemahiran dan sikap yang sesuai melalui program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama setahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). "Pelaksanaan program Diploma Pascasiswazah Pendidikan sepenuh masa selama setahun kepada graduan tanpa pendidikan bermula 2024," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Chiew Choon Man (PH-Miri) berhubung langkah diambil KPM untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak yang berlarutan sejak sekian lama serta perkembangan terkini berhubung usaha sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu terbabit.
Mengenai langkah jangka panjang pula bagi menangani isu kesenjangan guru, Fadhlina berkata, pihaknya melaksanakan pengambilan guru bagi program praperkhidmatan lepasan STPM, STAM dan program matrikulasi dalam beberapa bidang pengkhususan untuk keperluan guru sekolah rendah bermula tahun ini. Pada masa sama, beliau berkata, KPM juga menubuhkan Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru yang berperanan mengenal pasti perubahan yang berlaku dalam dasar kokurikulum, program dan enrolmen yang memberi implikasi kepada keperluan guru. "Seterusnya penubuhan jawatankuasa itu bagi memastikan keseimbangan dalam pengambilan serta penamatan guru sekolah KPM," katanya. Sepanjang tahun ini, Fadhlina berkata, KPM berjaya menempatkan 13,749 guru baharu lantikan tetap dan COS bagi sekolah rendah serta menengah. "Daripada jumlah itu, 1,697 guru ditempatkan di Sarawak dan menjadikan ia antara negara tertinggi menerima guru baharu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335935/kpm-ambil-guru-dalam-kalangan-graduan-universiti-swasta-luar-negara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
EIA perlombongan bauksit di Bukit Goh tidak diluluskan - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengesahkan tiada kelulusan diberikan kepada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan, Pahang.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad juga memaklumkan, terdapat laporan EIA bagi projek di lokasi sama yang pernah ditolak sebelum ini. Beliau berkata, ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekali lagi menerima cadangan projek bertajuk 'Proposed Bauxite Mining Operation in Bukit Goh, Kuantan within area of 2,424.73 hectares in Mukim Kuala Kuantan, district of Kuantan, Pahang', pada 24 September lalu. "Penggerak bagi cadangan projek ini ialah BG Mining Sdn Bhd," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Tuan Ibharim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) mengenai kelulusan EIA baharu diberikan kepada projek perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan. Nik Nazmi berkata, kebiasaannya setiap laporan EIA akan dinilai dan dibincang secara terperinci Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIATRC) bersama agensi kerajaan lain serta individu dilantik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "EIATRC akan mempertimbangkan semua ulasan dan syor daripada semua pihak terbabit, sebelum keputusan dibuat terhadap laporan EIA yang diterima," katanya.
"Selain itu, lima keutamaan digariskan kerajaan dalam usaha memastikan tahap keberkesanan EIA dipertingkatkan, termasuk memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan berkenaan. "Memperkasa prosedur EIA, pendigitalan, pengukukah sesi libat urus awam dan pemantapan penguatkuasan EIA, selain penambahbaikan EIA juga akan dimaklumkan kepada rakyat," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335957/eia-perlombongan-bauksit-di-bukit-goh-tidak-diluluskan-nik-nazmi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melayu paling ramai ditahan di bawah POCA antara 2018-2022
Foto hiasan NSTP
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 6,176 orang di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 antara tempoh 1 Januari 2018 hingga 30 September lalu. POCA adalah akta yang digubal bagi mengekang aktiviti jenayah terancang, pertubuhan rahsia dan aktiviti keganasan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kaum Melayu antara yang paling ramai ditahan di bawah akta itu bagi tempoh 2018 hingga 2022.
"Bagaimanapun, bagi 2023 dan 2024, tiada sebarang tahanan dibuat memandangkan kuatkuasa POCA 1959 ditangguhkan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada April 2022," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam. Mengikut rekod pada 2018, Saifuddin berkata, jumlah individu yang ditahan adalah seramai 1,364 orang. Daripada jumlah itu, katanya, julat umur antara 19 hingga 29 tahun menjadikan tahanan tertinggi iaitu seramai 739 orang.
"Kaum teramai adalah bangsa Melayu iaitu seramai 665 orang. Jantina lelaki mencatatkan bilangan tahanan lebih tinggi, berbanding wanita iaitu 1,328 orang dan membabitan 1,308 warganegara Malaysia," katanya.
Pada 2019, beliau berkata, jumlah tahanan seramai 1,707 orang dan daripada jumlah itu, julat umur antara 19 hingga 29 tahun adalah tahanan tertinggi iaitu seramai 945 orang. "Kaum teramai adalah bangsa Melayu iaitu seramai 652 orang. Jantina lelaki mencatatkan bilangan tahanan lebih tinggi berbanding wanita iaitu 1,657 orang dan membabitkan 1,296 warganegara Malaysia," katanya. Bagi rekod pada 2020, beliau berjata, jumlah ditahan seramai 1,963 orang mencakupi tahanan dalam lingkungan julat umur antara 19 hingga 29 tahun, menjadikan tahanan tertinggi iaitu seramai 1,048 orang. "Kaum teramai adalah bangsa Melayu iaitu seramai 742 orang. Jantina lelaki mencatatkan bilangan tahanan lebih tinggi berbanding wanita iaitu 1,884 orang dan membabitkan seramai 1,577 warganegara Malaysia," katanya.
Berdasarkan rekod pada 2021, beliau berkata, jumlah tahanan seramai 1,012 orang dan dalam kalangan mereka adalah berumur antara 19 hingga 29 tahun, menjadikan tahanan tertinggi iaitu seramai 528 orang. "Kaum teramai adalah bangsa Melayu iaitu seramai 443 orang. Jantina lelaki mencatatkan bilangan tahanan lebih tinggi berbanding wanita iaitu 990 orang dan membabitkan 962 warganegara Malaysia," katanya.
Untuk rekod pada 2022 pula, katanya, jumlah tahanan seramai 130 dan umur mereka dalam lingkungan antara 30 hingga 49 tahun, menjadikan tahanan tertinggi iaitu seramai 72 orang. "Kaum teramai adalah bangsa Melayu iaitu seramai 66 orang. Jantina lelaki mencatatkan bilangan tahanan lebih tinggi berbanding wanita iaitu 124 orang dan membabitkan 129 warganegara Malaysia," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335916/melayu-paling-ramai-ditahan-di-bawah-poca-antara-2018-2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengurus, penyelia kilang disyaki buang sisa kimia ke dalam Sungai Buloh
KEADAAN Sungai Buloh, Pasir Gudang, Johor Bahru dicemari sisa toksik.
JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menahan seorang pengurus dan seorang penyelia kilang kerana dipercayai terlibat dalam insiden pencemaran Sungai Buloh, di Pasir Gudang, di sini semalam. Pengarah JAS Johor, Mohd. Famey Yusoff berkata, penahanan kedua-dua individu itu dibuat Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. “JAS Johor menjalankan siasatan selepas menerima aduan awam berhubung pencemaran di Sungai Buloh, Pasir Gudang. “Pemeriksaan dibuat mendapati terdapat efluen berwarna coklat dari sistem pengolahan efluen premis berasaskan oleo kimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang yang gagal berfungsi. “Selain penahanan dua individu berkenaan, premis tersebut turut diberikan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) bertujuan menghentikan pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Tambah Mohd. Famey, pensampelan efluen telah dibuat dan sampel diambil telah dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk tujuan analisis. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/12/pengurus-penyelia-kilang-disyaki-buang-sisa-kimia-ke-dalam-sungai-buloh/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu rentung, kereta terbakar langgar tiang MRT
Pemandu kereta Honda Accord rentung dalam kebakaran dan disahkan maut di lokasi kejadian. - Foto PDRM
PETALING JAYA – Pemandu kereta Honda Accord maut dalam kebakaran selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang MRT di Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 7.24 pagi. “Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang MRT sebelum terbakar kira-kira pukul 6.20 pagi.
“Mangsa terbakar seluruh badan dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. “Sehingga kini, maklumat mangsa tidak dapat dikenal pasti,” ujar beliau. Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Kepada sesiapa yang mempunyai rakaman papan pemuka (Dashcam) semasa kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/12/video-pemandu-rentung-kereta-terbakar-langgar-tiang-mrt/
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru tidak mengaku ‘sentuh’ murid 12 tahun
Chau Teik (tengah) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan amang seksual fizikal murid perempuan berusia 12 tahun di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini.
IPOH – Seorang guru penolong kanan kokurikulum sebuah sekolah di Bandar Baru Sri Klebang dekat sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi dua pertuduhan amang seksual fizikal ke atas anak murid perempuan berusia 12 tahun pada September lalu. Tertuduh, Teh Chau Teik berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan mencium mulut mangsa di dalam dua bilik darjah berasingan di sebuah sekolah di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor pada pukul 6.40 pagi, 11 dan 26 September 2024. Pertuduhan terhadap tertuduh yang masih bujang itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Teeban Kummar. Terdahulu, Qurratu’aini mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan ke atas tertuduh serta syarat tambahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Teeban Kummar bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dikenakan jaminan pada kadar minimum atas alasan perlu menanggung ibu berusia 61 tahun dan tiga adik dengan pendapatan bulanan sebanyak RM7,000. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/12/guru-tidak-mengaku-sentuh-murid-12-tahun/
|
|
|
|
|
|
|
|
Intan Najuwa berang dituduh tak basuh baju bayi
Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan barangan bayi yang bakal dilahirkan.
PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan barangan bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Menurut Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, dia telah memastikan semua pakaian dan keperluan bayinya dibersihkan sepenuhnya sebelum digunakan. “Baju bayi semua saya sudah hantar ‘dry clean’, cuci bersih-sebersihnya. Kalau nampak tanda harga, itu sebab sesetengah tempat cuci akan tanggalkan dan pasang semula selepas mencuci.
“Saya juga sudah asingkan pakaian untuk usia tiga hingga enam bulan, kerana baju itu belum akan digunakan sekarang. “Sebenarnya saya tidak perlu beri penjelasan panjang lebar tetapi ada sahaja antara kalian yang cakap itu ini, melampau!” ujarnya menerusi hantaran Instagram Story. Tambah pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu juga, dia turut mengambil langkah tambahan dengan membersihkan keseluruhan rumahnya termasuk menyanitasi kawasan kediaman sebelum menyambut kelahiran bayinya. “Bukan sekadar baju, bilik dan seluruh rumah saya juga sudah dipanggil orang untuk bersihkan siap sanitasi sekali sebelum bawa bayi masuk. “Kalau bercakap tentang kebersihan, mungkin awak semua tidak tahu betapa saya sangat menitikberatkan perkara ini.
“Kadang kadang soalan macam kita ini benak ubi sangat tak tahu pasal benda asas. Okay sekian membebel.
Terima kasih,” tutupnya. Intan yang kini sedang menunggu hari kelahiran anaknya berharap agar netizen lebih memahami dan tidak terlalu cepat membuat tanggapan negatif. Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023. – HIBGLAM
https://www.kosmo.com.my/2024/12/12/intan-najuwa-berang-dituduh-tak-basuh-baju-bayi/
|
|
|
|
|
|
|
|
13 tahun bergaduh, Ammar Alfian, Syamsul pilih berdamai
PETALING JAYA – Selepas 13 tahun bersengketa gara-gara ‘sejarah lama’, hubungan pelakon Ammar Alfian dan pengarah Syamsul Yusof kini sudah kembali pulih. Menerusi gambar yang dikongsikan Ammar atau Ammar Alfian Aziz, 37, dalam aplikasi Threads, menunjukkan Syamsul memeluk Ammar dengan reaksi wajah ceria. Kata Ammar, persengketaan tersebut sudah berlalu dan kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada masa depan. “13 tahun sudah berlalu, masa lalu adalah masa lalu. “Tahun 2025 akan menjadi tahun yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan mengharapkan agar hubungan baik itu dapat berkekalan. Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang menaruh harapan agar kedua-dua pelakon itu dapat bekerjasama menghasilkan filem aksi. “Elok juga masing-masing sudah ada haluan sendiri. Lagi pun apa yang lepas itu biarlah jadi kenangan dan pengajaran. “Terbaik macam ini. Harap nanti boleh ada filem baru akan datang. “Eloklah saling berbaik semula. Apa yang hendak dipanjangkan lagi benda sudah jadi 13 tahun dulu. Tapi sebenarnya, kalian bergaduh dulu sebab apa?,” komen netizen. Pada 2013 Ammar dan Syamsul dikatakan pernah bergaduh dan hampir bertumbuk dipercayai kerana perselisihan faham. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran di Publika sekitar pukul 2.30 pagi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/11/13-tahun-bergaduh-ammar-alfian-syamsul-pilih-berdamai/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|