CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amywilly

▄ ▌▄ ▌▄ ▌ISTANA GAFIM XXVIII ╩ ◈ ╩ SINGGAHSANA AKIM ▌▄ ▌▄ ▌▄

[Copy link]
Post time 5-7-2012 05:19 PM | Show all posts
ALBUM LAUNCHING





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 05:20 PM | Show all posts










all da vids credit to noramashita
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:24 PM | Show all posts
AT JOMHEBOH JB





yg ni ad org tlg letakkan lirik...so uols leyh nyanyi sesama
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 5-7-2012 17:30





credit to arynnzahid, sweet akira, n ramlahramgroup
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:31 PM | Show all posts

AKUSTIK AKIM...{:3_84:}


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:50 AM | Show all posts
jom layan news sal soltan kita lak....vc bnyk lg xtepek tp nnty dlulaa ekk...

Akim Ahmad Bakal Lancar Album Pertama

   

Nampaknya, pihak Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan terutamanya artis-artis di bawah naungannya.

Terbaru, Budiey dengar, bintang serba boleh yang lahir daripada program Akademi Fantasia musim ke-7, Akim bakal melancarkan sebuah album solonya yang pertama. Wah, finally… setelah sekian lama bekerja keras melahirkan single demi single, album yang selama ini diidamkan oleh Akim akan berada di genggaman peminat setianya aka Gafimers.

Album yang memuatkan 10 buah lagu ini mendapat kerjasama beberapa komposer ternama seperti Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K. Album berjudul Akim Ahmad ini turut menonjolkan dirinya sebagai penyanyi dan juga penulis lirik dengan menghasilkan empat buah lagu ciptaannya sendiri.

Budiey sangat teruja untuk mendengar semua lagu-lagu terbaru Akim dalam album pertama ini. Selamat maju jaya buat Akim ya.

Oh ya, untuk peminat Akim jangan lupa tonton Akim perform di program ROOFTOP yang akan disiarkan di ntv7 mulai 16 September nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2012 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 12:04

credit to gua.com.my


Akhirnya, Akim Miliki Album Sendiri
29 JUN 2012, 12:00AM   |  



Setelah tiga tahun berjinak dalam industri seni, akhirnya bintang Akademi Fantasia 7, Akim Ahmad melancarkan album sulungya di Restoran No Black Tie, baru-baru ini.

Menurut Akim, tiga tahun merupakan tempoh percubaan untuk dia menghasilkan ‘single’ yang terbaik.

“Selepas keluar daripada Akademi Fantasia, saya belum bersedia untuk menghasilkan album. Sebab itu, saya hanya keluarkan beberapa single. Berkat keazaman dan kesabaran, akhirnya terhasillah album ini,” katanya.

Album yang berjudul ‘Akim Ahmad’ ini mengandungi 10 buah lagu termasuk tiga buah single popularnya -Bengang, Inikah Cinta dan Janji- yang digubah semula dalam bentuk akustik.

“Tiga lagu ini digubah semula kerana saya ingin memberi nafas baru dan sesuatu yang berbeza kepada peminat,” kata Akim.



Tambah Akim, dia memilih judul album ‘Akim Ahmad’ kerana bagi Akim terdapat jiwa dan hatinya dalam album ini. Lebih istimewa, empat lagu dalam album ini merupakan nukilan sepenuhnya oleh Akim sendiri.


“Bila peminat dengar album saya, saya ingin mereka rasa seolah-olah saya sedang menyanyi disebelahnya,
” kata Akim yang terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan album ini termasuk pemilihan lagu dan susunan muzik.



Dalam album ini juga, terdapat dua lagu duet bersama Stacy dan Fiq.


“Saya memilih Stacy kerana saya selesa berkerja dengannya dan saya kagum dengan kemerduan suara Stacy menyanyikan lagu balada. Fiq pula kerana saya merasakan dia mempunyai suara yang hebat,” kata Akim.

Antara lagu baru yang terdapat dalam album ini adalah Daya Cinta, Menunggu dan Kembali (duet bersama Stacy).

Akim menjangkakan lagu Daya Cinta akan menjadi hit kerana menurutnya lagu tersebut yang paling susah untuk disampaikan.

“Lagu itu penuh dengan jiwa, hingga saya harus menangis untuk menyanyikan lagu tersebut. Saya pula seorang yang susah mengalirkan airmata,” tambah Akim.


Album ini juga mendapat sentuhan komposer terkenal seperti Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 12:00

Akim ketagih berlakon lagi

BUKAN hanya merencanakan album perdana, kerancakan kerjaya seni, Afiq Akim Ahmad (Akim), 21, bakal berganda dengan kemunculan sulung di layar perak menerusi filem Hooray Hooray dijangka melewati pawagam sekitar penghujung tahun ini.


Sejak pembabitannya menerusi filem arahan Saw Teong Hin pada tahun lalu yang turut dibintangi Kilafairy, Akim merasakan sudah tiba masanya dia bergiat aktif dalam bidang lakonan demi menggilap satu lagi kebolehan dalam cabang seni.


“Memang rasa ketagih nak berlakon lagi. Meskipun proses penggambaran cukup memenatkan. saya tetap seronok dan puas menjayakannya. Saya rasa sudah tiba masanya saya mengembangkan satu lagi cabang seni daripada terikat dengan nyanyian saja.

“Dulu saya tak pernah terfikir mahu jadi pelakon tapi selepas terbabit dalam drama Kau Dan Aku serta filem Hoore! Hoore! saya mula merasakan sebenarnya banyak perkara lagi yang boleh saya cuba.


“Memperbaiki sesuatu persembahan itu adalah perkara yang saya sering titik beratkan dalam kerja saya. Proses memperbaiki diri hanya boleh dilakukan menerusi hasil kerja akan datang manakala setiap kelemahan sebelumnya saya jadikan iktibar,” katanya.


Bercerita lanjut mengenai Hoore! Hoore! yang mengenengahkan genre romantik komedi serta elemen muzikal berdasarkan lagu-lagu popular Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, ia menceritakan Johari lelaki budiman yang jatuh cinta dengan seorang gadis berbadan gempal, Nurul Aiman (bakat baru Nurfarah Nazirah) dan itulah yang menjadi inti pati keindahan filem ini.

“Selalunya tidak kira sama ada drama mahupun filem, kita mesti membayangkan seorang lelaki jatuh kepada cinta kepada seorang wanita cantik. Dalam dunia realiti pun memang setiap lelaki impikan teman wanita yang langsing dan cantik tapi masih ramai yang tidak memandang paras rupa.

“Berlainan Hoore! Hoore! kerana Teong Hin mahu mengangkat percintaan lelaki dan gadis kebanyakan yang berlaku dalam dunia realiti kita. Cinta itu milik semua orang dan pernah tidak terbatas buat golongan tertentu saja. Inilah yang jarang ditekankan drama atau filem.

“Johari tertarik pada Nurul Aiman kerana budi bahasanya kerana itu dia tidak memandang soal fizikal walaupun ada gadis cantik, Rita cuba menagih cinta Johari. Rita watak yang dilakonkan Kilafairy menjadi penghalang kepada hubungan Johari dan Aiman namun apakah pengakhiran hubungan mereka? Kita kenalah tonton filem ini nanti.

“Satu lagi tarikan yang menarik, Hoore! Hoore! berbentuk muzikal dan saya sendiri menyanyikan tiga lagu di dalamnya. Walaupun saya seorang penyanyi ternyata apabila perlu menyanyi dan berlakon pada satu masa, ia bukannya tugas yang mudah,” katanya.

Selain itu, Akim beritahu untuk filem itu dia turut merakamkan tiga lagu nyanyian Sudirman.

Biar minat lakonan mula bercambah, namun keutamaan pemuda berbintang Capricorn ini tetap kukuh kepada bidang nyanyian. Tahun ini, Akim bakal meraikan kemunculan album sulung yang memuatkan sembilan lagu dan sebahagian daripadanya adalah hit terdahulu seperti Bengang, Inilah Cinta dan Janji.

Bagaimanapun, susunan muzik untuk dua daripada lagu itu diubah sedikit.

Sentuhan untuk Bengang misalannya memasukkan elemen orkestra manakala Inilah Cinta secara ‘unplugged’.

“Menerusi album ini saya turut menghasilkan sebuah lagu berjudul Menunggu juga sekuel kepada lagu Janji. Penciptaan secara keseluruhan turut membabitkan Audi Mok yang mempertaruhkan Tentang Dia, Dunia dan Syurga oleh Omar K, Milikmu dan Mesti Ada Cinta (Kunci Demak) serta Daya Cinta, sebuah lagu balada dan paling saya suka.

“Untuk pengetahuan ramai, Mesti Ada Cinta sebenarnya adalah lagu duet saya bersama Fiq Mentor . Sentuhannya lebih kepada rock dan mengapa saya memilih Fiq untuk berpadu suara ini kerana saya tertarik dengan vokalnya sewaktu menyaksikan persembahan Fiq dengan Mirwana menyampaikan lagu Manifestasi Cinta pada satu acara, baru-baru ini.

Dijolok soalan bersifat peribadi mengenai hubungannya dengan Stacy yang khabarnya sudah berakhir, Akim ringkas memberi jawapan bahawa mereka tidak pernah putus hubungan kerana mereka tetap berkawan baik.

“Bagaimana saya harus mengiyakan berita ini sedangkan kami tidak pernah bercinta. Saya akui Stacy antara rakan wanita yang rapat dengan saya dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.






credit to mymetro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 03:40 PM | Show all posts
COVER BLKG ALBUM SOLTAN



credit to noreena mohamad
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:43 PM | Show all posts
Stacy Tetap Jadi Pilihan Akim {:3_84:}

   


        KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Meskipun bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Akim Ahmad tidak pernah mengaku dirinya sedang dilamun cinta bersama penyanyi, Stacy, namun mereka tetap menjadi pilihan untuk bekerjasama.

        Terbaru, menerusi album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad turut memuatkan sebuah lagu duet dengan Stacy berjudul Kembali.
        Kali kedua berkolobarasi dengan Stacy, Akim Ahmad akui selesa digandingkan apatah lagi bekerjasama di dalam lagu yang begitu istimewa buatnya.

        "Saya akui selesa dan mudah apabila bekerjasama dengan Stacy kerana dia memahami apa yang yang saya mahu dan suka.
        "Lagipun sebelum ini kami pernah berkolaborasi. Tetapi ketika itu kami membawakan lagu rancak dan semua sedia maklum lagu rancak dah jadi identiti Stacy.

        "Kini saya cuba dengan lagu balada. Apabila saya beritahu mengenai lagu ini dia terus berminat dan bersetuju untuk berduet bersama," katanya selepas pelancaran album Akim Ahmad di Restoran No Black Tie, petang semalam.

        Selain Kembali, Akim turut mengembangkan bakatnya dalam penulisan lagu untuk mencipta sebuah lagi lagu berjudul Menunggu.
        Album Akim Ahmad mengandungi sepuluh buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru.

        Manakal tiga buah lagu lagi merupakan single popularnya yang dibawakan kembali dalam bentuk akustik.
        Mengulas lanjut mengenai lagu ciptaanya, Kembali, Akim akui dia langsung tidak terbayangkan Stacy.

        Sebaliknya menulis mengikut kisah rumah tangga orang lain yang pernah didengar.

        "Lagu ini merupakan lagu tambahan yang diminta oleh produser album saya.
        "Kiranya lagu Kembali adalah lagu yang saya cipta dalam saat-saat akhir.
        "Nasib baik juga, Stacy sudi berduet dalam lagu yang dimuatkan untuk album saya ini," jelasnya lagi.

        Selain Stacy, Akim turut memilih Fiq Mentor untuk berduet sebuah lagu berjudul Mesti Ada Cinta.
        Sementara itu, Akim yang akui dirinya masih solo berkata hidupnya masih muda untuk memikirkan sola cinta dan hanya berhasrat untuk berkahwin ketika usianya mencecah 25 tahun.

        "Saya tidak terfikir soal cinta sekarang ini. Lagipun saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain untuk masa hadapan saya dan bakal isteri kelak.

        "Tambahan pula, kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu,"tambahnya lagi..


credit to murai.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 15:50

Akim 'Kembali' Dengan Stacy, Target Kahwin 5 Tahun Lagi


Selepas kolaborasinya dengan juara Akademi Fantasia (AF6), Stacy, menerusi single Jahatnya Cinta bejaya mencipta fenomena, kini sahabat karib ni kembali berduet dalam lagu baru ciptaan Akim, berjudul Kembali. Lagu berentak balada itu termuat dalam album sulung jejaka berusia 21 tahun yang diberi judul, Akim Ahmad.


Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad ketika ditemui di majlis pelancaran album tersebut berkata,

"Saya tak kisah berduet dengan sesiapa. Tapi kali ni saya pilih Stacy lagi sebab saya selesa dengannya. Saya juga suka suaranya ketika menyanyikan lagu balada. Sekaligus saya nak orang ramai lebih tahu yang Stacy memang berkebolehan menyanyikan lagu balada", ujarnya di majlis sidang media bertempat di restoren No Black Tie, petang semalam. Selain Stacy, Akim juga mengabadikan gandingan bersama Fiq (Mentor) menerusi lagu Mesti Ada Cinta.

Dalam masa sama, Akim diusik dengan pertanyaan mengenai sejauh mana hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia (AF6) itu. Maklum sajalah, keintiman di antara Akim dan Stacy mengundang banyak tanda tanya ramai. Apatahlagi mereka dikatakan hangat bercinta, pernah putus dan kini bersama semula?

"Kami memang baik. Stacy kawan wanita paling rapat saya. Banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Misalnya, dia nak ambil anak angkat pun dia ada minta pendapat saya. Dan famili pun tak halang kami nak berkawan",

"Saya masih solo lagi. Baru umur 21. Sekarang ni banyak perkara lagi saya masih nak kejar. Takder masa nak fikir pasal next stage (cinta mahupun kahwin). Kalau nak kahwin pun, saya nak pastikan paling tidak, saya dah ada aset macam rumah. Lagipun saya target nak kahwin lima tahun lagi", jelasnya.

Menangis Dalam Studio

Sementara itu, Akim turut memberitahu oleh sebab mahukan peminat-peminatnya 'mendengar sampai rasa', jejaka berusia 21 tahun ni menangis saat merakamkan lagu berjudul Daya Cinta. Pelakon Horey Horey ni berkata, lagu ciptaan komposer Kunci Demak itu adalah trek paling mencabar untuk dinyanyi sehinggakan terpaksa menjalani sesi rakaman sebanyak 14 kali.

"Dalam album ni, lagu Daya Cinta paling mencabar. Saya rakamkan sampai menangis. Saya ni dah lah susah sikit nak menangis. Tapi untuk bagi 'rasa' dalam lagu ni saya perlu betul-betul jiwainya.

Lagu ni berkisar suami isteri yang menerima dugaan dan terpaksa bertarung diantara hidup dan mati. Mampukah cinta mereka menyatukan mereka semula. Jadi saya ketika rakamkan lagu ni saya bayangkan saya sebagai suami, walaupun saya belum kahwin ", ujar Akim di majlis sidang media bertempat di restoren No Black Tie, petang semalam.   

Bercerita lanjut mengenai 'bayi' pertamanya itu, Akim mengambil masa setahun untuk menghasilkannya. Selain Daya Cinta yang dijangka bakal mengisi senarai lagu hits Akim seperti sebelum ni, album tersebut memuatkan sembilan lagi lagu. Empat daripadanya merupakan nukilan sepenuhnya lagu dan lirik oleh Akim sendiri iaitu Menunggu, Tentang Dia, Janji dan Kembali. Dua lagi lagu mendapat sentuhan komposer terkenal tanahair seperti Audi Mok, Kunci Demak dan Omar.

"Dua tahun sebelum ni adalah percubaan saya. Saya release-kan single dan Alhamdulillah diterima. Tahun ketiga dalam industri, saya diberi kepercayaan oleh pihak Astro untuk menghasilkan album ni",

"Saya dapat inspirasi daripada hati dan juga kebanyakkan lagu yang ditulis adalah berdasar pengalaman serta perjalanan hidup saya. Apa yang boleh saya janjikan pada peminat ialah mendengar album ni umpama saya menyanyi di sebelah mereka", kata penyanyi yang bakal muncul dalam drama berjudul 2 Dalam 1, sempena tayangan Aidilfitri di TV3 nanti.

   





credit to md.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:53 PM | Show all posts
Penantian berbaloi

                 
TIGA tahun menanti, kini penyanyi yang dilahirkan daripada program realiti Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad, 21, mampu tersenyum apabila impiannya mempunyai album sendiri terlaksana.

Lebih istimewanya, empat daripada 10 lagu yang terdapat di dalam album berjudul Akim Ahmad itu, ditulis sepenuhnya oleh Akim sendiri sebagai tanda luahan hatinya. Lagu-lagu itu ialah Menunggu, Janji, Yang Nyata dan Kembali.

Ditemui ketika sesi pelancaran album di ibu kota baru-baru ini, Akim yang segak berbaju hitam menyatakan rasa gembira kerana penat lelahnya menantikan kelahiran album ini berbaloi.

“Selama dua tahun saya melakukan percubaan dengan mengeluarkan single seperti Inilah Cinta dan Janji, selepas tempoh itu barulah saya bersemangat dan yakin mengeluarkan album penuh.



“Penantian tiga tahun yang sangat berbaloi untuk saya, malah Astro juga banyak membantu dengan mencari peluang mengembangkan karier saya dalam bidang seni dengan memberikan saya peranan utama dalam filem Hoore Hoore,” katanya.


Mengakui banyak cabaran pada saat akhir menyiapkan album ini, Akim tetap gembira kerana hasratnya untuk berduet bersama Fiq Mentor dan Stacy dapat dilaksanakan di dalam album ini.

Malah trek ke-10, Kembali duet bersama Stacy dihasilkan dalam tempoh tiga hari, di mana ia lagu paling singkat disiapkan oleh Akim.

“Kedua-dua mereka mempunyai keistimewaan vokal masing-masing. Seperti Fiq saya tertarik dengan vokalnya selepas mendengar lagu Manifesto Cinta yang benar-benar memukau pendengaran saya. Jika ada peluang, saya ingin melakukan kerjasama dengannya lagi pada masa akan datang.

“Stacy pula saya selesa bekerja dengannya disebabkan kami memang rapat, biasanya orang melihat Stacy banyak menyanyikan lagu rancak namun sebenarnya dia juga mempunyai kebolehan menyanyi lagu berentak balada dengan baik dan saya kagum dengan suara yang dimilikinya,” katanya.

Menerima kejutan pada hari pelancaran albumnya, Akim teruja saat persembahannya waktu itu turut disaksikan beberapa orang kuat Sony Music Indonesia di samping kehadiran peminat tegar daripada Gerakan Penyokong Akim Ahmad (GAFIM) serta Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

“Saya tidak tahu akan kehadiran mereka hari ini dan tidak mengharapkan apa-apa sebaliknya fokus utama kini adalah terhadap album. Namun jika kehadiran mereka ke sini untuk menyunting saya dan memberi peluang untuk melebarkan sayap menembusi pasaran Indonesia, apa salahnya saya mencuba.

“Sebagai seorang penggiat seni, tidak salah saya mencuba apa juga bidang yang diberikan, seperti percubaan pertama berlakon filem Hoore Hoore itu diharap akan membuka lebih ruang buat saya.

“Walaupun sambutan terhadap filem itu kurang memberangsangkan, saya tidak kecewa dan tidak akan menolak tawaran lain jika diberikan, asalkan ia tidak mengganggu perjalanan karier nyanyian saya,” katanya.

Mengulas soal teman istimewa, Akim yang sering dikaitkan dengan Stacy mengakui wanita berasal dari Sabah itu adalah teman paling rapatnya ketika ini.

“Memang kami berkawan rapat namun bukan bermakna kami bercinta, saya selesa berteman dengan Stacy kerana sikapnya yang terbuka dan menghormati orang lain, namun segala-galanya saya serahkan kepada jodoh kerana fokus kini adalah melunaskan cita-cita saya yang masih belum terlaksana.

“Saya mensasarkan akan mengakhiri zaman bujang pada usia 25 tahun dan insya-Allah semoga segala yang saya impikan akan terlaksana ketika itu,” katanya.



credit to my metro
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:56 PM | Show all posts

Akim Ahmad Berlakon Untuk Isi Masa Lapang





PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Akim Ahmad menjelaskan kerjayanya sebagai pelakon hanya untuk mengisi masa lapang dan menambah pengalaman sebagai seorang anak seni.

Akim, 21, berkata, dia akan memberikan tumpuan kepada karier nyanyian kerana itu adalah minat utamanya namun memberitahu akan terus berlakon jika diberi kepercayaan oleh pihak produksi.

"Saya seronok dapat berlakon kerana ia memberi satu cabaran lain buat saya sebagai seorang penyanyi. Bagaimanapun saya berlakon hanya kerana ingin memenuhi masa lapang dan mengutip pengalaman buat masa ini.

"Keutamaan saya kini adalah kepada nyanyian kerana itu adalah minat dan cita-cita saya tambahan pula kerjaya baru nak meningkat dan tumpuan perlu diberikan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Akim menafikan keputusan untuk menjadikan lakonan hanya untuk mengisi masa lapang kerana kecewa dengan penerimaan penonton terhadap filem Horre Horre yang gagal mendapat sambutan.

Akim menjelaskan dirinya langsung tidak kesal dengan sambutan filem itu sebaliknya memberitahu pengalaman yang diperolehinya sepanjang penggambaran sangat berharga.

"Lakonan sentiasa memberikan satu kepuasan lain dan untuk Horre Horre ia mungkin gagal mendapat sambutan penonton tetapi saya sendiri sebagai pelakon pelbagai perkara yang saya timba menerusi filem itu," katanya.

Tambah Akim, dia juga teringin untuk membawakan watak berat dan berlakon di pentas teater yang dianggap penghormatan buat seorang pelakon.

"Jika seseorang dapat berlakon teater bagi saya itu adalah tahap paling tinggi buat mereka kerana bukan mudah dan saya teringin untuk melakukannya suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Akim gembira dengan kemunculan album pertamanya berjudul Akim Ahmad selepas hampir tiga tahun menunggu dan menganggap penantian itu berbaloi.

Mencipta dua buah lagi selain beberapa lirik untuk albumnya itu, Akim berkata dia berharap ia akan diterima baik oleh peminat yang sentiasa bertanyakan mengenai albumnya.

Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Menunggu, Daya Cinta, Mesti Ada Cinta, Tentang Dia dan Yang Nyata.


credit to mstar online
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 03:58 PM | Show all posts
Akim, Stacy bersatu kembali



                                
                                
                                                                                
        Keakraban hubungan yang terjalin antara Akim dan Stacy sudah lama diketahui. Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengaku mempunyai hubungan istimewa, namun masing-masing tidak menafikan sedang berkawan rapat.
       
        Kolaborasi pertama mereka dalam lagu Jahatnya Cinta juga seolah-olah mengiakan lagi gosip tersebut. Malah, yang terbaru, Akim turut mengundang Stacy untuk bekerjasama

        sekali lagi dengannya menerusi lagu berjudul Kembali yang dimuatkan dalam album pertamanya.
       
        Mengakui selesa bekerja bersama gadis Sabah itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad berkata, sebagai rakan baik, dia ingin menonjolkan bakat Stacy yang juga mampu menyanyikan lagu-lagu balada dengan baik.
       
        “Sebelum ini, ramai yang tahu kebolehan Stacy menyanyikan lagu-lagu rancak. Malah, lagu duet kami sebelum ini juga (Jahatnya Cinta) berirama rancak. Jadi, saya terfikir untuk menonjolkan kebolehan Stacy dalam menyanyikan lagu balada kerana saya sendiri suka mendengar suaranya sewaktu menyanyikan lagu irama sebegitu (balada).
       
        “Tambahan pula, sebelum ini, kami pernah bekerjasama dan saya rasa selesa berurusan dengan dia,” katanya semasa pelancaran album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad di No Black Tie, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
       
        Mengulas mengenai hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu, Akim menegaskan status mereka masih lagi sebagai rakan baik biarpun sebelum ini
        timbul gosip mengatakan hubungan ‘cinta’ mereka telah retak.
       
        Namun, bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini merasakan tidak mahu terburu-buru dalam mengejar perhubungan. “Pada usia 21 tahun ini banyak lagi perkara perlu saya fikirkan berbanding mengejar hubungan.
       
        Saya lebih suka tumpu pada karier demi masa depan saya dan keluarga. “Namun, apabila saya sudah berjaya mengumpul aset sendiri seperti rumah, saya pasti akan mula memikirkan hal itu,” katanya yang meletakkan umur 25 tahun untuk berkahwin.
       
       
        Lebih selektif
       
        SELAIN menyanyi, Akim juga turut dikenali sebagai pelakon. Sungguhpun baru sahaja berlakon dalam satu filem berjudul Hoore! Hoore! yang ditayangkan baru-baru ini, namun Akim masih meletakkan keutamaannya kepada bidang nyanyian.
       
        Tidak mahu digelar ‘tamak’ dalam merebut peluang, pelantun lagu Janji ini sebenarnya ingin dikenali sebagai artis yang berkebolehan. Katanya, bidang lakonan merupakan percubaannya dalam mengembangkan lagi bakat yang ada selain ingin mengutip pengalaman dalam bidang tersebut.
       
        “Minat saya masih lagi dalam bidang nyanyian, malah itu juga keutamaan saya. Namun, jika ada tawaran berlakon, saya akan melihat dahulu karakter yang ditawarkan sebelum bersetuju,” katanya yang turut meluahkan rasa minat berlakon teater.


credit to sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 16:06

Menangis kerana sebuah lagu

   

USIANYA baru sahaja mencecah 21 tahun, namun tidak dinafikan Afiq Akim Ahmad merupakan antara penyanyi muda yang sangat berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh dalam dunia nyanyian.


Menariknya, kebolehan yang dimiliki penyanyi muda berasal dari Johor Bahru, Johor itu bukan sekadar menyanyi.
Malah Akim juga sememangnya memiliki bakat tersendiri dalam bidang penciptaan lagu, penulisan lirik dan penghibur.

Kini, setelah tiga tahun berkecimpung dalam dunia seni serta melahirkan beberapa buah single, akhirnya penyanyi berkenaan muncul dengan album sulung yang diberi judul Akim Ahmad.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di No Black Tie, Kuala Lumpur baru-baru ini, Akim bersyukur dengan kemunculan album tersebut dan menganggap ia merupakan hadiah paling bermakna buat peminatnya.

"Tiga tahun pastinya satu tempoh yang cukup lama untuk lahir dengan sebuah album sulung. Namun, saya berbuat demikian supaya dapat mengukuhkan lagi nama saya dalam industri ini terlebih dahulu.

"Untuk tempoh dua tahun yang pertama saya lebih banyak menghasilkan single serta berkecimpung dalam bidang lakonan. Setelah merasakan nama saya semakin dikenali ramai, jadi sudah tiba masanya saya menghasilkan album," ujarnya.

Terdapat 10 buah lagu dalam albumnya itu termasuk tujuh buah lagu baharu, manakala tiga buah lagu popularnya iaitu Inilah Cinta, Bengang dan Janji dihasilkan dalam bentuk akustik.

Antara lagu baharu dalam album tersebut ialah Daya Cinta, Menunggu, Tentang Dia, Yang Nyata, Dunia & Syurga, Mesti Ada Cinta dan Kembali.

Selain menghasilkan sendiri beberapa buah lagu dalam albumnya itu, Akim menjelaskan dia turut bekerjasama dengan beberapa komposer terkenal tanah air seperti Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K.

"Bagi saya, album ini cukup unik dan istimewa kerana mendapat sentuhan komposer yang sudah terkenal, manakala lagu-lagu yang saya hasilkan pula lebih banyak berkisarkan kepada pengalaman sendiri.

"Saya membuat keputusan untuk meletakkan nama Akim Ahmad kerana mahu mereka yang membeli dan mendengar lagu-lagu dalam album ini akan berasa begitu dekat dengan diri saya," ujarnya yang turut mengundang beberapa orang ahli Gerakan Penyokong Akim Ahmad (GAFIM) semasa majlis pelancaran tersebut.

Ketika ditanya mengenai cabaran sepanjang menghasilkan album sulungnya itu, Akim memberitahu lagu berjudul Daya Cinta merupakan lagu yang paling sukar untuk dihasilkan.




BINTANG kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh  pada tahun 2009  ini teruja apabila akhirnya berjaya muncul dengan album sulungnya pada tahun ini.

Jelasnya lagi, lagu hasil ciptaan komposer Kunci Demak itu dirasakan sangat sukar dan dia perlu bermain dengan emosi yang cukup mendalam agar mendapat penghayatan sewaktu menyanyikannya.

"Boleh dikatakan lagu tersebut memang paling mencabar buat diri saya berbanding lagu-lagu lain. Untuk mendapatkan penghayatan serta hasil yang terbaik saya terpaksa menangis semasa merakamkannya," ujarnya ketika menceritakan pengalaman sewaktu proses penghasilan album tersebut.

Sementara itu, penyanyi berkenaan juga meluahkan rasa terkejutnya dengan kehadiran beberapa wakil syarikat rakaman Sony Music Indonesia semasa majlis pelancaran albumnya itu.

"Sejujurnya saya akui langsung tidak mengetahui mengenai kehadiran mereka pada majlis ini. Mungkin ini merupakan peluang saya untuk melebarkan sayap di Indonesia, namun ia bergantung kepada rezeki dan saya selesa untuk menumpukan karier seni di negara kelahiran sendiri," ujarnya.


Paling rapat



Selain bekerjasama dengan beberapa orang komposer terkenal, Akim turut mengundang dua orang penyanyi iaitu Fiq dan Stacy untuk berduet bersama-sama menerusi lagu Mesti Ada Cinta (Fiq) dan Kembali (Stacy).

Ditanya mengenai pemilihan Fiq dan Stacy sebagai rakan duetnya untuk lagu-lagu tersebut, Akim menjelaskan kedua-dua penyanyi pilihannya itu memiliki kekuatan tersendiri.

"Saya memilih Stacy untuk berduet menerusi lagu Kembali kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini menerusi lagu Jahatnya Cinta. Lagipun saya sangat senang dengan kerjasama ini dan sangat sesuai menyanyikan lagu ini.


"emilihan Fiq pula dibuat kerana saya begitu mengagumi suara yang dimiliki oleh Fiq ketika dia menyanyikan lagu berjudul Manifestasi Cinta. Bagi saya dia memiliki suara yang dashyat dan gembira kerana akhirnya kami dapat berduet bersama," jelasnya.

Pada masa yang, Akim menegaskan dia tidak mahu segelintir peminat menganggap dia memilih Stacy kerana kisah percintaan mereka berdua yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

Tegasnya, dia kini masih belum memiliki kekasih dan menyatakan hubungannya dengan Stacy tidak sekadar sahabat. Bagaimanapun, dia mengakui bahawa Stacy merupakan rakan wanitanya yang paling rapat.

"Lagipun usia saya masih lagi muda untuk memiliki seorang kekasih dan fokus saya sekarang ini cuma kerjaya seni sahaja. Bukan tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga, namun sasaran saya untuk berkahwin pada usia 25 tahun," jelasnya.


Tidak kecewa


Selepas dikenali sebagai penyanyi yang semakin meniti puncak populariti, Akim juga turut melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila turut bergelar seorang pelakon.


TIDAK lagi dikenali dengan nama Akim AF7, figura tinggi lampai ini kini ingin dikenali dengan nama Akim Ahmad




Pernah tampil dalam drama bersiri Kau Dan Aku selama dua musim serta Saham Neraka, baru-baru ini penyanyi berkenaan tampil pula di layar perak menerusi filem berjudul Hoore! Hoore! yang telah ditayangkan pada Mei lalu.

Biarpun filem tersebut mendapat maklum balas yang agak positif daripada pengkritik, namun sambutan yang diterima agak kurang memberangsangkan apabila sekadar mencatat kutipan sebanyak RM350,000 sepanjang 21 hari tempoh tayangannya.

Diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Akim menjelaskan langsung tiada sekelumit kekecewaan yang timbul, malah berasa bangga kerana kebanyakan yang menonton filem tersebut memuji lakonannya.

"Tidak dinafikan terdapat beberapa kelemahan yang berlaku semasa memegang watak sebagai Johari dalam filem Hoore! Hoore!. Namun, saya telah membuat yang terbaik dan berpuas hati dengan penampilan sulung saya di layar perak.

"Selepas ini kalau ada lagi tawaran berlakon yang diterima, mungkin saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Sebenarnya saya sangat berkeinginan membawakan watak antagonis," ujarnya yang masih menaruh minat untuk terus berlakon.

Bagaimanapun, Akim menjelaskan dia masih lagi memberi keutamaan kepada bidang nyanyian dan dia memilih untuk berlakon semata-mata mahu mencari pengalaman yang lebih luas dalam dunia seni.



credit to kosmo online


ahakssss...ni baru berita yg kita nk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 16:10

Akim Ahmad Fikirkan Stacy Semasa Cipta Lagu ‘Kembali’?





Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga dalam Akademi Fantasia Musim Ke-7, persona Akim sebagai penghibur tanah air tidak wajar dipandang enteng. Walaupun industri hiburan tempatan dibanjiri dengan kehadiran orang baru, namun keteguhan tapak yang dibina oleh Akim seakan sukar untuk digoyahkan. Tidak hanya bergelar penyanyi, Akim juga mempunyai kebolehan dalam penulisan lirik, penggubah lagu dan penghibur yang berbakat. Itu lah pakej yang seharusnya ada dalam setiap penyanyi untuk berjaya!

Yang terbaru, Akim mengorak langkah lebih besar apabila muncul dengan album solo berjudul ‘Akim Ahmad’. Album ini mengandungi 10 buah lagu yang terdiri daripada tujuh buah lagu baru. Sebagai bonus, 3 buah lagu single pop diberikan nafas baru dengan suntikan gitar akustik. Paling menarik empat daripada 10 lagu dalam album ini adalah nukilan asal Akim sepenuhnya. Lebih manis, Akim turut mengundang Fiq dan Stacy untuk menyumbang suara dan berduet dalam albumnya.

Akim atau Afiq Hakim Bin Ahmad, 21 berkata, “Saya mendapat inspirasi daripada hati dalam menghasilkan album ini dan besar harapan saya agar peminat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan ikhlas dari lubuk hati ini.”
Diusik oleh wartawan mengenai lagu Kembali (duet bersama Stacy), Akim membalas seloroh,”Saya tidak fikirkan Stacy atau mana-mana wanita semasa mencipta lagu ini. Cuma, saya memilih Stacy sebagai teman duet kerana tak ramai yang tahu bahawa dia mempunyai keupayaan yang baik dalam membawa lagu balada.”

Bakat Akim dapat dilihat melalui single pertamanya, Bengang yang berjaya menduduki carta radio selama 40 minggu dan menjadi juara untuk 12 minggu berturut-turut di sebuah stesen radio. Selain itu, Akim juga pernah dinobatkan oleh Hotlink sebagai Artis Dengan Muat Turun Tertinggi semasa Anugerah Juara Lagu Ke-24. Lagu ciptaanya, Inilah Cinta dan Janji turut mendapat pemintaan yang tinggi daripada peminat sehingga berjaya ke pusingan separuh akhir AJL Ke-26.



Dan yang terbaru, persembahan Akim di program Mania 2012 menerusi lagu Hey Jude telah meletakkan penyanyi ini menjadi top 10 trending di Twitter Malaysia.



Secara keseluruhannya, album Akim mendapat 4/5 markah
daripada OHBULAN!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2012 04:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by sara1910 at 6-7-2012 16:15

Gaya Dewasa Akim Dalam Album Baru




        KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012: Kepada sesiapa yang masih belum mendapatkan album terbaru Bintang Akademi Fantasia 7, Akim bertajuk Akim Ahmad, jangan berlengah lagi.

        Kerana penyanyi yang semakin meningkat dewasa ini bukan sahaja menghadiahkan peminatnya dengan lagu-lagu terbaik lagi terbaru, malah inilah peluang untuk melihat transformasi gaya penyanyi Inikah Cinta berkenaan.



        Citarasa fesyen Akim kini tidak lagi berteraskan gaya fesyen jalanan atau kebidak-budakan seperti di awal kemunculannya dahulu, sebaliknya dia kini lebih matang dan berkarisma bersama penampilan lebih kemas, trendy serta memiliki palitan ritma sophisticated.


       Manakan tidak, di halaman paling hadapan album berkenaan, Akim tampak lebih dewasa dengan menggayakan sut hitam yang lengkap bertali leher. Manakala penggayaan rambut fringe ke tepi memberi impak gaya sebagai seorang penghibur.



Malah 28 halaman sampul kulit album Akim yang glossy tidak disia-siakan dengan gelagatnya di hadapan lensa kamera bak model jenama fesyen terhebat.




        Ia membuatkan, sesiapa saja yang menatapnya tidak akan terfikir bahawa apa yang dilihat itu adalah sampul kulit album dari seorang penyanyi muda berbakat besar.

        Ada kalanya Akim bergaya hebat dengan kacamata wayfarer serta jaket trench tebal da nada ketikanya dia tampak rugged dengan hanya menyarungkan jaket imbasan military dan berdenim merah serta kemja putih ringkas.

        Mungkin sekalung tahniah perlu diberikan kepada pereka bentuk dan konsep keseluruhan album berkenaan, Zach Mohd Azriq yang telah berjaya membawa Akim ke satu dimensi berlainan.

        Dimensi yang sememangnya sesuai dengan usia Akim, pengaruh muziknya dan pengalaman anak muda itu dalam bidang seni untuk terus dihargai serta dipuja.

        Zach Mohd Azriq dengan dibantu kepakaran teknik fotografi dan pencahayaan dari Eric Gan bersama pasukannya telah berjaya menyepadukan setiap helaian pakaian yang disarungkan Akim tampak cukup bersahaja tapi tetap bergaya.


credit to murai.com
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:24 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:25 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 04:27 PM | Show all posts




all da pics credit to murai.com{:3_84:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058704 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list