CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ciklalat

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) -

 Close [Copy link]
akulahini This user has been deleted
Post time 1-3-2006 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 1-3-2006 08:30 AM
buat apa join PTD.. x profesional dan utk jngka pjg x menguntungkan..tp setakat nk cukup makan asal ada keje..bole ajer..


Itu pada pandangan saudara. Akan tetapi sejak Merdeka lagi pegawai-pegawai PTD lah yang jadi Ketua Setiausaha Negara dan juga ketua-ketua setiausaha kementerian lain. PTD juga yang jadi pegawai tadbir di mana-mana kementerian/jabatan/agensi. PTD juga yang menjadi Duta-Duta Besar atau Persuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negeri. Dan ramai bekas PTD juga menjadi menteri/ketua menteri dll. Kalau saudara kata PTD tidak profesional rasanya kurang tepat kerana dari bentuk apa yang yang saudara kata tak profesional itu. Dari segi keuntungan pula, apa jenis keuntungan yang saudara nampak? saya rasa saudara hanya melihat dari segi wang sahaja sedangkan perkhidmatan PTD bukan untuk tempat mencari wang. Ianya tempat untuk berkhidmat kepada negara sama seperti perkhidmatan lain dalam kerajaan. Kalau pegawai kerajaan berkhidmat untuk keuntungan wang sahaja, maka lingkuplah kerjaaan kita.

Saya rasa kalau isu nak cukup makan sebab ada kerja pun saya tidak bersetuju. Saya tidak nampak yang KSN kerja sebagai KSN sebab nak cukup makan.

Perspektif saudara mungkin ke arah swasta, so kerjalah swasta, orang lain nampak dari segi perkhidmatan awam, jadi janganlah dikata macam-macam mengenai perkhidmatan awam.

ps: Kalau pasal duit, rasanya gaji permulaan PTD jauh lagi tinggi daripada gaji eksekutif muda di pasaran sekarang ni.

[ Last edited by akulahini at 1-3-2006 02:53 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2006 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by akulahini at 1-3-2006 02:50 PM


Itu pada pandangan saudara. Akan tetapi sejak Merdeka lagi pegawai-pegawai PTD lah yang jadi Ketua Setiausaha Negara dan juga ketua-ketua setiausaha kementerian lain. PTD juga yang jadi pegawai ...


ya, betul...saye sangat sangat setuju.
Reply

Use magic Report

nfir This user has been deleted
Post time 1-3-2006 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by bitaraX at 28-2-2006 07:28 PM



oic, begitu rupenye.


Soalan Ramli tentang apa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by nfir at 1-3-2006 08:48 PM


Soalan Ramli tentang apa?


soalan Ramli tu dlm paper sahsiah tu..yg last 2 question...ade 4
proffesion,pemaju perumahan,peruncit,pengilang, pengedar..pas2
ada 4 nama yg disusun tak berturutan dgn profession tu iaitu ramli,
razali,mazlan dan jamal...pas2 adela beberape statement untuk
matchkan profffesion ngan nama 4 org tu..susah sehh..penin nak
pk..huhuhuh:gila:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by akulahini at 1-3-2006 14:50


Itu pada pandangan saudara. Akan tetapi sejak Merdeka lagi pegawai-pegawai PTD lah yang jadi Ketua Setiausaha Negara dan juga ketua-ketua setiausaha kementerian lain. PTD juga yang jadi pegawai ...


biasalah kalau ptd jd ksn..sbb dah memang dilatih ke arah itu. sbg contoh, seekor beruk yg dilatih panjat pokok kelapa dengan beruk yg tak dilatih..sudah tentu yg dilatih panjat pokok kelapa..akhirnya dia akan jd beruk pemanjat pokok kelapa. kalau beruk2 lain diberi peluang yg sama,beruk itu pon akan dpt jawatan yg sama..iaitu beruk si pemanjat pokok kelapa.

gaji ptd starting tinggi, bg aku bukan tinggi tp reasonable..sbb ptd kena masuk kursus intan dulu..then akan dpt diploma..org yg ada degree plus diploma..dgn yg ada degree shj..sudah tentu keutamaan gaji lebih skit kpd yg ada deg n diploma..

jd kepada yg diluar sana..jgn dengar saja maklumat yg dikemukakan tanpa anda selidiki..setiap perkara berlaku tentu ada rasional..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 09:02 AM | Show all posts
dulu ade apply PTD nih... test lepas, PAC lepas, tapi tang interview kantoi... yang interview 3 org, aku rasa Datuk kot, mula mula dia tye skang buat pe? pastu gaji skang bape? aku kata aa 3k ++ pastu dia gelakkan aku.. dia kata nak wat pe ko nk masuk gomen? ko tau bape lama ko nk dapat gaji ko skang? 10 tahun dia kata... sudahla.. lupakan je la...aku nih pun sedaya upaya la cuba convince dia yang aku mmg btol2 minat masuk ptd.. dia gelak2 je.. sekejap je interbiu aku.. adalah 15 min.. org lain setengah jam.. dan seperti yang dijangkakan... aku gagal interview tuh.. arghh tension, bayangkan gi test, PAC tuh pun dah separuh maut nyer nak lepas..pastu fail interview... pressure aku kejap sbb mindset dah mmg nk tgglkan kompeni lama aku.. mmg duit byk.. tp x de life...
Reply

Use magic Report

Follow Us
akulahini This user has been deleted
Post time 2-3-2006 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 2-3-2006 08:02 AM


biasalah kalau ptd jd ksn..sbb dah memang dilatih ke arah itu. sbg contoh, seekor beruk yg dilatih panjat pokok kelapa dengan beruk yg tak dilatih..sudah tentu yg dilatih panjat pokok kelapa..a ...


Saudara Kid (budak?),

Kalau tak de maklumat yang cukup, tak perlu lah membuat apa-apa conclusion, kerana nanti akan digelakkan orang, walaupun saudara dikatakan ada berjuta idea.

Jawatan KSN iaitu Ketua Setiausaha Negara adalah satu jawatan terbuka, yakni, bukan setakat daripada perkhidmatan PTD sahaja. Tiada ada satu peruntukan undang-undang di Malaysia pun mengatakan bahawa KSN mesti terdiri daripada pegawai PTD, yakni, pegawai dari mana-mana perkhidmatan pun boleh dilantik ke jawatan tersebut, atas kehendak pihak pentadbiran negara, yakni PM dan jemaah menteri. Maknannya, seorang Hakim pun boleh dilantik, sorang jeneral tentera pun boleh dilantik atau seorang pegawai kanan polis pun boleh diambil. Bahkan pula, seorang pegawai dalam perkhidmatan kejuruteraan pun boleh diambil sebagai seorang KSN, if need be. Mengatakan bahawa PTD sememangnya dilatih untuk untuk menjadi KSN sebenarnya kurang tepat jika dilihat daripada argument di atas. Langkah saudara infer kepada beruk yang dilatih untuk memanjat pokok kelapa pun kurang tepat kerana dalam bidang profesional lain pun, misalnya perubatan, pergigian, arkitek, undang-undang, kejuruteraan dan lain-lain pun dilatih untuk menjadi profesional. Kalau saudara juga merupakan seorang profesional, saudara juga seorang beruklah nampaknya. Mintak maaf kerana kasar bahasa.

Mengenai gaji pula, sememangnya gaji permulaan PTD agak tinggi jika dibandingkan dengan kadar gaji permulaan sekarang ni. Barang diingat bahawa diploma INTAN bukanlahsyarat untuk gaji, akan tetapi sebagai pra syarat untuk pengesahan di dalam jawatan. Ini sama juga seperti perkhidmatan perguruan, mesti ada diploma pendidikan ataupu bagi kursus KPLI mesti ada kelayakan tertentu baru boleh jadi guru. Sama juga seperti menjadi seorang anggota tentera atau polis, mestilah menghabiskan dahulu beberapa siri kursus sebelum boleh dilantik sebegai seorang tentera atau polis, walaupun sudah berijazah. Tambahan pula, gaji PTD tersebut sudah bermula daripada tarikh lantikan, bukan tarikh selepas dapat diploma.

Saya harap saudara yang ada berjuta idea ni perlulah membuat penyelidikan dahulu sebelum membuat apa-apa pertuduhan. Orang nak lain nak jadi PTD biarlah mereka jadi PTD. Kalau saudara tak hendak jadi PTD, takde siapa yang nak paksa jadi PTD. Selamat bekerja dalam sektor lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by akulahini at 2-3-2006 09:23


Saudara Kid (budak?),

Kalau tak de maklumat yang cukup, tak perlu lah membuat apa-apa conclusion, kerana nanti akan digelakkan orang, walaupun saudara dikatakan ada berjuta idea.

Jawatan  ...


sejak merdeka hingga skrg ada ke KSN dr bidang lain selain ptd atau pegawai tadbir? jika x ada,kenapa? perdana menteri bole sahaja dr sebarang kaum,tp sejak merdeka sampai skrg ada ke PM dr kaum sakai atau negrito atau cina dan india? dan kenapa?

kalau x mahu guna beruk,guna la bigfoot..mungkin lebih glamer.jika seseorg berkata kpd saudara..'saudara bagaikan monyet mendapat bunga...' adakah bermaksud saudara seekor monyet? saudara sendiri yg lebih mengetahui status diri saudra samada seorang manusia atau seekor monyet. beruk yg saya gunakan diatas adalah perumpamaan..benda ni x diajar masa kursus intan dulu ker?

ttg gaji nmpknya saudara masih silau2 cahaya. wpun gaji itu ditetapkan masa lantikan sblum habis kursus intan, tetapi syarat utk terus mndpt gaji trsebut saudara perlu berjaya kursus intan. bolehkah saudara mengecualikan diri saudara dr kursus trsebut? jika x boleh,maksudnya gaji yg diberi telah mengambil kira kursus yg bakal dilalui dgn jayanya oleh saudara.

saya percaya saudara ini adalah mungkin ptd junior yg teruja...silap2 M44 pon masih jauh dr ciuman lubang hidung..tp berbangga dgn gaji starting m41. ironi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


akulahini This user has been deleted
Post time 2-3-2006 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 2-3-2006 10:40 AM


sejak merdeka hingga skrg ada ke KSN dr bidang lain selain ptd atau pegawai tadbir? jika x ada,kenapa? perdana menteri bole sahaja dr sebarang kaum,tp sejak merdeka sampai skrg ada ke PM dr kau ...


Saudara Kid,

Nampaknya saudara baru sedar bahawa sejak merdeka, KSN hanyalah daripada pegawai lantikan perkhidmatan PTD (dulu MCS). Untuk pengetahuan saudara, ini adalah kerana buat masa ini, PTD lah pegawai yang mahir atau paling mahir dalam bidang pentadbiran, oleh yang demikian, buat masa ini, pentadbiran negara masih lagi confortable untuk melantik pegawai PTD sebagai KSN. Kalau PTD sudah tidak tahu mentadbir, mungkin akan dilantik dari pekhidmatan lain, but the fact lies that PDS are the best to do the administration work. PM sememangnya boleh datang dari mana-mana kaum, tapi kalau saudara membaca sejarah (kalau membaca lah) parti politik yan gmemegang majoriti kerusi di Parlimen masih lagi UMNO, jadi PM ialah wakil dari UMNO dan UMNO ialah wakil melayu. JAdi melayu lah PM Malaysia. Kalau tak percaya, rujuk kepada senarai wakil rakyat, ahli dewan rakyat di parlimen. Mungkin saudara baru hendak sedar.

Saya tidak kata perumpamaan saudara itu salah, akan tetapi seperti saya katakan tadi, meletakkan iaitu infer kepada beruk atas alasan beruk itu akan pandai panjat pokok kelapa kerana ia diajar untuk memanjat pokok kelapa adalah tidak tepat, kerana jika saudara seorang profesional dalam bidang lain, maka saudara juga seorang beruk yang diajar bukan untuk memanjat kelapa, tapi memanjat pokok lain. Dalam hal ini, boleh saya umpamakan saudara sebagai seorang beruk yang diajar untuk memanjat pokok petai? Maaf atas bahasa saya, tapi saya rasa itulah yang sebaiknya untuk explain kepada saudara.

Seperti yang saya katakan, diploma pengurusan awam INTAN adalah salah satu syarat untuk pengesahan dalam jawatan yakni dalam masa tiga tahun selepas perlantikan kepada jawatan PTD. Gaji pegawai PTD adalah reasonable jika dibandingkan dengan profesion lain di luar sana. Ini adalah kerana saya membandingkan gaji permulaan bagi peguambela dan peguamcara yan gmajoriti dalam lingkungan RM1,800 - RM2,000, akauntan (yan gbelum ahli MACPA atau MIA) dan lain-lain lagi. Gaji eksekutif biasa di syarikat swasta pun lebih kurang sama. Walaupun gaji permulaan PTD adalah RM1700 lebih (saya tidak ingat) akan tetapi pegawai-pegawai ini akan mendapat EKA, Elaun Perumahan dan juga COLA, that comes up to more than 2000. Tambahan pula pegawai PTD yan gmasuk perkhidmatan dengan Masters or PhD akan dapat kenaikan serta merta ke tahap P1T4 dan P1T8 masing-masing.

Am I a person outcying due to my so called junior post? I hope you ought to try again, this time better. :-)

Selalunya yang dok kutuk-kutuk ni nak dapat, tapi tak dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by akulahini at 2-3-2006 11:23


Saudara Kid,

Nampaknya saudara baru sedar bahawa sejak merdeka, KSN hanyalah daripada pegawai lantikan perkhidmatan PTD (dulu MCS). Untuk pengetahuan saudara, ini adalah kerana buat masa ini ...


jd betullah apa yg saya katakan sebelum ini iaitu KSN dtg dr ptd..sbb nya umpama beruk yg dilatih panjat pokok kelapa maka jadi lah ia pemanjat pokok kelapa yg mahir. ptd dilatih utk mentadbir,maka jadilah ia pentadbir awam tertinggi iaitu KSN. kenapa perlu kita lantik hakim,tentera utk jd ptd sbb mereka bukan dilatih secara profesional dlm pentadbiran. kemahiran mentadbir yg mereka dpt lebih kepada pengalaman bukan kepada teori dan pengalaman ptd. antara beruk yg dilatih sbg pemanjat kelapa dan beruk dilatih mencari kutu..mana satu yg saudara pilih utk mencari kutu dikepala saudara? masih mahukan beruk pemanjat pokok kelapa?

ini lebih kpd soal memilih yg lebih sesuai dr rata2 yg juga sesuai. lagi satu tidak akan berlaku sampai bila2 KSN dtg dr hakim atau tentera..sbb jika itu berlaku maka ini bermakna beruk2 yg dilatih memanjat pokok kelapa sudah tidak lagi mahir memanjat pokok kelapa.sudah pasti perkara ini tidak akan dibiarkan berlaku,dan jika ianya berlaku maka rakyat akan mempersoalkan kenapa perlu ada ptd . ada faham ke?

sama lah juga dgn PM dari kaum yg lain.wpon bole dtg dr kaum lain,tapi saudara ingat org melayu akan berdiam diri?

justeru,ckp2 KSN x semestinya ptd atau PM x semestinya melayu..ialah ayat diplomasi..sbg pt diplomatik..saudara sepatutnya lebih faham ttg apa itu diplomasi.

sbnrnya gaji starting ptd bukannya tinggi mana jika dbndingkan dgn starting akauntan..tnpa mengambil kira eka,cola dsbnya. sbb apa akauntan (dlm spa)lebih dr ptd..?

justeru, kpd diluar sana..teruskan sikap berhati2 anda dgn maklumat basahan dan fakta ttg sesuatu benda..sbb dikalangan kita memang ada segelintir manusia yg cukup teruja dgn apa yg dimilikinya...mereka ini sanggup mencampur adukkan sedikit cerita pelik kepada fakta2 yg ada untuk menjadikan cerita lebih menarik dan juga sebagai memenuhi keterujaan mereka. mereka dptlah diibarat kan seperti kera mendapat bunga. adakah saudara pon begitu? seperti kera...mendapat bunga?:hmm:
Reply

Use magic Report

akulahini This user has been deleted
Post time 2-3-2006 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by MillionIdeazKid at 2-3-2006 01:21 PM


jd betullah apa yg saya katakan sebelum ini iaitu KSN dtg dr ptd..sbb nya umpama beruk yg dilatih panjat pokok kelapa maka jadi lah ia pemanjat pokok kelapa yg mahir. ptd dilatih utk mentadbir, ...


Sekali lagi nampaknya saudara nampak seperti naif dalam pengetahuan awam yang nampak bahawa kerja KSN adalah hanya mentadbir. Mintak maaf saudara, kerja KSN bukan setakat mentadbir, akan tetapi juga menjadi setiausaha kepada jemaah Menteri ataupun de facto seorang ahli jemaah menteri. Tidak timbul KSN dilantik daripada pegawai PTD kerana PTD pandai mentadbir semata-mata. KSN dilantik oleh sebab sifat dan pengetahuan seoran gpegawai itu yang mempunyai keterampilan tinggi dan layak sebagai KSN, tidak kira samada beliau PTD, Polis, Tentera, Peguam, Akauntan, Doktor dan sebagainya. It is an open post. Namun begitu, buat masa ini, KSN masih lagi pegawai PTD, bukan pegawai lain. KSN juga merupakan pengerusi jawatankuasa yang membuat polisi untuk RMK 9, kenapa KSN bukan akauntan atau mana-mana pakar ekonomi negara. Ini adalah kerana KSN adalah KSN, tidak kira beliau PTD D ataupun pegawai lain dalam perkhidmatan lain.

Dalam pekhidmatan PTD, saudara boleh lihat terdapat pelbagai pegawai yang datang dari pelbagai jurusan kelulusan. Ada akauntan, ada lulusan sains, ada lulusan kejuruteraan, ada lulusan undang-undang. PTD officer are generalists. PTD officer are not doinf administrative works per se, they may be PROs, Enforceament officer, administrative officers, land and survey officers, diplomats etc in various capasities. YAn gpeliknya pegawai PTD juga yang jadi pensyarah ekonomi dan dasar awam di INTAN, bukan ahli ekonomi dari universiti ataupun guru ekonomi lain.

Saya bukan hendak mengatakan bahawa perkhidmatan PTD sebagai terbaik, tidak sama sekali. Saya yakin perkhidmatan kerajaan lain juga sama baik dan sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara dan proses mempertahankan maruah, kredibiliti dan semangat rakyat dalam negara. Walaupun mereka bukannya berada dalam sektor private yang nyata kadang-kadang membayar gaji yang lebih, sektor kerajaan juga adalah penting kepada negara ini. Kalau nak kutuk sangat pegawai kerajaan tu, ingat-ingatlah, saudara dapat sbersekolah pun oleh sebab sumbangan pegawai kerajaan juga.

[ Last edited by akulahini at 2-3-2006 02:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 05:13 PM | Show all posts
I agree with Akulahini. KSN post is an open post and through generation KSN were PTD officers. But it didnt show that PTD officers better than other government officers. It is up to the PM and cabinet members to choose who will be KSN. Current KSN will expired his contract in Mac 2006. Definitely, the new KSN will be appointed or the current one will be offered by the PM. Who knows maybe a teacher, army, police, doctors etc etc will be the next KSN. (Million, if you interested for that post, why not you send your resume to PM - Im just kidding) :hug::hug:

KSN functions as secretary for the cabinet and cabinet de facto. There a lot of other functions lead by KSN. KSN is the image of the all government officers not from certains area. Therefore he/she is the mirror of the civil servants. I want to stress again that the decision is made by PM and Cabinet decision.

Government sector is much the same as the private company. There are accountant, administratative officers, engineers and others. If it is a huge company and have the board of director, it is their decision to choose their CEO. Maybe from marketing side, engineering side or finance side so on and so forth.

Millions, there are a lot of forumners here just like to get the info about PTD. Pls do not mix up their minds into wrong information. Likewise, it will show the uncertainty in their thought what is PTD all about. Wrong  info lead to wrong ideas.

p/s: My friend post this comment....

[ Last edited by dockers at 2-3-2006 05:18 PM ]
Reply

Use magic Report

putera9 This user has been deleted
Post time 3-3-2006 04:39 PM | Show all posts
eheheehehe......

i'm back...unkarae, pekabar ko dato' hehehehehee.......bile nk layan temiang corner nih dato'??

The 3ndless....can't wait to hear ur tales far far away kat DPA nun....

waaa...semakin hangat ar forum kt sini....

Keep up da spirit n let's embark da flame of courage n support to those yg btl2 berminat nk join service PTD nih.....

Khabarkan yang benar dan terangkan yg jelas agar kite boley berkongsi ilmu dan maklumat yg tepat dan reliable di sini

trust me.....forum ni telah melahirkan beberapa ramai generasi PTD yg selama ni berkongsi ilmu, pengalaman dan cerita sejak dr mula amek xm, pegi PAC, interview hinggalah dah join kementerian, jabatan, agensi atau pentadbiran negeri & daerah......

May da force be with U!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 04:59 PM | Show all posts
putra9, u posting maner ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 06:30 PM | Show all posts

Reply #1060 heart_princess's post

hai heart princess....salam perkenalan...amacam..result intebiu lhdn dah kuar blom?beruntung awak sebab dapat gi intebiu...kite penah gi intebiu kat lhdn sekali je..masa bulan 3 last year utk post sambilan...kuciwa sgt sebab tak dapat post tu....untuk post penolong pegawai yang awak gi intebiu tu kite tak dapat g intebiu...sedihnye..agaknye bile lhdn nak wat iklan lagi ek.....nanti kalu awak dapat keje tu jgn lupe bagitau kat kite tau...hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2006 06:37 PM | Show all posts
dewi, kita pm awak dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by peace_world at 21-2-2006 02:35 PM
akulahini pun satu, kau dah senior, patutnya kau beralah, beri tunjuk ajar pada junior, ni kau tunjuk cara macam ni, aku rasa tak elok la, patutnya kita respect sama experience dia, dan share exper ...


ala..PTD camni la yg bagi busuk nama kat the service..kalau dah sesama PTD pon kerek camni..imagine la kalau dengan service lain..no wonder la ramai yg menyampah ngan PTDs..patutnye sesama sendiri la bagi tunjuk ajar..bukan nak point out bende2 yg tak penting such as difference of 2 mths ke..2 mths and a half of joining the service ke..

aku pon PTD gak..tapi kalau org tanya keje apa..aku cakap jek..government servant..semua penting..tak kira ko KSU ke..PSU ke..KPSU ke..PT ke...PPT ke..PAR pon kalau takde..susah gak nak jalan daily functions..jgn nak megah sgt le dengan pangkat..tak bawak ke mana pon..

p/s: peringatan kepada semua dan kepada diri aku sendiri gak..just my two cents!
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by snbaiti at 5-3-2006 03:58 PM


ala..PTD camni la yg bagi busuk nama kat the service..kalau dah sesama PTD pon kerek camni..imagine la kalau dengan service lain..no wonder la ramai yg menyampah ngan PTDs..patutnye sesama send ...



:setuju::setuju::solute::solute::clap:

"berkhidmat untuk negara"
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2006 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by snbaiti at 5-3-2006 15:58


ala..PTD camni la yg bagi busuk nama kat the service..kalau dah sesama PTD pon kerek camni..imagine la kalau dengan service lain..no wonder la ramai yg menyampah ngan PTDs..patutnye sesama send ...

yeahh.. i couldn't agree more wif u bout that..

btw, snbaiti meh lee share xperience kat sini..

[ Last edited by rara_bella at 5-3-2006 07:04 PM ]
Reply

Use magic Report

akulahini This user has been deleted
Post time 6-3-2006 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by snbaiti at 5-3-2006 03:58 PM


ala..PTD camni la yg bagi busuk nama kat the service..kalau dah sesama PTD pon kerek camni..imagine la kalau dengan service lain..no wonder la ramai yg menyampah ngan PTDs..patutnye sesama send ...


Susah jugak kalau PTD asyik nak menyalahkan orang. Siapa yang bagi busuk nama kat service kalau sama-sama dok mengutuk sama sendiri dan bercerita benda-benda yang tak tepat. Kalau dah habis INTAN course tu kan semua tahu kalau nak buat kerja, misalnya sesiapa yang kerja dalam bahagian dasar, kena report benda yan gbetul dan tepat?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.801742 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list