|
/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
ada berita ker ttg abp??? shahir ada peluang ker untuk menang.
siang tadi dah dengar luar biasa kat era. |
|
|
|
|
|
|
|
ada berita ker ttg abp??? shahir ada peluang ker untuk menang.
siang tadi dah dengar luar biasa k ...
zamzam Post at 31-3-2011 20:31
hai zam....pasal abp x dengar apa pun lagi....harap nye atleast shahir bawak balik satu trophy....
zam check tak fb che amat....dia update pasal esok ada duet dengan rossa |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya masuk gak kat page ni ye...tetiba ingat kat umah lama...sob..sob...cpt tul shahir nak dapat adik baru...2 hari je lagi...moga shahir terus meletup letup..walau af9 dah mula... |
|
|
|
|
|
|
|
note:: hari ni LUAR BIASA no.2 kat carta hotfm20
keep voting guyssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
shahir duet dengan rossa |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitoYoL at 1-4-2011 11:17
Shahir ada peluang
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
GELARAN Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) menjadi landasan untuk artis melangkah lebih jauh dalam kerjaya seni yang diceburi.
Kejayaan Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular di ABPBH2009 tahun lalu, memudahkan perjalanan seninya berkembang hingga ke peringkat antarabangsa, mencipta nama di Eropah serta Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan Black yang mengungguli kategori Artis Baru Lelaki Popular meletakkan namanya di puncak sekali gus, antara penyanyi lelaki paling hangat ketika ini.
Justeru, siapakah yang bakal merebut gelaran berkenaan pada penganjuran ABPBH2010? Segalanya akan terjawab pada malam kemuncak acara berkenaan yang berlangsung di Arena Of Stars Genting Highlands, Ahad ini.
Pun begitu, berdasarkan populariti, Shahir juara Akademi Fantasia 8 (AF8), dilihat mempunyai peluang mudah untuk menguasai kategori Artis Baru Lelaki Popular, sekali gus mengetepikan Daus, Maulana, Sharnaaz Ahmad dan Shahz Jaszle.
Selepas Asmawi Ani (Mawi), Shahir satu-satunya bintang AF yang berjaya mencetuskan fenomena dan kegilaan di kalangan penonton. Disayangi kerana bakat serta imej Islamik, nama Shahir juga mendadak naik apabila tersebar gosip kononnya bercinta dengan pelakon jelita, Rozita Che Wan.
Untuk kategori Artis Baru Wanita Popular, menyaksikan persaingan sengit di antara Adira, Ana Raffali dan Mizz Nina. Ana Raffali mempunyai peluang cerah untuk menang sekiranya undian peminat dipengaruhi kejayaan gadis itu pada Anugerah Juara Lagu, Januari lalu.
Begitu juga dengan Mizz Nina, selain lagu What You Waiting For mendaki carta tertinggi, sekali gus melonjakkan namanya sebagai penyanyi wanita menyerlah ketika ini. Tunangan kepada Noh daripada kumpulan Hujan ini berkemungkinan mendapat sokongan daripada peminat setia band berkenaan.
Beralih kepada kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan dilihat mampu merampas takhta Nabil yang mengungguli kategori berkenaan untuk dua tahun berturut-turut.
Kerjaya Zizan pada tahun lalu berkembang dengan begitu baik dan ini terbukti melalui pembabitannya dalam filem, pengacaraan serta drama. Malah, tahun lalu Zizan di nobatkan Best TV Personality Award menerusi Anugerah Shout! Turut bersaing dalam kategori berkenaan Along, Angah dan Johan.
Kategori sama versi wanita pula, Noorkhiriah yang dicabar Didie Alias, Kenchana Dewi, Raja Azura dan Sharifah Shahirah dilihat mampu mempertahankan kedudukannya sebagai Artis Komedi Wanita Popular dan sekiranya berjaya sekali lagi, ini bermakna kemenangannya kali ketiga berturut-turut.
Bagi Pengacara TV Lelaki Popular pula, nama Aznil Nawawi sekali lagi disebut-sebut mengungguli kategori itu tetapi melalui cabaran sukar dengan kehadiran Zizan. Turut layak bertanding dalam kategori berkenaan, Ally Iskandar, Awal Ashaari dan Jimmy Shanley.
Fara Fauzana yang baru saja meninggalkan rancangan hiburan sensasi Melodi pula, mampu menang mudah dalam kategori Pengacara TV Wanita Popular yang turut disertai Cheryl Samad, Nurul Syuhada, Raja Azura dan Sharifah Shahirah.
Gadis yang mesra dengan panggilan Fafau itu juga diyakini mampu mempertahankan gelarannya sebagai Penyampai Radio Wanita Popular untuk empat tahun berturut-turut. Pun begitu, kehadiran Abby Fana, Linda Onn, Raja Azura dan Sharifah Aleya juga tidak boleh dipandang ringan.
Sementara Penyampai Radio Lelaki Popular pula, Faizal Ismail dikatakan bakal menempah kemenangan mudah meskipun terpaksa bersaing dengan nama besar seperti Aznil Nawawi, Halim Othman, Kieran dan Salih Yaakob.
SENARAI FINALIS ABPBH 2010
PENYANYI LELAKI POPULAR
01. Aizat
02. Anuar Zain
03. Black
04. Faizal Tahir
05. Shahir
PENYANYI WANITA POPULAR
06. Adira
07. Ana Raffali
08. Alyah
09. Stacy
10. Yuna
ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
11. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
12. Azlan & The Typewriter
13. Bunkface
14. Meet Uncle Hussain
15. 6ixth Sense
PENYANYI NASYID POPULAR
16. Hijjaz
17. Inteam
18. Mirwana
19. Rabbani
20. Raihan
PELAKON TV LELAKI POPULAR
21. Aaron Aziz
22. Ady Putra
23. Fizz Fairuz
24. Remy Ishak
25. Shaheizy Sam
PELAKON TV WANITA POPULAR
26. Fasha Sandha
27. Lisa Surihani
28. Noorkhiriah
29. Scha Alyahya
30. Tiz Zaqyah
ARTIS BARU LELAKI POPULAR
31. Daus
32. Maulana
33. Shahir
34. Sharnaaz Ahmad
35. Shahz Jaszle
ARTIS BARU WANITA POPULAR
36. Adira
37. Ana Raffali
38. Mizz Nina
39. Nurul Elfira Roy
40. Nur Syuhaida@Dottie
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
41. Along
42. Angah
43. Johan
44. Nabil
45. Zizan
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
46. Didie Alias
47. Kenchana Dewi
48. Noorkhiriah
49. Raja Azura
50. Sharifah Shahirah
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
51. Aaron Aziz
52. Bront Palarae
53. Remy Ishak
54. Shaheizy Sam
55. Syamsul Yusof
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
56. Diana Danielle
57. Lisa Surihani
58. Liyana Jasmay
59. Maya Karin
60. Scha Alyahya
PENGACARA TV LELAKI POPULAR
61. Ally Iskandar
62. Awal Ashaari
63. Aznil Nawawi
64. Jimmy Shanley
65. Zizan
PENGACARA TV WANITA POPULAR
66. Cheryl Samad
67. Fara Fauzana
68. Nurul Syuhada
69. Raja Azura
70. Sharifah Shahirah
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
71. Aznil Nawawi
72. Faizal Ismail
73. Halim Othman
74. Kieran
75. Salih Yaakob
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
76. Abby Fana
77. Fara Fauzana
78. Linda Onn
79. Raja Azura
80. Sharifah Aleya |
|
|
|
|
|
|
|
note:: hari ni LUAR BIASA no.2 kat carta hotfm20
keep voting guyssssssssss
redvictorinox Post at 31-3-2011 23:52
jom shahirianz..kita undi lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya masuk gak kat page ni ye...tetiba ingat kat umah lama...sob..sob...cpt tul shahir nak dapat ...
mimifa Post at 31-3-2011 23:07
mimifa..kita sama2 doakan yg terbaik buat shahir.. |
|
|
|
|
|
|
|
woitttttttt...pe sal happy sangat ni? jealoussssssssssss tau
redvictorinox Post at 31-3-2011 22:05
nox jgn jeles...nnt kena bako.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemenangnya adalah...
Oleh Fatin Farhana Ariffin
2011/04/01
AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands.
Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung.
Bukan sahaja peminat dan pembaca Berita Harian, malahan di kalangan artis sendiri termasuk mereka yang tersenarai dalam Top ABPBH 2010 turut mempunyai pilihan sendiri siapa yang bakal menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-24.
Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Zizan antara calon yang disebut-sebut sebagai Bintang Paling Popular kali ini. Beberapa artis juga turut menjadi sebutan dikalangan rakan artis untuk memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Diana Danielle, Scha Alyahya, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Aizat, Sharifah Shahirah, Raja Azura @ Kak Engku, Aznil Nawawi, Bunkface malahan Nurul Elfira Loy juga dikatakan ada peluang masing-masing.
Ramalan untuk berasakan mereka boleh menang adalah berdasarkan kepada bakat, populariti, hasil kerja yang diminati seperti filem atau lagu serta sokongan peminat daripada laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Twitter.
Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Ikutkan memang semua orang nak menang. Peminat juga mahu artis pilihan mereka menang. Berikut adalah sebahagian artis yang juga finalis ABPBH2010 yang disoal Hip untuk siapakah calon pilihan mereka untuk menang dalam kategori masing-masing yang akan diumumkan 3 April ini.
ZIZAN
“Bintang Paling Popular ABPBH 2010 pilihan saya sama ada Lisa Surihani atau Shaheizy Sam. Nama mereka tengah panas sekarang. Banyak filem yang mereka bintangi, meletup! Tidak mustahil dengan bakat yang mereka miliki, boleh memenangi anugerah itu. Saya mendoakan rezeki untuk kedua-dua rakan saya ini. Malah peminat sendiri boleh menilai sendiri keberkesanan lakonan mereka.
“Bagi Penyanyi Lelaki Popular, nama yang sedang panas ialah Faizal Tahir. Kita dapat lihat di mana-mana saja ada peminat Faizal, lagunya pun kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar.
“Manakala Penyanyi Wanita Popular, saya rasa Yuna mampu menewaskan calon yang lain. Yuna penyanyi yang rendah diri dan dia juga mampu untuk pergi jauh serta bakatnya yang tiada tandingan.
BLACK MENTOR
“Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Zizan. Saya antara peminatnya dan saya suka cara serta idea dia membuat orang ketawa dan terhibur. Anuar Zain berpotensi untuk menang Penyanyi Lelaki Popular dan siapa tahu sekian lama dia tidak muncul, dia akan kembali membuat kejutan.
“Pelakon Filem Wanita pilihan saya ialah Diana Danielle. Dia ada karektor yang positif tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan, tidak sombong. Artis Baru Lelaki Popular pilihan saya ialah Shahir. Shahir ada peminat yang ramai dan kita boleh tengok ke mana saja dia pergi, mesti dikelilingi peminat serta namanya kini sedang meningkat, tidak mustahil untuk Shahir meraih anugerah ini.
NURUL ELFIRA LOY
“Saya dengar ura-ura, Lisa Surihani, Shaheizy Sam atau Zizan antara yang mampu membawa pulang hadiah Bintang Paling Popular. “Berdasarkan populariti, Bunkface berpeluang memenangi Artis Duo /Berkumpulan Popular. Nama mereka memang popular di kalangan peminat. Bagi kategori Penyanyi Nasyid Popular, kumpulan Rabbani adalah pilihan saya.
LIYANA JASMAY
“Penyanyi Lelaki Popular pilihan saya adalah Aizat, kerana dia memenangi anugerah bagi kategori ini tahun lalu. Tak mustahil Aizat menang lagi. Bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, saya memilih Aaron Aziz, dan Pelakon TV Wanita Popular pula, Scha Alyahya berkemungkinan besar untuk menang kerana mereka ini berbakat besar dalam dunia lakonan.
AARON AZIZ
“Berdasarkan popularitinya di laman web sosial Facebook yang mencecah jutaan peminat, tidak mustahil untuk Lisa Surihani memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Tengok saja bilangan pengikutnya di Facebook dan Twitter, sudah cukup sebahagian daripadanya mengundi, pasti artis lain akan tertewas.
“Pelakon Filem Lelaki Popular yang menjadi pilihan saya ialah Shaheizy Sam. Dia bukan saja popular, malah dia mampu membuat orang ketawa dengan lakonannya yang bersahaja. Rakyat Malaysia gemarkan seorang pelawak dan penghibur, ini kerana apabila kita buat orang ketawa, orang akan cepat sukakan kita.
“Aznil Nawawi berpeluang cerah untuk memenangi anugerah bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, kerana tiada siapa yang mampu menandingi kebolehannya. Kita tengok sampai sekarang, memang sukar untuk mencari pengganti Aznil.
ALTIMET
“Lisa Surihani dan Zizan mempunyai ramai peminat. Melihat kepada jumlah peminat di Facebook dan Twitter mereka, sudah cukup ramai untuk membuatkan mereka menang bagi kategori Bintang Paling Popular.
DIDIE ALIAS
“Bagi kategori Bintang Paling Popular, Zizan mampu menang. Dia mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan setiap kemunculannya menghiburkan orang ramai. Saya percaya tahun ini tuah akan berpihak pada Zizan. Manakala bagi kategori Artis Baru Popular, saya percaya tuah berpihak kepada Nurul Elfira Loy. Dia bukan saja popular, malah bagus dalam lakonan serta pandai membahagikan masa sebagai pelajar. Bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Sharifah Shahirah berpeluang untuk membawa pulang anugerah ini kerana namanya sedang meningkat naik sekarang ini.
SHARNAAZ AHMAD
“Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Shaheizy Sam sebab dia bagus dan mempunyai karektor yang mantap sebagai orang seni. Lihat saja kepada watak yang dibawanya, cukup memberi kesan kepada penonton. Bagi Penyampai Radio Wanita Popular, Raja Azura berpeluang menang kerana dia sudah lama dalam bidang pengacaraan ini. Dia seorang yang bagus dalam bidangnya dan saya cukup mengagumi dia.
“Bagi Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan mempunyai peluang untuk menang, manakala bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias berpotensi untuk menang.
Siapa pula pilihan Lisa?
Menjadi sebutan sebagai antara pemenang dalam ABPBH2010 terutama Bintang Paling Popular pada Ahad ini, memang memberi sedikit kejutan kepada Lisa Surihani. Ini kerana dia sama sekali tidak pernah meletakkan harapan setinggi itu.
“Baiknya mereka yang meramalkan saya menang. Rezeki di tangan Allah. Entah-entah mereka yang menang nanti. Setiap calon ada peluang sama rata untuk menang dalam setiap kategori di ABPBH nanti. Dicalonkan sehingga tersenarai dalam Top 5 pun, Lisa rasa amat bersyukur alhamdulillah,” kata Lisa dalam jawapannya yang dikirim menerusi pesanan BlackBerry.Lisa yang kini sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya memilih Zizan sebagai calon Bintang Paling Popular, manakala Aizat pula diramalkan sekali lagi memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan berasakan Ana Raffali berpotensi untuk memegang trofi Penyanyi Wanita Popular.
“Saya melihat Liyana Jasmay berpeluang cerah untuk menang lagi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan penyampai radio Hot FM, FBI (Faizal Ismail) pula diramalkan boleh naik ke pentas lagi menerima Penyampai Radio Lelaki Popular,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
credit fb karak
KARAK - In Cinemas on 26 May 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
As Salam SHAHIRIANZ....Selamat hari Jumaat yang penuh berkat...
hari ni TJ sonok sgt:lovelin ...
TieJay Post at 1-4-2011 11:23
waalaikumussalam TJ...amboiiiiii pepagi dah sonok..asyik citer makanan jek..pagi ni bekpes Ferrero Rocher ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|