|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: OUR HAPPY PLACE, THIS IS US
[Copy link]
|
|
Leteran isteri jadikan Hattan istiqamah henti merokok
Hattan mengakui bukan sahaja stamina makin ampuh, malah, selera makan membuak-buak hingga tubuh makin berisi sejak berhenti merokok. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Selepas enam bulan berhenti merokok, Datuk Hattan mengakui banyak perubahan berlaku kepada dirinya. Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata, bukan sahaja stamina makin ampuh, malah, selera makan membuak-buak hingga tubuh makin berisi. "Saya berhenti merokok sejak adik meninggal dunia, April lalu. Alhamdulillah, hingga hari ini, saya masih mampu bertahan. "Cuma kesannya, selera makan makin bertambah. Tiap-tiap malam saya mesti hendak 'pekena' nasi lemak hingga berat badan naik empat kilogram (kg).
"Sampai satu tahap, saya tidak benarkan langsung isteri masak. Semuanya sebab takut asyik makan. Isteri pula suka masak sedap-sedap. "Apabila sudah tidak merokok, ada manfaatnya. Pernafasan semakin bagus dan apabila menyanyi, tidak ada kahak berkumpul di tekak hingga mengganggu vokal seperti yang pernah berlaku," katanya pada sidang media Konsert Hitam Manis di sini, baru-baru ini. Konsert Hitam Manis yang menyaksikan Hattan berkongsi pentas dengan Black dan Hazama itu akan dianjurkan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, pada 8 Februari tahun depan.
Hattan yang popular dengan lagu Memburu Rindu mengakui bukan mudah menghentikan tabiat merokok. "Saya mula merokok ketika belajar di sekolah menengah. Ketika mula-mula berhenti merokok, menggigil hendak tahan ketagih. "Emosi terganggu sebab asyik hendak marah sahaja. Kawan-kawan pula suka sakat sampai ada yang sanggup tawarkan saya RM1,000 jika saya sanggup hisap rokok semula. "Mujurlah iman masih kuat dan leteren isteri juga banyak membantu untuk saya kekal istiqamah," kongsi penyanyi bervokal serak ini.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1334733/leteran-isteri-jadikan-hattan-istiqamah-henti-merokok
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Jual' lagu ke pasaran dunia pesan M Nasir
Dari kanan, Pengasas Inkhouse Pictures, Datuk Khairul Anwar Salleh bersama Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail menyampaikan anugerah Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah MACP 2024 kepada M Nasir. Foto NSTP Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Maestro muzik, Datuk M Nasir yang diumum Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2024 di ibu negara, Jumaat lalu, menyarankan agar lebih ramai komposer tempatan memasarkan karya mereka ke pasaran antarabangsa. Seperti lagu Tiara ciptaannya pada 1991 yang dinyanyikan kumpulan Kris meraih perhatian di luar negara, begitulah diharapkan komposer tersohor itu supaya lebih banyak karya tempatan melakar kejayaan sama. Bagi M Nasir yang lebih empat dekad mengabdikan diri dalam belantara muzik tanah air, tiada kekangan jika penggiat seni muzik terus berusaha membawa karya tempatan menembusi pasaran antarabangsa. "Lagu kita tiada kekangan untuk diterima di luar negara. Kita ada pencipta Melayu bernama Firdhaus yang menghasilkan lagu Cina. Namanya sekarang 'besar' di China. Jadi, tiada kekangan kalau dia tahu pasaran itu.
"Maknanya, dia kena sesuaikan lagu itu dengan sasarannya. Dalam hal saya (lagu Tiara) misi saya tidak sampai ke situ. Saya cuma buat lagu untuk Kris dalam arena rock balada pada ketika itu.
"Tetapi kerana lagu rock balada yang saya dan angkatan saya mulakan, maka lagu-lagu dengan genre sedemikian diterima di seluruh nusantara. Malah, ia jadi suatu kemestian dalam kalangan peminat rock balada," katanya ketika ditemui sebaik Anugerah MACP 2024 berakhir di sini, Jumaat lalu. Pada acara itu, M Nasir mengekalkan kedudukan sebagai penerima trofi Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi buat kali kedua berturut-turut. Selain itu, M Nasir memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi melalui lagu Tiara mengatasi dua calon lain, iaitu lagu Ke Zai Wo Xin Di De Ming ciptaan Jia Wang dan Xu Yuan Ting serta Gatal (Aepul Roza). Pada anugerah sama, syarikat rakaman diasaskannya, Luncai Emas Sdn Bhd memenangi kategori Lagu Luar Negara Persembahan Tertinggi menerusi lagu Cinta Sampai Mati mengenepikan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd (Ya Allah) dan Shake Music Company Limited (Pamela). Mengenai kejayaannya mengungguli kategori utama MACP 2024 bagi tempoh dua tahun berturut-turut, M Nasri mengakui apa yang diterima adalah hasil sokongan insan penting di sekelilingnya. Malah, M Nasir yang juga Pengerusi MACP berkata, anugerah diterima adalah berlandaskan penjualan lagu setiap komposer dalam industri muzik tempatan sepanjang tahun ini. "Terima kasih kepada semua terutama MACP kerana sudah mengiktiraf pencipta lagu dalam sudut penjualan karya. "MACP bukanlah badan yang mengiktiraf sama ada sesuatu lagu itu bagus atau tidak, tetapi dari segi penjualannya. Bagaimanapun, aspek itu perlu diiktiraf juga. "Perkara ini perlu dijelaskan supaya orang benar-benar tahu lagu ini popular. Ada lagu popular, macam dulu-dulu lagu popular, tetapi penjualan tidak dapat diketahui sepenuhnya. "MACP memang badan yang patut ada dalam industri muzik kita. Sekian lama pun, MACP berkhidmat untuk komposer dan penerbit dengan cemerlang," katanya. Pada Anugerah MACP 2024, kategori Lagu Melayu Persembahan Tertinggi dimenangi lagu Gatal ciptaan sepenuhnya Aepul dengan menewaskan lagu Pasti (Hang Nadim/Afiez Newboyz) dam Gadis & Bunga (Johari Salleh).
Lagu Inggeris Persembahan Tertinggi dimenangi lagu Que Chill ciptaan Malique dan Tripdisz dengan lirik ditulis Hang Nadim mengatasi WHUT (Aisha Retno) dan My World Too (Aubrey Suwito). Lagu A La Si Jia Hai Wan ciptaan Firdhaus memenangi kategori Lagu Cina Persembahan Tertinggi mengenepikan lagu Bo Li Xin (Namewe) dan Ke Zai Wo Xin Di De Ming Zi (Jia Wang dsn Xu Yuan Ting). Lagu Tamil Persembahan Tertinggi menyaksikan kemenangan berpihak kepada lagu Perak Kulle ciptaan Krish K menewaskan Sandiyar Kathai (DJ Gan/Havoc Naven/Havoc Math) dan Nanbanukaghe (Havoc Mathan). Syarikat rakaman, Taja Archive Sdn Bhd memenangi kategori Penerbit Tempatan Pendapatan Tertinggi menewaskan pemenang tahun lalu yang juga syarikat rakaman milik M Nasir iaitu Luncai Emas Sdn Bhd dan satu lagi calon, MVM Production Sdn Bhd.
Penerbit Pendapatan Tertinggi Universal Music Publishing Sdn Bhd mempertahankan kemenangan tahun lalu dengan menewaskan Sony Music Publishing Sdn dan Warner Chappel Music (Malaysia) Sdn Bhd. Pencipta Terbaik di TikTok 2023/2024 dimenangi Harry Khalifah atau Apak dengan mengatasi M Nasir dan Saari Amri. Penyanyi rap wanita yang kian menempa nama dengan pelbagai kejayaan, iaitu Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, diumum penerima kategori Komposer Muda Berpotensi. Anugerah khas, Nadi Cipta diberi kepada penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq atas pelbagai sumbangan dalam bidang muzik sepanjang hayat.
Anugerah MACP 2024 dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Nik Kamarulzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Adam; Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Dr Mohd Zuhan Mohd Zain serta Pengarah Serantau, Gabungan Persatuan Pengarang dan Komposer Antarabangsa (CISAC), Benjamin Ng. Anugerah MACP 2024 sempena ulang tahun ke-35 dihoskan oleh Hafiz Hatim dan Hunny Madu. Acara turut diserikan dengan persembahan Salamiah Hassan, Misha Omar, Akim Ahmad, Stacy, Dhilip Varman, Bell Foo Zya dan M Nasir.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1334996/jual-lagu-ke-pasaran-dunia-pesan-m-nasir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FFM 33 : Beto ralat, Susan 'tidur atas pelangi'
Susan yang mula aktif sejak 1982 memberitahu, wataknya sebagai Aileen diilhamkan daripada ibunya yang meninggal dunia pada November 2018 akibat penyakit kanser. Foto NSTP Ahmad Ukasyah
KUALA LUMPUR: Menepati ramalan, kejayaan dua pelakon senior, Beto Kusyairy, 44, dan Susan Lankester, 62, meraih trofi Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) Ke-33 di sini, Sabtu lalu, membuktikan kematangan industri perfileman tempatan dalam mengiktiraf bakat pengkarya. Mengakui terkilan tidak dapat hadir pada malam gilang-gemilang itu, Beto yang membawa watak Zuhal dalam filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha, terikat komitmen membereskan penggambaran filem Gayong yang sedang dalam pembikinan. "Syukur di atas penghargaan diberi... semestinya saya berbesar hati dengan trofi FFM 33. "Namun, sedikit ralat kerana tidak dapat bersama-sama pasukan produksi memeriahkan acara itu dan meraikan kejayaan besar Imaginur.
"Semuanya disebabkan kekangan masa, komitmen dan tanggungjawab yang perlu saya lunas dan utamakan," katanya kepada BH Online. Beto meleburkan harapan Chew Kin Wah yang membintangi filem Rain Town; Shaheizy Sam (Polis EVO 3); Zul Ariffin (Sheriff: Narko Integriti) dan Asrulfaizal Kamaruzaman (Duan Nago Bogho) bagi trofi Pelakon Lelaki Terbaik dimenanginya itu. Beto yang pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada FFM 32, bagaimanapun, tidak menganggap empat calon lain sebagai pencabar, sebaliknya mewarnakan pentas lakonan. "Bagi saya, malam penganugerahan itu bukanlah suatu pertandingan, ia lebih kepada merayakan. "Tidak pernah sekalipun saya anggap calon lain sebagai pencabar. Saya lebih suka melihat acara malam itu kepada mahu meraikan semua karyawan tempatan khususnya calon Top 5... Itu adalah lebih baik," katanya. Ditanya apakah dengan kemenangan itu memberi tekanan kepadanya berikutan syarikat produksi dan peminat meletakkan penanda aras tinggi kepada mutu lakonan, Beto, bagaimanapun tidak risau. Katanya, sejak dahulu lagi, dia tidak pernah ambil mudah setiap kerja dilakukan. "Saya memang cukup pentingkan skrip, pengarah dan pemainnya. Tidak ada sebab saya mengubah sistem kerja yang diamalkan dari dahulu. "Soal tekanan kerana anugerah ini tidak timbul," katanya. Beto memuji sikap penonton yang makin terbuka dengan naskhah yang disifatkan bernafas baharu. "Sebenarnya, penonton tempatan tidak seperti apa yang kita sangka. Mungkin sesetengah penerbit anggap filem begini susah diterima khalayak, namun, tanggapan sedemikian tidak lagi relevan.
"Saya suka dan meraikan kepelbagaian genre agar industri filem kita tambah warna warni," katanya. Selain trofi Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Beto, Imaginur terbitan Lumatic Films turut memenangi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik dan Lagu Tema Terbaik. Sementara itu, beroleh kemenangan berganda selang empat hari selepas kejayaan di pentas Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 di Singapura, Susan menganggap dirinya bertuah selepas empat dekad mengabdikan diri dalam dunia seni. "Saya rasa sangat bertuah. Saya harap pelakon wanita di Malaysia lebih percaya dengan diri sendiri. "Saya harap mereka percaya boleh pergi lebih jauh, bekerja keras dan tidak takut suarakan perkara yang dirasa tidak betul.
"Pada masa sama, carilah skrip dan syarikat produksi yang baik. Saya adalah contoh kepada hasil kerja keras selama 40 tahun dalam industri seni. "Dalam seminggu, saya terima penghargaan dari Asia Tenggara dan negara sendiri. Malam ini (Sabtu lalu), saya fikir saya boleh tidur di atas pelangi. "Perasaan ini sangat indah... Saya sangat bersyukur," katanya ditemui pemberita sebaik FFM 33 melabuhkan tirainya, Sabtu lalu. Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Susan yang membawa watak Aileen Choo dalam fikem Rain Town arahan Tunku Mona Riza, menewaskan Nadia Aqilah yang membintangi filem Eva, Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia) dan Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner). Susan berkata, sebagai pelakon, mereka berhak memilih naskhah dan karakter. "Saya tahu anda perlu berlakon untuk cari makan. Tetapi, kadang-kadang, anda perlu bertarung untuk apa yang anda inginkan. Kalau tidak, anda hanya akan jayakan watak sama. "Bagi saya, saya suka bekerja dengan pengarah yang suka berkongsi idea dan melakukan latihan lebih awal. Saya berasal dari pentas teater, jadi, pemikiran saya mengenai lakonan agak berbeza dan fokus kami lain macam," katanya Susan yang mula aktif sejak 1982 memberitahu, wataknya sebagai Aileen diilhamkan daripada ibunya yang meninggal dunia pada November 2018 akibat penyakit kanser, selain teman-teman yang bertarung dengan penyakit sama.
"Ibu saya sudah pergi enam tahun lalu. Beliaulah yang memberi inspirasi di sebalik watak Aileen. Ibu adalah pejuang. Saya jaga ibu sampai beliau pergi. Apabila ibu tutup mata, ibu senyum," katanya. Dalam filem Rain Town, Aileen digambarkan sebagai ibu yang menjadi pendamai antara anak-anak yang sudah dewasa dengan suaminya, biarpun sedang bertarung dengan kanser. Bagaimanapun, Aileen memilih untuk tidak berkongsi penyakit dialami kerana tidak mahu membimbangkan keluarga. Dengan kemenangannya itu, Susan turut berterima kasih kepada pelakon dan kru yang menjayakan Rain Town. "Memang seronok bekerja dengan Chew Kin Wah, Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan. Kami senang sebagai satu keluarga kerana dedikasi mereka," katanya yang akan menjayakan filem Tamil berjudul Macai memegang watak kecil.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1335064/ffm-33-beto-ralat-susan-tidur-atas-pelangi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harissa dakwa digoda pelakon senior sudah bercucu
Harissa akan cuba menepis dengan tidak memberikan sebarang respons supaya tidak anggap saya perempuan murahan. - NSTP/Aziah Azmee
PETALING JAYA: Pelakon Harissa Adlynn berkongsi pengalaman digoda pelakon senior yang sudah mempunyai cucu yang cuba memburu cinta. Bagaimanapun, Harissa menegaskan, dia enggan melayan lelaki terbabit kerana tidak mahu terjerat dengan kontroversi yang boleh memakan diri. "Memang ramai yang cuba mendekati saya. Ada berstatus suami orang dan ada juga yang sudah mempunyai cucu. Anak dia pun sebaya saya.
"Mereka berani berterus terang untuk ajak saya pergi 'dating'. "Malah, ada juga yang cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh saya ketika kani berlakon bersama. "Biasanya mereka akan pura-pura terpegang tangan saya walhal saya boleh hidu apa niat mereka sebenarnya. "Bila berlaku perkara seperti itu, saya akan cuba menepis dengan tidak memberikan sebarang respons supaya dia tidak anggap saya perempuan murahan.
"Kalau bertindak di luar batasan, saya tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakselesaan saya kepadanya," katanya ditemui pafa sidang media drama Benci Jadi Cinta yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, semalam. Berdasarkan pengalaman, kebanyakan mereka memahami selepas melihat bersikap dingin terhadap godaan yang mereka lakukan itu. "Saya seorang yang profesional ketila bekerja. Kalau tak selesa dengam situasi itu, saya akan suarakan. "Setakat ini, mereka memahami dan tidak pernah cuba memaksa saya," ujarnya yang masih solo. Benci Jadi Cinta yang menjadi drama vertikal bersiri pertama terbitan TV3 sudah pun ditayangkan di aplikasi TikTok bernula semalam. Selain Harissa, drama 20 episod berdurasi dua minit bagi setiap episod itu turut dibintangi Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1335104/harissa-dakwa-digoda-pelakon-senior-sudah-bercucu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Barang peribadi Che Ta bernilai hampir RM100,000 disita
Beberapa barangan peribadi milik Rozita bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada serbuan dijalankan oleh Majlis Amanah Raya (MARA), pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Beberapa barangan peribadi milik pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada serbuan dijalankan oleh Majlis Amanah Raya (MARA), pagi tadi. Jumlah hutang pelakon itu dipercayai menghampiri RM1 juta. Menurut peguam yang enggan namanya didedahkan, pihaknya turut menyerahkan writ kepada ibu Rozita berikutan pelakon itu tidak berada di rumahnya, pagi tadi. "Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.
"Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu, tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi, kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk. "Nilai anggaran barang rumah tidak sampai RM100,000 dan kebanyakannya adalah barangan peribadi," katanya yang hadir pada serbuan pagi tadi. Turut mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), peguam tersebut turut memaklumkan pihaknya juga sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak mahkamah untuk menjalankan lelongan.
Menurutnya, ia dijangka akan berlaku dalam masa dua minggu lagi, justeru proses rundingan selepas ini perlu melalui mahkamah. "Buat masa ini, kami tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah. "Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kami tunggu surat selanjutnya daripada mahkamah," katanya. Sementara itu, anak sulung Rozita iaitu Ammar Effendy, 28, yang ditemui di perkarangan rumah enggan memberi sebarang komen berhubung serbuan tersebut. Pagi tadi, MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Rozita yang terletak di Kota Damansara selepas pelakon itu gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta. Bagaimanapun, Rozita dan pengurusnya masih mendiamkan diri apabila dihubungi Berita Harian untuk mendapatkan komen lanjut.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1335127/barang-peribadi-che-ta-bernilai-hampir-rm100000-disita
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bella dituduh jaja kisah sedih
Ada yang mula mempertikaikan kemasyhuran diraih Bella apabila dituduh menjaja kisah sedih semata-mata untuk mendapat tempat di hati peminat dan industri. - Foto NSTP/Ahmad Ukasyah
KUALA LUMPUR: Tidak semua orang menyenangi populariti sekelip mata diraih ibu tunggal dua cahaya mata ini. Kemelut rumah tangga yang dilaluinya menyebabkan nama Bella Astillah melonjak secara tiba-tiba. Daripada seorang isteri dan ibu rumah tangga, perlahan-lahan namanya mula dikenali sebagai penyanyi dan pelakon. Tidak cukup itu, Bella turut menjadi buruan produk sebagai jurucakap dan duta.
Bagaimananpun, ada yang mula mempertikaikan kemasyhuran diraih wanita berasal dari Sabah itu, Bella dituduh menjaja kisah sedih semata-mata untuk mendapat tempat di hati peminat dan industri. Namun pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mempersoalkan bilakah masanya dirinya menjual cerita sedih? "Saya tidak tahu bila masa saya menjual cerita sedih, rasanya tidak ada. Cuma, kadang-kala bila terlalu sibuk dengan kerja, saya luahkan rasa rindu lepada anak-anak, bukan cerita sedih. "Setakat ini, Alhamdulillah saya gembira bersama keluarga dan kehidupan semakin baik. Saya juga sibuk cari rezeki untuk anak-anak, fokus saya buat masa ini adalah pada kerja. "Cuma, ada ketikanya konten bersama anak-anak yang saya kongsikan dalam media sosial adalah rakaman daripada orang lain yang saya kongsikan semula. "Saya tidak menyalahkan sesiapa yang nak komen negatif kerana terpulanglah kepada tanggapan masing-masing," katanya yang ditemui di Majlis Media Gathering Nabila Razali & Bella Astillah di ibu negara, semalam.
Menurut Bella lagi, dia juga tidak berkecil hati apabila ada yang mempersoalkan kebolehannya sebagai penyanyi. Bella berkata, dia mengingati pesanan guru vokal, Cikgu Syafi agar tidak melatah dengan komen negatif dilemparkan. "Cikgu Syafi selalu pesan, dengan komen-komen itu pun sebenarnya boleh membina semangat. Orang luar ada pendapat masing-masing.
"Mungkin mereka mahu saya jadi yang terbaik dan tidak mahu melihat saya dikecam. Saya faham dan terima sahaja apa yang orang ingin perkatakan mengenai saya. "Saya terima komen negatif itu untuk kuatkan lagi semangat saya dan komen positif pula menjadikan semangat saya lebih besar," katanya lagi. Sementara itu, mengulas hubungannya dengan Stacy Anam susulan penarikkan diri penyanyi itu daripada konsert A Night With Sumandak Stars, kata Bella hubungan mereka baik cuma masih belum berkesempatan untuk berjumpa. Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua dengan Stacy. "Sebenarnya kami tidak ada masalah. Isu ini jadi besar mungkin disebabkan ada kenyataan yang dibuat, tetapi sebenarnya tak ada apapun. "Saya berterima kasih kepada peminat yang mendoakan. Mereka banyak berikan komen positif kerana tahu kami memang tiada masalah. Tapi, isu ini jadi besar, bagaimanapun saya tidak terkesan dan okay sahaja," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1335141/bella-dituduh-jaja-kisah-sedih
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bicara kes bunuh Zaharif: Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran
Pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi menghadiri perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya. Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian seorang pelajar 17 tahun, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie dengan melanggar mangsa menggunakan kereta di Jalan Taman Jati, Meru, pada Disember tahun lalu. - Foto NSTP/L Manimaran
IPOH: Pegawai penyiasat trafik yang membuka kertas siasatan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini dia memadam dua rakaman video memaparkan mangsa dilanggar. Inspektor Jong Pit Chao, 37, yang juga saksi pendakwaan ke-29 berkata video itu diterima melalui aplikasi WhatsApp pada 17 Disember tahun lalu, dua hari selepas kejadian perlanggaran antara Perodua Ativa putih dipandu tertuduh dengan motosikal Yamaha 135LC hitam ditunggang Zaharif. Menurutnya, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) itu dihantar oleh seorang wanita, pemilik Mitsubishi Triton, yang meletak kenderaannya di bahu jalan berhampiran lokasi perlanggaran. Saksi itu memadam video terbabit atas alasan siasatan kes diserahkan kepada pegawai penyiasat baharu, Asisten Superintendan Chua Sze Chuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Saksi memberi kenyataan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada hari ke-16 prosiding perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi. Terdahulu, Mior bertanya sama ada saksi itu boleh menunjukkan rakaman video kepada mahkamah, namun Jong menjawab bahawa rakaman itu sudah tiada dalam simpanannya. Mior: Kenapa tidak simpan? Jong: Saya tidak boleh sebarkan bukti. Mior: Puan tahu ini bukti di mahkamah? Jong: Tahu, tetapi saya bukan lagi pegawai penyiasat dan telah menyerahkan kepada Chua. Ketika pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz bertanya mengapa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sambil mengambil kira kemungkinan elemen di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes bunuh kejadian luar biasa - Saksi Menjawab soalan itu, Jong menyifatkan kes ini sebagai kejadian luar biasa. "Luar biasa yang saya maksudkan ialah, berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai penyiasat trafik, kenderaan yang terbabit termasuk kereta dan motosikal tidak berada di lokasi kejadian. "Berdasarkan keterangan saksi awam, motosikal mangsa dikejar oleh sebuah Perodua Ativa dan dilanggar dari belakang. Maksudnya, ini kejadian luar biasa yang mana wujud insiden mengejar antara kereta dan motosikal," katanya. Mengikut pertuduhan, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan bersambung sebelah petang.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1335191/bicara-kes-bunuh-zaharif-pegawai-penyiasat-mengaku-padam-2-video
|
|
|
|
|
|
|
|
delete sbb bukan kes dia dah |
|
|
|
|
|
|
|
transfer ke bahagian lain |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sepatutnya semua berkaitan kena bagi ke |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mayat berbau busuk ditemui dalam bagasi
Bagasi yang ditemui dalam longkang di sekitar Taman Cheras Perdana. - Foto TV3
KUALA LUMPUR: Satu mayat lelaki ditemui dalam sebuah bagasi di kawasan perumahan Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata identiti mayat lelaki itu bagaimanapun masih belum dikenalpasti.
"Mayat berkenaan ditemui orang awam dalam keadaan mencurigakan dan berbau busuk sekitar jam 11.45 pagi.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah ke lokasi kejadian bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) sebelum mengesahkan bahawa satu beg bagasi berwarna biru yang dijumpai dilokasi, mengandungi mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Naazron berkata mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan jam 9 pagi esok. "Pada masa ini kes disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun," katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1335192/mayat-berbau-busuk-ditemui-dalam-bagasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tak jujur tapi cuba berlaku adil
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (tengah) bergambar bersama wakil dari Yayasan Ekonomi Kewangan Antarabangsa (IFE) yang hadir menyampaikan sumbangan banjir di perkarangan Masjid Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan. - Foto NSTP/Siti Rohana Idris.
TUMPAT: Dakwaan mangsa banjir tidak menerima sumbangan secara adil bukan bermakna berlaku penyelewengan tapi barangan itu diberi kepada yang lebih memerlukan. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, ada sesetengah kes, pihak berkaitan perlu membuka semua barangan yang disumbang untuk dipek semula agar dapat diagih secara saksama kepada semua mangsa terjejas. "Contoh ada 600 keluarga, yang disumbangkan untuk 200 keluarga, yang lain bagaimana? Jadi untuk berlaku adil kepada semua, terpaksa kita semua 'repack' maka semua orang boleh terima walau sedikit. "Yang banyak kita kongsikan tapi bila sedikit kita pecah-pecahkan. Mangsa (banjir) ramai jadi kalau nak bagi satu sorang, barangan kena cukup," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang mempertikaikan tindakan penghulu mengasingkan barangan bantuan yang disumbangkan oleh penyumbang kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) baru-baru ini. Mohamed Fadzli berkata, kerajaan negeri hanya membantu, bukan menyediakan semua kelengkapan tapi jika ada mangsa banjir yang tak dapat bantuan terbabit, itu bermakna ada mangsa lain yang lebih memerlukan. "Jangan kata dia dapat, kenapa saya tak dapat? Di pihak kerajaan, PPS, pemimpin, penghulu dan sebagainya, kita akan cuba untuk melakukan seadil mungkin tapi sebagai manusia, ada kelemahan di sana sini, yang itu kita mohon maaf. "Semua bekerja secara sukarela, mereka tak dapat apa-apa pun, tiada upah sekalipun," katanya. Terdahulu beliau hadir di perkarangan Masjid Al-Ismaili, Bandar Baru Pasir Pekan di sini, menerima sumbangan banjir dari Yayasan Ekonomi Kewangan Antarabangsa (IFE). Yang turut hadir ialah Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim dan Naib Presiden IFE, Aida Lim Abdullah.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1335162/bukan-tak-jujur-tapi-cuba-berlaku-adil
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jap kira :
Pesakit sporo : 4 (3 dah nak baik, 1 masih 50%)
Pesakit FELV : 1 (70% dah nak ok)
Pesakit kidney : 3 (masih terkawal, InsyaAllah)
Pesakit demam & selsema : 3 (insyaAllah ok ni)
Pesakit radang mulut : 4 (InsyaAllah beransur pulih)
Yang sihat InsyaAllah: 21 ekor termasuk 6 ekor yang baru lahir sebulan lalu.
Cer kira berapa tu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Today a reader. Tomorrow a leader.” – Anonymous
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|