tensionnye tak boleh balik lagi.. nak balik rumah, tak sanggup nak redah hujan ribut kat luar pejabat ni..
buka web alap21.. hish ada lagi buku baru... kalolah minerva dekat harus kuredah buat booking...
ni minah tempekkan
NOVEL TERBARU EKA FAHARA KINI SUDAH BERADA DI PASARAN DAPATKAN segera novel terbaru Eka Fahara bertajuk 'Belaian Jiwa' yang sedang menanti anda di kedai-kedai buku.
Kelainan yang dibawa oleh Eka Fahara pasti membelai jiwa anda tatkala anda membaca novelnya. Indahnya cinta membelai jiwa tatkala lelaki yang disayangi oleh Alisya berada di sisi. Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.
Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.
Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.
Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?
Tajuk: Belaian Jiwa
Halaman: 512
Harga: RM19.90
|