|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: EVERY MOMENT MATTERS
[Copy link]
|
|
Lofoten Islands, Norway.
|
|
|
|
|
|
|
|
Daim masuk wad, hakim tangguh keputusan mohon tertuduh jalani pemeriksaan mental
Na'imah (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen untuk prosiding kes gagal isytihar harta yang dihadapinya bersama suami, Tun Daim Zainuddin. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dimasukkan ke hospital Assunta di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan petang semalam. Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Prof Dr Gurdial Singh Nijar yang baharu dilantik mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid. Menurut Gurdial, Daim tidak dapat menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen pada hari ini, bagaimanapun peguam tidak menjelaskan lanjut alasan mengapa anak guamnya dimasukkan ke hospital. Seorang lagi peguam Daim, Nizamuddin Hamid menjelaskan kepada mahkamah bahawa terdapat salah faham oleh pihak pendakwaan.
Beliau berkata, pihaknya tidak meminta penangguhan kes atas alasan anak guam tidak hadir hari ini, sebaliknya memohon membuat pindaan terhadap permohonan sebelum ini, dan supaya ia dirujuk ke mahkamah tinggi. Hari ini, Hakim Azura Alwi sepatutnya membuat keputusan berhubung permohonan pendakwaan sama ada Daim perlu menjalani pemeriksaan mental bagi memastikan beliau layak dibicarakan atau sebaliknya. Sehubungan itu, Azura menangguhkan prosiding dan menetapkan 20 November depan bagi hujahan dan seterusnya membuat keputusan. Beliau turut memerintahkan Daim hadir pada prosiding berkenaan. Pada prosiding lalu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata oleh kerana pembelaan sering memohon kehadiran bekas menteri itu dikecualikan pada prosiding mahkamah, pihaknya ingin membangkitkan isu undang-undang mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. Ia berhubung kesihatan mental terkini tertuduh yang perlu diperiksa untuk memastikan sama ada beliau boleh memberikan arahan dan memahami pertuduhan dihadapinya. Katanya, berdasarkan satu laporan perubatan dari Hospital Assunta yang dikemukakan kepada mahkamah, ia ada menyentuh mengenai keadaan Daim yang mengalami strok berganda yang menyebabkan pendarahan otak sejak Januari 2024. Terdahulu pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry berkata Daim hanya hadir sekali sahaja sejak didakwa di mahkamah pada Januari lalu dan hanya mengemukakan surat sijil sakit dengan pelbagai alasan untuk tidak hadir ke mahkamah. Fadhly menegaskan, permohonan pendakwaan sebelum ini supaya mahkamah memerintahkan Daim dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital kerajaan adalah wajar bagi memastikan beliau layak untuk dibicarakan di mahkamah. Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin Hou, pula berkata menurut surat dikemukakan hari ini, Daim dimasukkan ke hospital Assunta petang semalam, namun tidak ada alasan dan tidak dinyatakan punca beliau dimasukkan ke hospital. "Pendakwaan mempunyai alasan kuat untuk meminta laporan perubatan penuh. Kami juga memohon doktor dan jururawat yang merawat Daim datang ke mahkamah untuk beri keterangan dan penjelasan," katanya. Pada 29 Januari lalu, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Isterinya, Na'imah, 66, pula didakwa pada 23 Januari lalu atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1312024/daim-masuk-wad-hakim-tangguh-keputusan-mohon-tertuduh-jalani-pemeriksaan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
3 das tembakan hentikan kenderaan dipandu lelaki 16 rekod jenayah
Datuk M Kumar (empat dari kiri) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor bagi Oktober 2024 di IPK Johor, hari ini. - NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN
JOHOR BAHRU: Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah sebuah kenderaan selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di hadapan sebuah pangsapuri di Jalan Dato' Abdullah Tahir di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, kereta dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu turut dipandu melawan arus sebelum melanggar tiga kenderaan lain. Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata terdahulu lelaki yang memandu Honda Accord itu dikesan mencurigakan oleh Unit Kereta Peronda (MPV) di kawasan pangsapuri berkenaan, sebelum ia dihampiri untuk tujuan pemeriksaan. Menyedari kehadiran polis, katanya, lelaki itu memecut kenderaan memasuki ruang parkir pangsapuri berkenaan.
"Selepas masuk ke kawasan parkir, suspek menghentikan kenderaan. Polis menghampirinya sekali lagi untuk tujuan periksa dan tahan, namun suspek sekali lagi memecut kereta dan melawan arus sebelum melanggar tiga kereta. "Polis terpaksa ambil tindakan lepaskan tembakan pada tayar kereta suspek sebelum kenderaan itu tidak boleh bergerak," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor bagi Oktober 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini. Mengulas lanjut, M Kumar berkata selepas suspek berjaya ditahan, pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan 296 gram heroin. "Ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan lelaki itu juga disahkan mempunyai 16 rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah. "Dalam kejadian kira-kira lima minit itu, suspek tidak cedera. Namun, tiga kereta dilanggar suspek rosak teruk dan kita minta mereka yang terbabit membuat laporan polis," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah. Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah. Dalam pada itu, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Chai Ing Hien hari ini membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1312011/3-das-tembakan-hentikan-kenderaan-dipandu-lelaki-16-rekod-jenayah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“God made Adam first because he didn’t want any advice from Eve how to make Adam.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
Abang masih harap jasad Sabari ditemui, tak teringin pun lihat wajah 2 suspek
Ismail Baharom, 69, abang kepada arwah Sabari ketika hadir ke kompleks mahkamah Kubang Pasu hari ini. - NSTP/ WAN NABIL NASIR
JITRA: Ahli keluarga Sabari Baharom, 62, tidak pernah berhenti berharap dan terus menaruh harapan untuk melihat jasad arwah pesara pegawai kewangan FELCRA itu dapat ditemui, sekali gus pembelaan sewajarnya dapat ditegakkan segera. Abangnya, Ismail Baharom, 69, berkata selepas operasi pencarian adiknya ditamatkan pada 3 Oktober lalu, dia tetap datang ke jambatan Sungai Padang Terap di Kampung Empa, dekat Wang Tepus di sini, untuk meninjau sungai berkenaan. Malah, dia sendiri tidak dapat menghitung berapa kali sudah dia menadah tangan sambil memanjatkan doa di jambatan itu memohon supaya jasad adiknya itu ditemui. "Saya meminta sesiapa yang menemui jasad adik saya tidak kira apa cara sekali pun, bolehlah memaklumkan kepada polis.
"Saya masih pergi ke jambatan itu, manalah tahu ada maklumat terkini mengenai arwah yang boleh ditemui. "Jambatan itu memang tempat saya meronda sebelum ini kerana ia tidak jauh dari rumah di Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar," katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Jitra, di sini hari ini. Terdahulu, Ismail hadir ke kompleks mahkamah di Kubang Pasu, di sini seawal jam 8 pagi untuk menemani anak saudaranya yang juga anak arwah, Suraiya Izzati, 29, dan suami untuk mengikuti proses pendakwaan terhadap kedua-dua suspek. Namun katanya, dia tidak terniat langsung untuk melihat wajah dua suspek terbabit. "Kalau boleh memang tak mahu tengok muka mereka, biarlah keadilan mahkamah yang tentukan. "Saya bagi pihak keluarga mangsa lega apabila suspek dituduh hari ini dan kami akan menunggu keputusan lanjut mahkamah," katanya. Media sebelum ini melaporkan, dua suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh Sabari tiba di Mahkamah Majistret Kubang Pasu di sini, hari ini, untuk didakwa. Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun dijangka berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.s
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311969/abang-masih-harap-jasad-sabari-ditemui-tak-teringin-pun-lihat-wajah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“The secret to winning an argument with a woman: They have to be dead.”- John Betz, Jr. |
|
|
|
|
|
|
|
“All women are basically in competition with each other for a handful of eligible men.”- Mignon McLaughlin |
|
|
|
|
|
|
|
GISBH: JAKIM tumpu rehabilitasi, serah pemantauan kepada polis
Sirajuddin (dua dari kiri) menerima sumbangan rakyat Sarawak daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. - NSTP/MOHD ROJI KAWI
KUCHING: Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM) menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau aktiviti berkaitan GISB Holdings (GISBH). Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata bagi JAKIM tumpuan pihaknya kini terarah usaha pemulihan untuk membantu mereka yang dikenal pasti sebagai mangsa yang ingin kembali ke pangkal jalan. "JAKIM bersama dengan PDRM dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pemantauan serta tindakan (berkait GISBH) kita serahkan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan itu. "Ketika ini JAKIM menumpukan kepada usaha pemulihan untuk membantu mereka yang dikenal pasti sebagai mangsa yang ingin kembali ke pangkal jalan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak Untuk Rawatan Perubatan Kepada Rakyat Palestin Melalui Tabung Jumaat Masjid dan Surau di Ibu Pejabat Majlis Islam Sarawak, di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau mengakui pemantauan terhadap GISBH akan terus dijalankan meskipun papan tanda di semua premis berkaitan kumpulan itu sudah diturunkan sejak Op Global dilancarkan. Mengulas mengenai rehabilitasi, beliau berkata, kerajaan menawarkan program itu secara sukarela kepada ahli GISBH untuk mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar. Selain itu, mereka juga boleh hadir mendaftar di mana-mana Pejabat Agama Islam Negeri, pejabat JAKIM dan di Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara. Mengenai sumbangan masjid dan surau seluruh Sarawak untuk Palestin itu, Sirajuddin berkata, JAKIM dan Kerajaan Persekutuan menghargai usaha kutipan itu. "Kami akan usaha untuk mengagihkan sumbangan melalui saluran yang boleh dipercayai untuk kita hantar ke sana (Palestin)," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, berkata sumbangan itu adalah hasil kutipan pada solat Jumaat pada 9 dan 16 Ogos lalu di 1,617 masjid dan surau seluruh Sarawak. "Sejumlah RM310,000 berjaya dikutip pada dua solat Jumaat itu dan kita serahkan kepada JAKIM untuk menguruskan penyalurannya bagi meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya bagi menampung kos rawatan perubatan dan inilah usaha kita membantu mangsa peperangan di Palestin. "Selain itu, semua masjid di Sarawak juga masih meneruskan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat negara itu," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311997/gisbh-jakim-tumpu-rehabilitasi-serah-pemantauan-kepada-polis
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“As long as a woman can look ten years younger than her own daughter, she is perfectly satisfied.”- Oscar Wilde |
|
|
|
|
|
|
|
“If the world were ruled by women then there would be no war… Just a couple of nations not talking with each other.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
“I’d much rather be a woman than a man. Women can cry, they can wear cute clothes, and they are the first to be rescued off of sinking ships.”- Gilda Radner |
|
|
|
|
|
|
|
“From 30 feet away she looked like a lot of class. From 15 feet away she looked like something made up to be seen from 30 feet away.”- Raymond Chandler |
|
|
|
|
|
|
|
“A Frenchwoman, when double-crossed, will kill her rival; the Italian woman would rather kill her deceitful lover; the Englishwoman simply breaks off relations- but they all will console themselves with another man.” - Anonymous |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 17-10-2024 12:31 PM
sayu bila tgk wajah depa
Betul, rindu yg tak terucap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|