CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 16

 Close [Copy link]
Post time 1-10-2020 08:43 AM | Show all posts
Buritan replied at 1-10-2020 08:10 AM
Mak oii besonya daun kariiii.. baja taik dinasor ke ni

hahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 08:46 AM | Show all posts

Jaga2 makton...kot nak buat ni plak

'Kakak terhempas atas batu, jatuh dalam sungai'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -jatuh-dalam-sungai

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]


DETIK sebelum Siti Halijah menlakukan terjunan.  (Gambar kecil) Mangsa menerima rawatan di hospital.  Foto Ihsan Mohamad Yakub Abd Rahim

Kuala Lumpur: "Hajat kakak untuk melakukan aktiviti hayunan tali tinggi atau 'rope swing' tercapai.

"Namun, Allah mengujinya dengan kecederaan tulang belakang," luah Mohamad Yakub Abd Rahim, 31.

Mohamad Yakub, adik kepada Siti Halijah Abd Rahim, 33, yang cedera selepas terhempas ke atas batu dan jatuh ke dalam sungai di Kuala Kubu Bharu dalam kejadian pada 27 September lalu.

Difahamkan, berlaku kesilapan teknikal pada kabel hingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

Bercerita lanjut, Mohamad Yakub berkata, Siti Halijah yang juga anak kelima daripada enam beradik sempat mendaki gunung di Negeri Sembilan sehari sebelum kejadian.

"ada hari kejadian, kakak menyatakan hasrat untuk melakukan terjunan terlebih dahulu tetapi saya terjun dulu dan tunggu dia (kakak) di bawah," katanya.

Menurutnya, ahli keluarga termasuk ibu, Noriah Yusuff, 57, menyaksikannya dan kakak melakukan aktiviti itu.

"Ketika berada di bawah, saya dapat perhatikan kakak terjun dan pada ketinggian kira-kira 10 meter

"Apabila saya pusing ke belakang untuk pergi ke tempat kakak mendarat, saya terdengar bunyi seperti benda jatuh ke dalam air," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurut Pembantu Tadbir Undang-Undang Mahkamah Tinggi Shah Alam itu, Siti Halijah diselamatkan oleh petugas kayak yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

"Ketika kakak diselamatkan, dia tidak sedarkan diri. Mereka (petugas kayak) memberikan bantuan dengan mengepam dadanya hingga kakak sedar.

"Saya bersyukur sebab dia masih bernyawa dan hanya Allah sahaja yang tahu betapa takut dan risau saya kehilangan kakak yang disayangi," katanya.

Menurutnya, Siti Halijah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Selayang.

Siti Halijah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Selayang semalam.

Mohamad Yakub berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa agar Siti Halijah kembali sembuh seperti sedia kala.

"Kami tidak menuding jari ke arah pengendali khidmat aktiviti (rope swing) itu. Ini semua qada dan qadar Allah.

"Mereka (pengendali) sangat professional dan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi dari hari kejadian sehingga ke hari ini," katanya.

Sementara itu, Mohamad Yakub turut terharu dan mengucapkan terima kasih kepada netizen yang tidak putus mendoakan serta memberi sokongan moral kepada Siti Halijah.

"Niat saya hanya mahu berkongsi cerita mengenai kakak di laman sosial Facebook kerana saya sangat rapat dengannya.

"Saya tidak tahu apa hikmah yang bakal Allah berikan. Saya hanya berharap kakak kembali sembuh dan dapat bersama kami sekeluarga seperti sedia kala," katanya.

Mohamad Yakub berkata, dia sekeluarga akan memantau perkembangan Siti Halijah dari semasa ke semasa termasuk mencari kos bagi menampung rawatan susulan.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2020 02:11 AM
Oh....patut tinggi Covid situ...

Sorry. Tertukar dgn yg 70 tahun. 46 ni kencing manis, jantung &  buah pinggang. Kluster Tembok. Meninggal kat ER HSB
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:49 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 1-10-2020 07:47 AM
Sorry. Tertukar dgn yg 70 tahun. 46 ni kencing manis, jantung &  buah pinggang. Kluster Tembok. Me ...

46 tahun...muda...

Ada kes baby yg terkena Covid di Spore...


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:50 AM | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2020 08:46 AM
Jaga2 makton...kot nak buat ni plak

'Kakak terhempas atas batu, jatuh dalam sungai'

mmg ada plan nak buat ni sbnr.. aritu kitorang rafting pun kat bawah jambatan tu.
i dah ajak kakak i pegi. tp bila kluar news tu, terus cancel plan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:51 AM | Show all posts
makton replied at 1-10-2020 07:50 AM
mmg ada plan nak buat ni sbnr.. aritu kitorang rafting pun kat bawah jambatan tu.
i dah ajak kaka ...

Dah lama kot peralatannya...pernah baca kes camni di Thailand...hubby jatuh dpn wife omputeh...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kak-Leen at 1-10-2020 09:28 AM

Betul komen ni..  Kalau ada ahli keluarga yg kena kes mcm ni, call Pej Kesihatan @ hospital (akak x sure yg mana kita kena call utk inform) & call sekolah.  Perlu maklumkan pihak sekolah supaya sekolah boleh isolatekan anak tu sementara menunggu org KKM datang ambil anak tu di sekolah tersebut.




Komen Netizen berkenaan COVID-19 Kedah.
30 SEPTEMBER 2020
t.me/Covid_19Malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 1-10-2020 06:37 AM
Tak boleh bezakan.. bezanya satu je.. suh dia baca fatihah.. mengucap ade yg lepas.. fatihah konpo ...

Bak kata Sb, soalan KBat buat mereka ni.. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 08:53 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 1-10-2020 07:52 AM
Betul komen ni..  Kalau ada ahli keluarga yg kena kes mcm ni, call Pej Kesihatan @ hospital (akak x  ...

Good sharing...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:05 AM
Sy pernah masuk pertandingan deco kek merdeka.. ank nya jd juri.. lemah lembut je ckp.. tp rak tgg ...

Rendah je kan orgnya. Kalau tgk gambar2 dgn kawan2 dia, dia memang rendah je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:54 AM | Show all posts
seribulan replied at 1-10-2020 08:51 AM
Dah lama kot peralatannya...pernah baca kes camni di Thailand...hubby jatuh dpn wife omputeh...

...

takut jugak kan.. kita tak tahu mcmana dorg mentenen peralatan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:57 AM | Show all posts
makton replied at 1-10-2020 07:54 AM
takut jugak kan.. kita tak tahu mcmana dorg mentenen peralatan dorang

Baik stick to water @ trekking/hiking
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 08:57 AM | Show all posts
bagus...


Dua pelajar Malaysia cipta nama di New York Times
2 hours ago



MANIS kenangan dicipta dua pelajar dari Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai apabila berjaya memahat nama di New York Times.

Cheryl Chow, 16, dan Teng Yee Shean, 17, berjaya melangkah ke Finalis Pertandingan Menulis Asia Pasifik New York Times 2019 edisi ke-10.

Pencapaian itu adalah suatu yang membanggakan dan bersifat patriotik apabila mereka mewakili Malaysia dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

Cheryl dan Yee Shean antara 32 yang terpilih daripada 1,600 peserta dari 24 buah negara untuk melangkah ke peringkat akhir.

“Ketika kecil, saya masih ingat, saya suka pergi ke kedai buku, berada di sudut membaca dan asyik dengan buku.

“Perlahan-lahan, selama bertahun-tahun, saya memupuk semangat dan minat dalam bidang penulisan.

“Saya teruja untuk menyertai pertandingan menulis ini dan lebih-lebih lagi apabila mengetahui karya saya terpilih dan saya tersenarai sebagai salah seorang finalis.

“Ini adalah satu pencapaian bagi saya dan pastinya tidak sabar untuk lebih banyak peluang seperti ini.”

Kata Yee Shean yang mengenegahkan artikelnya, ‘Bumi di tangan kita’.

Sementara Cheryl pula mempertaruhkan artikel bertajuk ‘Untuk siapakah masa depan, anda atau saya?’. Kedua-dua artikel tersebut dicetak dalam buku kecil The New York Times.

Buku tersebut akan diedarkan di peringkat antarabangsa dan turut diterbitkan dalam platform digital.

“Apabila saya menyertai pertandingan ini, asalnya kerana saya menyukai topik tersebut dan sudah pasti The New York Times begitu dikenali.

“Saya menganggapnya sebagai salah satu cara untuk meluahkan pendapat dan diri saya sendiri mengenai topik yang sangat saya minati.

“Tetapi kini dipilih sebagai salah seorang finalis dalam kalangan beribu-ribu peserta lain adalah di luar jangkaan dan ia begitu mengujakan,” luah Cheryl.

Cheryl dikatakan sebagai seorang penulis muda berpengalaman apabila pernah menunjukkan kebolehannya dan dinobat sebagai peserta teratas keseluruhan di Mangahigh East Asia Maths Ninja Challenge 2019.

Beliau berjaya menewaskan lebih lebih 14,000 pelajar dari Jepun, China, Korea, Singapura dan seluruh Asia.

Sementara itu, Pengetua Eksekutif Beaconhouse Sri Inai. Nicki Coombs, menganggap pencapaian ini amat membanggakan kerana ia merupakan penyertaan kali pertama mereka.

Pertandingan tersebut disifatkannya sebagai cukup sengit kerana melibatkan penyertaan yang ramai dari seluruh dunia.

“Prestasi hebat kanak-kanak ini adalah bukti pendekatan pengajaran holistik dan inovatif kami dan merupakan sistem terbaharu dalam siri pencapaian menarik oleh pelajar-pelajar Beaconhouse.

“Kami benar-benar bangga dengan  Cheryl dan Yee  Shean,” ujarnya. – SM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:08 AM
Hmm dah ghairah pancing undi SOP pun kelaut.. tp bkn ms mengundi je kan.. sbb org yg balik bcuti k ...

Ni yg buat risau ni.
Lagi satu fiil Malaysians, kalau dah heboh mcm ni, yg balik dari Sabah ni selagi boleh x nak org tahu dia baru balik dari Sabah.. Lepas tu pi kerja la, pi kenduri la.. huhuhuhu
Walau kata bila keputusan swap tu negatif dan dia x perlu kurantin di rumah selama 14 hari, tp jadikan kuarantin tu sebagai keperluan la.. Jgn pentingkan diri sendiri. Tambah lagi yg pi sekadar utk berkempen dan pi holiday ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:11 AM
Sy kalau buat wrap or burger pun suka letak raw onion. Mcm ulam haha

Kan.. crunchy2 gitu. Kalau buat sandwich telur atau tuna atau chicken , akak suka dice onion dicampur sekali dgn inti tu. Then tambah hirisan bawang lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:12 AM
Kalau nk sgt minum sy campur nescafe.. then ok

Oo.. Jadikan neslo terus. Good idea juga. Akak dulu hantu nescafe sampaikan hari2 migraine. Huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:13 AM
Betul.. xsuka ayam keras.. tp kena hati2 xnak ayam berdarah lagi.. leceh skit kalau ayam kan.. kal ...

Ha ah. Juicy jgn berdarah. Dah mcm dracula pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:13 AM
Haha sy pon xtgk dah harap sb cerita kan je apa kisah dia

Sb rajin kasi report bab drama2 ni. Hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:17 AM
Dlu kan mazidul akmal yg wartawan tv3 pernah tunjuk.. org minta sedekah tu simpan kaki bawah van b ...

Org Malaysia ni mudah kasihan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 1-10-2020 07:19 AM
Cantik tak jam ni.. husb belikan.. oren betul hahaha.. hadiah..kita pakai jela

Sebatu nampak jam baru ni!
Lawa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.414072 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list