|
Reply #1109 Airis's post
hmm..Airis..jgnle sampai x mkn... cam jerangkung kang..hehe
sian baby kurang susu yg berkhasiat nnt tawww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1116 muor76's post
noti le... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ardamia at 12-5-2008 12:52 PM
hmm..Airis..jgnle sampai x mkn... cam jerangkung kang..hehe
sian baby kurang susu yg berkhasiat nnt tawww..
heheheh main2 jelah arda.. bertuah la muka aku ni tak makan.. kena makan makanan berkhasiat la.. minyak2 semua tak boleh la kan.. plan nak b/feed baby nih.. org kata mesti lapar kalo b/feed.. sabtu lepas jumpa doc, doc tu cakap dia takde pantang2 pun.. semua dia makan lepas deliver baby dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki pasang kamera di rumah jiran ditahan
MUAR: Hobi luar biasa seorang lelaki yang gemar mengintip jirannya akhirnya membawa padah apabila dia ditangkap polis hanya selepas beberapa hari memasang kamera yang disembunyikan di siling bilik air utama rumah jirannya, di sebuah taman perumahan di Sungai Abong, dekat sini.
Tindakan lelaki berusia 29 tahun dan sudah berkahwin itu disedari oleh jirannya yang membuat pemeriksaan selepas ternampak lubang kecil di siling bilik air itu sebelum menjumpai kamera kecil dan wayar yang dipercayai bersambung ke rumah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 31 tahun yang tinggal di rumah itu bersama isteri dan tiga anaknya kemudian membuat laporan polis pada 3 Mei lalu.
Bagaimanapun, polis tidak dapat memasuki rumah berkenaan apabila suspek dikatakan mengelak dan memberitahu beliau berada di luar daerah tetapi berjanji akan pulang untuk siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa.
Katanya, polis menahan lelaki berkenaan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah, petang Jumaat lalu.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut polis di rumah suspek itu turut menemui kamera kecil dan wayar di bilik rumahnya yang bersambung dengan bilik air rumah jirannya.
Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan baru memasang kamera itu beberapa hari sebelum tindakannya disedari oleh jirannya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
===================================================umah sape ler yg kene intai ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sawah kering makin mengecil Oleh Junita Mat Rasid
(PIC...COURTESSY TO PN RODZIAH)
Penduduk Kampung Sawah Ring mahu kekal keindahan jelapang padi dengan atasi masalah pengairan, haiwan perosak
MUAR: Latar belakang Gunung Ledang dan kelibat burung berterbangan menjadikan kawasan tanaman padi di Kampung Sawah Ring, di Bukit Gambir, dekat sini satu pemandangan indah yang pastinya menarik hati sesiapa saja yang melalui Jalan Bukit Gambir-Gersik. Keindahannya begitu menggamit hati sehinggakan orang luar dari kampung itu terutama pelancong asing yang melalui jalan itu sanggup memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan bagi menghayati pemandangan itu atau mengabadikannya menerusi lensa kamera.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa pemandangan sawah padi di kampung itu adalah antara pemandangan yang tidak ternilai umpama gambar lukisan dan sewajarnya ia terus dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.
Kampung Sawah Ring memiliki kira-kira 250 hektar sawah padi yang diusahakan lebih 220 pesawah, manakala kira-kira 10 hektar lagi tanah sawah tidak dapat diusahakan dipercayai akibat masalah pengairan menyebabkan tanah kering dan tidak sesuai ditanam padi.
Nama Kampung Sawah Ring sebenarnya bermaksud Sawah Kering berikutan sawah di kawasan itu sering kering sehingga keluasan tanah sawah dikatakan semakin mengecil.Berbanding 20 tahun hingga 30 tahun lalu, kawasan sawah padi itu sebenarnya semakin mengecil dan semakin banyak kawasan sawah diubah kepada kebun sayur atau tanaman sawit. Seorang petani, Mazlan Miskiran, 36, berkata, petani sering mengalami masalah sawah padi yang kering apabila Pam Bekalan Air Sawah Ring dibuka menyebabkan penurunan paras air mengurangkan jumlah air yang dialirkan ke sawah padi.Beliau mendakwa pam itu terpaksa dibuka terutamanya setiap kali hujan lebat bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berhampiran. Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan supaya takungan lebih besar diadakan di kawasan itu bagi mengatasi masalah banjir kilat, sekali gus menangani masalah pengairan sawah padi."Masalah pengairan menyebabkan ada kawasan sawah yang tidak dapat diusahakan selain masalah rumpair dan serangan haiwan perosak," katanya. Selain itu, katanya, petani kawasan itu juga menghadapi ancaman daripada kumpulan burung dikenali sebagai burung Panggling yang memakan batang padi dan merosakkannya. Katanya, kehadiran burung daripada spesies dilindungi itu disedari sejak tiga tahun lalu dan jumlahnya kini dianggarkan lebih 100 ekor berbanding hanya beberapa ekor pada awal kemunculannya. "Walaupun burung itu sebenarnya cantik kerana mempunyai badan yang agak besar berbanding bangau dan berwarna coklat kebiruan, ia sebenarnya adalah perosak tanaman padi di kawasan itu," katanya. Mazlan berkata, di sebalik cabaran yang dihadapi petani di kampung itu, mereka tetap bersyukur kerana masih mampu mengusahakan tanaman padi yang diwarisi nenek moyang mereka dan berharap ia terus kekal.
Beliau bersama abangnya, Ahmad Fuad, 40, mengambil alih mengusahakan sawah padi seluas lebih lapan hektar daripada bapa mereka selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah.
"Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan sawah pagi menyebabkan selepas tamat belajar sekolah menengah saya mengambil keputusan untuk membantu bapa selepas mengambil alih sepenuhnya sawah padi itu," katanya.
Seorang lagi petani, Rizal Selamat, 37, yang turut mengambil alih mengusahakan sawah daripada bapanya, berkata pada hari ini hanya kira-kira 10 peratus pesawah adalah golongan berusia, manakala bakinya adalah generasi muda.
Katanya, seboleh mungkin penduduk kampung berusaha mengekalkan keluasan tanah sawah yang ada untuk diusahakan bagi memastikannya tidak ditukar kepada kawasan pertanian lain atau dijadikan tapak rumah.
Beliau sendiri mengusahakan kira-kira 2.5 hektar sawah milik bapanya, selain empat hektar sawah yang disewa daripada pemilik asal yang tidak dapat mengusahakannya sendiri.
"Walaupun dikenakan bayaran sewaan kira-kira RM150 bagi setiap 0.4 hektar sawah, hakikatnya ramai yang berebut-rebut untuk menyewa sawah kerana pada masa ini tanah sawah yang ada tidak mencukupi.
"Adalah satu kerugian jika tanah yang masih ada tidak dapat dikerjakan kerana masalah pengairan sehingga ia terpaksa dibiarkan atau dijadikan kebun sayur," katanya.
Rizal berkata, walaupun pernah mengalami kerugian beberapa musim penuaian padi akibat masalah serangan perosak dan pengairan, selain peningkatan kos baja dan racun, petani tetap bersemangat untuk mengusahakan sawah yang ada.
"Sebelum ini, sejak tiga musim yang lalu, jumlah hasil padi berkurangan akibat pelbagai masalah serangan perosak atau tanah yang kering. Hanya musim kali ini kualiti padi semakin meningkat, sekali gus memberi semangat untuk kami meneruskan usaha," katanya.
Beliau berkata, pada musim penuaian padi kali ini, beliau berupaya mendapatkan hasil kira-kira dua tan bagi setiap 0.4 hektar sawah padi berbanding hanya kira-kira satu tan untuk keluasan yang sama, sebelum ini.
Beliau berharap, kawasan sawah padi di Kampung Sawah Ring itu terus kekal dan diusahakan oleh generasi muda sejajar dengan nama kampung itu sendiri yang diambil sempena dengan keluasan tanaman padi di kawasan berkenaan.
====================================================================================
masa kecik2 ..aku selalu ikut ayah aku g sawah2 kat cni...tgk org buat taliair...bila dh siap taliair ni ...penuh dgn air2...aku rasa mcm nk terjun aje dlm tu sbb airnye yg jernih tu menarik perhatian aku
[ Last edited by kodoklawa at 13-5-2008 09:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1145 kodoklawa's post
ade ler beberape kali aku lalu kat sawah ring nih... ermmm cantik.. tgk sawah yg berlatarbelakangkan gunung ledang... satu keindahan alam ciptaaan tuhan...
ermm kod ko dah jumpe balik kengkawan ko? huuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
lagi berita utk org MUO
Laluan maut resahkan ibu bapa
MUAR 12 Mei - Ibu bapa kepada murid-murid Sekolah Agama Batu 6 Bakri di sini, mendesak pihak berwajib berbuat sesuatu untuk menjamin keselamatan anak-anak mereka yang sering melintas di Jalan Muar- Bakri.
Mereka yang sering menghantar anak- anak ke sekolah itu berpendapat jalan tersebut amat berbahaya dan mengancam keselamatan murid yang melintas kerana sering di- lalui pelbagai jenis kenderaan termasuk lori besar setiap hari.
Malah, kawasan itu terutamanya bermula dari persimpangan tiga berhampiran stesen Petronas hingga ke pekan Bakri disifatkan sebagai 'laluan maut' kerana sering berlaku kemalangan sejak beberapa tahun lalu.
Seorang ibu, Junita Othman, 43, berkata, setiap kali dia menghantar anaknya, laluan itu didapati mendedahkan murid-murid yang melintas kepada kemalangan kerana tiada pe- ngawal keselamatan disediakan untuk membantu mereka.
Beliau berkata, setiap ibu bapa bimbang sesuatu akan berlaku jika para murid dibiarkan melintas sendirian.
"Saya kesal kerana permasalahan ini pernah diajukan kepada pemimpin masyarakat sebelum ini tetapi hingga kini tiada tindakan diambil dan adakah kita hanya menunggu nasi menjadi bubur baru hendak bertindak," katanya yang menetap di Taman Bakri Jaya di sini, baru-baru ini.
Laluan Jalan Bakri di Batu 6 itu menghubungkan pusat bandar Muar dengan Batu Pahat melalui Yong Peng dan ia sering digunakan pelbagai kenderaan berat termasuk lori kontena.
Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, keadaan sibuk terutamanya pada waktu puncak amat berbahaya kepada pejalan kaki serta pengguna kenderaan kecil yang ingin melintas di jalan tersebut.
Sebelum ini, dilaporkan banyak berlaku kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan kenderaan di kawasan itu.
Menurut Junita, dia kesal kerana seorang pemimpin masyarakat yang ditemuinya bagi mengutarakan masalah itu menganggap keadaan laluan tersebut tidak berbahaya dengan alasan tidak banyak kes kemalangan besar berlaku.
"Sebagai seorang manusia, kita mesti bertindak sebelum berlaku sesuatu perkara yang lebih buruk tetapi saya kesal dengan kenyataan yang dibuat pemimpin itu.
"Malah, saya pernah mengutarakan permasalahan itu kepada kakitangan pondok polis di Bakri tetapi menurut mereka, tiada arahan yang dikeluarkan untuk bertugas mengawal lalu lintas di kawasan itu," jelasnya.
Seorang penduduk Taman Bakri Jaya, Ishak Othman, 46, pula tidak menafikan laluan tersebut sering berlaku kemalangan kerana meskipun terdapat guru yang kadang-kala membantu anak-anak melintas tetapi masih tidak memadai.
"ihak berwajib perlu mewujudkan pengawal keselamatan berbayar, mengadakan lampu isyarat atau membina jejantas bagi memastikan keselamatan lebih terjamin," kata bapa kepada tiga orang anak yang belajar di sekolah agama itu.
Peniaga warung, Othman Abas, 55, di Kampung Kenangan Datuk Abdullah Jaffar pula berkata, ramai penduduk taman perumahan itu yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah berjalan kaki menyusuri Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 6 sebelum melintas jalan di hadapan sekolah.
"Apa yang dibimbangkan ialah murid-murid yang melintas jalan bersendirian tanpa bantuan ibu bapa sedangkan kenderaan yang melalui kawasan itu pula selalunya laju walaupun terdapat papan tanda 'Kawasan Kanak-Kanak Melintas'," katanya.
Seorang peniaga warung air berhampiran sekolah agama itu, Yusman Jusoh, 24, pula berkata, dia mengakui lalu lintas di kawasan itu sering sibuk terutamanya pada waktu pagi, tengah hari dan petang.
"Laluan di sini memang berbahaya dan jika boleh perlu ada pengawal keselamatan seperti dua buah sekolah menengah berdekatan lakukan," katanya merujuk kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr. Ismail yang terletak berdekatan pekan Bakri. |
|
|
|
|
|
|
|
huuhuhuh hahahahah... hari nih aku mendapat berita gembira lagik... hehehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1149 muor76's post
2.org umah pregnant lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1150 kodoklawa's post
pregnant tu tak ler.. tp ade berkaitan ngan umah... hehehheh aku diberitau umah aku akan mendapat cf lebih awal dr jangkaan... hehehhehehe |
|
|
|
|
|
|
|
pehal ler page mendap lagik nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1145 kodoklawa's post
cantikkknyerrrr...
aku tak pernah lalu kat sini.. pernah g bukit gambir umh mmber masa sekolah2 dullu. tapi takde sawah..
sawah ring pun aku tak pernah sampai.. huhuhu..sian aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1150 kodoklawa\ catat
apa kabo kod...ingat akak lagi la....apa kabo....
akak sekarang ada sibuk sikit, maklum le cikgu senior/tua...
walau sibuk selalu gak jenguk sini. sekarang tengah exam, banyak sikit masa kat bilik guru ni....
akak seronok la baca berita2 kat kampung yang kod paste tu....macam-macam berlaku rupanya...
camana pun, mintak doa selamat la warga mua sekalian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1156 cikguhani's post
lame akak tak masuk sini.. hehehheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1159 kodoklawa's post
dulu mase aku sekolah rendah.. kalo time balik hujan.. memang takde nyer nak tunggu hujan.. redah jerk.. dpt main hujan.. basah lokos sampai umah.. hehehhe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|