|
still remember when i was in standard 2....i borrowed his autobiography book from library...i really like the story n i suggest my friend to read the book...then my friend teased me that i had a crushed on him....so stupid of us at that time....haha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suker die nie, sebab amat berdisiplin! |
|
|
|
|
|
|
|
masa tingkatan 3 dulu kan ada projek buat buku biodata tokoh..aku pilih prof engku aziz la..yang aku ingat, mak dia memang oran putih...cantik ooo...siap ada gambar lagi...dan engli aziz ni zaman mudanya amatlah hensem sekali..itu je yang bleh aku ingat..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 104# iscol_klang
saje tepek kan artikel tuh balik.
tingat satu artikel dulu, dia tak berapa gemor sangat nak jemput orang masuk umah dia..
“Saya tidak pernah sunyi”

PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz UNGKU ABDUL HAMID merupakan tokoh ulung yang telah begitu banyak menyumbang bakti kepada negara. Berdasarkan idea-idea bernasnya ketika lebih 20 tahun menjadi Naib Canselor, Universiti Malaya menjadi antara universiti terunggul di rantau ini sehingga sekarang. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Tabung Haji dan ANGKASA.
Namun kini namanya semakin terpinggir mungkin kerana usianya agak lanjut tetapi tiada sesiapapun boleh menafikan sumbangan dan jasanya pada negara.
Walaupun mungkin agak terlewat, beliau sebenarnya baru sahaja menginjak ke usia 90 tahun pada 28 Januari lepas. Namun pada usia sedemikian, beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Ungku masih tetap cergas, sihat dan lebih mengagumkan memorinya masih tetap kukuh dalam ingatan.
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Khairunnisa Sulaiman, Pak Ungku begitu ceria berkongsi pengalaman hidup dan rahsia beliau panjang umur.
Namun bagi beliau tidak ada perkara yang beliau sesalkan dalam hidup kerana bagi Pak Ungku, beliau puas dan bersyukur dengan apa yang telah dilalui dalam hidup. Dan seperti biasa apabila diajukan soalan mengenai nasib orang Melayu, semangatnya begitu membara mempertahan dan menjelaskan, apa sebenarnya yang orang Melayu perlu lakukan.
MINGGUAN: Apa rahsia yang diamalkan Pak Ungku walaupun sudah berusia 90 tahun namun masih tetap sihat dan cergas?
UNGKU AZIZ: Bagi saya nombor satu kita kena jaga pemakanan. Perkara kedua adalah mesti mendapatkan rehat yang cukup serta selalu bersenam untuk kesihatan diri. Ia perlu dilakukan secara berdisiplin tidak bolehlah hari ini kita ingat nak ponteng, minggu depan baru nak buat balik. Kita mesti tetapkan waktu dalam jadual harian. Berapa jam kita nak bersenam dan berapa lama kita perlu tidur pada waktu malam. Aktiviti seharian saya bermula pada awal pagi, pukul enam sudah bangun dan saya akan pastikan tidur paling lewat sebelum pukul 12 malam. Ada ketika saya tidur lewat sedikit kerana menonton filem. Tapi kebiasaannya petang saya akan tidur sekejap untuk berehat. Pada umur saya, tidur selama enam jam dan adakalanya dibahagi dua iaitu pada malam dan petang, itu sudah mencukupi. Kemudian saya juga tetapkan waktu, bila nak buat kerja berfikir dan bila pula untuk menulis dan membaca. Kita juga perlu jaga kesihatan minda. Minda kita mesti ada masa untuk digunakan sebagai latihan untuk pemikiran dan ingatan. Setiap manusia perlu menggunakan kemahiran berfikir mereka kerana itulah anugerah Tuhan paling bermakna.
Bagaimana dengan pemakanan Pak Ungku?
UNGKU AZIZ: Bagi saya paling penting ialah menjaga zat makanan. Kalau nak cerita semua sekali akan mengambil waktu yang panjang tetapi rahsia saya yang sebenar adalah makan bawang besar secara mentah-mentah. Tukang masak saya akan pastikan benda ini setiap hari. Selain itu saya juga menggemari sayur ulam seperti ulam raja, salad dan juga petai. Masalah yang saya lihat sekarang kebanyakan orang tidak boleh mengurus waktu mereka, bila masa makan, tidur, rehat dan sebagainya. Hanya kerana sibuk dengan kerja waktu makan jadi tidak tentu hala. Saya sangat bertuah kerana ketika menjadi Naib Canselor dan pensyarah di Universiti Malaya, petang-petang saya berjoging di kawasan tasik. Semasa saya muda-muda dahulu saya banyak menyertai kejohanan marathon, kalau setakat 10 kilometer saya tidak ada masalah. Namun sekarang tidak boleh lagi. Doktor tak bagi kerana ia boleh mengakibatkan lutut saya lemah. Kalau setakat berjalan laju tidak ada masalah tapi bukan berjoging. Oleh itu saya kini hanya bersenam di gim dengan dibantu oleh pembantu di pusat gim. Satu masalah yang dihadapi bila kita tua ialah ketika kita jalan ke belakang baru dua tiga langkah sudah hilang keseimbangan.
Tidakkah Pak Ungku rasa agak terbeban dengan semua perkara ini kerana bagi kebanyakan orang apabila sudah berusia mereka lebih banyak berehat?
UNGKU AZIZ: Bila orang tengok saya mereka akan kata Pak Ungku ni macam robot. Bagi saya adalah okey untuk mereka kata saya sebagai robot tapi bagi saya, paling penting adalah cara hidup kerana ia benar-benar memberi kepuasan. Kita tidak akan tahu tentang takdir, bila kita akan mati. Esok pagi atau malam ini, saya boleh putus nyawa. Bagi saya jika sudah sampai masanya saya terima dan saya tidak akan rasa banyak lagi benda yang belum dibuat atau ada beberapa buku yang belum dibaca atau banyak perkara yang saya belum tulis lagi. Saya tidak akan minta untuk dipanjangkan nyawa untuk satu, dua hari atau bulan untuk menyiapkan apa yang belum siap. Kalau sudah tiba masanya saya akan terima dengan tenang hati, Alhamdulillah, Tuhan sudah beri saya peluang selama ini dan saya tidak akan minta hendak hidup lama lagi hanya kerana mahu lakukan itu dan ini. Tetapi kalau Tuhan beri saya nyawa panjang lagi satu tahun atau 10 tahun, saya terima dan bersyukur.
Apa perkembangan terbaru Pak Ungku?
UNGKU AZIZ: Saya kini sedang menumpukan usaha untuk menulis tentang satu isu besar, kenapa orang Melayu sering berasa tidak peduli. Saya sedang sibuk tentang beberapa perkara dan ia terpaksa ditangguhkan dahulu, namun semua nota yang berkaitan sudah ada dan bila ada kelapangan saya akan mulakan. Namun suka saya nyatakan di sini bahawa satu amalan yang kita harus lakukan adalah menggunakan sepenuhnya keupayaan minda. Bagi saya minda saya selalu berfungsi hampir sepenuh masa. Perkara ini akan menggalakkan saya untuk berfikir dan juga mencari ketenteraman.
Bagaimana dengan sisi hidup Pak Ungku yang lain?
UNGKU AZIZ: Saya adalah seorang yang gemar membaca. Saya baca lima akhbar sehari. Saya juga gemar menonton filem di rumah. Kebanyakan filem-filem yang saya tonton adalah filem Inggeris dan Perancis. Saya boleh faham bahasa Perancis dan saya juga boleh bercakap dalam bahasa Jepun. Saya juga boleh faham bahasa Arab dan bukan saya nak puji diri sendiri tetapi saya membaca dan mengkaji enam terjemahan al-Quran. Ini termasuklah terjemahan dari bahasa Melayu ke Arab ataupun bahasa Inggeris ke Arab. Selain itu saya juga gemarkan muzik-muzik tertentu antaranya saya meminati kumpulan Scorpion tetapi bunyi muziknya terpaksalah dikurangkan kerana telinga saya memakai alat bantuan mendengar. Saya juga menggemari muzik-muzik tradisional seperti ghazal, angklung, keroncong dan saya mempunyai lebih 200 cakera padat pelbagai genre lagu.
Buku yang paling saya minati dan saya sangat-sangat menggalakkan masyarakat terutama orang Melayu membacanya adalah buku tulisan Pendeta Zaaba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Buku ini adalah paling penting dalam hidup Zaaba. Malah buku ini hanya diterbitkan setelah beliau meninggal dunia. Saya mempunyai lebih 4,000 koleksi buku setakat ini dan saya mempunyai sebuah rumah di Morib yang kini menjadi tempat simpanan khusus buku-buku saya. Itulah gaya hidup saya yang sebenar dan saya tidak suka bergantung pada orang lain. Orang bertanya pada saya apakah saya pernah berasa kesunyian. Secara jujur saya beritahu saya tidak pernah merasa sunyi. Terus-terang saya katakan hidup saya sentiasa penuh aktiviti terutama dengan buku-buku dan kemudian menulis. Saya sentiasa akan menulis nota kerana jika tidak akan ada saja halangan, ini kerana minda kita selalu melayang ke mana-mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh Pak Ungku kongsi antara pengalaman pahit, manis sepanjang kehidupan?
UNGKU AZIZ: Bagi saya sepanjang hidup, saya tidak mahu atau mengelak sama sekali untuk menjadi angkuh. Bagi saya itu adalah satu perkara yang memalukan dan sangat berdosa. Namun saya tidaklah sampai mahu menghambakan diri pada orang lain serta tidak sekali-kali mahu memuji diri atau menunjuk-nunjuk. Saya tidak mahu diberi sebarang gelaran, yang saya terima hanya Profesor Diraja tetapi tidak ada gelaran Datuk atau Tan Sri dan sebagainya. Pada saya itu tidak penting dan paling penting saya puas menjalani hidup berdasarkan apa yang saya mahu dan dalam cara saya tersendiri. Kita banyak mendengar atau terbaca tentang apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan atau kegembiraan. Saya rasakan selama ini saya gembira dengan apa yang telah saya lakukan. Tidak terlintas di pemikiran, saya perlukan beberapa tahun lagi untuk menghabiskan itu dan ini. Saya telah mengembara hampir ke seluruh dunia dan berkhidmat dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun di peringkat antarabangsa. Namun bagi saya walau ke mana saya pernah merantau tapi Malaysia adalah tempat tumpah darah saya, tidak ada negara yang boleh menggantikannya.
Mungkin Pak Ungku pernah ditawarkan untuk menyertai politik?
UNGKU AZIZ: Selepas kita mencapai kemerdekaan, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pernah menyatakan negara memerlukan orang seperti saya. Tapi saya kata, Tunku tidak perlu orang seperti saya kerana falsafah beliau dan saya jauh berbeza. Jadi saya beritahu tidak perlulah kerana nanti ia akan hanya menyakitkan hati. Kemudian Tun Abdul Razak juga pernah menawarkan perkara sama meminta saya masuk politik, boleh naik pangkat, jadi menteri dan sebagainya. Namun saya beritahu beliau, saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang yang mana saya boleh berfikir dan menulis. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki dan lalui kerana saya sudah membaca pelbagai jenis buku dari Sigmund Freud hinggalah Ernest Hemingway dan sebagainya. Saya juga berpuas hati dengan ilmu ekonomi yang saya pelajari kerana melaluinya saya mampu memberi pandangan yang luas.
Bagaimana Pak Ungku menilai kepuasan dalam hidup?
UNGKU AZIZ: Kepuasan bagi saya sangat mudah kerana saya puas membaca, menulis dan berfikir. Saya suka perkara yang intelektual tapi tidak sepatutnya begitu serius. Kalau saya jumpa permainan sudoku saya boleh bermain dengannya. Saya juga sangat bahagia dengan keluarga saya. Kini isteri saya sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Saya akan meluangkan masa setiap hari untuk menjaganya. Begitu juga dengan anak saya Zeti (Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia) yang akan menghubungi saya setiap hari. Saya sering berjumpa dengan cucu saya Alif dan Aziz serta menantu saya Datuk Aiman. Keluarga saya sangat rapat di antara satu sama lain dan itu juga membuatkan saya berasa puas dalam hidup.
Sekarang Pak Ungku tahu adalah zaman sains dan teknologi, bagaimana pula pengetahuan Pak Ungku dalam bidang ini?
UNGKU AZIZ: Dalam komputer saya yang mana saya menggunakan perisian Window7 dan saya mempunyai 16,000 koleksi pantun Melayu yang saya masukkan sendiri. Saya masih belajar malah orang yang membantu dalam perisian untuk koleksi pantun saya juga membantu mengajar saya selama setahun. Dan kini melalui pengajaran yang saya dapati, saya sudah boleh bagi ceramah atau membuat kertas kerja mengenai pantun yang saya kumpulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 28# sayangidaku
Itulah pasal. Muka dia tak macam Melayu asli.
Abdul Aziz is a cousin of Syed Muhammad Naquib al-Attas and Syed Hussein Alatas as well as Sultan Ibrahim of Johor on his father's side. His father was of Malay and Turkish (Circassian) descent, while his mother was English. |
|
|
|
|
|
|
|
RENCANA
Pemimpin mesti berani
WALAUPUN usianya akan menjangkau ke angka 92 tahun pada 28 Januari ini tapi PROF. DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID masih sihat bukan saja secara fizikal tetapi masih lagi berupaya menulis dan mengeluarkan idea-idea bernas. Kehidupannya kini juga lebih ceria dengan kehadiran isteri baharu di sisi yang dikahwininya hampir setahun lalu.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku bertemu jodoh dengan Rahaiah Baheran yang merupakan bekas Senator Parlimen selama dua penggal mulai tahun 1991.
“Saya sudah mengenali dia hampir 20 tahun. Kami berdua sudah solo. Mungkin inilah dikatakan jodohnya," kata Pak Ungku sambil tersenyum.
Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, MARHAINI KAMARUDDIN, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH dan jurugambar, ZAINI HUSIN di kediamannya, Astana Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Pak Engku turut berkongsi pelbagai isu mengenai bahasa Melayu, perpaduan kaum dan ekonomi.
Pak Ungku Aziz menjelaskan sesuatu kepada sidang pengarang Mingguan Malaysia.
MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?
UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.
Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?
UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.
Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?
UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.
Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?
Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.
Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?
UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.
Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.
Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.
Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.
Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.
Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).
LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang
Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?
UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.
Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.
Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.
Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.
UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.
Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.
Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.
Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.
Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.
Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.
Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.
Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.
Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?
UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas.
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
tu ar baru tau yang Pak Ungku dah kawin lagi bila baca surat khabar semalam.... |
|
|
|
|
|
|
|
yelah..
dia sorang jahh
harus sunyi nak berteman, dan berborak2, tukar fikiran
dok cari gambo bini baru dia, tak jupe lagi nehh
sama keje laaa dulu, kat angkasa sana kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting doakan baliau sentiasa sihat n bahagia bersma keluarga.. n mga buku2 dia dapat disiapkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
xpernah jumpa jurnal or buku yg dia tulis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|