CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ustaz_SUFI

DUYUNG..

[Copy link]
Post time 23-2-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #104 puteri7's post

so far lakonan MAYA besh x??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 03:34 PM | Show all posts

Reply #105 shanew3stgalz's post

aku tgk gak mlm td....
mcm biasa je cetanya ......
just view tu yg lawa......

nampak maya mcm tahan nafas tp t'paksa senyum waktu berenang.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 05:06 PM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 23-2-2008 01:20 AM
ape yg CGI dlm cite ni


i. burung-burung terbang dlm teratak diorg (nampak tak logik)

ii. harta-harta karun lanun

iii. apek & maya berenang di sebelah penyu dan lain2 binatang laut
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 05:07 PM | Show all posts
aku tak tau pun ni citer razak, kalau aku tau baik aku tdo kat umah jer malam
tadi....

nasib baik dapat bergambar dengan samuel rizal & farid kamil
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 09:17 PM | Show all posts
kah kah kah kah...x buleh blah berita kat tv td...ada ke dia nak sebut filem duyung..tp dia sebut filem dugong...kah kah kah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 11:37 AM | Show all posts
bosannnn......tu yg lisa leh kata....

dah agak pun citer mesti boring gak tp teman gak kawan gi tgk...

oh no...tidaakkkk....nasib senyuman maya cantik....

yg lain2 ..hancusss.....:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2008 02:35 PM | Show all posts
rasanya kanak2 je yg akan tgk cite neh   so org2 dewasa sila tunggu kluar tv masa raya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 09:46 PM | Show all posts

Reply #111 jac_diehard_fan's post

aku konpem arrr x tengok citer nih

tapikan kakak aku suka sangat citer2 pro tuh

tapi kerja dier memang tengok wayang pongggg

baik layan jumper   x tengok lagih:@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2008 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 01:32 PM | Show all posts

Reply #113 badiuz's post



isk2.... lelaki klu camtuhh d'kire pe?? dugong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 12:36 AM | Show all posts
tak apalah....kalau dia buat cerita dugung pun....kita semua ramai ramai pergi nonton lah....manalah tahu......kalau ternampak binatang dalam laut....tahu lah kita.....dugong ke duyung....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2008 01:35 PM | Show all posts
klau pengarahnya prof kangkung tuh takyah menghabis duit tgk wayang.. nk tgk sgt tunggu jer tyg kat tv...
prof kangkung tue bg la pilem yg ade skrip bagus pun... musti lunyai gak cite tuh...
dgrnye prof tu kata penghasilan pilem dugong ni payah bebenor... mcm pernah dgr jer time making pilem mistik.. ayat tu gak diguna... ape istilah pilem digunakan dlm pilem nih black comedy, noir, stand up comedy.. bla...bla...  

org kg musti kagum ngan istilah bombastic cam nie..... hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 08:17 PM | Show all posts
aku da ngok TMO cite nihh... sbbkan MAYA KARIN.. aku pasti g ngok... x kire le...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 08:54 PM | Show all posts
hmm...apsal la si razak yg arah cter nh..jd berbelah bagi aku nak mnengok nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:12 PM | Show all posts
Cte ni mmg mcm best je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 10:16 PM | Show all posts
musti ader the lastest sound-effect dalam air neh!:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2008 11:17 AM | Show all posts
Duyung menghiburkan tetapi ada kekurangan
29-02-2008 10:59:51 AM
oleh WAHIDA ASRANI  


JIKA ditanya pendapat penulis mengenai filem arahan Prof Razak Mohaideen ini, penulis akui memang ia sebuah filem yang menghiburkan. Cuma, sayang sekali 'pesona' si duyung jelita lakonan Maya Karin ini tidak 'dieksploitasikan' sebaik mungkin.

Sejak awal lagi, penulis adalah salah seorang yang meletakkan harapan cukup tinggi untuk filem Duyung ini. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu peranan duyung itu akan dipegang oleh Maya, penulis memang teruja untuk melihat hasilnya...sama ada Maya mampu menjadi seperti duyung 'sebenar' atau pun tidak.

Ternyata, percaturan memilih aktres berusia 29 tahun itu sebagai duyung memang menjadi. Selain bersandarkan kepada rupa paras jelita seperti yang sering digambarkan mengenai spesis duyung, kostum duyung yang diimport khas dari Bangkok, Maya juga berjaya menunjukkan cara renangan yang cantik sekaligus 'menghidupkan' karektor duyung itu.

Memang itulah kekuatan filem terbitan KRU Films dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd ini.


Duyung jelita...Maya berjaya 'hidupkan' watak duyung dengan baik

Meskipun diakui oleh Maya sendiri bahawa dia berdepan dengan cabaran fizikal yang hebat ketika penggambaran itu dijalankan sekitar pertengahan tahun lepas, tetapi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2004 berjaya membawa watak duyung bernama Puteri itu dengan baik.

Cuma agak kecewa menyaksikan watak duyung itu tidak dikembangkan dengan baik...mungkin kerana penulis mengharapkan 'sesuatu' pada watak tersebut di penghujung cerita, tetapi ianya tidak seperti yang diharapkan penulis.

Dan penulis juga tertanya-tanya mengapa slang bahasa Indonesia digunakan dalam pertuturan si duyung itu?

Apapun, beralih kepada jalan cerita filem yang menelan belanja sekitar RM1.5 juta ini, ia berjaya digarap di dalam bentuk yang menghiburkan, apatah lagi Razak sendiri memang sudah sinonim dengan genre komedi menerusi filem-filemnya yang terdahulu.

Duyung menampilkan jalan cerita yang cukup straightforward tetapi masih mengandungi mesej tertentu, terutamanya tentang penjagaan alam sekitar dan hidupan liar. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Jimmy (Saiful Apek) yang percaya tentang kewujudan ikan duyung.


Jimmy (lakonan Apek) bersama rakan big foot, Orix (Yasin) sentiasa mengutip sampah di kawasan pantai perkampungannya

Dia amat mencintai alam sekitar dan setiap hari akan mengutip sampah di kawasan pantai perkampungannya bersama rakan big foot, Orix (Yasin).

Pada masa yang sama, Jimmy turut menyimpan perasaan terhadap Aspalela (Yasmin Hani) walaupun ditentang oleh ayah gadis tersebut yang ingin menjodohkan Aspalela dengan Kordi (Awie).

Kehidupan Jimmy yang mulanya sedih dengan nasib yang menimpa dirinya berubah tatkala seekor duyung bernama Puteri (Maya Karin) benar-benar muncul di depan matanya dan sejak itu mereka mula berkawan.  

Elemen komedi yang diterapkan dalam filem bergenre fantasi komedi ini memang tidak lari daripada apa yang sering dipaparkan oleh Razak, tambahan pula heronya adalah Saiful Apek yang penulis pasti khalayak juga sudah boleh menjangkakan aksi lawak pelakon ini.

Lakonan Yasin Senario sebagai big foot bernama Orix pula rasanya adalah yang paling mudah untuk 'dihayati' di dalam filem ini. Masakan tidak, dia hanya perlu menyebut satu perkataan saja iaitu 'Fu-yoh' dari awal hingga ke penghujung cerita. At least, perkataan ini boleh 'melegakan' penaja utama filem ini, syarikat telekomunikasi DiGi!


Awie di dalam salah satu babak filem tersebut

Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang penulis rasakan masing-masing membawakan watak dengan baik. Awie nampaknya semakin selesa dengan karektor komedi, walaupun secara peribadi penulis rasakan dia lebih sesuai membawakan watak yang lebih 'mencabar'.

Cuma, penulis 'kurang senang' sedikit melihat pelakon-pelakon di dalam filem ini yang dilihat mempunyai pakaian 'seragam' berwarna coklat yang diulang pakai setiap hari, kerana sehingga ke penghujung cerita, penulis asyik terfikir apa relevannya semua itu sedangkan watak orang-orang kampung lain dilihat memakai baju biasa pula!

Apapun secara keseluruhan, penulis kagum dengan sinematografi filem ini yang berlokasikan Pulau Sipadan, Semporna, Sabah. Suasana di dasar laut memang nampak cukup menarik! Malah, keseluruhan filem ini yang turut menggunakan teknik CGI (imej janaan komputer) juga memang harus dipuji.

Bukan mudah menjalani penggambaran di dasar laut, tetapi hasilnya boleh dibanggakan. Berbaloi pihak produksi Duyung menggunakan khidmat dari Switzerland untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk babak-babak tersebut.

Penulis yakin filem ini mampu menarik bilangan penonton yang besar kerana pastinya tarikan 'duyung' itu sendiri yang membuatkan ramai yang tidak mahu terlepas menyaksikan kehebatan Maya beraksi sebagai spesies itu.

Lagipun, melihat kepada rekod filem-filem yang pernah diarahkan oleh Razak sebelum ini yang rata-ratanya melebihi kutipan box-office, penulis yakin, pengarah tersohor ini mampu mengulangi kejayaan seperti filem-filemnya yang terdahulu!


Duyung akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 6 Mac ini
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 12:30 PM | Show all posts
tere liye sanam...ooohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 12:45 PM | Show all posts
apek tak  sesuai.. buat la filem nih romantik gittew baru la syok nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2008 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by shanew3stgalz at 27-2-2008 08:17 PM
aku da ngok TMO cite nihh... sbbkan MAYA KARIN.. aku pasti g ngok... x kire le...


prof maidin mmg ske org cam ko ni..menjadi taktik dia utk memerangkap peminat maya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076291 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list