CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iedanoor

Lagu Faizal terkeluar dr AJL 22

[Copy link]
Post time 20-1-2008 12:13 AM | Show all posts
org lain bleh ganti...:pompom: :pompom: :pompom: bkn artis yg bertanding..komposer dan penulis lirik yg btanding.tpulang kpd ajai dan audi mok nk suruh sape ganti..:re: :re: :re: :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 12:13 AM | Show all posts

Reply #25 hyie's post

naik ker rating kalau mcm ni??? aku rasa lg ramai nyampah tgk fiq & ajai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 12:26 AM | Show all posts
mesti tuko org nye lah... eh sejak bile 8tv siar AI live ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 12:50 AM | Show all posts
Originally posted by buiscasey at 20-1-2008 12:13 AM
naik ker rating kalau mcm ni??? aku rasa lg ramai nyampah tgk fiq & ajai...

Tah ngaper... tp aku rasa cam nak setuju ngan statement ko nih!
Syaya rasya masyam syakit jek bila dgr syuara dia nyanyi!
Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 01:06 AM | Show all posts
padan muka si superman bangang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 06:22 AM | Show all posts
elok la camtu blh bagi banyak pengajaran kat sume org
termasuk kat artis pompuan skali
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2008 08:45 AM | Show all posts
Salah laku artis hukum atau tidak?

OLEH WANDA IDRIS

DI BARAT, perlakuan melampau artisnya sudah menjadi sebahagian budaya mereka. Tidak sahaja di pentas terbuka, kehidupan peribadi mereka juga semakin kalut atas nama ketamadunan dan keterbukaan minda.

Ketika ini, Britney Spears menjadi artis Barat paling popular yang mempunyai sikap tidak keruan yang bukan sahaja mengundang kontroversi malah dikecam hebat oleh peminat dan media.

Kisah provokasinya memang menaikkan semula nama Spears yang semakin malap hari ke hari namun ia nyata tidak memberi impak memberangsangkan kepada kerjayanya.

Di Malaysia pula, cetusan kontroversi dan salah laku sering kali memberikan laluan mudah kepada artisnya untuk menempa nama. Ia umpama satu publisiti percuma kepada mereka.

Mencetuskan sesuatu yang negatif dan kemudiannya secara terbuka meminta maaf juga menjadi sebahagian budaya kepada industri hiburan di negara ini.

Mudah sekali memaafkan dan kemudiannya melakukan lagi kontroversi, tidakkah artis itu sendiri mempunyai rasa bersalah kepada khalayak yang telah memberi kemaafan serta ruang untuknya menilai semula perlakuan diri?

Mungkinkah juga ketiadaan garis panduan untuk menghukum mereka menyebabkan para artis mengambil mudah soal menjaga sifat dan sikap sendiri?

Tetapi siapa yang perlu dipertanggungjawab untuk menguatkuasakan garis panduan itu? Kita tiada badan atau satu jawatankuasa khusus untuk melaksanakan.

Apa yang berlaku, semua hukuman yang dikenakan adalah secara ad-hoc dan sendiri-sendiri sahaja. Misalnya, RTM, TV3, Astro dan sebagainya akan mengambil tindakannya sendiri mengikut keperluan.

Jika ada badan yang diiktiraf maka semua perkara tidak sahaja dirujuk malah akan berpandukan kepada badan atau jawatankuasa terbabit.

Keputusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tidak membenarkan Faizal mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV bermula tarikh 15 Januari lalu dilihat satu keputusan yang tepat.

Bukan mahu menjatuhkan hukuman sewenang-wenang namun sekurang-kurangnya dengan hukuman begitu membolehkan mereka, para artis kita, untuk berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Memang hukuman gam menjadi antara hukuman paling ditakuti oleh masyarakat seni di negara ini kerana ia sekali gus menjejaskan periuk nasi.

Berlembut

Tetapi jika berlembut, artis pula mengambil mudah soal menjaga keperibadian diri. Bukan mahu menghukum anak seni yang sememangnya kreatif dalam segala segi.

Memang mereka juga insan biasa yang melakukan kesilapan tetapi sebagai seorang yang menjadi tumpuan khalayak, mahu atau tidak, mereka perlu dan mesti menjaga peradaban apalagi jika di tempat terbuka.

Faizal Tahir mencipta polemiknya yang tersendiri apabila dengan berani membuka baju dan tali pinggangnya atas nama sebuah persembahan hiburan. Tujuannya semata-mata untuk berseronok.

Bukan Faizal Tahir sahaja yang pernah melakukan perkara sedemikian, buka baju dan tayang dada. Ada artis lain juga pernah melakukannya. Tapi kes artis yang seorang ini agak istimewa diperkatakan kerana selain bertindak di luar dugaan, persembahan itu turut disiarkan secara langsung di kaca TV dan ia juga membabitkan namanya sebagai seorang bekas penyanyi nasyid.

Dan atas kesalahan itu, dia menerima hukuman melakukan kerja-kerja amal selama enam bulan yang dikenakan oleh 8TV.

Stesen 8TV turut menerima padah apabila SKMM turut menarik serta-merta kelulusan rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan stesen itu selama tiga bulan mulai 15 Januari lalu.

Malah penyanyi itu sendiri terpaksa menerima hakikat pahit bahawa dia tidak boleh muncul pada pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) minggu depan kerana turut 慸ihukum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 08:49 AM | Show all posts
Bukan itu sahaja Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) juga berhasrat menggugurkan nama Faizal daripada menjadi antara artis yang mengadakan persembahan pada Majlis Anugerah Tinda Gafim yang dianjurkan oleh persatuan tersebut pada 15 Mac depan.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) RTM, Datuk Adilah Shek Omar memberitahu pihaknya mempunyai pendirian yang tegas terhadap isu berkaitan moral dan salah laku kalangan karyawan tempatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 09:16 AM | Show all posts

Reply #108 iedanoor's post

TEGASLAH SANGAT.................. BERLAMBAK ARTIS BUAT SALAH LAKU. TAK PUN AMBIK TINDAKAN

RASA MCM CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 10:43 AM | Show all posts
Tindakan tegas dari pihak yg bertanggungjwb....sokong 100%...moga2 mnjd pengajaran kpd yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:32 AM | Show all posts
hmm..org lain nyanyi lagu si paezal tuh memang  x kicked la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:36 AM | Show all posts
comelnye ct dalam avatar ko fredbok
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by kirei_wa at 19-1-2008 10:53 AM
alaaa  apa slhnya setahun sekali...lagipun 3 bln je...bukannya lama sgt...dia ni btl2 dh menyusahkan org..gara2 dia rancangan OIAM pun terpaksa dirakamkan dulu..sbelum ditayangkan kat tv..hampeh  ...


..garang sey....faizal..faizal..gasak ko lerr!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 03:54 PM | Show all posts
dalam perkara ni , Mawi je yg boleh tolong. Biar Mawi yg nyanyi lagu Faizal. Sebab suara Mawi merdu. Semua artis takleh celen.   haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:15 PM | Show all posts

hmmm...

well Sdr Wanda, from what i could see

BEing a drug addict or even an ex drug addict is still the best , right? u got to go to Mecca and had the treatment of VVIP.


Yg nenek menoreh getah pun kena tunggu. well, i won't buy it.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:20 PM | Show all posts
Kesian Faizal..So sape akan gantikan Faizal kat AJL 22 nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 05:29 PM | Show all posts

Reply #116 Rhyno's post

suruh je lah ajai & audi mok nyanyi

ralat tul ngan faizal ni........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:34 PM | Show all posts
banned anak ponti tu sekalik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 09:39 PM | Show all posts
sian pejal!!!

lagu kasih tercipta tu x kesah sgt...ajai leh nyanyi sndri..lgpn sore ajai pun sdp gak...tp mahakarya cinta!!!!hanya pejal yg sedap nyanyi lgu tu...

fiq????
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:00 PM | Show all posts
ermm.... kekdg artis nie bla org puji dan puja mula la perasan baguih... sian tu mmg sian kena gam tapi geram ler kat superman nie... sebab dia abis org lain yg masuk realiti show kena tempias gak... setakatr rakaman jer... dah xder thrill lagi... result pasti org dah tahu by the time kuar kat tv.. huhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.207746 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list