CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aripharmacist

sesiape yg pakai MyVi...ape problem yg korang penah alami ek??

[Copy link]
Post time 17-4-2008 02:38 PM | Show all posts
.................................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 02:38 PM | Show all posts
........................................................
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 03:20 PM | Show all posts
myvi time drive mmg best..seronok rasa takde nak tergesa2 time drive.Cuma yg aku perasan la myvi ni adalah:

1)kurang power(enjin 1.3 pickup kurang patut perodua jual version 1.5)
2)time memotong terasa melayang2.Mcm takut je nak potong terutama potong lori.Ni maybe kesan angin yg dihasilkan oleh lori menyebabkn agak melayang2.
3)kalo jalan tak rata agak kuat gegaran
4)Minyak boleh tahanla mcm minum air mineral je tank myvi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by buahcinta at 10-4-2008 07:49 AM
saya biasa berulang ke kl dari hiway ipoh selatan bawak 140 ok jer. eerrrr......ada polis trepik tak kat sini?
masalah saya pun cam korang gak, kengkadang susah masuk gear 1, bila kat trepik li ...


Betullah..

Bukan hanya menurut pemerhatian aku, but kalau korang masuk mana-mana forum automotive(such as motortrader or autoworld), memang ramai yg komplen: "makin ramai driver Myvi yg inconsiderate, tak sayang nyawa"

Bukan takat bawak laju tak hingat dunia, tapi siap nak cucuk&suluh dari belakang lagi..
Ohh pleasee...tgk lah kereta apa yg dicucuk tu...bikin malu aje.

Myvi ni direka not for speeding/performance car.
So, terima lah hakikat.
Tengok design..tengok butt yg lebar tu pun sendiri mau ingat tahap mana la aerodinamik nya tu..
No hal punya takat nak perasan jadi Passo Jadian, tak apa, tak kacau org..just utk kepuasan diri tgk kereta cantik.
Nak taruk rm 16 or 17" pun ikut suka la..kereta kau yg tak pick up..kereta kau yg lembab/high FC.

Ni tidak, lenjan sampai 140-150..
Lepas tu tak menyempat nyempat nak potong..
Padahal 5 Series depan tu tengah relax aje potong kereta, and depan 5 Series tu ada Perdana..both tgh cruising at 120-130km/h..

Ingat bila dah pasang rear spoiler tu kira safety habislah tu..
Down-force gila2 punya ala ala F1..myvi tu tak akan rolling/turn turtle..

So, steady bro-bro Myvi yg suka lenjan tak tentu pasal..relax..
Mau laju..mau performance car, pakai performance car..
Org tngok pun tak gelak..tak sakit hati...

OK naa..
Aku menyokong industri permotoran negara, both Proton & P2..but still lot of room for improvement.
No intention to downgrade any Myvi owners out there..
Just sapa yg makan cili, dialah yg sakit perut gastric.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 07:43 PM | Show all posts
alamak.....banyak nye masalah MyVi ni....kino baru je sign agreement ngan bank amik myvi SE auto...
harap2 takde la masalah....sebab 4-5 orang kekawan kat opis ni pakai myvi....seme takde masalah lak....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 01:01 AM | Show all posts
aku lak myvi lak tyr belakang lagi lebar dr tyr depan taip saiz ttp sama..ada pape effect ke nnti???>.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2008 01:51 AM | Show all posts
MyVi ngan Persona mana lagi best? Dua2 aku tak penah bawak...... ada member aku dia nak beli Persona tp bini dia nak myvi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 08:02 AM | Show all posts

Reply #100 mesinbasuh's post

Myvi cornering memang out. Teruk sesgt. Body roll dia byk sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by meow_tompok at 11-4-2008 01:07 PM
iye mmg kuat giler pakai minyak.
budak opis aku semua tak caya.
die ckp, numbering myvi nie digital so takleh percaya.
terkejut derang aku ckp aku isi RM30 boleh pegi 120-130km aje!


rasa macam dah posting pasal ni, tapi mana hilang?

anyway posting balik....

saya terkejut juga dengan kenyataan ini. sebab saya sentiasa check milage katak pisang saya. selama ini RM10 mampu menjelajah +- 70km dan tidak kurang daripada 65km. maka dengan RM 30 tu dah boleh cecah 200km. malahan kalau berkleip kelip pun, saya jangkakan boleh dapat lagi 70km daripada mula berkelip sebab saya pernah bawa dalam 65km tapi alhamdulillah masih tidak perlu menolak (perlu diingatkan, percubaan sebegini adalah atas tangungjawab sendiri)

mungkin anda tinggal di bandar maka tidak hairanlah kalau nak makan minyak. ditambah pula dengan jem, nak cari parking lagi dah tu pakai auto. kalau nak murah dan jimat minyak trde in jer la dengan Viva 660cc. mesti separuh dari perbelanjaan anda masa kini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:01 AM | Show all posts
up lagi......kasi kuar page.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:01 AM | Show all posts
up up up and away!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:01 AM | Show all posts
akhirnya...kuar gak page
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 11:23 AM | Show all posts
Myvi? Mcm nama biskut jer, Myvito....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 11:34 AM | Show all posts
CharlieDale,

meow tak pakai Auto, meow pakai Manual. Tak reti bawak Auto
yes mmg meow duduk bandar kerja bandar. Route yg meow lalui pergi balik kerja takdelah jam memanjang. Ada route smooth aje, ada route kena beratur (traffic light). Time jam mmg meow terror mencilok okay.. so tak payah beratur panjang
Perjalanan pergi balik memakan 25km. Kalau tak melencong ke tempat lain la

dah 2 minggu meow test, mmg itula mileage yg meow dpt. Oo yea, parking tak susah pun, tak meronda nak carik parking kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 18-4-2008 09:55 AM


rasa macam dah posting pasal ni, tapi mana hilang?

anyway posting balik....

saya terkejut juga dengan kenyataan ini. sebab saya sentiasa check milage katak pisang saya. se ...


choi la aku pakai viva...

uhuk no offense to viva owner.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:13 PM | Show all posts

Reply #106 RedDevils's post

tak payah tunggu myvi...tu yang bawa kancil pun sama...tak ingat dunia. belum masuk lagi wira zirafah @ jinjang. cuma setakat ni belum lagi nampak viva yang macam pelesit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by meow_tompok at 18-4-2008 11:34 AM
CharlieDale,

meow tak pakai Auto, meow pakai Manual. Tak reti bawak Auto
yes mmg meow duduk bandar kerja bandar. Route yg meow lalui pergi balik kerja takdelah jam memanjang. Ada route s ...

adakah anda test dari mula berkelip minyak baru isi atau bagaimana? saya setiap kali berkelip saya reset. so secara tidak langsung boleh buat anggaran bila perlu isi. dan memang biasanya tepat melainkan dah lama berkelip baru nak isi, yang tu miss sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 12:52 PM | Show all posts

Teknik ukur FC

Teknik mengukur penggunaan minyak (FC) yg berdasarkan lampu "minyak habis" ni kurang "reliable". Teknik yg disarankan oleh kebanyakan ruangan automotive ialah spt berikut:-

1. Isi minyak penuh tangki
2. Rest tripmeter
3. Pandu hingga hampir habis minyak -- tidak perlu risau sama ada lampu "habis minyak" menyala atau tidak.
4.  Isi minyak penuh sekali lagi
5.  FC = RM / tripmeter

Mudah dan senang kira ... tapi manyak pakai wang lor...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 02:15 PM | Show all posts

Reply #120 p4k4bu's post

teknik yg kurang bijak nak tunggu minyak habis.....



isi penuh tangki....
reset meter perbatuan a.k.a milage tu
bawak la berape2 km ke...
gi stesen minyak... isi penuh balik...
amik bacaan kat stesen minyak.. bape liter yg masuk... amik bape jarak.. settle

[ Last edited by  metalique at 18-4-2008 02:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 02:33 PM | Show all posts
Originally posted by metalique at 18-4-2008 02:15 PM
teknik yg kurang bijak nak tunggu minyak habis.....



isi penuh tangki....
reset meter perbatuan a.k.a milage tu
bawak la berape2 km ke...
gi stesen minyak... isi penuh balik...
amik ...


Mungkin ayat yg Pak Abu gunakan kurang jelas... Pak Abu bukan kata bawa kereta sampai minyak habis tapi sampai hampir habis (dekat2 E le)...

Kalau bawa utk jarak dekat, anggaran jadi kurang tepat. Lebih besar nombor yg digunakan utk sesuatu pengiraan anggaran begini, lebih baik ketepatannya.

Kecuali awak nak tahu berapa FC untuk sejenis perjalanan sahaja, contohnya hi-way saja, bolehlah  guna teknik 'jarak dekat' ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.355605 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list