|
Balas #101 sepaileman\ catat
boss ... saya pinjam gambar ni ye ... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #99 mamaraziq\ catat
|
|
|
|
|
|
|
harap kome sudi baca ...
kes MB tak mahu letak jawatan bukanlah kali pertama. dulu ghazali jawi pun enggan letak jawatan bila sultan idris suruh. sultan punya marah tapi tak boleh buat apa-apa hinggalah hussein onn campor tangan dan minta ghazali jawi letak jawatan (sultan tak berkenan sbb GJ ada pertuduhan rasuah)
ini adalah fakta sejarah. tentu BN tahu tentang sejarah ini sebab ia termaktub dalam sejarah negeri perak dan sejarah UMNO sendiri. sejarah tak boleh dinafikan. kan ?
adakah kerana adanya sejarah ini maka tajol rosli (iaitu anak kepada GJ) telah melepaskan jawatan ketua umno perak menjelang rancangan BN kembali berkuasa semula di Perak ?
apa yg aku tahu ini menjadi bukti sultan memang tak boleh suruh Nizar berhenti. oleh sebab tiada peruntukan dalam undang2 tubuh yg membolehkan sultan memecat MB lah maka Nizar dengan hormat takzim telah menggunakan bahasa istana "patik mohon derhaka." yang mana maksudnya dalam bahasa Malaysia standard ialah "saya tidak mahu melepaskan jawatan." itu cuma sekadar bahasa istana sahaja (macam gering, beradu, santap dll.) dan bukanlah masksudnya dia derhaka.
cuma newspaper yg cepat menyambar perkataan derhaka itu dan membuat seolah bunyinya nizar telah derhaka dan sudahnya keluarlah sepanduk sepanduk ngatakan nizar derhaka.
jangan salah paham ye. aku ni amat sayangkan institusi kesultanan perak ... maklumlah aku ni orang tepi sg perak, pure perak dan lama duduk di kuala dan arwah apak aku pun selalu jadi ajk kerja-kerja di istana bila ada majlis kebesaran dan bila akau duduk teluk intan pula apak aku involve pulak dengan majlis di istana raja muda (untuk yg tak tahu kediaman rasmi sultan ialah di kuala, kediaman rasmi raja muda ialah di tk intan dan kediaman rasmi raja di hilir ialah di ipoh)
macam tangoopapa cakap juga ... aku bukan orang politik. tapi aku sedang cuba ambik perspektif yg betul (but then again aku faham betul pada aku, belum tentu betul pd orang lain kan dan aku kena hormat juga pd pandangan dan perasaan org lain)
sebab itu aku sedih orang sampai sanggup duduk atas jalan, halang majlis orang dll. itu aku tak setuju sebab walau apa pun kita ada cara utik selesaikan masalah dan kita ada undang-undang. apa yg betul atau apa yg salah dan sapa betul sapa salah, ikutlah undang-undang dan tunggu apa hasil keputusannya. dan kita kena redho. bila kita faham konsep redho tidaklah kita buang masa berbalah sampaikan org dari negeri lain pun numpang sekaki dan guna bahasa kesat pada sultan kita. kalau kita di tempat dia apa agaknya kita rasa sedangkan sayang dia pd Perak ni sama juga macam kita.
[ Last edited by stormyrain at 14-2-2009 09:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #103 stormyrain\ catat
sorry lerrr adik... tak boleh dah... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ke belum? aku dah submit 3 bulan punya figures kat bursa, kat sini takde apa lagi ke?
aku dah post kata kalau salah, bagi la bukti baru ianya diterima. hu hu hu, until takde figures, 1001 cara ketuk tin kosong akan tak habis-habis ditayangkan sebagai berita promote diri sendiri buat hari ni.
ada aku kesah ke usaha korang nak promote diri tu tak berjaya? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #107 sepaileman\ catat
wehhh aku dah kasi ko jumlah ikut bangsa, aku PM ko balik... yang aku kata salah merujuk kepada perkara 1 & 2 sahaja & bukan semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #108 mamaraziq\ catat
manade ada maaa...mcm ni laaa ko emel jer laa lagi senang...forum cari ni tgh tak stabil sbb byk bug jadi mungkin PM ko tu tak sampai kat aku...
ko emel kat aku yer [email protected]
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #109 sepaileman\ catat
semalam aku ada baca dalam satu thread kat isu semasa ada forumer yang paste jawapan Nizar berkenaan isu (perkara 1 & 2) tu sama dengan data yang aku kasi... aku dah search tapi tak dpt lagi... nanti aku cari lagi...
Data yang aku kasi kat ko tu terkini sebab Nizar nak hari tu masa nak buat Kertas MMK
*** --- weh jangan ingat aku fikir ko orang felda ke, ceruk ke... hang yang fikir macam tu... aku ok jerr... ingat dengan mudah aku nak sampai maklumat kat orang yang aku tak kenal...even ko Moderator
[ Last edited by mamaraziq at 14-2-2009 01:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 mamaraziq's post
wooo makna nya laa apa yg ada kat CI tu...ada baca pasal tu maknanya sama laa yer...ok terima kasih mamaraziq...
sbb data ko beri tak lengkap tu pasal aku kata cam tu...
bukan apa dlm tv selalu sangat keluar macam rakyat nih rendah sangat tahap pemikirannya... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 lqa politik skang nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Mizan berangkat Santapan Diraja
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Azlan Shah pada majlis Santapan Diraja Sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak ke-25 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, malam tadi.
KUALA KANGSAR 14 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Baginda mahu orang Melayu insaf
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Kenyataan tegas Sultan Selangor terhadap pergolakan politik di Perak mencerminkan kekesalan istana terhadap segelintir pemimpin Melayu yang sanggup menggadai negara dan maruah bangsa demi mencapai cita-cita politik.
Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pergolakan di Perak itu memang sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila peranan dan kedudukan institusi diraja dipersoal.
Justeru kata beliau, amat tepat pada masanya apabila baginda menegur sikap pemimpin politik Melayu yang sanggup mengguris raja-raja demi kepentingan politik.
"ergolakan di Perak menjadi titik mula kepada kekhuatiran tentang sikap pemimpin berkenaan dan pengikutnya yang bertindak kurang matang apabila menggerakkan sokongan mengikut emosi.
"Jadi saya harap seluruh pemimpin dan rakyat supaya menerima teguran Sultan Selangor itu secara terbuka dan kembalilah mendidik pengikut dengan jalan kematangan dan ilmu, bukan emosi,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin semalam mengeluarkan kenyataan khas mengenai gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ekoran perubahan kerajaan baru negeri Perak.yang cukup mengecewakan baginda.
Sementara itu, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, titah Sultan Selangor itu mencerminkan bahawa raja-raja tidak menyangka pergolakan politik di negeri itu menjadi begitu buruk.
Menurutnya, penegasan Sultan Selangor itu bukan sahaja ditujukan kepada negeri-negeri beraja malah bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka.
"Jadi sesiapapun, kalau masih mahu dikenali sebagai Melayu, maka mereka kena ingat, tunjang mereka ialah raja, bahasa dan agama. Jangan ia dipertikaikan,'' tegasnya.
PS: adapun mereka2 yang pertikaikan titah sultan, bukan anak jati negeri perak tuanku, mungkin datang dari selatan India tuanku.... ppprfffthhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 tangopapa's post
attitude ahli2 keadilan aku tak respek sangat,hermm
org2 pas bagi aku ok, dah berpuluh tahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #115 tangopapa's post
duit rakyat jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
izinkan haku menjerit kat sini....
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!....
OK DAH....
haku ikut bro lebam...x mo bising kat sini...sesapa yang nak bising sila lah ke bod CI....cuma haku nak ingatkan...ustaz haku pernah berkata.."sebenarnya seluruh umat islam pada hari ini berdosa kerana x cuba mengembalikan sistem khalifah".... pasal raja lak...haku x leh ulas panjang... sistem beraja bermula dizaman kerajaan muawiah...assabiah dan seterusnya ke zaman othmaniah.....banyak juga negara pecahan yg mula memakal gelaran sultan... kepada yang bukan anti hadis silalah cari hadis mengenai gambaran islam selepas wafatnya rasullullah... kepada yang bukan anti ulama, silalah cari kata2 ulama atau kisah ulama dizaman kesultanan ini... terdapat beberapa ulama yang mengatakan sesuatu tentang sistem monarki atau beraja ini....
pasal perkembangan terkini pada haku, keduanya menggunakan saluran dan kelebihan memasing....
BN ambil-alih kerajaan kerana mereka dah ada majoriti dalam DUN....x kira la lompat ke apa ke.... ikut undang2 SULTAN ADA KUASA MELANTIK MB DAN MEMBUBAR DUN...
PR pula meminta nizar supaya tidak meletakkan jawatan kerana - SULTAN TIADA KUASA MEMECAT MB.... jadi PR berharap tuanku sultan membubarkan dewan rakyat atau sekurang2nya beliau meletakkan jawatan memlalui undi tidak percaya ketika DUN bersidang.
Kelebihan BN ialah menggunakan pendekatan titah sultan...bila sultan meminta nizar meletakkan jawatan dan nizar tidak berbuat demikian...isu derhaka dimainkan..ini yang akhirnya memanaskan negeri perak.....
Tapi jika nak kaitkan dengan derhaka...maka keduanya akan terpalit sama.... Ghazali Jawi (BN) juga MB perak dahulu pernah dititah supaya meletakkan jawatan...tetapi beliau enggan... Bn pernah menyatakan hanya presidan BN sahaja yang boleh memecat MB. bukan sultan, jadi Tun Hussein Onn campur tangan sehingga beliau meletakkan jawatan.
pasal derhaka...kes perlis dan terengganu selepas PRU yang lalu....paling hebat di terengganu...siap ada kain rentang "kami mau deris natang!' (kamai mahu idris la binatang!)...rasanya kalu dizaman dulu dah kene pancung mamat yang pegang kain rentang kata natang kat sultan tuh...huhuhuhuh
pasal demontrasi...PR dan BN sama je...khir toyo pon baru-baru ni ditahan kerana demonstrasi...di terengganu...di perak (masa PR baru amil alih kuasa dulu)..pada haku demonstari nih kedua2 belah pihak pon buat....
apa lagi...huh...panjang sangat haku pulak yang kene bako kang...dah le haku ni pemalu n skema...baik haku larik.....
[fly]larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....[/fly]
haku dok luar pagar besi...korang pikir-pikirkan lah sendiri.......
[ Last edited by dewamafia at 16-2-2009 11:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #119 dewamafia's post
teman ni kurang arif bab agama..........
zaman pemerintahan rasulullah dulu....siapa yang jadi sultan?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|