CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {8}Vcd KL Gangster 2 hanya RM5: 3 suspek - UPDATE 118#

[Copy link]
Post time 3-9-2013 11:15 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 3-9-2013 11:12 AM
bodo lah kau acong. tgk rosyam boncit pun kau stim ke? mamat castello tu bajet  ...

scene fight kat ending mmg cam gampang....... kamera man kena sawan masa tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 11:53 AM | Show all posts
kesian... penat lelah buat
hasil orang lain kaut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:10 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 3-9-2013 02:49 AM
aku dh bg review ikhlas dah.. mmg kaya aksi tp sometimes terlalu lama aksi malik bergaduh..  ...

aku x penah tgk cerita ni and xmau tgk...jadi aku xtaw cmna dia berlawan.
kalau style MMA banyak punching ala2 tinju dan gomol2 ka?
lompat terajang mcm tony pilem2 hong kong tak dak? lagutu?

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:11 PM | Show all posts
baik download bluray Fast Furious 6 Extended dgn World War Z Unrated





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:16 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 3-9-2013 02:10 PM
aku x penah tgk cerita ni and xmau tgk...jadi aku xtaw cmna dia berlawan.
kalau style MMA banyak ...

aron aziz pandai bergaduh ala2 yip man donnie yen.. mmg cara tumbuk dia ala2 martial art yip man..

cuma fighter2 lain tu biasa2 je skill xcergas mana pun.. adi putra pun xcantik skill..

MMA? urm. hari tu da budak sabah. lupa nama dia siapa. rasanye dia champion tomoi badan fit gila tp rendah. bila masuk MMA dia kalah. sebab MMA ni ada locked ada skill2 yg tak de dalam tomoi..huhu.. budak2 silat pun kena ayam2 je.. MMA sesuai untuk org yg dh berpengalaman kan? xsesuai untuk silat,tomoi, taekwando dan lain2 lg.. tgk MMA biasa juara background budak boxing ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:25 PM | Show all posts
shidan76 posted on 2-9-2013 08:14 PM
Pernah terjadi di Hollywood, yg ada filem yg belum release dah ada yg upload.
Direktor tu bengang l ...

itu kalu dah shoot awal2 lagi alternate ending, cuma perlu edit continuity sikit2 ja
ni nak shoot ending yg lain, nak edit lagi..kut ada nak kena buat cgi lagi....mmg tak sempat lah

Last edited by hzln on 3-9-2013 02:28 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 02:28 PM | Show all posts
nasib lah bukan vikingdom yg kena leaked...kalu tak ari ni jugak normang kru isi borang masuk pas...sokong hudud potong tangan pencuri katanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:31 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 3-9-2013 02:16 PM
aron aziz pandai bergaduh ala2 yip man donnie yen.. mmg cara tumbuk dia ala2 martial art yip  ...

haa kalau ada background boxing boleh pi jauh..
cm ada sorang budak N9 tu dia menang lawan ngn juara tinju dr sabah sukma ka apa..baru 18tahun bdk tu..
ni aku tgk mma malaysian invasion yg khairy jamaluddin bwk masuk laa...
geng2 silat tak boleh pi...kena belajar basic MMA dulu laa dakpon
masuk belajaq brazilian jiu jitsu..kena belajaq grappling..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 02:35 PM | Show all posts
hzln posted on 3-9-2013 02:28 PM
nasib lah bukan vikingdom yg kena leaked...kalu tak ari ni jugak normang kru isi borang masuk pas... ...

kalau vkingdom leaked, aku rasa normong kru musti suruh kerajaan sekat terus internet di malaysia..
20 jotaaa tuu bajet....

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:41 PM | Show all posts
baca kat mana kawan si sol tu sendiri yg bocorkan filem ni ke internet?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:45 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 3-9-2013 02:35 PM
kalau vkingdom leaked, aku rasa normong kru musti suruh kerajaan sekat terus internet di malaysia. ...

sengaja leak pun bulih...nanti bulih klaim viidngkom melungkup akibat sabotaj pihak2 tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 04:15 PM | Show all posts
Ade la eh orang tgk citer2 mcm nie??? *no sarcasm*
iols je yg rasa citer2 gangster msia sama sajork plot die????
memandangkan iols dah tertengok kl gangster (bagi balik masa denn!!! sol blakon mcm *&^%$#@) + bc review (TQ bg review), plot pun  mcm sama sajork, so tak perlu la bazir2 bandwidth nak donlod...
selamat menonton la ye~
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 04:47 PM | Show all posts
hzln posted on 3-9-2013 02:41 PM
baca kat mana kawan si sol tu sendiri yg bocorkan filem ni ke internet?

dekat tweet dia. ayat dia, dia ckp sory kawan, lu punya hal settle mahkamah ok. kiranye cm dia sound kawan dia.. nasib baik shamsul ni jenis xmeroyan..

dia syak kawan dia leak kan filem ni dalam internet sebab filem ni pernah di buat pra tonton hanya tetamu dijemput je dpt lihat rakaman filem ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:11 PM | Show all posts
mintak2 lepas ni takda lah orang buat cerita bodoh lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:39 PM | Show all posts
tora216 posted on 2-9-2013 04:49 PM
Ko kene phm.. Dkt kelantan xde panggung.. So kasi cetak rompak le.. Tu yg menderu jek org beli.. H ...

paling2 pun kat opis budak2 cuma sebut2 jek perkataan2 mcm yg first..."nanti aku senggat...". yang ikut tu memang bodo tahap baru keluar dari Gua la

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 11:57 PM | Show all posts
donload jer....ape barang nk bayar tengok movie zaman broadband neh
dh bape tahun aku cancel movie package asteruk... tp ade ade gak mankuk sengal yg dok bayar asteruk first
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 05:46 AM | Show all posts
nasib harga tak termasuk GST ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2013 08:07 AM | Show all posts
3 Suspek

Kuala Lumpur, 8 September : Isu filem KL Gangster 2  ‘bocor’ ke laman sesawang baru-baru ini, menimbulkan banyak spekulasi sehingga ada pihak mendakwa ia berlaku ketika proses tayangan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Syarat Wajib Tayang (SWT).


  Bagaimanapun, ada juga spekulasi mendakwa ia dilakukan ‘orang dalam’ sendiri yang tidak berpuas hati dengan syarikat produksi Skop Production.

  Datuk Yusof Haslam ketika ditanya mengenai perkara itu percaya, semua kemungkinan itu wujud kerana sepanjang proses itu (bahan dihantar ke LPF dan SWT), banyak perkara boleh terjadi.



  “Apabila dihantar ke SWT, saya yang pegang bahan itu dan akan ambil balik apabila selesai. Namun apabila dihantar ke LPF, ia mengambil masa lebih kurang 10 hari sebelum diserah kembali kepada penerbit.

  “Saya tak mahu menuduh sesiapa tapi dalam tempoh 10 hari, macam-macam perkara boleh berlaku,” katanya.

  Penerbit filem yang menelan kos RM4.5 juta itu juga tidak menolak kemungkinan unsur sabotaj wujud dalam kalangan orang dalam industri yang melihat KL Gangster 2 bakal menjadi saingan sengit dengan filem lain.



  Katanya, apabila ada persaingan dalam bisnes, unsur sabotaj boleh berlaku untuk menjatuhkan pihak lawan.

  Malah, Yusof pernah berdepan keadaan dia dihampiri beberapa ‘tauke’ VCD cetak rompak yang mahu membeli filemnya. Ia dikatakan berpunca daripada kejatuhan penjualan VCD dan DVD cetak rompak di pasaran tempatan.




  “Mereka (tauke cetak rompak) mahu buat duit dengan cepat dan berani berdepan produser tempatan memberi pelbagai tawaran menarik. Di pihak mereka juga ada persaingan dan apabila kita menolak, akan timbul perasaan tidak puas hati.

  “Mereka juga ada ‘connection’ (orang hubungan) untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dan tidak mustahil itu juga antara sebab filem saya disabotaj,” katanya.

  Yusof bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ‘kebocoran’ KL Gangster 2 dilakukan orang dalam produksinya.

  Katanya, andai benar dakwaan itu, beliau sedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa. Malah, beliau turut meminta pihak berkuasa menangkap mereka yang bekerja dengan produksinya jika ia benar-benar berlaku.

  “Saya marah apabila ada pihak sengaja serkap jarang dan cakap benda bukan-bukan. Kalau betul ada, buktikan. Selain SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), orang saya juga melakukan tugas pemantauan.

  “Kami juga membantu mengesan dalang yang bertanggungjawab. Tugas SKMM mencari sumber asal kerana mereka ada kelebihan untuk melakukan tugas mengesan. Oleh itu saya tidak boleh pandai-pandai melanggar kerja mereka.

  “Polis juga membantu walaupun mereka menyerahkan kuasa kepada SKMM dan KPDNKK. Apabila tiba masanya, polis akan bersama dalam proses penangkapan apabila agensi lain membuat dakwaan berkaitan,” jelasnya.

  Pun begitu, pengarah bersuara lantang itu meminta pihak berkuasa tidak mengambil masa terlalu lama dalam menangani isu berkenaan kerana ia membabitkan integriti pihak berkuasa sendiri.

  Beliau bimbang, jika kredibiliti dan integriti pihak berkuasa dipersoal, industri filem tanah air akan mengalami masalah lebih teruk pada masa depan.

  “Undang-undang sedia ada sudah ketat dan lengkap tapi tidak dilaksanakan dengan memberi penekanan serius. Kalau dibuat betul-betul, ia akan selesaikan banyak isu berbangkit yang belum selesai.

  “Dari zaman membuat filem Sembilu lagi, saya kena macam ini (cetak rompak). Masalahnya, ia tidak diberi penekanan serius oleh pihak sepatutnya.

  “Saya bukan polis, cuma ACP (Kehormat) dan tidak boleh keluarkan arahan penuh. Kalau isu ini tidak diselesaikan juga, ia perkara memalukan dan mampu melumpuhkan industri filem tanah air,” katanya yang meletak harapan tinggi masalah ini dapat diselesaikan segera. - Harian Metro


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 08:48 AM | Show all posts
Artis dan producer pon beli lagu dan vcd cetak rompak artis lain juga
So kene balik kat diri sendiri juga la..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2013 12:53 PM | Show all posts
aku terpanggil plak nak tengok citer ni, harap berbaloi

last aku tengor citer hantu kak limah yg toncit ka apa on the plane the disappointment was too numerous to list I felt I was robbed (and no, i didn't expect much)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.076247 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list