garis panduan utk penjawat awam sajalah...bini perdana menteri terima pemberian hadiah drpd tauke2/kroni2 takpa...ehhhhh....mana adaaa....hadiah pemberian anak tuhh...anak produser berjaya katanya...pppffrrtthhhh
PUTRAJAYA 23 Sept. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menerima hadiah daripada mereka yang bertujuan mendapat balasan atau keistimewaan membabitkan tugas dan kuasa pada musim perayaan ini. Dalam kenyataannya hari ini, BPR mengingatkan pegawai awam supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika pemberian hadiah tersebut mempunyai unsur rasuah. Menurutnya, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 secara jelas melarang pegawai awam atau swasta menerima hadiah daripada mereka yang mempunyai kaitan dengan tugasnya. ‘‘Selain itu, semua penjawat awam tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu melarang mereka daripada menerima atau memberikan hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas mereka,’’ ujar kenyataan itu lagi. Garis Panduan Pemberian Hadiah dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam 1998 turut menjelaskan bahawa dalam keadaan yang menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah, mereka perlu mengemukakan laporan bertulis kepada ketua jabatannya sama ada dibenarkan menerima pemberian itu atau sebaliknya.
|