CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilia

SECOND WIFE.... anyone?

 Close [Copy link]
Post time 26-4-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Lilia at 3-4-2008 03:40 PM
Salam.....
Saja je nak mencari saper2 yang second wife.... saja je...mana tau leh kongsi pengalaman.... TQ


Kedudukan status isteri/isteri2 dalam agama tetap sama, cuma kita manusia sahaja yang suka membeza bezakan kedudukan "protokol" mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by namakurahsia at 24-4-2008 12:09 PM


atau mungkin andartu nih boleh dapat pahala berganda coz berjaya menahan diri daripada bermaksiat walau berkeinginan...
tak dapat apa yang pompuan bergelar isteri dapat..contoh sex suami dan ...



x penah dgr plak Tuhan bagi pahala berganda kpd andartu...

Tapi cuba baca ni...

Kerugian Bagi Wanita Yg Menolak Perkahwinan


Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.  

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.  

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada  jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.  

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan  tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan  
negatif untuk melahirkan cahaya.  

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.  

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:  

揝ekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 10:46 AM | Show all posts
Ni lagi... kelebihan2 kpd wanita berkahwin yg tidak akan dinikmati oleh para andartu...

19 HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".  

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.  

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.  

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.  

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.  

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.  

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.  

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.  

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).  

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.  

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.  

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".  

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.  

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.  

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.  

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.  

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.  

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.  

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by yaszz at 26-4-2008 11:42 AM


Ko ni... pepandai buat assumptions  

Aku rasa ramai yg lum kawen sbb lum jumpa jodoh...


tul laaaa yaszz, adik saya tak kawin lagi, salah satu alasan dia ada kat situ,
umur dah tinggi... kawan2 dia pun sama jerrrr.... maybe kebetulan tu
entah laaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #1185 leon_mclaren78's post

leon apa cite hubungan hang ngan pok cik tu...dapat greenlight tak dr bini dia...  Ops sorry ye kalau gue silap orang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 03:40 PM | Show all posts
cop! nak tambah skit....ada gak org yg pk pompuan yg kawen dgn suami org ni sebab dah desperate xjumpa lelaki bujang..... lelaki bujang mmg ramai tapi yg berkualiti tu susah skit, tambah2 yg setaraf dgn kita...pompuan skrg kan g pandai dari lelaki....lelaki byk dok kat pust serenti... ooooooooppppppppppssssssssss!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2008 03:44 PM | Show all posts
Ada yg kata pompuan kawen dgn suami org sb dah desperate xjumpa calon suami bujang.....takut jadi andartu la.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by Lipton at 24-4-2008 11:49 AM
provided dapat madu jenis sedar diri...kalau cam madu si april tu mau jadi pontianak sundal malam..


huhu..bukan PHSM dah..jadik sundel bolong kots..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2008 04:11 PM | Show all posts
tak penah lah aku baca mana2 andartu dapat pahala berganda kerna menahan maksiat contoh tak dapat sex dari suami ????

two always better than one..kalo ada masalah, kalo kita ada 2 option always better than one..kalo ada 2 kete pun lebih baik, kalo ada 2 tangan tu lebih baik dari 1 tangan.. so camna kalo ada 1 saja lebih baik dari 2 tuu aku tak tau la...

banyak cite kat porem ni dulu pasal pompuan simpanan yang akhirnya depa nikah lelaki yang simpan depa..tu kira lebih baik dah dan idak lah nanti jadik cam arwah norita tuh

oang pompuan ni tuhan cipta untuk lelaki so sampai kiamat depa kene rasa bersuami baru complete idup tuh.. laki oang pun tak kisah tapi masalahnya buat laa cara molek..menambah kebaikan bukan menambah kekusutan, nyorok2..larik sampai sempadan, berlakun depan bini pertama or apa pun..buat2 memolek ler..kalo susah pun peringkat awal jek..kalo dah niat baik mende baik susah camna pun lama2 baik segalanya..kalo sabar hadapi susah tu..dapat berganda ler pahala, bukan duk remain anak dara tua pahala berganti silap2 ayah tu dapat saham dosa simpan anak dara dia lama2..macam property tarik lepas soal harga hantaran

i think para bapak seme tak kisah sangat soal hantaran as long anak jantan tu de rezki halal semampu dia..but mostly pompuan , tuan punye badan dan mak dia..lelebih kapuchi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by Lilia at 28-4-2008 03:40 PM
cop! nak tambah skit....ada gak org yg pk pompuan yg kawen dgn suami org ni sebab dah desperate xjumpa lelaki bujang..... lelaki bujang mmg ramai tapi yg berkualiti tu susah skit, tambah2 yg seta ...


may be pendapat u tu untuk org2 yg dari category u kots ..  
kualiti yg u maksudkan tu macam mana, adakah dari segi ilmunya ker, dari segi kewangan ker, tanggungjawab ker?
i rasa..suami2 org skang ni pon bermula dari zero to hero.. just my 2 cents..:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:41 PM | Show all posts
Originally posted by Lilia at 28-4-2008 03:44 PM
Ada yg kata pompuan kawen dgn suami org sb dah desperate xjumpa calon suami bujang.....takut jadi andartu la.....  



ekceli x takut pun jadi andartu... tapi takut sbb amal ibadat kita ni bkn perfect sgt... at least kalo dh jadi wife somebody tu, berganda gak pahala... nk jadi isteri yg solehah!

Nawaitu aku nk kawen dialah sbb nk tambah markah amalan semasa di dunia sblm terlewat... yg kedua, takut mati kering masa dh tua nnt (kalo panjang umo) x de org sedar sbb sebatang kara... yg ke-3 sbb nk dptkan zuriat yg bleh mendoakan aku masa dlm kubur nnt... yg ke-4 masa akhirat aku boleh gak minta bantuan suami, sbb kalo aku nikah dgn lelaki soleh, dia boleh tarik kita ke syurga skali...

Just nk buat preparation sblm aku bersedia utk mengadap yg Maha Esa. Gerunnya memikirkan alam barzakh & alam akhirat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 28-4-2008 04:11 PM
tak penah lah aku baca mana2 andartu dapat pahala berganda kerna menahan maksiat contoh tak dapat sex dari suami ????

two always better than one..kalo ada masalah, kalo kita ada 2 option alway ...



Betul tu, Ji...

Kawen merupakan satu ibadat gak...
Cuba tanya diri sendiri... apa nawaitu sebenar kita nk kawen? Adakah utk sex halal semata?

Kalo semua pakat suruh andartu single sampai kerepot, umat Muhammad yg berbangsa Melayu akan pupus... katakan dlm 10 wanita tu hanya 2 org je yg berumahtangga... masalah akan berterusan di mana generasi baru akan berhadapan dilema x byk pilihan masa nk pilih pasangan hidup nnt... impak kepada negara ni akan lebih teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by varencia_april at 28-4-2008 04:16 PM


may be pendapat u tu untuk org2 yg dari category u kots ..  
kualiti yg u maksudkan tu macam mana, adakah dari segi ilmunya ker, dari segi kewangan ker, tanggungjawab ker?
i rasa..suami2 ...



Nk nyampuk bleh ye...

Kualiti yg dimaksudkan tu maksudnya bkn penagih / pengedar dadah atau pembunuh / perogol bersiri...

Ilmu & kewangan not an issue... tp t/jwb tu diakui mmg penting... kalo x de t/jwb tu bkn manusia namanya, baik duk dlm zoo.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 28-4-2008 04:49 PM



Betul tu, Ji...

Kawen merupakan satu ibadat gak...
Cuba tanya diri sendiri... apa nawaitu sebenar kita nk kawen? Adakah utk sex halal semata?

Kalo semua pakat suruh andartu single  ...


oang pompuan memang kuat memilih..nature depa memang cam tu..kalo depa pi pasor nak beli lettuce tu ke sayur pe pun ke..depa belek2 abisss sampai kuman2 lam sayur pun nyorokkkk, kendian dah ler nak terbaikkkk dah tu nak preeee kalo buleh so duit tu bleh beli mende lain..kalo buleh bulan dan matahari pun depa nak beli

kendian kita masuk zaman sekarang ni..zaman peluang terbuka pada siapa yang rajin usaha misal kalo blajo tu sampai phD pun bleh..nak penuh phD lam bilik pun buleh..bulehh asal ko rajin dan mampu aaa so depa rembat ler peluang terbuka dan kebebasan yang ada..so bila ada 'kuasa' baru ni apa jadi pada sifat semulajadi kuat memilih tu, memudahkan depa atau mengelirukan depa? paham sendiri laa

tu pasal oang pompuan laa ni tokleh memilih sangat..ni kawan pompuan aku sendiri cakap...dia nasihatkan kawan dia yang lain toksah pilih sangattttttt..dia lawooo uihh kalah sepiah jin tapi kalo tenguk gambo sanding diaa.. lawokk..laki dia macam hameed gorkha muda2 tapi tak per..budak jantan tu kira mampu, budak lepasan UK gitu..aaa so ok ler kut pada dia..asal dia epi..aku epi jek for her.

ni yang leceh ni..dah ler nak muka cam brad pitt ke  hans ishak tu ke..cam orlando bloom tapi dia tu dah tadak umphhh..dah tua arap otak jek geliga harta banyak tapi umah tu anak kucinggggggggg jek berderet2..dia pompuan aaa biolojikal clock tu berjalan..aku jantannnn aaa jantan no hal tadak biolojikal clock..

kawan pompuan aku sendiri nasihat u guys why need to rush in..relax laa..wahhhhh siap di nasihatin jangan gopoh nak nikah cepat aaaaa

i think salah satu faktor depa nak laki oang ialah soal ekonomi stabiliti, kalo buleh harta benda depa tu takmo sapa2 usik dan kalo boleh dia nak usik harta suami dia nanti gitu, kalo bini pertama tu mati terkejut ke remuk hati ke..lai bagus..dia leh bolot seme so selain faktor lelaki dah nikah ni terer belai, faktor duit harta benda tu pun jadik keutamaan, tu pasal oang pandang serong seken wife nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 28-4-2008 04:54 PM

kalo x de t/jwb tu bkn manusia namanya, baik duk dlm zoo


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 29-4-2008 01:10 AM





Ai, Manak.... gelak plak... betul la apa aku ckp tu kan... hidup sebagai manusia ni dh siap2 Tuhan bagi t/jwb sbg khalifah di muka bumi ni... aku x dpt bygkan kalo ada manusia yg x suka pegang t/jwb at least terhadap diri sendiri (except kalo org tu OKU la)...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 29-4-2008 08:33 AM



Rasanya masalah poligami ni sukar diterima kat nusantara kita ni je... dunno why...
...

apersal la dunno babe...it is a known fact that the man wants to get involved with poligami...but they do not want to understand how to make poligami a successful event....tu jer....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by cantthinkofany at 29-4-2008 08:42 AM

apersal la dunno babe...it is a known fact that the man wants to get involved with poligami...but they do not want to understand how to make poligami a successful event....tu jer....



Maksud aku kat negara lain mcm kat Arab tu ke, hal poligami ni x de la sensitip sgt mcm kat Malaysia ni sampai kalo sebut sikit je terus kena fire... fire... fire...  Sampai ada yg penah buat kempen "1 wife utk 1 suami sahaja"...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 29-4-2008 08:54 AM



Maksud aku kat negara lain mcm kat Arab tu ke, hal poligami ni x de la sensitip sgt mcm kat Malaysia ni sampai kalo sebut sikit je terus kena fire... fire... fire...  Sampai ada yg penah  ...


mana lu tau babe...lu join forum.cari.com kat Arab gak ker??....as long as it involves woman and man....problem ni dianggap universal...hanya how much it is being exposed and discussed jer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 29-4-2008 08:37 AM



Ai, Manak.... gelak plak... betul la apa aku ckp tu kan... hidup sebagai manusia ni dh siap2 Tuhan bagi t/jwb sbg khalifah di muka bumi ni... aku x dpt bygkan kalo ada manusia yg x suka peg ...


......Tahu akan tanggungjawab, tapi setakat tahu sahaja....... Penyakitnya bukan OKU Leon, TAPIIIIIIIIIIIII..........

[youtube]dC40sW-otWA&feature[/youtube]

MIM ALIF LAM SIN...................

Cinta tu kan buta????????

Nak kena bubuh disclaimer ke post Manak yang ini leon??????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065396 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list