CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zadzamusa

Himpunan kisah seram ... sambungan kisah bro blues6909 kisah12 page 57

  [Copy link]
 Author| Post time 23-5-2011 04:40 PM | Show all posts
Reply 1174# mamapu3
A'laikummus salam... jemput... jemput...terima kasih sudi gak menjenguk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 04:48 PM | Show all posts
sebut pasal terkena sihir, saya teringat pada satu kejadian yang menimpa diri saya semasa saya berus ...
mamapu3 Post at 23-5-2011 12:05
memang tak boleh la nak terima kalau orang yang guna pengasih nih nak pikat orang.. mmang best cerita mamapu3 ni... kalau sudi silalah hupdate lagi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:48 PM | Show all posts
citer mr. blues tu takdop lagi ke akak zad.. ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply 1183# want2bhappy
lama tak nampak wan... ada satu. nanti akak hupdate ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 04:52 PM | Show all posts
Reply 1176# auntymelly

salam aunty... sihat? sibuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 04:55 PM | Show all posts
byk kijer kak.. kdg tu masuk kejap2 jer.. lagipun byk sgt thread... hehehehe akak jgn lupa update eh... apa cer ngan thread akak lagi satu tu? yang kusangkakan hantu rupa2nya..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2011 05:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 23-5-2011 17:05

Reply 1186# want2bhappy
InsyaAllah kalau tak lupa... x bleh la nak masuk kat cite En. Blues tu... kalau boleh nanti akak hupdate... laaaa.. nasib baik wan ingatkan... hehehe  dah lupa lak pasal tread tu... terima kasih wan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 05:03 PM | Show all posts
my feveret thread tu jgk kak.. ekekeekk jgn biarkan anda diselubungi misteri tak tentu hala... ekekeke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 06:14 PM | Show all posts
Kisah kelima puluh sembilan...

Zad nak share satu cerita minta maaf ya... zad copy paste cerita nih... cerita nih berlaku pada zaman mula-mula internet diperkenalkan.. zaman2 IRC semua...Ada yang mengatakan kisah ini adalah kisah benar... tapi tak tahu pulak akan kebenarannya..

Kredit to Melayu boleh...
http://melayubolehjuga.blogspot. ... -roh-rakan-irc.html

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam
ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih.

Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart     : Lan...

hensemboy : Ira... maaf saya tak dapat masuk malam itu.

nurheart     : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hensemboy : Maaf... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...

nurheart      : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan 'panggilan' Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu.

"Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?"

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa," kata Samirah.

"Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah.

Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC malam ini. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira... awak marah saya ke?

nurheart      : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak
mahu berbual dengan saya?

hensemboy :  Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama
terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.

nurheart      :  Kenapa?

hensemboy  : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu
dengan awak, ingat?

nurheart       : Awak teruk ke?

hensemboy   : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai... saya hilang darah yang
banyak... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.

nurheart      : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hensemboy  : Tidak ada siapa. Saya masih di sini... menanti orang membantu
saya.

nurheart      :  Maksud awak?

hensemboy  : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya.
Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan.

Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 06:26 PM | Show all posts
Cerita2 TT memg best!Harap ada sambungannya erk??


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply 1182# zadzamusa


    mmg la... tapi kita sendiri pun tak prasan yang kita ni telah diguna-gunakan....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 09:59 AM | Show all posts
Kisah kelima puluh sembilan...

Zad nak share satu cerita minta maaf ya... zad copy paste cerita n ...
zadzamusa Post at 23-5-2011 18:14



    sedeynya... baru nak rapat2 gitu....dah tiada.... ketentuan ILLAHI...


eh, lupa nak bagi salam pulak..

ASSALAMUALAIKUM.....
selamat pagi semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 03:39 PM | Show all posts
Reply 1190# 7teen
kalau ada cerita sudi2lah share...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 03:41 PM | Show all posts
Reply 1191# mamapu3

lepas dah berubat tu kira lupa semualah.... nasib baik mamapu3 tak apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 04:18 PM | Show all posts
salam semua...
dah hampir smgu sy bace citer y menarik n seram kat thread ni...
best giler!!!ni pun sbb mmber y bg link sal forum ni..so sy pun stat la bace citer dr Zad n the gang...hehe...dulu asyik dgr y mmber je...kali ni bace y tahab2 gaban seram...hehe...sy pun ader gak 2 3 citer dr pgamalan sdri...tp xtau la seram ke utk bg korg...kalu boley nk la share sket...boleh kan??hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 04:22 PM | Show all posts
salam zad...ciksurie mai jeguk rumah zad....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2011 04:48 PM | Show all posts
Salaaamm.. Lame tak jpa.. Winduuu.. Mlm tadi otw p dinner ngan kids, tiba2 asben suruh mama baca ape yg patut.. Cuak skejap mama.. Balik mama tanya naper.. Die ckp nampak bebola api ...mama tanye die ikut kite ker.. Tak jawab asben..hermmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 05:56 PM | Show all posts
Reply 1189# zadzamusa

Dah lame tak bace cite hantu mirc. Rasenyer ade lagi satu yg popular, hantu menyamar kat mirc, kate keje bela ikan ke hape. Dah tak igt camne jalan citenye.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 07:05 PM | Show all posts
citer time aku tingkatan 4...tahun 2006 dulu...sekolah aku ni sekolah harian yang ader asrama bg student yang dok jauh2...tp mase tingkatan empat tu aku dah xdok asrama sbb pmr teruk..hehe...nak jadikan citer pagi tu ayah aku ader mesyuarat penting kat sekolah dia (ayah aku cikgu and aku slalu g sekolah ngn dia naik motor)...sbb sekolah ayah aku tu jauh sket, tepaksa la kami betolak awal pagi...kalu kompem smp lewat la...so kami betolak sebelum subuh lg...sejuk2 n mmg gelap gelita lg time tu...tp xde la rase seram sbb dah besa g sekolah awal2....

   smp kat sekolah aku, kitorg pun pegi surau sbb nak solat subuh...time tu baru masuk subuh n kitorg solat ngn sorg lg budak...(sorg je budak asrama turun solat jemaah..haish...hehe) then lepas solat tu ayah aku pun berangkat la g sekolah dia...aku pun dah siap2 pakai kasut balik, gerak la nak ke kelas...jarak surau ngn kelas xde la jauh sgt pun...tp sbb mase tu still gelap gelita, aku pun jalan slow2 je lah...tgh2 jln tu tb2 aku rase laen je...dah la sejuk semacam...tp myb sbb pagi buta...so aku wat donno je la...

   tgh2 jalan tu tb2 aku dgr bunyi kucing mengiauw(xtau eja..hehe) kuat tol...so makin rase pelik dah...sbb aku ni jenis kena kompem kan ape yang belaku di sekeliling aku pun cari la dr mana dtg nye bunyi kucing tu...pastu aku terpandang kat atas bumbung kat bgunan sebelah aku tu...ader sekor anak kucing warne hitam...kucing tu dok mengiauw cam kucing nak gaduh je...pastu kucing tu tgk aku ngn tenungan yang tajam...hehe...pelik gak pesal kucing tu tgk aku camtu...myb dia nk bg signal ape2 kot...kan org kate kucing or binatang ni ley nampak benda2 halus ni...

   lepas tu kucing tu pun lari pergi mane tah...dah gelap2 n dia pun hitam so xnmpak sgt la...so aku pun wat xtau je lah n teruskan pejalanan nk ke kelas...lepas 2 3 tapak aku jalan aku dgr lak bunyi pelik kat depan aku...bunyi cam org goncang pagar...hai pagi ni banyak lak bunyi pelik2...pastu cam td gak aku pun cari la dr mane bunyi tu dtg...tup2 aku nmpak kat depan aku...lebey kurang 15meter dr aku ader satu makhluk warne putih je suma dok goncang pagar tangga kat bgunan tepi kelas aku...punyer lah tekejut aku...makhluk tu cam pakai kain putih dr atas ke bawah...seram tol mase tu...

   aku pikir2 xkan la pak quard nak pakai suma serba putih n kenapa lak dia nk goncang pagar kan...baik dia bukak je guna kunci...so aku dah rase xsedap ati...kalu nak g kelas aku mmg kena lalu tepi makhluk tu...n dia tu xberenti2 dok goncang pagar...pastu 2 3 minit pikir aku pun decide nak patah balik...sbb mase tu mmg gelap sgt n xkan la aku nk g lalu tepi makhluk tu...kang xpasal2 dia tegur..."hai bang awal dtg sekolah?" xke haru aku nati...hehe...tmpat aku dok mase tu depan asrama...seb baik ader lampu kat asrama je...kalu x mmg gelap sgt lah...

   so lepas aku dah patah balik, aku letak la beg aku kat koop jap...n aku try nk g tgk balik tmpt td...bukan ape aku malas nk tgu lame2 kat situ...baik aku g kelas(aku xsiap homework sbb tu kena g kelas cepat2..haha)so aku decide nk g tgk melalui gate asrama...sbb situ kan terang sket...so berani la sket...hehe...aku pun pergi la tgk balik...alhamdulillah makhluk tu dah xde...n myd dia dah boring goncang pagar so g goncang bnda laen lak...haha...n mase tu kantin dah bukak lampu...makne nye dah ader org la kat kawsan tu...rase tkt tu kurang sket...aku pun g la amek beg aku n nak g kelas...

   tp sebenar nye kelas aku tu tepi pagar sekolah...n tepi pagar sekolah tu kubur...mmg kelas aku betol2 tepi kubur...huhu seram gak la nk g...tp sbb homework n takut kena marah ngn cikgu sanggup aku redah...hikhik...mase tu mmg gelap lg suma kelas...aku pun masuk kelas n wat omwork...tgu la mmber aku dtg n aku citer kat dia...dia pun dah rase seram...tp seb baik mase tu dah makin terang...aku pun xpasti makhluk tu ape sbb aku xberani nk g dekat kan...hehe...tp ader lg satu citer y mmber aku kat asrama nampak something kat situ gak...

   asrama laki kan depan tmpat aku nmpak makhluk td kan...so kalu dr asrama tu mmg boleh nmpak la pagar kat tangga tu...mase kawan aku citer ni time aku tingkatan 5...kire setaun lepas tu...dia ni suka cari2 makhluk2 halus...so malam tu dia terjaga dr tido...org laen still tido lg...tp aku pun xtau la kul berapa mase tu...dia ngn berani nyi kuar dr dorm n amek kamera utk rakam sekeliling asrama...so dia pun rakam la...pastu dia tidor balik...esk nye baru la dia tgk balik rakaman yang dia amek semalam...mase tgh2 tgk tu dia nmpak cam kain putih dok melayang2 kat depan pagar kat tangga yang same aku nmpak tu...mmg terkejut dia...seb baik dia xtgk rakaman tu mlm tu kalu x kompem la seram sejuk dah...hehe...

   so dia pun bgtau kat mmber2 termasuk la aku....tp aku lmbat sket dpat tau...n aku xdapat tgk video tu sbb dah lame sgt n dia dah wat balik kamera dia kat umah( biase la suma student xberani simpan brg2 mahal kat asrama..kang kena curi nyesal...hehe)...lepas je aku dgr citer dia aku pin citer kat dia peristiwa y tjadi kat aku dulu...so kire bnda tu ade kaitan gak la...dah la same2 warne putih...oh lupe lak nak bgtau...mase aku tingkatan 4 tu ader penah tejadi kes student kena rasuk kat kelas depan aku...seb baik bukan kelas aku...kire dekat gak la ngn tmpt kejadian tu...

   aku pun xpasti sgt citer student kena rasuk tu sbb mmber je y citer kat aku...kate nye tb2 sorg student ni menangis lam kelas...mase tu cikgu tgah ajar...so cikgu tu pelik la...pastu cikgu tu pun g tanye nape tb2 nanges...tkt2 ader masalah ke...pastu dia pun ketawa...suma student dah takut dah...walaupun mase tu siang lg tp seram gak weh tb2 jd camtu...hehe...budak tu macam nak mengamuk n dia tendang suma meja n kerusi kat ngn dia...suma budak dah kuar sbb tkt...cikgu tu suruh ketua kelas g panggil ustaz sbb dah nmpak cam kena rasuk...pastu cikgu tu n budak2 laki laen pakat g pegang dia xnk bg dia mracau2 lg...

   mase ustaz tu smp budak tu dah kena pegang n ustaz pun bace la ayat2...aku pun xigt dah ayat ape...myb ayat kursi kot...lepas tu budak tu pengsan sbb letih...seb baik la bnda y rasuk tu xkuat sgt...hantu tua kot...hehe...so mudah la sket nk lawan dia...kire nye byk gak kes y belaku kat kawasan tu...myb sbb skolah aku ni btol2 tepi kubur kot...so mudah la makhluk2 tu nk dtg singgah kat sekolah kami...

so ni salah satu peristiwa y aneh tjadi kat aku...sorry la kalu xbest sgt n penulisan aku teruk...besa la budak baru bjinak2 nak mnulis...hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:04 PM | Show all posts
baru khatam thread ni... best... hari-hari minggu ni duk bace crite kt cni je, pglmn sdri xde, xnk la jumpe ngan makhluk2 ni... better xtau dari tau hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052969 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list