CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 10-8-2011 10:54 PM | Show all posts
Wajib pertahan Islam

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
[email protected]


KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat.

Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 10:54 PM | Show all posts
Terima hakikat Islam agama rasmi - PUM

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Semua pihak termasuk orang bukan Islam diminta menerima hakikat serta akur bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, sehubungan itu, tidak sepatutnya ada pihak yang tampil mempertikaikan perkara tersebut ataupun cuba mengganggu-gugat agama Islam di negara ini.

"PUM amat bertegas dalam isu-isu terutamanya yang melibatkan umat Islam demi untuk mempertahankan akidah umat Islam," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, baru-baru ini.

Mohd. Roslan berkata, kepercayaan penuh harus diberikan kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama untuk menjalankan tugas mereka khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di Selangor.

"PUM berpandangan adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk menjaga hal ehwal Islam di Selangor, lebih-lebih lagi dalam isu-isu akidah yang merupakan perkara teras dalam Islam," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd. Kadir berkata, semua pihak perlu menghormati sensitiviti agama dan budaya rakyat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, rumah ibadat merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mengambil peranan mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

"Bagi memastikan ia berjaya, Accin meminta usaha memurtadkan penganut Islam dihentikan dengan segera.

"Ini bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam adalah agama Persekutuan, agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama Islam dan sensitiviti umatnya," ujar beliau lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:54 PM | Show all posts
peguam DAP pasti akan jadi pembela dalam hal ni....ehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:55 PM | Show all posts
Kuiz Islam ditemui dalam gereja

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]

SHAH ALAM 9 Ogos – Gabungan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mempersoalkan niat sebenar pihak Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya sekali gus menimbulkan keraguan apabila mengedarkan kuiz mengenai agama Islam kepada hadirin pada majlis makan malam di gereja berkenaan, 3 Ogos lalu.

Wakil NGO tersebut, Dr. Dzulkhaini Husain percaya gereja itu mempunyai agenda tersendiri apabila mengedarkan kertas soalan kuiz itu kerana ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan, hampir 80 peratus hadirin adalah bukan Islam.

Malah katanya, paling meragukan ialah pihaknya difahamkan JAIS menemui kertas soalan kuiz tersebut yang dikoyakkan dan dibuang di dalam tong sampah ketika pemeriksaan dilakukan.

“Ini yang kita persoalkan. Apa rasional pihak penganjur majlis itu mengadakan kuiz yang menjurus mengenai soalan yang berkaitan hal-hal agama Islam sedangkan majoriti hadirin bukan Islam manakala lokasi penganjuran dibuat di gereja.

“Jadi, apa sebenarnya niat pihak penganjur mengadakan kuiz itu yang merupakan salah satu program dalam majlis tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Dzulkhaini, 12 soalan yang dikemukakan dalam kuiz itu antaranya ‘apakah maksud perkataan Islam’, ‘apakah maksud perkataan muslim’, ‘apakah maksud perkataan Quran’, ‘apakah 5 rukun Islam’ dan ‘apakah 6 perkara iman muslim’ tidak signifikan untuk ditanya kepada orang bukan Islam.

“Kenapa soalan-soalan ini yang menjadi keutamaan pihak penganjur. Adakah orang bukan Islam yang berada di gereja itu menyertai kuiz itu?” soalnya.

Dzulkhaini yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, berdasarkan atur cara majlis itu, antara acara yang diadakan ialah tarian, ucapan, makan malam dan persembahan muzik.

“Dalam majlis itu turut diselitkan nyanyian ‘Allahuakbar dan Alhamdulillah’ yang dicatatkan di antara pukul 8.50 malam hingga 9.25 malam,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:57 PM | Show all posts
ok...aku dah sampaikan kewajipan aku utk memperingatkan sesama islam....aku pun turut hadir masa perkasa buat report polis....selebihnya terpulanglah pada polis...dan terpulang pada momod...ok nak tido
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 10:58 PM | Show all posts
Ya, memang bodoh belaka utk mengadakan sesi  nyayian.

Saya berharap mereka yang buat majlis ini ditangkap supaya tiada lagi yang buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 11:04 PM | Show all posts
utusan cakap ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:07 AM | Show all posts
thread kesukaan balaci yahudi hidung kemek .
tengok derang dah masuk semua pyrokura2, rothchild,gogo, vokuro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 12:27 AM | Show all posts
dasar punganut agama mulayu, buat kuiz pasal iselam pun berdosa ........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:29 AM | Show all posts
ok...aku dah sampaikan kewajipan aku utk memperingatkan sesama islam....aku pun turut hadir masa per ...
mamaque Post at 10-8-2011 22:57


tapi bersikap rasis/assobiyah tu SANGAT BERTENTANGAN dgn Iselam....apelah ko ni, ambik sekerat-sekerat jah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:31 AM | Show all posts
Dah la tu....Khalid Jambul dah merayu-rayu mintak ampun kat Gereja....kira settle le tu.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:47 AM | Show all posts
Maka benarlah agama Kristian tu..














p/s-Untuk menyesatkan akidah umat Islam
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 12:53 AM | Show all posts
macam xda masjid nak buka puasa...dah

mana pegi wang zakat n baitulmal bertimbun ?

buat kembong kan perut mereka saja ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:33 AM | Show all posts
forumer yg beragama kristian mesti sentap kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:21 AM | Show all posts
dah kantoi ada bukti, baru mengaku ......
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 03:38 AM | Show all posts
sebab JAIS penuh dengan orang-orang yang bodoh belaka kot. Takkan lah nak serbu gereja. Se ...
gogo2 Post at 4-8-2011 09:56


mungkin kita tak tahu apa yang pihak JAIS tahu. jangan hendak sgt "jaga muka", kita secara tak langsung "menyokong" pihak gereja.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 03:58 AM | Show all posts
pelik.

sesama Islam yg berlainan parti asyik bertelagah.nak taksub sekalipun,taksub pada Allah.


p/s: penyokong setia Allah.bukan penyokong taksub mana2 parti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 04:00 AM | Show all posts
forumer yg beragama kristian mesti sentap kan?
roblucci Post at 11-8-2011 01:33



    contoh>
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:34 AM | Show all posts
20 NGO baghal pencacai parti politaik

kecimpret Post at 10-8-2011 14:33


tapi yang datang kat perhimpunan haram ni tak sampai 20...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 06:44 AM | Show all posts
Prrffthhhhhh.. Dah kantoi tukar strategy..


Apa khalid nak jawab skang? Tambahan pula apa JAIS buat adalah sah di sisi undang2. Yg dia melatah terus kowtow sebelum dpt laporan JAIS tu pasaipa?



Bodo2 jerk abe heng dpt extra brownie points without doing anything
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.135394 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list