CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Galakkan poligami, bukan menyusahkan

[Copy link]
Post time 28-5-2014 04:35 AM | Show all posts
ini satu lagi ...pernyataan tentang umur  Saiyidatina 'Aisyah RA


Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3473

Catitan: Perang Badar berlaku pada tarhun 2 Hijrah. Isteri nabi saw Aishah r.a dilapor menyertai Badar. Jadi tentu umurnya sekitar lebih 15 tahun – bukan 9 – 10 tahun!




Yang dipersolakan bukan hadis tetapi catitan hujung yang bertulis biru. Teman tersebut berkata TIDAK WAJAR saya mempertikaikan umur Aishah r.a semasa berkahwin dengan nabis s.a.w.

Punca masalah ini ialah : berdasarkan kepada riwayat Hisham,  Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).




Bagi menghurai masalah ini elok ditekuni kertas kerja oleh Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi, seorang ulama India bertajuk :

PEMURNIAAN SEJARAH : UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Dalam kertas kerja ini penulis telah memberi 24 hujah menolak  pendapat Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun.




Untuk menjawab komen sahabat tersebut saya catitkan 2 hujah yang berkaitan sahaja, iaitu hujah ke 10 dan ke 11 :





HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM
PEPERANGAN BADAR




Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut . Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”


Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak.


Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi. Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)


Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau (‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah.

Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar.

Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh
sembilan tahun, adalah salah.

Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.


Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.


Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana.


Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.

Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.


Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benarbenar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!


Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawiperawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!


Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat
ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a.

Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera. Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohongpembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar. Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.

Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui.


Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!; sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu masa. Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu ajaran Syiah) . Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali , al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang jahil dan jahat.



HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAKKANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG




Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.

Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.


Inilah satu-satunya peperangan semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini.


Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi.

Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperanganialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.

Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?


Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun? Seorang wanita mampu melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.


Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanakkanak perempuan bawah umur. Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan
berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung. Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :


1. Ummu Ammarah r.a. :




Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a.yang turut melindungi Rasulullah s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan
sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.


Beliau r.a. juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .


2. Ummu Sulaim r.a. :




Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud. Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)


Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata. Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.


3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :




Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanakkanak bawah umur. Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulangalik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)


Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin r.a. yang berumur 10 tahun dibebankan dengan tugas berat ini Saudara, perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau r.a. mengahwini  Rasulullah SAW


sumber petikan : http://aburedza.wordpress.com/20 ... n-rasulullah-s-a-w/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 06:11 AM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:12 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:22 AM | Show all posts
Orange1 posted on 27-5-2014 11:49 PM
Noor thanksss ini le lagu yg i suka, u dah dgr? Bestttt sgttt im callin youuuuu. Kak @Bed ...

dah tidoq dah....asai pukul 10 ja mula mengantuk dah mata... kalau esoknya cuti tak pulak mengantuk...

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:05 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-5-2014 04:35 AM
ini satu lagi ...pernyataan tentang umur  Saiyidatina 'Aisyah RA



thanx dearie untuk info tu, baru kaka paham bab ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:24 AM | Show all posts
Orange1 posted on 28-5-2014 01:57 AM
Amboiii akak oiii emosinya thread ambik perhatian? Kejar publisiti n glamour ke maksud akak?; ...

okay panjang je tulis

kalau u bawa semua dalil tu pun i havea few people yg boleh scrutinised your  facts dan i  think you tak berani nyer pi board agama

hahahaa


macam ni laa hang boleh jawab pun kan

sehabis baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 11:40 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-5-2014 02:11 AM
macam tulaaa habih nyer gaya pos tu kan

soalan soalan i

Adoila ko ni masih tak phm konsep ke? Ko yg melalak masuk sini quoted posting aku so ko lah kena bwk facts bukan bg siri soalan kat org lak. Nasib baik ko dah jupa blog yg blh copy paste dr ko melalak suruh g cari thread lama. Ko ni kan jenis tqk blh represent agama org pakat lari sbb cara ko annoying gila.
Last edited by Orange1 on 28-5-2014 12:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:44 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-5-2014 07:24 AM
okay panjang je tulis

kalau u bawa semua dalil tu pun i havea few people yg boleh scrutinised y ...

Lobainita oiii dgn ko ni mmg tak blh ckp baik2 sbb ko ni jenis annoying gila, ko patutnya diharamkan represent agama sbb pengikut akan menyampah gila dgn ko n kemungkinan bsr akan menjauhkan diri dr agama yg ko bwk tu. Kenapa ko nak desak aku g bod agama aku punya sukalah mana aku nak pegi or taknak pegi! Period!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:55 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-5-2014 04:35 AM
ini satu lagi ...pernyataan tentang umur  Saiyidatina 'Aisyah RA

Argurment ni semua aku dah pnh baca, mmg diketahui n nampak jelas sgt ada sbhg moslems yg iya2 cuba menafikan umur aicha 6 thn even ramai jah moslem scholars sendiri yg mengaku mmg umur aicha 6 thn masa kawin. N juga scholars ni pun mmg ada ckp jugak tentang glgan moslems yg denied umur aicha 6 thn buat kesilapan yg bsr. Even masa sekolah rendah pun aku blh ingat ustazah ajar aichaumur 6 thn, so adakah kita diajar islam versi yg salah???
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:01 PM | Show all posts
noor2 posted on 28-5-2014 06:22 AM
dah tidoq dah....asai pukul 10 ja mula mengantuk dah mata... kalau esoknya cuti tak pulak mengan ...

Biasalah tu noor, hehe, lqgi dua hari jah weekn dah tu blh rehat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:45 PM | Show all posts
Golongan moslem yg rasa malu n terhina dgn perbuatan baginda menafikan umur aicha 6 thn. Golongan ni lah yg mula mencari segala sudut utk menafikan umur aicha 6 thn spt yg tercatat dlm hadith2 soheh, perbuatan golongan ni ternyata menghina baginda saw, mati nanti jawablah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:15 PM | Show all posts
Orange1 posted on 28-5-2014 11:55 AM
Argurment ni semua aku dah pnh baca, mmg diketahui n nampak jelas sgt ada sbhg moslems yg iya2 cub ...

of course dah pernah bace....suruh jawab tak mau ....

hmm....macam tu laa seadanya jawapan...

mostly your judgement  kalau memang diketahui org argued about the authenticity of Hisyam's sources...awat tak bubuh dalam posting  sejujur jujurnya
bukan selectuve ambik then tinggalkan

u could have done that but you did nit

well...again

self preserving post , well....

hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:20 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 28-5-2014 06:15 PM
of course dah pernah bace....suruh jawab tak mau ....

hmm....macam tu laa seadanya jawapan...

Part umur aicha ni tiba2 ko join kassim ahmad ye? Tiba2 part ni je sumbernya dr seorg lelaki yg nyanyuk hilang ingatan go figure
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:21 PM | Show all posts
Part lain belum nyanyuk katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:23 PM | Show all posts
Part umur aicha tiba2 jadi penentang hadith
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:27 PM | Show all posts
RockRockRock posted on 28-5-2014 06:12 AM

Salleh yaakob betul2 amalkan sunnah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 06:31 PM | Show all posts
Orange1 posted on 28-5-2014 06:20 PM
Part umur aicha ni tiba2 ko join kassim ahmad ye? Tiba2 part ni je sumbernya dr seorg lelaki  ...

u see? accusing tone...kasim ahmad pembenci hadith

kalau tahu awat tak jawab soalan ni

defined nabi
rasul
sifat wajib rasul?

u rasa rasul attitde cerca cerca orang ke?

then , u cant even answer hisyam bin urwah, dan why Anas bin Malik tolak

u trak boleh argue dari sudut akademik pun as to why

sesetangah ulamak hadoth still menerima riwayat hisyam

sama ada riwayat sejarah   atau dianggap sebagai riwayat hadith

apa yg you hanya mampu tulis ....dan mampu buat untuk keskiaan kali ialah

posting lagu ni  je lahhhhh


kesian Saidatina 'Aisyah RA dan Baginda Muhammad SAW susah payah dakwah Islam dapt  tangan macam you ...habis...

u can go on fitnah but you know Puan

are you happy sampai life timebuat kerja guna anggota pinjaman Allah tulsi macam ni ?

saya bukan nak kata apalah minta maaf cakap ye...kalau ada ibu saya tulis macam ni, saya amat malu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 06:34 PM | Show all posts
aku harap Lobai SAR JET POLIGAMI nie pertimbangkan utk kahwin dgn janda, bekas pelacur & mangsa rogol..... bimbinglah mereka ke jalan yg diredhai oleh Allah SWT
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:30 PM | Show all posts
Orange1 posted on 28-5-2014 01:36 AM
Salamolekom ustaz dlm kitab sunnah takde perkataan pedo ustaz tapi ada cerita psl lelaki umur 50 ...

Wa'alaikumussalam kak Orange1. Salah tu kak Orange1. Dalam kitab sains pun takde yg kata "perkahwinan antara lelaki berumur dgn wanita berumur 6 tahun" itu adalah pedophilia. Kak Orange1 boleh check sendiri kriteria-kriteria atau definasi pedophilia dari sudut sains.

Perkahwinan dgn pasangan yg berusia muda adalah normal pada zaman dahulu. Bagaimana kak Orange1 boleh tahu perkahwinan tersebut adalah berdasarkan 'pedophilia' dan bukannya atas faktor perkahwinan sebegitu dibenarkan pada zaman dahulu? Apakah orang2 dahulu pedophilies? Apakah terdapat kajian/bukti mengenainya?

Memberikan definasi "perkahwinan antara lelaki berumur dgn wanita berumur 6 tahun" sebagai pedophilia adalah tidak tepat.

P/S: By the way, saya bukanlah ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya kawin ngan budak umur 6 tahun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 1.654134 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list