|
Shahz, Miera mula menyemai cinta
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
[email protected]
Gambar AMIN FARIJ HASAN
SHAHZ Jaszle mengaku hatinya kini milik Miera Leyana.
SEWAKTU menemu bual Shahz Jaszle, 23, di lokasi penggambaran filem Rentaz di Prangin Mall, Pulau Pinang baru-baru ini, pihak media tidak melepaskan peluang bertanya siapakah kekasihnya ketika ini setelah putus cinta dengan Maria Farida.
Shahz Jaszle yang pernah digosipkan dengan Neelofa selepas itu, dengan tenang memberitahu dengan penuh terbuka bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon Miera Leyana Kasmi, 18.
"Yes, I'm seeing Miera right now," itulah jawapan ringkas Shahz yang memegang watak Jeff dalam filem Rentaz.
Jawapan Shahz atau nama sebenarnya, Shahrizal Jaszle Jasmin dianggap tidak serius kerana dia dan Miera memang berlakon sebagai pasangan kekasih dalam filem arahan Mamat Khalid itu.
Kata Shahz, perkenalan mereka wujud sejak lapan tahun lalu kerana masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
"Miera adalah junior saya. Dulu saya memang ada hati padanya tapi tidak kesampaian kerana dia rapat dengan kawan baik saya.
"Kelakarnya, bila diungkap balik cerita lama, kami pernah berlakon bersama dalam drama Luna Fantasiku. Waktu itu Miera di tingkatan dua dan kini selepas digandingkan dalam Rentaz, barulah kami rapat. Dulu tidak berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain," cerita Shahz yang cukup popular dengan drama bersiri Asmara dan Gemilang ini lagi.
Shahz yang mengaku lebih gemar lepak di rumah apabila tidak menjalani penggambaran berkata, selepas putus cinta dengan Maria, dia tidak mempunyai teman wanita selama lapan bulan.
Meskipun Shahz dengan Miera baru rapat ketika penggambaran Rentaz yang bermula sebelum Ramadan lalu, namun hubungan mereka mendapat restu keluarga.
"Saya bukan sekadar kenal Miera tapi juga abang dia kerana kami berkawan. Saya jenis yang suka berterus terang. Sejak dulu lagi kalau orang tanya siapa teman wanita, saya akan beritahu," akuinya yang akan muncul dengan filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman, Februari depan.
Shahz yang sering dikelilingi wanita jelita berkata, dia selesa berkawan dengan Miera kerana perangai pelakon itu yang sempoi dan tidak hipokrit.
"Dia memang muda tapi matang dan saya senang berkomunikasi dengannya dalam apa jua hal. Pengalaman mengajar saya bahawa kecantikan bukanlah segalanya kerana yang penting adalah persefahaman," jelasnya.
Menyedari hubungannya dengan Miera yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berpakaian seksi bakal diperkata ramai, Shahz berkata, biarlah apa orang hendak cakap kerana yang penting mereka tidak mengganggu hidup orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta lokasi VS cinta promosi
Ditulis oleh Rosli Manah Rabu, 14 September 2011 15:56
Pelakon sensasi Shahz Jaszle kini sedang rancak menjalani penggambaran fiem Rentaz arahan Mamat Khalid. Heroinnya pelakon cantik yang tak kurang kontroversinya, Miera Leyana.
Bila pihak media ke lokasi membuat liputan pembikinan filem itu mereka saling membuat pengakuan sedang menjalin hubungan mesra. Mengaku sedang menyemai benih-benih cinta. Mudahnya jatuh cinta. Cinta apa namanya itu?
Neelofa pernah terkait dengan Shahz Jaszle.
Semua peminat mengikuti perkembangan kisah luar layar Shahz. Bila berlakon filem ada sahaja cerita peribadi yang dibongkarkan. Masih ingat tak dengan kontroversi putus cinta dengan Maria Farida dan kehadiran Neelofa dulu?
Bila ada gosip pasal hubungan mereka, Shahz mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Maria. Selepas itu nama Shahz semakin dapat perhatian. Kebetulan drama bersiri Asmara sedang ditayangkan. Agaknya dia nampak peranan gosip cinta dalam menaikkan namanya.
Tidak lama selepas membuat pengakuan cinta, Shahz dapat tawaran menjadi hero filem remake Azura 2011 arahan Aziz M. Osman. Penggambarannya turut di buat di Kota London. Semasa dia masih lagi di sana ada gosip pasal hubungannya dengan Maria bermasalah.
Tidak lama selepas itu mereka mengakui pasal hubungan cinta yang tak kesampaian. Masuk pula nama Neelofa yang tiba-tiba menjadi popular kerana namanya terpalit dalam gosip cinta tiga segi Maria-Shahz-Neelofa. Neelofa mula mendapat perhatian. Sekarang dia semakin dikenali dan meraih banyak tawaran. Ada juga cerita diburu golongan VIP.
Adakah benar ada rasa cinta?
Sekembali ke tanah air, mereka kelihatan rapat namun tidak pernah membuat kenyataan rasmi pasal menjalin hubungan cinta. Namun ada yang membuat andaian bahawa memang wujud hubungan di antara mereka. Apatah lagi adik perempuan Shahz turut membantu urusan seni Neelofa seketika.
Lama juga huibungan mereka diperkatakan. Tiba-tiba bila Shahz berlakon dengan Miera, pelakon remaja itu pula yang menjadi buah cinta Shahz. Adakah benar wujudnya cinta lokasi di antara mereka atau hanya sekadar cinta promosi?
Maklumlah sekarang ini banyak filem dihasilkan dan penerbit serta pengarah pasti mencari jalan terbaik mempromosikan filem mereka. Pihak bahagian promosi lebih-lebih lagilah pening kepada fikir langkah memasarkan filem.
Adakah gosip dan pengakuan cinta hero dan heroin filem itu menjadi salah satu alat untuk mengukuhkan ingatan bakal penonton terhadap filem yang dijangka ditayangkan tahun depan itu. Isu di Mangga Online ini pun sebenarnya turut mempromosikan filem itu secara tak langsung.
Apabila orang bercakap pasal Shahz dan Miera, orang akan ingatkan filem Rentaz kerana mereka mula menjalin hubungan cinta ketika di lokasi penggambaran filem itu. Mereka mengaku sudah kenal sejak zaman persekolahan lagi, tapi tak sempat berkenalan mesra.
Selepas berlakon bersama barulah di teruna mula menyelami hati si anak dara. Dulu si teruna tak sempat nak berkenalan dengan si dara sebab ada kawan lain yang masuk jarum dulu. Dia pendamkan perasaan demi persahabatan.
Macam wayang pun ada juga kisah itu kan? Biasalah tu ayat klise pelakon-pelakon kita sejak dulu hingga ke hari ini. Tunggulah nanti macam mana kesudahan hubungan mereka.
Adakah berpanjangan ataupun berakhir bila penggambaran tamat dan si hero bertemu heroin lain dalam projek filem akan datang?
Modal apa pula nak dimainkan kalau benar hati Shahz kini dimiliki si heroin Rentaz itu? Tunggu dan lihatlah macam mana.
Miera juga pernah mengaku pengalaman putus cinta dengan lelaki-lelaki terdahulu. Walaupun baru berusia belasan tahun dia sudah matang dalam cinta (kalau kematangan seseorang wanita diukur pada cinta yang hadir dalam hidup mereka).
Saya tak mahulah mengatakan cerita itu sekadar promosi sebab kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka. Manalah tahu mereka benar-benar saling jatuh cinta di lokasi penggambaran kan? Hanya mereka yang tahu.
Adakah dalam mengecapi kecanggihan teknologi hari ini, promosi cinta masih relevan dalam menentukan kejayaan sesebuah filem. Dulu memanglah pengarah sengaja mencari pasangan pelakon yang sedang menjalin hubungan cinta untuk melariskan filem mereka.
Sebab itulah semasa Awie dan Erra Fazira bercinta dan bertunang mereka kerap digandingkan dalam filem bersama-sama. Memang menjadi dan filem mereka mencatat kutipan tertinggi pada masa itu.
Bila Erra dan Yusry pula bercinta selepas Erra putus hubungan dengan Awie, mereka juga digandingkan dalam beberapa filem. Malah detik bersejarah persandingan mereka juga dimuatkan dalam salah sebuah filem lakonan mereka.
Itu kisah masa lalu. Hari ini perlukah lagi gimik macam itu. Filem KL Gangster tak ada pasangan cinta pun, malah menitikberatkan watak pelakon lelaki, berjaya kutip lebih RM12 juta. Pelakon paling popular dan berbakat besar, Shahiezy Sam juga tak pernah pula digandingkan dengan kekasihnya, tapi filem-filem lakonannya antara yang mengaut kutipan tertinggi.
Pengarang: Dah banyak menyaksikan kecundangnya cinta lokasi artis kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1219# shalady
sha, mana dpt gambar first yg nampak bulu dada tu? mmg dh x boleh cover dh bulu dada die ni |
|
|
|
|
|
|
|
kat t le tash..awai lg dr gambo yg ke 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya kebenaran muncul juga
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
[email protected]
Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM & SAFIYANA SALIM
TIDAK ada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata tatkala melihatkan orang lain mengecapi kebahagiaan. Luruh segala beban yang ditanggung selama ini apabila melihat orang yang pernah dikaitkan dengan dirinya sedang menyulam bahagia.
Bagi pelakon Jiwa & Lara ini tidak ada apa yang mampu dizahirkan selain berdoa kebahagiaan Shahz Jaszle dan pelakon baru Miera Liyana yang sedang enak berkasih.
Sambil mengakui Shahz Jaszle sebagai lelaki yang cukup baik sebagai seorang teman, dia yakin mereka mampu mengecap bahagia seperti mana yang diinginkan.
Selama ini orang sering menganggap dirinya sebagai orang ketiga yang meruntuhkan kebahagiaan Shahz Jazle dan pelakon Maria Farida. Nama Neelofa Mohd Noor yang naik panas dengan gosip dan cerita kurang benar yang menghimpit perjalanan karier seninya.
Diasak dengan pelbagai spekulasi, dianggap sebagai orang ketiga yang menggugat kebahagiaan pasangan itu sehinggalah namanya sering kali dikaitkan sebagai suri di hati lelaki muda itu.
Pun, akhirnya kebenaran muncul juga. Cakap-cakap orang yang menuduh dirinya dengan pelbagai tomahan akhirnya lenyap dek pengakuan merpati dua sejoli itu.
“Hendak tahu perasaan Lofa? Sudah tentu sangat-sangat lega dengan pengakuan Shahz Jazle bahawa dia mencintai Miera Liyana itu. Maknanya, kalau benar mereka sekarang ini sudah jadi pasangan kekasih dan membuat pengakuan, Lofa tidak lagi menjadi mangsa tohmahan orang.
“Selama ini Lofa hanya diam sebab tak nak keruhkan lagi keadaan. Orang tak henti kata itu dan ini. Sampaikan satu tahap, Lofa memang benar-benar tak tahan dengan kata-kata yang dilemparkan.
“Bila nama Lofa dikaitkan sebagai perampas, siapa yang tak sedih. Lagi-lagi memang Lofa tak pernah buat kerja jahat macam tu.
“Sekarang Lofa lega sangat-sangat sebab semuanya dah berakhir. Akhirnya spekulasi tentang itu dah padam dan orang tahu juga siapa yang benar atau salah.
“Kalau nak cakap pasal gembira, memang Lofa orang yang paling gembira sekarang. Setidak-tidaknya Lofa boleh fokus pada perkara lain dan terus melupakan kesengsaraan yang Lofa pernah hadapi selama ini,” katanya yang mesra disapa dengan nama Lofa.
Percaya kepada karma
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau mata yang memandang sudah rasa berat, apatah lagi yang melaluinya.
Bagai tak ada kesudahan bila berbicara kisah pelakon filem Azura 2012 ini. Lepas satu perkara terus ke perkara yang lain, semuanya terpaksa dijunjung atas jemala kepalanya.
Sejak awal penglibatannya sebagai anak seni, sudah puas dia dihentam. Orang keliling bagaikan tidak pernah jemu untuk melihat dirinya tersungkur sebelum mengecap apa-apa kejayaan.
Kalau ada yang masih ingat dia pernah terhimpit dalam kontroversi pertandingan yang menaikkan dirinya. Lemparan kata-kata nista bagai membalut tubuhnya supaya tidak melangkah jauh.
Terheret dalam kontroversi meruntuh hubungan cinta lelaki pujaan ramai itu, cerita Neelofa tidak habis setakat itu apabila dia dituduh bermasam muka dengan seorang pelakon.
“Apa lagi yang orang nak buat pada saya? Orang lain sebenarnya yang sering menjerat saya ke kancah.
“Bagaimanapun, saya percaya pada karma. Kalau hari ini kita buat orang, lambat laun kita akan dapat balasan sama seperti apa yang kita dah buat.
“Cukup-cukuplah buat nama saya panas. Memang tiap-tiap cerita panas itu memberikan impak pada saya kembali, tapi janganlah dengan cara memanaskan cerita saya,” jelasnya lagi.
Meninggalkan semua itu dalam lipatan sejarah, Lofa akur pada ketentuan. Semakin banyak dia diuji semakin banyak perkara baru yang dipelajarinya.
Apa yang pasti Lofa cukup berhati-hati dalam soal persahabatan kerana kadang-kala persahabatan yang dijalin dengan rasa yang cukup ikhlas itulah yang akan memakan diri.
Bukan satu atau dua cerita yang didengar, dilihat dan dilalui. Sudah banyak cerita kawan makan kawan yang akhirnya mendatangkan gelora yang cukup besar. Lantas ia membutakan dirinya berhati-hati memilih siapa kawan.
“Kalau nak tahu Lofa memang berkawan dengan semua orang. Kalau tanya siapa kawan baik Lofa, memang tak ada. Bukan apa, Lofa susah nak percaya pada orang.
“Baik dengan Lofa tak bererti Lofa akan cerita segala hal dengan mereka. Lebih baik Lofa bercerita pada ahli keluarga sendiri atau dengan sepupu-sepupu Lofa kerana mereka darah daging Lofa.
“Bab persahabatan ni memang cukup sensitif. Selagi mampu berbuat baik, Lofa akan cuba buat baik dengan semua orang,” tambahnya.
l Sering berendam airmata
MELIHATKAN raut wajah gadis ini tidak ada siapa yang dapat menyelam apa yang tersirat dalam sanubarinya. Semakin lama berbicara dengan gadis berusia 22 tahun ini semakin banyak debar yang dirasa.
Tidak pernah berniat untuk menyembunyikan apa-apa, kata Lofa dia cukup sedar yang liku sebagai anak seni ini tidak semudah yang disangka.
Orang seringkali melihat perjalanan dirinya cukup indah tanpa sebarang masalah besar sedangkan hakikat itu tidak seindah mana. Sama seperti insan seni yang lain, Lofa pernah merasakan kesengsaraan itu.
Akui anak ketiga ini lagi, pernah satu ketika dia menangis mengenangkan peristiwa yang pernah terjadi padanya. Hampir kering air mata bila membaca cerita yang kurang enak tentang dirinya yang cukup menghiris sanubari.
Apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis kecil molek ini selain menangis sendirian. Air mata yang tumpah masih belum dapat menghilang segala cerita buruk dirinya tapi setidak-tidaknya dia hanya itu jalan yang dia ada.
“Pernah satu ketika Lofa menangis sambil menjerit dalam bilik. Tak tahu apa nak buat bila orang masih terus memburuk-burukkan Lofa. Apa teruk sangatkah aku ni? Kenapa orang sibuk menjaja kisah buruk Lofa?
“Berendam air mata tu dah memang selalu sangat. Lofa tak malu nak akui sebab itu memang terjadi pada Lofa.
“Padahal dalam keluarga, Lofa merupakan orang yang paling susah hendak menangis. Memang air mata Lofa jarang tumpah berbanding adik beradik yang lain. Barangkali tekanan sebagai anak seni itu yang membuatkan Lofa menyerah kalah.
“Lagi banyak air mata yang tumpah lagi kuat azam Lofa nak jadi yang terbaik. Kalau boleh Lofa nak setiap titis air mata itu berbayar dengan kejayaan Lofa pada masa hadapan.
“Itu memang azam Lofa bila keadaan kembali tenang. Untuk apa terus
mengalirkan air mata sedangkan tak ada kejayaan yang kita kecapi untuk diri sendiri,” katanya.
l Lelaki terakhir di hati
“LELAKI akan duduk di tangga terakhir dalam senarai Lofa buat masa ini. Yang pertama Lofa akan dahulukan keluarga, pelajaran, bisnes dan barulah lelaki.
“Untuk apa mendahulukan lelaki pada masa ini. Lofa masih muda dan masih banyak lagi perkara yang perlu dicapai untuk jaminan masa hadapan.
Kalau semua impian dah tercapai, barulah Lofa fikir tentang lelaki mana yang akan menjadi pelindung masa hadapan,” kata Lofa saat diminta menjelaskan status terkininya.
Sambil menyatakan dia masih single, Lofa cukup mengharapkan pada masa hadapan
dia akan bertemu dengan lelaki yang benar-benar baik untuk dirinya. Tidak lokek berkongsi ciri-ciri lelaki idaman, jelas Lofa dia mencari lelaki yang ada gaya dan cukup sensitif dengan apa yang dia mahu.
“Lelaki mesti pandai buat keputusan. Tak kira keputusan besar atau kecil, lelaki yang Lofa suka mestilah tegas dan pandai menentukan apa sahaja. Kalau sampai bab makan pun Lofa nak tentukan, itu memang masalah pada Lofa.
“Kalau letak ciri-ciri yang khusus memang kita tak jumpa. Tak kisah lelaki usia mana semuanya mesti ada ciri-ciri itu. Tapi Lofa harap akan jumpa yang sama baya atau tua dua atau tiga tahun dari Lofa,” katanya tertawa. |
|
|
|
|
|
|
|
sedeyyy bagi pihak lofa... tak pe cinta promosi ada |
|
|
|
|
|
|
|
rindu esje
|
|
|
|
|
|
|
|
betoi ka esje n ML nak kawin cepat...
moga berbahgie n berkekalan ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by oddxx at 21-9-2011 13:47
Jawablah!: Bukan cinta lokasi
Berita Harian 21 September 2011
Cerita Artis Selebriti hari ini,
Hip
Shahz Jaszle dan Miera Liyana
Shahz Jaszle dan Miera Liyana
Serius bercinta, sedia melamar Miera
SEJAK tersiarnya kisah pengakuan cinta mereka, banyak maklum balas yang diterima daripada khalayak. Ada yang suka, tak kurang juga yang mencebik sebagai tanda kurang senang.
Macam susah bagi sesetengah peminat dunia hiburan menerima hakikat bahawa pelakon muda yang semakin meningkat, Shahz Jaszle mengaku memang bercinta dengan bintang muda sensasi, Miera Liyana. Mungkin sudah kerap kena gosip bercinta membuatkan ramai yang menganggap keintiman pasangan itu tidak ubah seperti cinta lokasi.
Apatah lagi, Shahz sendiri sebelum ini pernah dikaitkan Maria Farida dan Neelofa. Mengulas dakwaan cinta lokasi, Shahz berkata dalam hidupnya tidak pernah wujud perkataan ‘cinta lokasi’. Betulkah apa yang dikatakan jejaka ini?
Hip: Apa komen Shahz Jaszle apabila sering dikaitkan dengan cinta lokasi?
Shahz Jaszle (Shahz): Saya tidak pernah menganggap yang hubungan saya dengan teman wanita sebagai cinta lokasi. Hanya ada dua wanita saja yang saya mengaku ada hubungan istimewa dengan mereka dan kami pernah berlakon sama iaitu Maria Farida dan Miera Liyana. Dengan Neelofa, kami tak bercinta. Sebaliknya gosip saja. Pada saya, apabila tiba masanya jatuh cinta, saya akan serius dan mengharapkan percintaan itu kekal sehingga berumah tangga.
Hip: Ada yang menganggap pengakuan cinta kamu bersama Miera adalah gimik untuk filem Rentaz.
Shahz: Orang boleh berkata apa saja. Saya tidak kisah dan memang sudah bersedia dengan segala komen yang akan timbul selepas ini. Saya mencintai Miera dengan ikhlas. Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Malah sejak berkawan dengan Maria dulu, saya memang sudah bersedia bergelar suami. Mungkin orang melihat saya masih muda dan terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga. Saya memang seorang yang suka hidup berkeluarga.
Hip: Tak bimbang bercinta sesama artis?
Shahz: Saya sedar perkara itu dan sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku. Sebelum ini pun banyak cerita kurang baik apabila bercinta sesama artis. Jadi saya sudah biasa dengan situasi itu. Disebabkan itulah kalau boleh saya mahu kahwin awal. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa memilih Miera. Selain sudah mengenali sejak di bangku sekolah lagi, dia juga matang. Mungkin dari segi usia, dia muda tapi pemikirannya melangkau jauh bagai orang dewasa. Apa yang penting kami serasi serta kedua orang tua kami merestui perhubungan kami.
Hip: Adakah pengakuan bercinta ini sebagai satu cara untuk menutup mulut mereka yang mengatakan anda adalah seorang playboy?
Shahz: Pengakuan ini tidak ada kena mengena dengan cakap orang. Memang kami bercinta dan saya umumkan perkara ini pun kerana tak mahu masyarakat membuat pelbagai spekulasi yang tidak benar mengenai saya. Cukuplah dengan segala cerita kurang manis sebelum ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukanlah insan yang mudah jatuh cinta atau gemar mempermainkan perasaan orang lain seperti yang didakwa.
Hip: Jadi bilakah masa yang sesuai untuk melamar?
Shahz: Mungkin selepas mendapat apa yang saya hajati, barulah saya rasa itu adalah masa yang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Kalau boleh memang nak cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt izara ni..
if esje ambik dia confirm aku setuju..
tengok gaya baik orgnye..seksi pun kurang..
awat x bepeluang lg dorang berlakon sama yek..if x..heheee..
tp dua2 dah berpunya..mm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1230# shalady
nak buat camne, Miera hantar borang apply nk jd GF dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa perasan tweet lofa semalam/ Dia nak pindah jauh dari damansara perdana (area rumah SJ). Dia tweet dia dah start cari rumah, and SJ reply tweet tu dengan icon . Ku rasa minah ni mcm nak bawak hati yang LARA je...kesian lah pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shalady at 22-9-2011 21:44
memang kesian..
....................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1229# oddxx
esje.....nape ko nk kawen cepat sesgt............sabo2 le skit....bina karier dulu le.....hmy3: |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju je..bgus le kawin muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam & morning geng...
lama benor tak singgah sini... letihnya mengkhatam segala mcm cerita...
oowhhh.. sungguh ku tak sangka ML rupanya kekasih hati SJ... selama ni semua dok speku Lofa...
apa2 pun akak mendoakan kebahagian buat semua.. HH-FE, SJ-ML... semua berkekalan hendaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by edlina at 23-9-2011 12:22
mcm mana nak upload dr YT ek??? x jadi pun |
|
|
|
|
|
|
|
ni kat kenduri sepupunya arini |
|
|
|
|
|
|
|
jiwa&lara
|
|
|
|
|
|
|
|
mmm sakit mata pun kene kerja..siann |
|
|
|
|
|
|
| |
|