|
Post Last Edit by srisaujana at 13-10-2009 21:06
MERTUA VS MENANTU
kawan2,png tgk dok cite ni..mula2 aku dok layan sgt..sbb cite melayu kan...hoho.xdok ah.aku ni mmg kureng sket tgk cite melayu(hnye anita dan aku yg tau!!)kalu banding ngan cite melayu ni, baik lagi aku layan tamil...yapedaaaa...
so mlm besok adalah episod terakhir cite ni..sm2 la tgk..besh tau...sarah...hero pujaan kita AQASHA belakon ni..dulu gila tgk salam sakaratulmaut...AQASHA jg heronye...
mggu lph si aqasha ni dh kena tgkp basah dengan si marina tu...geram betoi tgk cite ni tau!!dok puah...
Drama lakonan Erra Fazira, Aqasha, ROzie Othman, Raja Farah,bla..bla. yang disiarkan di ASTRO Prima ni memang menarik …
Dalam drama tersebut, mak mertua yang tidak menyukai dengan isteri pilihan anaknya. Macam-macam yang dilakukan untuk memisahkan pasangan tersebut …
Saya yakin terdapat mertua sebegitu. Sering je mencari kesalahan menantu. Apa buat semua salah.. Kadangkala ianya mampu memberikan tekanan kepada menantu tersebut..
Sepatutnya setelah ikatan perkahwinan, menantu dan mertua akan menjalin silaturrahim antara mereka.. Namun tak semuanya baikkan..
Malahan banyak kes akibat dari campur tangan mertua yang menyebabkan perpecahan dalam rumah tangga .. Sesuatu yang sepatutnya dielakkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
http://c.universalscraps.com/files/en/good.morning/good_morning_078.gif
srisaujana Post at 14-10-2009 11:21
good morning to u too :pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
sha........thanx memanyak tlg tepek utube..........sayang ko ketat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila stesen TV beri bonus kepada penerbit
utusan Online 14 Oktober 2009
MIG Production Sdn. Bhd. (MIG) mencipta sejarah tersendiri di saluran televisyen (TV) Astro Prima apabila drama bersiri 26 episod mereka yang berjudul Mertua vs Menantu mencatat rating 2.7 juta penonton termasuklah siaran ulangan ketika ia ditayangkan menerusi stesen itu baru-baru ini.
Syarikat produksi di bawah pimpinan David Teo itu bukan setakat mencipta rekod, tetapi ia turut menerima imbuhan berupa bonus daripada Astro Prima sebagai suatu penghargaan serta galakan bagi menarik lebih ramai penonton mengikuti saluran TV berbayar itu pada masa depan.
Rasanya belum pernah berlaku dalam sejarah bidang penyiaran di negara ini sebuah stesen TV terutamanya swasta 'bermurah hati' memberi bonus kepada penerbit kerana drama yang mereka siarkan mendapat sambutan hebat daripada para penonton.
Ini kerana secara logiknya, stesen TV swasta tidak perlu lagi membayar bonus sebagai bayaran tambahan kepada pihak penerbit kerana mereka sudahpun menjelaskan bayaran pembelian keseluruhan episod drama yang telah ditayangkan itu.
Jika penerbit memberi bonus kepada pengarah, penulis skrip, para pelakon dan krew filem terbitan mereka kerana berjaya mengaut kutipan tiket yang banyak sewaktu ia ditayangkan di pawagam, itu memang perkara lumrah.
Banyak perkara tersirat dan tersurat daripada senario yang sedang berlaku itu di mana ia mampu membuat anjakan dalam bidang penerbitan drama yang biasanya bukan sahaja panjang tetapi juga meleret-leret jalan ceritanya hingga banyak membuang masa para penonton.
Drama bersiri arahan Mohammed Feroz Kader itu dikatakan mempunyai banyak tarikan terutama daripada segi jalan ceritanya yang menarik serta penampilan ramai pelakon popular seperti Erra Fazira, Jehan Miskin, Raja Farah dan Aqasha yang diadun menjadi sebuah produk TV popular.
Di samping pemberian bonus yang akan diumum serta diserahkan kepada MIG tidak lama lagi, Astro Prima juga meminta David Teo meneruskan Mertua vs Menantu untuk musim kedua yang kini sedang ligat menjalani penggambaran ekoran sambutan tersebut.
Inisiatif Astro Prima itu bolehlah dijadikan contoh buat stesen-stesen TV lain sama ada swasta atau kerajaan dalam usaha untuk menarik perhatian para penonton menyaksikan drama-drama bersiri tempatan yang kini terpaksa bersaing dengan drama-drama dari luar negara seperti Indonesia.
Selepas meraih banyak keuntungan iklan daripada drama-drama yang mencatat jumlah rating penonton yang tinggi, maka amat logiklah jika stesen-stesen TV lain mengikut jejak langkah Astro Prima supaya kebaikan itu dapat dikongsi oleh semua pihak.
Kalau formula itu dapat diteruskan, pihak penerbit dan karyawan akan mendapat insentif, stesen-stesen TV pula dapat menarik ramai penonton dan meraih untung daripada iklan. Pada masa sama, para penonton juga akan mempunyai banyak pilihan untuk menonton drama-drama tempatan yang lebih berdaya saing.
Selain mampu menarik perhatian para penonton, insentif dan galakan seperti itu secara tidak langsung turut akan mencetuskan persaingan yang sihat di kalangan penerbit tempatan. Pada masa sama ia juga dapat mempertingkatkan lagi mutu drama-drama yang mereka terbitkan pada masa akan datang.
Bonus, insentif dan galakan seperti itu sepatutnya diperluaskan bukan setakat menerusi tayangan drama-drama bersiri tetapi juga filem, dokumentari atau apa-apa juga rancangan terbitan syarikat produksi tempatan yang disiarkan menerusi kaca-kaca TV.
Natijahnya, para penerbit lain juga mungkin boleh mengkaji formula yang telah digunakan oleh MIG dalam usaha mereka untuk menghasilkan drama-drama bersiri yang bukan sahaja mencatat rating penonton yang tinggi tetapi juga tidak melupakan aspek kualitinya.
Jumlah rating penonton merupakan sesuatu yang boleh dicapai dengan menggunakan pelbagai faktor seperti jalan cerita, barisan pelakon, promosi dan pemasaran sesebuah drama bersiri sebelum ia ditayangkan di TV.
Tidak dinafikan juga daripada segi psikologi dan strategi, sesuatu yang baik itu tidak akan terus datang bergolek. Sebaliknya, pelbagai proses terpaksa dilalui termasuklah dalam penerbitan drama sebelum soal kualiti menjadi ukuran pada peringkat akhir matlamat sesuatu penerbitan drama itu.
Memang ada kebenarannya apabila ada pihak mengatakan kualiti itu lebih bermakna daripada kuantiti. Jika ia diaplikasikan dalam soal rating yang menjadi kayu ukur kebanyakan penerbit drama TV di negara ini, maka itu hanya penanda aras awal bagi mencapai hakikat tersebut.
Namun, yang paling penting soal kualiti mestilah menjadi ukuran utama buat para penonton supaya biarlah sesebuah drama itu bukan setakat berkualiti tinggi. Malah, para penonton yang menonton sesebuah drama juga sepatutnya mempunyai citarasa tinggi dan tahu membezakan kualiti drama yang mereka tonton itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 14-10-2009 13:53
out dulu.......nk gi open house |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 14-10-2009 21:28
saja tepek artikel lama
Aqasha Cinta Baru Nasha?
SUDAH lama tidak mendengar khabar jejaka yang bernama Aqasha ini. Nampaknya badannya sedikit susut tetapi dia tetap laris sebagai pelakon.
Sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi dan sempat melahirkan dua buah album, tetapi kini nampaknya dia lebih selesa dengan gelaran pelakon pula.
Lihat saja deretan filem dan drama yang pernah dilakonkannya, antaranya filem Embun dan GK3 The Movie serta drama Tikar Buruk, malah banyak lagi sehingga tidak terkira dek jari.
Namun, baru-baru ini ada khabar angin sepoi-sepoi bahasa yang membawa berita bahawa sang jejaka ini sedang hangat bercinta dengan supermodel Malaysia yang juga pelakon handalan, Nasha Aziz.
Apabila tercetus gosip artis bercinta sesama artis, apatah yang membabitkan Nasha pula, mahu atau tidak mahu, Aqasha terpaksa menerima kenyataan diri diheret menjadi bahan tulisan hangat dalam dunia hiburan tempatan.
Lagipun, sebelum ini dia dihebohkan bercinta dengan seorang gadis bernama Tasha.
Dia juga dikatakan sudah putus kasih dengan Tasha hanya kerana Nasha.
Aqasha dengan riak terkejut menjawab: “Itu kurang tepat dan tidak betul sama sekali. Mana ada saya bercinta dengan Nasha, saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul,” tegas Aqasha menafikan dakwaan itu.
Dia yang bergandingan bersama Nasha Aziz dalam drama Kasih Mia menegaskan hubungan mereka berdua tidak lebih daripada seorang kawan sahaja.
“Memang saya pelik, saya sendiri pun tak pernah dengar cerita ini. Mungkin orang cakap begitu sebab nampak kami minum bersama, tetapi itu mungkin masa penggambaran.
“Lokasi penggambaran kami semua tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti KLCC, masa rehat kami ada juga minum di kedai makan berdekatan mungkin orang nampak kami berdua waktu itu dan terus mengatakan kami bercinta,” ujarnya sambil ketawa kecil.
Tambah pemilik nama Ferdee Akassya ini lagi, hubungannya dengan Nasha sama seperti pelakon lain dan menurut Aqasha dia sedar siapakah dia.
Untuk bertakhta di hati Nasha dia mungkin tidak layak jauh sekali bergandingan dengan wanita jelita dan ternama sepertinya.
“Dia siapa dan saya siapa? Saya orang baru, kami menghormati antara satu sama lain tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
“Lagipun kami hanya bertemu di set penggambaran sahaja, malah kami juga tidak pernah keluar berdua selepas waktu penggambaran, habis sahaja penggambaran kami tidak lagi berhubung,” ujarnya.
Reaksi diri Tasha
AQASHA mengakui Tasha terkejut dengan gosip hubungan cintanya dengan Nasha.
Justeru itu, bagaimana pula reaksi Tasha, kekasih hati yang sudah dikenalinya hampir empat tahun lalu, berhubung cerita cinta ini?
Tidakkah terluka dan terguris apabila kekasih hati kita sedang dikatakan rapat dengan artis tersohor seperti Nasha?
“Saya pasti dia juga akan terkejut dan tidak menyangka yang saya akan dikaitkan dengan Nasha. Tetapi itu tidak mendatangkan masalah kerana hubungan kami masih berjalan seperti biasa,” jelasnya.
Bercerita lebih lanjut tentang temannya itu, Aqasha memberitahu mereka ada juga merancang untuk menamatkan zaman bujang masing-masing, tetapi buat masa ini dia mahu memantapkan kerjayanya terlebih dahulu
“Saya orang yang sudah lalui beberapa hubungan yang tidak menjadi, itu yang memberi saya pengajaran dan pengalaman untuk menjaga hubungan ini dengan lebih baik lagi.
“Bohonglah kalau saya kata saya tidak merancang untuk masa depan saya sendiri. Jadi atau tidak hubungan kami hanya Tuhan sahaja yang tahu, tetapi andai kata tiada jodoh, kami akan terus berkawan sebagai manusia biasa,” jelasnya lagi.
Belajar sambil bekerjaDalam kesibukan dirinya di lokasi-lokasi penggambaran, jejaka berusia 26 tahun ini sempat juga mencuri masa untuk menyambung pelajarannya di peringkat diploma dalam jurusan jurutera audio.
Katanya lagi, tahun ini merupakan tahun akhir dia di International College Of Music.
“Saya memang minat dalam jurusan yang saya ambil ini, kerana saya dulunya seorang penyanyi dan kini masih lagi seorang penyanyi cuma tidak seaktif dulu.
“Matlamat saya, selain berlakon saya juga ingin menjadi seorang pemuzik yang berilmu dan apabila tamat belajar saya akan teruskan perjuangan muzik saya yang tergendala sebelum ini,” tuturnya.
Apa yang penting baginya kini ialah menamatkan pelajaran dahulu sebelum mengambil mana-mana tawaran.
“Memanglah belajar sambil bekerja penat tetapi saya tidak mahu mengulang semula kerana gagal, oleh itu pelajaran merupakan perkara yang paling penting untuk saya sekarang ini,” luahnya lagi.
Serasi bersama Fazura
AQASHA bersama cinta hati terbarunya di layar kacanya, Fazura.
Aqasha yang ditemui semasa majlis MegaDrama Astro di Damansara baru-baru ini, kelihatan secocok dengan pelakon Fazura yang merupakan pasangan heroinnya di dalam drama bersiri arahan Rashid Sibir, Bicara Cinta.
Dan jangan pula selepas ini tiba-tiba dia dikaitkan pula dengan Fazura kerana mereka hanya berhubungan di lokasi penggambaran. Itu sahaja, tidak ada lebihnya.
Ulas Aqasha lagi tentang Fazura, “Dia memang seorang yang menarik dan juga amat berbakat, saya juga senang berlakon bersamanya.
Keserasian itu dapat dilihat dalam drama terbaru lakonan mereka berdua yang dipertontonkan kepada media pada majlis itu.
“Dia memang senang untuk dibawa berbincang, dia juga banyak membantu saya untuk menghayati watak yang saya bawakan,” tuturnya jujur.
Ditanya apalah misinya selepas ini dalam karier dan kehidupan, dengan tenang Aqasha menjawab: “Saya ingin bercuti dan berehat kerana sepanjang tahun lalu saya sibuk berlakon.
“Mungkin saya akan bercuti dalam tiga bulan sebelum meneruskan kerja dan kuliah seperti biasa.
Powered by Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 15-10-2009 16:12
Karyawan Menantu Vs Mertua dapat bonus
mangga Online Jumaat, 09 Oktober 2009
Aksi drama Menantu Vs Mertua
Biasanya tenaga kerja filem sahaja yang dapat bonus apabila filem itu mengaut kutipan memberangsangkan. Itupun bukan semua syarikat penerbitan menjadikan amalan pemberian bonus kepada pelakon dan krew mereka sebagai amalan wajib.
Pelakon dan krew drama bersiri Menantu Vs Mertua bagai dapat duit raya apabila pihak Astro Prima bersedia memberikan bonus kepada penerbitnya, Metrowealth Movies apabila drama lakonan Erra Fazira, Aqasha dan Rozie Othman itu mencacat rating tertinggi sepanjang Astro menyiarkan drama bersiri di saluran berbayar itu.
"Pihak Astro Prima memutuskan untuk memberikan bonus kepada Metrowealth apabila drama ini mencacat rating tertinggi walaupun ia tidak ada dalam kontrak. Syarikat akan mengagihkan kesemua wang bonus itu kepada pelakon dan krew.
"Astro juga telah menetapkan dalam kontrak baru Menantu Vs Mertua musim kedua untuk memberikan bonus sekiranya melebihi tahap rating yang ditetapkan. Kita harus terima ini sebagai cabaran dan memberikan yang terbaik," kata penerbit David Teo dalam majlis pelancaran dan doa selamat drama Menantu Vs Mertua musim kedua di Restoran Lemon, The Mines, Seri Kembangan baru-baru ini.
Menurut pihak Astro Prima, sebanyak 22 episod daripada 26 episod drama bersiri itu melebihi tahap rating memberangsangkan. Bagaimanapun jumlah bayaran bonus akan diumumkan dalam satu lagi majlis sidang media drama itu tidak lama lagi.
Musim kedua turut menampilkan Farid Kamil, Lisa Surihani, Jehan Miskin dan ramai lagi. Penggambaran bermula 10 Oktober 2009. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua ...
hari ni baru free sikit n ada masa masuk umah2 yg dah lama tak kesempatan masuk :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
good afternoon to all ... speaking london lak arini
:pompom::pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
kak shaaaaa!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|