CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 7-2-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
.    .    .    .   .    .   .   .     .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2021 06:54 PM | Show all posts
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 7 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,60678,384
SABAH16050,374
WP KUALA LUMPUR372 (6)29,223
JOHOR499 (2)26,644
NEGERI SEMBILAN9212,394
PULAU PINANG2508,941
PERAK716,852
KEDAH436,265
SARAWAK2195,676
MELAKA3134,796
KELANTAN  323,604
PAHANG343,378
TERENGGANU292,588
WP LABUAN02,194
WPPUTRAJAYA9955
PERLIS2184
JUMLAH KESELURUHAN3,731 (8)242,452
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,731 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 1,606 kes
    • 420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan,  dan Kluster Ampang Campuran;
    • 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 581 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 499 kes
    • 139 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gangsa Dua;
    • 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 271 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 372 kes
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 150 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 313 kes
    • 264 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 250 kes
    • 197 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 112 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seruas;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 160 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 92 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 71 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Segar dan Kluster Lorong Mawar;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 43 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 34 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 32 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 15 kes kematian pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
858168768SarawakPerempuan (WN)74Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
859177599SelangorPerempuan (WN)18Jenazah dibawa ke Hospital SelayangPenyakit asma
860188436SabahLelaki (WN)67Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit buah pinggang kronik
861189764Pulau PinangLelaki (WN)65Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
862189881KedahPerempuan (WN)65Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
863207953WP Kuala LumpurLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
864218896SarawakLelaki (WN)93Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
865224386SabahPerempuan (WN)80Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit strok dan dislipidemia
866228687SelangorLelaki (WN)77Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik
867232300SelangorPerempuan (WN)94Hospital Serdang
868235133SelangorLelaki (WN)88Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, dan adrenal insufficiency
869236577SabahPerempuan (WN)37Jenazah dibawa ke Hospital BeaufortPenyakit buah pinggang kronik
870236651WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
871236796WP Kuala LumpurPerempuan (WN)62Hospital SelayangPenyakit kencing manis, asma, jantung, dislipidemia, obesiti, dan Empty Sella Syndrome
872237569JohorLelaki (WN)93Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, KulaiPenyakit darah tinggi dan jantung
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER JALAN BAGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER SERUAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAMAN SEGAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER LORONG MAWAR
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 06:55 PM | Show all posts
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Februari 2021;
  • Jumlah kluster : 895 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 454 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile);
  • Jumlah kluster aktif : 441 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 81 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Tapak Bina Lembah SelatanSelangorTempat Kerja
2Jalan BaganSelangorTempat Kerja
3Jalan Gangsa DuaJohorTempat Kerja
4SeruasSarawakKomuniti
5Taman SegarPerakKomuniti
6Lorong MawarPerakKeagamaan
7Ampang CampuranSelangorKumpulan Berisiko Tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 06:56 PM | Show all posts
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes (43.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,025 kes (63.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 499 kes (13.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 372 kes (10.0 peratus).
Sebanyak 43 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Renggam (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 03:18 PM
Cantiknyeeeee  ni hbskan kerang....akhirnya

Kerang masak apa? Dah habis keknya.. mkn panas2.. ok la resepinya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 03:19 PM
Kat Ramly mart ada  dinner nak masak cendawan oyster & biasa + 3 biji telur terakhir...hihi...

Td telor dah guna utk buat kek.. kne restock la esok.. esk WFH je.. Rabu baru masuk ofis sbb ada meeting
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 03:20 PM
Semlm marathon my lottery home HGTV & Wonder Woman 1984...layan

Tgk channel AFN ke apa yg 707 tu.. ada tournament of champions.. pertandingan semua chef2 hebat.. best..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 11:57 AM
yg dressing bedsore tu sampai bila?

Luka dah nak sembuh.. Tapi sbb ada poket jadi maybe 2 bulan lagi baru ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 03:21 PM
Double cun bila dah siap....limo pun dah perabeh

Hehe dah habis pun.. Next time bole buat lagi..

Resepi kat sini

https://www.facebook.com/malay.kitchen/videos/284028212933277/?sfnsn=wa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 7-2-2021 07:04 PM
Luka dah nak sembuh.. Tapi sbb ada poket jadi maybe 2 bulan lagi baru ok..

Ooyeke.. nnt kalau dah ok xyah jaga dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:08 PM | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 05:58 PM
Kerang masak apa? Dah habis keknya.. mkn panas2.. ok la resepinya

Rebus...pun dah habis
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:08 PM | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 06:00 PM
Td telor dah guna utk buat kek.. kne restock la esok.. esk WFH je.. Rabu baru masuk ofis sbb ada m ...

Kena restock telur gak esok WIO...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 07:08 PM
Rebus...pun dah habis

Lama xmkn rendang kerang.. last masa raya 2019 adik buat
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:11 PM | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 06:02 PM
Tgk channel AFN ke apa yg 707 tu.. ada tournament of champions.. pertandingan semua chef2 hebat..  ...

Tengok Mr. Queen...Hati Yg Tersakiti...skip2...haha...
Leh tgk kat ASTROGO tu...AFN ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:13 PM | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 06:06 PM
Hehe dah habis pun.. Next time bole buat lagi..

Resepi kat sini

tqvm...hari tu tgk Awesome TV rancangan masak Fauziah Latif- resepi guna periuk nasi je...mcm2 ada...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:17 PM | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 06:09 PM
Lama xmkn rendang kerang.. last masa raya 2019 adik buat

Halah lupa ada pes rendang...esok nak top up UMobile, leh cari bhn merendang- kerang,ayam @ daging kerepek pun dah hampir habis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2021 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
.   .   .   .    .    .    .   .Berikut adalah Infografik-infografik situasi COVID-19 di Negeri Perak.

PERINCIAN KES

71 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (7 Februari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  67 kes adalah jangkitan tempatan dan 4 kes adalah jangkitan luar Perak.

a) Daerah Larut Matang Selama (16 kes)

9 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  9 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping adalah 299 kes.

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Beringin.  1 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin di Perak adalah 126 kes.

4 kes dari saringan kontak rapat.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Kinta (16 kes)

2 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan di Perak adalah 78 kes.

8 kes dari saringan kontak rapat.  8 kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes daripada saringan bersasar di tempat kerja.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Perak Tengah (6 kes)

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Tronoh.  3 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Tronoh di Perak adalah 46 kes.

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

d) Daerah Hilir Perak (2 kes)

2 kes dari kluster baru iaitu Kluster Lorong Mawar.  2 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Lorong Mawar di Perak adalah 14 kes.

e) Daerah Hulu Perak (9 kes)

5 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Semarak Bersia.  5 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Semarak Bersia di Perak adalah 66 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

f) Daerah Muallim (3 kes)

3 kes dari kluster baru iaitu Kluster Taman Segar.  3 kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Semarak Bersia di Perak adalah 16 kes.

g) Daerah Batang Padang (8 kes)

8 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  8 kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Kerian (7 kes)

7 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Beringin.  5 kes adalah jangkitan tempatan dan 2 kes jangkitan dari luar Perak.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Beringin di Perak adalah 133 kes.

i) Daerah Kuala Kangsar (4 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan bergejala.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  Kes adalah jangkitan tempatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 7-2-2021 07:08 PM
Ooyeke.. nnt kalau dah ok xyah jaga dah ke

Yap.. Dah ok.. X yah jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 07:08 PM
Kena restock telur gak  esok WIO...

Ni mlm ni nk sambung check kje sek ank.. esk mesti dpt homework lain pulak.. td dah check kje2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 7-2-2021 07:11 PM
Tengok Mr. Queen...Hati Yg Tersakiti...skip2...haha...
Leh tgk kat ASTROGO tu...AFN ye

Sorry bukan AFN.. food network tp best tgk sbb mcm susah je.. pusingan kalah mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 1.638811 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list