Btolak pkul 6.15 pagi Sabtu dari Kulai ke Temerloh.. Ikut PLUS terus ke susur Tol Yong Peng Selatan n masuk Segamat (jumpa Pekan Chaah, Labis, Bandar Segamat). Dari Segamat masuk Gemas n ke Bahau. Ikut shortcut lalu satu kawasan Homestay Kampung..ada Kampung Bangkahulu..ada pemandangan sawah padi..
Pastu x silap masuk daerah Bera..Triang.. Masa kat Bera sempat turun kat tepi jalan, ambil gambar waterfront yg ade tulis BERA tu.. Besarnya Sungai Pahang.
Masuk Temerloh, singgah makan kat kedai makan belakang Terminal Bas Bandar Baru Temerloh..mkn biasa2 je. Pastu tnya kat kaunter Majlis Perbandaran Temerloh jln nak g Kuala Gandah Konservasi Gajah. Dalam 45 minit - 1 jam..sampai la kat Konservasi Gajah.. Belai2 gajah..seronoknya..pastu singgah kat Deerland bg makan rusa. Then balik Temerloh, tdo kat satu hotel yg simple..nama Hotel Isis kat Jln Tengku Bakar. Mlm rehat..jmp kawan org Temerloh.. Ahad 27 Nov plak p Gambang, UMP jmp sepupu then trus g Kuantan.. Besar jugak bandar Kuantan. Jln ke East Coast Mall.. Then plg singgah amik gambar kat Esplanade Kuantan..tengok sungai lagi...balik Temerloh. Jauhnya terasa drive atas highway dari Gambang ke Temerloh. Sejam jugak lebih kurang. Malam rehat. Pagi semalam 28 Nov pegi sarapan kat tepi sungai Temerloh..Esplanade Temerloh yg ade jambatan gantung tu. Amik2 gambar2 sorang2... Cuaca mendung. Balik bilik, packing2 barang then c/out..
10.35 pagi gerak dari Temerloh. ke Kulai ikut laluan yg sama msa datang dua hari lepas. Mengantuk. Pkul 4.10 ptg sampai rumah. Johor mendung dan hujan..
Jumpa lagi, Pahang. Lawatan yg singkat tapi cukup bermakna.. Entah bila dpt sampai lagi ke Pahang.. Sayang Pahang..