CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Innrukia

AKASIA : TEMAN LELAKI UPAHAN [TLU] [BERMULA 9 FEB 2015 ~ ISNIN HINGGA KHAMIS]

 Close [Copy link]
Post time 4-3-2015 04:33 PM | Show all posts
Innrukia replied at 4-3-2015 12:54 PM
aku takleh layan tonton kat opis time rehat...
kang menyengih sengsorang
kena tggu balik l ...



haku layan pepagi jer..
smpi upis terus terkam pc..
menyengih mengkerang sensorg kekekekekeee




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 04:36 PM | Show all posts
ubatnyamuk replied at 4-3-2015 04:32 PM
Alang2 dah bawak keluaq tisu, nak lap peluh men tenis petang neh lah. Wakakakakaka. 3 ply hokay. P ...




teee diaaaa..hat ni baguih sgt brand ni nyam oiii
ngukik smbk kefit2 ni...wakakakkakaa





Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
chedzara replied at 4-3-2015 04:17 PM
Betul tu..penilaian dia utk aktor yg bawa satu2 watak sgt berbeza..mcm pernah terbaca syahrul ridw ...

pernah jugak dgr...itu undian para peminat nk kan syarul dan zara zya hero heroin. tpi di rector kata diorang bz..
cadangan director @bayangan dia nk aqasha dan nadia aqilah...
nasib bukan diorang kalau x..
apa pun ungku dan elizad memang serasi...
ramai jugak yg x suka masa pemilihan diorang ni dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:37 PM | Show all posts
Honeyda replied at 4-3-2015 04:32 PM
#teamspoiler tu team ape uols..
adehhh byk ketggalan betui..sekali masuk dah ada team..
#tea ...

Tu dik @tiewa baru create satu team. Wakakakakaka. Team pengamin tak wujud lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:38 PM | Show all posts
Honeyda replied at 4-3-2015 04:29 PM
wakaakakaa..iols tmpg bgga geng2 moyan dulu dah jmpa
kembali menyawan x hengat donia  ...

Sawan kat group WA TLU yang ada UIA gak tu ka?

Hmboi hamboi henak


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:39 PM | Show all posts
Honeyda replied at 4-3-2015 04:30 PM
depa tak tobat aihh....
depa jd pembaca upahan jer uols kekeekekeee

Gegeh sume nak jadik pembaca upahan ja. Meh la menjuyahhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2015 04:41 PM | Show all posts
ubatnyamuk replied at 4-3-2015 04:39 PM
Gegeh sume nak jadik pembaca upahan ja. Meh la menjuyahhhhh



khennn...ok sayammm nak chauuu duluuuu..
blk kang nak msk lg..
aduih sejak2 layan TLU ni rutin harian ku changes 360°...
kononnnnn kekekeekekekee




Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:42 PM | Show all posts
jhasmeen replied at 4-3-2015 04:36 PM
pernah jugak dgr...itu undian para peminat nk kan syarul dan zara zya hero heroin. tpi di rector k ...

Sampe tak suker Kak Ejad ngan Bang Mael neh? Kekeke. Meh nak libas

Tapi kalau Wati KTAR yang lead, susah sket kot walaupun sheols pandai berlakon. Eh. Kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2015 04:43 PM | Show all posts
Honeyda replied at 4-3-2015 04:33 PM
haku layan pepagi jer..
smpi upis terus terkam pc..
menyengih mengkerang sensorg kekekekekee ...

takleh la menyengih kat opis...segan kat boss...
kat rumah bleh buat mcm2 aksi terlampau
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:52 PM | Show all posts
Edited by aaby at 4-3-2015 05:33 PM

bizi pagi2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:57 PM | Show all posts
Honeyda replied at 4-3-2015 04:33 PM
haku layan pepagi jer..
smpi upis terus terkam pc..
menyengih mengkerang sensorg kekekekekee ...

hahaha..nok..sama la..
tapi hari ni akhirnya..aku berjaya rempit sampai episod 14 sebab kerja tak bnyk dan bos semua kerja luar..
so aku rempit sambil tersengih2 tergelak2..berabuk semua ada...

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 04:58 PM | Show all posts
by the way allysa pun not bad...
pandai diaorg pilih dia berlakon anak mak tiri kyra..sama je muka
dan adik tu..wow..berlakon pun not bad...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:00 PM | Show all posts
yunkimi replied at 4-3-2015 04:09 PM
iols terasa uolsss......

sama2 terasa la uol sb aiol pun gitu gak perangai tasaba nk tau ending kekdahnya. teresak2 la sensorang mlm2 buta tu sib baik x ditego dek kuntilanak haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:07 PM | Show all posts
ubatnyamuk replied at 4-3-2015 04:42 PM
Sampe tak suker Kak Ejad ngan Bang Mael neh? Kekeke. Meh nak libas

Tapi kalau Wati KT ...

sama lah kita....klu Wati KTAR yg lead,kaka x leh nak hadam...hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:12 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 4-3-2015 04:58 PM
by the way allysa pun not bad...
pandai diaorg pilih dia berlakon anak mak tiri kyra..sama je muka
...

Kan. Adik dia tu peserta idola kecil ke bintang kecil ntah. Even Azma sendiri puji sheols pandai berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:16 PM | Show all posts
aaby replied at 4-3-2015 05:00 PM
sama2 terasa la uol sb aiol pun gitu gak perangai tasaba nk tau ending kekdahnya. teresak2 ...

Waaaahhh mau terkujat ala2 EL kalau ditegur kuntilanak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2015 05:23 PM | Show all posts
kuntilanak...owh mintak simpang


iols pernah baca novel..tajuk kemain..cinta bagai...sekali baca...crita serammm..meremang
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:27 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 4-3-2015 04:58 PM
by the way allysa pun not bad...
pandai diaorg pilih dia berlakon anak mak tiri kyra..sama je muka
...

ep smlm...khalisha pangl daddy...pastu kak long tenangkan adiknya...mmg terasa bonding tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ubatnyamuk replied at 4-3-2015 05:16 PM
Waaaahhh mau terkujat ala2 EL kalau ditegur kuntilanak

Ekspresi terlampau El..KL buat apa agaknya smpai mcmni sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 05:41 PM | Show all posts
Edited by qis13 at 4-3-2015 05:51 PM

Siti Elizad dua kali tunda nikah

Oleh IZWAN MOHD. ISA
[email protected]


SITI ELIZAD bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki berstatus duda anak dua.




[size=14.8800001144409px]ADA dua rasa bahagia yang sedang mengalir serentak dalam jiwa dan hati pelakon tinggi lampai itu. Selain rancak menerima maklum balas positif daripada khalayak umum selepas membuat kemunculan semula (comeback) menerusi beberapa buah drama bersiri di layar kaca, Siti Elizad Sharifuddin, 31, kini sedang meniti hari-hari bahagia menunggu untuk disatukan dengan teman lelakinya, Shamsul Baharin Rahman, 43, pada 11 April nanti.
[size=14.8800001144409px]Memilih tarikh tersebut pada saat-saat akhir, pelakon utama filem Coverina itu mengakui, masih terdapat banyak urusan persiapan perkahwinannya yang perlu diselesaikan.
[size=14.8800001144409px]“Walaupun tarikh pernikahan sudah semakin hampir, tetapi kad undangan pun belum dicetak. Baju yang mahu dipakai untuk majlis pernikahan dan persandingan juga masih belum ditempah,” ujar Elizad jujur sambil diiringi dengan ketawa kecil.
[size=14.8800001144409px]Berpeluang bertemu dengannya pada sesi fotografi yang diaturkan di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini, Elizad memberitahu, dia terpaksa melunaskan persiapan perkahwinannya pada saat akhir kerana terlalu sibuk menguruskan kerjaya.
[size=14.8800001144409px]“Bukan kami tidak mahu serius dalam mempersiapkan diri untuk melangsungkan perkahwinan, cuma masing-masing sibuk dengan kerja.
[size=14.8800001144409px]“Lebih-lebih lagi, saya kini banyak menerima tawaran untuk berlakon. Sehinggakan, saya terpaksa mengambil cuti selama tiga hari semata-mata untuk melangsungkan perkahwinan sebelum kembali menjalankan penggambaran seperti biasa,” ujarnya yang kini sibuk menjalani penggambaran bagi drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa.
[size=14.8800001144409px]Tambah anak keempat daripada lima beradik itu, atas sebab kesibukan tugas, mereka terpaksa menunda majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung tahun lepas sebanyak dua kali.
[size=14.8800001144409px]“Pada asalnya, saya dan Shamsul mahu melangsungkan perkahwinan pada 1 November tahun lalu. Tetapi, disebabkan terlalu sibuk, kami menunda majlis perkahwinan kami itu pada 11 Januari tahun ini.
[size=14.8800001144409px]“Namun, terpaksa ditunda sekali lagi dan akhirnya kami sama-sama memilih 11 April nanti sebagai tarikh pernikahan dan persandingan,” jelas Elizad yang bakal bernikah pada sebelah pagi sebelum melangsungkan majlis resepsi pada sebelah malamnya di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur.
[size=14.8800001144409px]Melanjutkan bicara mengenai bakal suaminya yang berstatus duda beranak dua itu, Elizad berkata, dia tidak kisah untuk berkongsi hidup bersama lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.
[size=14.8800001144409px]Tutur Elizad, selain Shamsul yang bersifat memahami, anak-anak bakal suami turut mempunyai hubungan yang sangat rapat dengannya.
[size=14.8800001144409px]“Shamsul merupakan seorang individu yang bersifat terbuka dan sangat memahami kerjaya saya. Dia sering memberikan pendapat tentang gaya lakonan dan pemilihan watak yang sering saya bawakan di layar televisyen.
[size=14.8800001144409px]“Anak-anak bakal suami pula sangat rapat dengan saya. Mereka yang berumur 11 dan 9 tahun sudah saya anggap seperti rakan.
[size=14.8800001144409px]“Sengaja saya ‘berkawan’ dengan mereka. Apabila kami berkawan, perasaan untuk memahami antara satu sama lain akan menjadi lebih mudah,” tuturnya.
[size=14.8800001144409px]Arwah ibu
[size=14.8800001144409px]Sewaktu berbicara mengenai Shamsul yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap karier lakonannya, Elizad memberitahu, arwah ibunya, Nazariah Mohd Saleh turut berkongsi sifat sedemikian ketika dia mula menapak sebagai anak seni sekitar 20 tahun yang lalu.
[size=14.8800001144409px]Begitu pun, pelakon yang diperkenalkan menerusi filem Berlari Ke Langit itu berasa sedikit terkilan kerana perkahwinannya nanti tidak dapat disaksikan ibunya yang telah meninggal dunia dua tahun lalu akibat penyakit Parkinson.
[size=14.8800001144409px]Katanya, rasa bahagia dan gembira itu sepatutnya dikongsi dengan ibunya yang banyak menyokong kariernya dahulu.
[size=14.8800001144409px]“Arwah ibu merupakan individu yang paling kuat berusaha untuk memastikan saya mencapai cita-cita menjadi pelakon. Dia jugalah yang kerap menghantar dan menemankan saya untuk hadir ke sesi uji bakat pencarian watak bagi rangkaian drama atau filem baharu.
[size=14.8800001144409px]“Bagaimanapun, selepas muncul dalam beberapa buah filem, saya terpaksa mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana mahu menjaga ibu yang pada ketika itu sedang menderita penyakit Parkinson.
[size=14.8800001144409px]“Ketika sedang terlantar sakit, dia sering memberitahu saya bahawa dia teringin untuk melihat saya kembali beraksi di kaca televisyen. Namun, saya sedikit terkilan kerana hajatnya tidak kesampaian. Arwah ibu saya meninggal dunia dua tahun yang lalu,” luah Elizad hiba.
[size=14.8800001144409px]Wanita berjiwa kental itu mengakui, kehilangannya ibu tercinta telah membuka pelbagai lembaran baharu dalam hidupnya, sama ada sebagai manusia biasa mahupun pelakon.
[size=14.8800001144409px]“Saya banyak belajar untuk menjadi manusia yang cekal ketika sedang menjaga arwah ibu yang sedang sakit. Walaupun pada waktu itu darah saya masih muda, tetapi, saya mengambil keputusan untuk duduk di rumah dan menguruskan keperluan ibu.
[size=14.8800001144409px]“Daripada situ, perjalanan hidup saya yang sebelum ini sering bersosial dan mementingkan kerjaya telah berubah 360 darjah. Saya lebih menghargai masa serta hubungan kekeluargaan dengan ibu, ayah dan adik- beradik yang lain.
[size=14.8800001144409px]“Sejujurnya, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat mempelajari cara untuk mengimbangi hal-hal peribadi dan kerjaya dengan sempurna,” jelasnya.
[size=14.8800001144409px]Dibayar RM300
[size=14.8800001144409px]Menyentuh mengenai keputusan untuk berehat sewaktu zaman puncaknya, Elizad memberitahu, keputusan itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya sebagai anak seni.
[size=14.8800001144409px]Kongsi Elizad, ketika kurang menerima tawaran berlakon, dia pernah dibayar hanya RM300 untuk menjayakan watak kecil dalam sebuah drama.
[size=14.8800001144409px]“Agak sukar juga untuk meneruskan kehidupan pada waktu itu. Saya pernah dibayar RM300 untuk menjayakan sebuah drama. Ketika itu juga, peranan yang diberikan hanyalah berskala kecil.
[size=14.8800001144409px]“Namun, saya beruntung kerana keluarga sentiasa berada di sisi ketika saya memerlukan bantuan,” katanya yang kini sering berkongsi pendapatan sebagai pelakon dengan ayah dan anak-anak buahnya.
[size=14.8800001144409px]Tambah Elizad, selain kaum keluarga yang banyak membantu, hasratnya untuk kembali aktif disokong oleh pengarah-pengarah yang telah bekerjasama dengannya suatu ketika dahulu.
[size=14.8800001144409px]“Saya berasa sungguh terharu kerana pengarah-pengarah seperti Bade Azmi, Ahmad Idham dan Rashid Sibir banyak memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam karya arahan mereka.
[size=14.8800001144409px]“Walaupun sudah agak lama meninggalkan bidang lakonan, tetapi semangat untuk berlakon tetap utuh,” ujarnya.
[size=14.8800001144409px]Comeback
[size=14.8800001144409px]Kembali mempertaruhkan lakonannya menerusi drama bersiri Teman Lelaki Upahan, Elizad memberitahu, konsistensinya sebagai pelakon cuba untuk diseimbangkan dengan tidak bersikap selektif terhadap watak-watak yang ditawarkan kepadanya.
[size=14.8800001144409px]“Saya akui, kehilangan yang agak lama menyebabkan khalayak telah lupa tentang saya. Disebabkan itu, saya tidak boleh bersikap memilih.
[size=14.8800001144409px]“Selain mahu memenuhkan portfolio seni, saya juga mahu mewujudkan kembali rangkaian hubungan dalam kalangan penggiat seni.
[size=14.8800001144409px]“Daripada situ juga, mereka tahu saya sudah bersedia untuk kembali aktif,” ujarnya dengan nada yang positif.
[size=14.8800001144409px]Ditanya adakah tidak gusar dengan pendapat khalayak yang bakal melabelkannya sebagai pelakon tamak, Elizad memberitahu, dia cuba melakukan apa yang termampu.
[size=14.8800001144409px]Katanya, apa yang ditawarkan kepadanya ialah rezeki. Dia juga tidak menolak jika watak yang diberikan sama dan pernah dibawakannya suatu ketika dahulu.
[size=14.8800001144409px]“Setiap tawaran ialah rezeki dan pada pendapat saya, tidak molek jika kita menolak rezeki yang telah diberikan kepada kita.
[size=14.8800001144409px]“Saya juga tidak kisah membawakan watak yang sama kerana pada dasarnya, pengarah untuk sesebuah karya tetap berbeza. Jadi, ia dapat memberi variasi baharu terhadap watak tersebut,” katanya menutup perbualan.
[size=14.8800001144409px]

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.481281 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list