CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: oddxx

FAN CLUB SHAHZ JASZLE & FAEZAH ELAI (SJFE)

[Copy link]
Post time 9-11-2011 08:15 PM | Show all posts
[img]http://cdn.ohbulan.com/wp-content/uploads/2011/11/ASK-2011-21.jpg[img]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2011 10:13 PM | Show all posts
Reply 1301# marchie


   Worst dress utk ASK kot. Sbb die mmg mcm pakai apa je yg ada dlm wardrobe. org dh pnh tgk baju yg dia pakai. Mcm xde effort nk cari sponsor kot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 08:38 PM | Show all posts

Sinopsis Bunga April

Kisah cinta penuh dugaan dan konflik ini,  mengenai April (lakonan Tasha Shila) seorang anak gadis kepada keluarga yang kaya. April seorang yang berdikari dan dia ada mengusahakan sebuah kedai kek. April bertemu dan bercinta dengan pemuda bernama Johar (lakonan Shah Jazsle).

Namun cinta mereka terhalang apabila ayah April nak menyatukan April dengan abang tiri  kepada Johar (lakonan Zach X factor). Bermulalah konflik dalam keluarga dan perebutan cinta antara mereka bertiga.

Setakat tu dulu sinopsis jika ada lagi nanti Nuriz update ye. Para pelakon pembantu lain tak pasti lagi siapa ..yang hero heroin tau dah, Tasha Shila dan Shah Jazsle

p/s : Peminat Shah jaszle akan dapat melihat drama drama lakonan Shah Jazsle sepanjang tahun 2012 nanti, kerana banyak lagi drama rantaian akan disiarkan di tv meletakkan pelakon hot ni sebagai pelakon utama.


credits :nurizspace.

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2011 10:21 AM | Show all posts
Dalam URTV latest ada satu column pasal SJ yg ditulis Huzz. Rasanye ni first time Huzz tulis psl SJ sbb die baru berkesempatan jumpa SJ personally. Die tulis pasal SJ pandai memasak dan rajin ke dapur. Die juga ckp SJ x sombong dan peramah and very low profile. Pastu die tny apa pro and cons yg hero rasa sejak jadi pelakon, hero jawab pro is die dpt buat bende yg die minat and the negtif part is, apa yg die buat kalau silap kecik je org suka perbesarkan and timbul gossip2 hangat.
then die ada ckp, x payahla kait kan die dgn Lofa lagi, diorang dah lama 'break off'. so makne nya diorang mmg pernah couple, cume x ngaku. And dpt kurasakan diorang break up sbb Lofa dah mula rapat dgn Hans and SJ tau dia akan kalah dgn Hans, so baik angkat kaki dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2011 09:21 AM | Show all posts
Kawan2 rasanya bunga april start nxt week. Sbb dlm schedule tv3 this week masih belum ada tygn bunga april. Next week baru ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2011 01:42 PM | Show all posts
Reply 1304# liltash85


    yup .tak kenal pun rasa dia ni mcm buadak yg baik jugak laa ..dia melepak pun memalam dgn kengkawan asyik kat mamak jer ..tak pernah lagi dgr citer klabing ...boleh laa kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 12:19 PM | Show all posts
Khamis November 17, 2011
Shahz Jaszle Pernah Jatuh Hati Pada Neelofa

Oleh KEMALIA OTHMAN



KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Shahz Jaszle (gambar) mengakui pernah menuruh hati kepada heroin filem Azura, Neelofa ketika penggambaran filem tersebut.

Kata Shahz, dia jatuh hati terhadap perwatakan atau karakter Azura yang dibawakan oleh pelakon Tahajud Cinta itu.

"Saya pernah rapat dengan Neelofa semasa penggambaran filem itu. Tapi kami bawa hal masing-masing selepas tamat penggambaran.

"Mungkin juga saya jatuh cinta dengan dia kerana karakter Azura itu," katanya ketika majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.
Bagaimanapun, Shahz berkata dia dan Neelofa tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih.

"Kami mungkin serasi membawakan watak pasangan kekasih dalam filem tetapi tidak secara realiti.

"Saya dan dia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza," katanya yang mengakui Neelofa seorang pelakon yang mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan.

Sementara itu, Neelofa berkata hubungan rapat antara dia dan Shahz semasa penggambaran filem tersebut rapat kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai kekasih ketika itu.

"Dia banyak mengajar saya berlakon kerana ini merupakan filem pertama saya.

"Saya akui kami pernah rapat namun hanya ketika penggambaran filem tersebut, selepas itu kami membawa hal masing-masing," katanya.

Bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan pada 2 Februari 2012 itu, Neelofa berkata dia banyak membawakan perwatakan sebenar dalam watak Azura.

"Ini filem pertama saya, jadi saya akui banyak perwatakan sebenar saya yang ada pada Azura.

"Tapi Alhamdulillah, Abang Aziz banyak membantu dan beri tunjuk ajar," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 01:30 PM | Show all posts
Miera Liyana Nafi Cemburukan Neelofa
16 Nov 2011, 11:46pm   |   Miss Ayu  |    Utama > HIBURAN > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
56Share124




“Saya ikut Shahz ke majlis ini bukan kerana cemburukan Neelofa. Sebaliknya saya datang kerana Shahz yang beria-ia suruh temankan.Kalau ikutkan saya tadi, saya hanya mahu berehat di rumah. Lagipun apa salahnya, ini tanda sokongan saya terhadap Shahz. Inikan filem pertama dia. Jadi, jangan salah faham, saya tidak cemburukan Lofa (panggilan mesra Neelofa) pun. Kami bertiga berkawan,”ujar Miera Liyana mengulas tentang kehadirannya di majlis pelancaran filem Azura yang dibintangi oleh Shahz Jazle.

Kehadiran Miera menjadi perhatian kerana sebelum ini ramai mengetahui Shahz pernah digosipkan bercinta dengan Neelofa. Malah, pengacara Nona 2012 ini dikatakan punca perpisahannya dengan Maria Farida. Namun, dalam kerancakan orang bercakap mengenai hubungan cinta mereka, Shahz tiba –tiba muncul berpasangan dengan Miera. Terbaru, Shahz memberitahu yang dia merancang untuk bertunang dengan kekasihnya itu. Kenyataan itu dikeluarkan ketika dia menghadiri majlis pra-tonton rancangan terbaru Media Prima 2012 pada 28 Oktober lalu.
Terlanjur menemubual Miera, GUA langsung bertanya sama ada mereka sudah membuat sebarang persiapan untuk bertunang. Manalah tahu kalau-kalau dia dan Shahz sudah bersedia terikat dalam satu ikatan.



“Miera rasa soalan ini harus ditujukan kepada pihak lelaki. Dia yang patut buat keputusan bila waktu yang sesuai untuk kami bertunang. Tapi, macam yang Shahz pernah katakan sebelum ini, kami hanya merancang untuk bertunang, tarikh dan waktu kami tidak tetapkan lagi.

Baik saya mahupun Shahz, kami tidak mahu terburu-buru dalam perkara ini. Biarlah kami benar-benar mengenali antara satu sama lain dahulu. Memang kami telah kenal lebih lapan tahun kerana kami berjiran, tetapi dahulu hubungan kami tidaklah serapat ini. Jika saya dan Shahz sudah bersedia, kami akan beritahu tarikh pertunangan itu” ujar Miera lagi.
Memandangkan Miera dan Shahz sangat muda kerana masing-masing baru berumur 18 tahun dan 23 tahun, timbul pula persoalan sama ada mereka sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Secara logiknya, kalau sudah terfikir tentang pertunangan, pasti mereka juga terfikir tentang perkahwinan.
Menjawab persoalan itu, Miera tanpa berselindung memberitahu dia tidak punya masalah untuk berkahwin dalam usia yang muda. Namun, buat masa terdekat ini dia dan Shahz tidak bercadang untuk berkahwin. Jelas Miera, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

“Saya tidak punya masalah untuk berkahwin dalam usia muda. Parents saya juga tidak menghalang seandainya saya dan Shahz mahu berkahwin dalam waktu terdekat ini. Mereka juga berkahwin dalam usia yang muda. Bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu saya lakukan dahulu sebelum menjadi seorang isteri. Shahz juga sibuk dengan lakonan. Biarlah masing-masing buat apa yang patut dahulu. Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana,” ulas Miera sambil melirik ke arah Shahz Jazle.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 11:44 AM | Show all posts
Shahz Jaszle dan Miera Liyana Mahu Kahwin Muda





Teks Oleh:zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 17 NOV 2011: Saling cinta dan menyayangi antara satu sama lain, itulah reaksi yang dapat dilihat pada pasangan cinta muda Shahz Jaszle, 23, dan Miera Liyana,19.

Terbuka mendedahkan perihal cinta mereka kepada umum, baik Shahz Jaszle mahu pun Miera Liyana masing-masing nampaknya lebih senang memilih jalan itu.

Malah meskipun perhubungan mereka masih lagi hijau, namun mereka berdua bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya jika itulah yang tela ditakdirkan.

"Kalau ditakdirkan kahwin diusia muda, saya tak ada masalah kerana ibu saya sendiri berkahwin pada usia muda iaitu ketika umurnya 18 tahun.

"Bagi saya, usia bukanlah penghalang kerana semuanya terletak pada diri sendiri," kata Shahz Jaszle membuka bicara mengenai cinta hatinya kepada portal murai.com.my.

Walau bagaimanapun, kata Shahz Jaszle, antara mereka masih belum memberi kata putus untuk menamatkan kisah cinta tersebut kepada sebuah ikatan perkahwinan.

"Kami memang ada berbincang mengenai masa depan kami sewaktu kami bersama. Macam-macam perkara yang dibincangkan, tentang masa depan, keluarga kami dan segalanya.

"Lagipun pula ayah saya sudah tua. Jadi bila anak-anaknya kahwin, pasti elok. Tapi semua itu hanyalah cakap-cakap sahaja. Sampai masanya kelak akan diberitahu," katanya

Ditemui pada majlis pelancaran filem Azura 2012, pelakon lelaki tersebut nampaknya tidak keseorangan kerana kehadirannya turut ditemani suria cintanya.

Bukan mahu menunjuk-nunjuk mengenai cinta mereka namun kata Shahz Jaszle, kehadiran Miera sebagai tulang belakang dan penyokong dalam kerjayanya amat diperlukan.

Ditanya tidakkah dia risau kebarangkalian hubungan artis yang acapkali terkandas di tengah jalan setelah diwar-warkan kepada peminat, Shahz ternyata yakin perkara itu mampu diatasi dengan adanya kejujuran dan ketulusan hati masing-masing.

"Kalau mahu dikatakan artis yang bercinta sesama artis akan putus dan tidak akan kekal lama, saya kurang bersetuju.

"Ada juga orang biasa yang bercerai-berai sebagai contoh kakak saya sendiri. Jadi sama ada kekal atau tidak semuanya bergantung pada diri masing-masing.

"Mereka yang perlu saling mempercayai dan jujur. Kerana kalau curang, walaupun sudah bercinta lama atau sekejap, ianya akan berlaku. Jadi semuanya bergantung pada diri sendiri," katanya.

Menjawab soalan portal murai.com.my, tidakkah dia gusar dengan tanggapan umum yang acapkali melihat dirinya menemani kekasih hatinya, Miera berkata, dia tidak mampu menghalang masyarakat daripada terus berkata-kata.

"Saya baru dua kali menemani dia untuk ke majlis seperti ini. Kalau boleh, saya tak mahu ikut tapi memandangkan dia sudah ajak, apatah lagi ini merupakan filem pertamanya, jadi saya hadir memberi sokongan.

"Saya tak ada masalah dengan situasi ini. Sekiranya orang mahu membuat tanggapan bukan-bukan, saya tidak boleh berbuat apa-apa," ucapnya.

Berkongsi pendapat serupa dengan si jantung hatinya, tentang keterbukaan mereka mendirikan rumahtangga pada usia muda, Miera bagaimanapun berkata, masih belum masanya lagi mereka sampai ke tahap itu.

Kata Miera, bukannya dia tidak bersedia sebaliknya mahu memberikan tumpuan terhad kerjaya seninya terlebih dahulu.

"Ibu saya pun kahwin muda dan saya jenis terbuka mengenai isu berkenaan. Cuma buat masa ini, kami mempunyai misi dan impian yang ingin dikecapi, jadi biarlah kami selesaikannya terlebih dahulu,"tuturnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 12:00 PM | Show all posts
HIBURAN

Shahz terpikat dengan Neelofa




FILEM Azura yang menggandingkan penyanyi Jamal Abdillah dan Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy telah mencetuskan satu fenomena baharu dalam industri perfileman tempatan sekitar era 80-an.

Memaparkan sebuah kisah tentang cinta antara dua darjat yang digarap cukup menarik, maka tidak hairanlah filem arahan Deddy M. Borhan itu terus diminati dan menjadi tontonan ramai setiap kali ditayangkan di televisyen.

Namun begitu, selepas 27 tahun filem terbitan Sabah Film Production itu dihasilkan, ternyata ia telah menarik minat seorang pengarah yang cukup terkenal iaitu Aziz M. Osman mengadaptasi filem Azura untuk versi 2011.

Biarpun jalan ceritanya agak berbeza berbanding versi terdahulu, namun ia masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu mengenai kisah cinta yang terjalin di antara seorang gadis miskin dan lelaki yang dilimpahi dengan kemewahan.

Untuk versi baharu, ia mengisahkan tentang Azura, seorang gadis yang gigih hadapi cabaran hidup untuk mencapai cita citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990.

Sementara Zek pula membesar sebagai anak orang kaya sehinggakan kemanjaan dan kemewahan membuat Zek tidak mampu menahan diri daripada godaan. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.

Selain menampilkan jalan cerita berbeza, ia turut menampilkan dua orang pelakon baharu yang semakin meningkat naik dan dikenali ramai iaitu Shahz Jaszle dan Neelofa yang memikul tanggungjawab sebagai watak utama.

Bagaimanapun, apa yang menarik sepanjang penggambaran filem Azura berlangsung, terdapat khabar angin yang mengatakan tentang wujudnya kisah cinta lokasi yang membabitkan Shahz dan Neelofa.

Mangsa keadaan



SHAHZ dan Neelofa tidak kekok untuk digandingkan bersama dalam sesi fotografi.

Sememangnya Shahz dan Neelofa dilihat cukup mesra bersama dan digosip bercinta sebelum ini, tetapi ia mencalar kontroversi apabila tiba-tiba Shahz yang sebelum itu dikatakan bercinta dengan aktres veteran jelita, Maria Farida dengan mudah beralih cinta pula kepada seorang lagi pelakon baharu, Miera Liyana.

Percintaan antara Shahz dan Miera digosip bercinta selepas mereka sama-sama membintangi filem Rentaz dan kedua-dua Shahz dan Miera tampil mengesahkan sememangnya mereka kini sedang bercinta!

Malah, pada majlis pelancaran filem Azura di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur kelmarin, Shahz sebaliknya mengakui sememangnya dia terpikat kepada Neelofa ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem tersebut.

Namun kata Shahz, hatinya terpikat kepada Neelofa atas dasar karakter Azura yang dilakonkan Neelofa dalam filem itu.

Shahz tidak mahu peminat salah sangka kerana apa yang dimaksudkannya itu adalah dia terpikat dengan karektor Azura itu sendiri yang berhasil dibawakan dengan baik sekali oleh aktres jelita itu.

"Memang saya sangat tertarik dengan watak Azura itu dan saya puji Neelofa kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dengan berkesan. Sehinggakan saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian walaupun kali pertama bergandingan bersama," jelasnya.

Shahz lantas menegaskan dia dan Neelofa tidak pernah menjalinkan hubungan cinta sekali gus menafikan gosip percintaan mereka yang tersebar selama ini.

"Sebenarnya saya ingin menyatakan yang memang kami tidak pernah menjalinkan hubungan percintaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Hubungan kami pada masa itu agak rapat, tetapi tidaklah sampai bercinta.

"Lagipun kami hanya rapat di lokasi dan tidak pernah keluar berdua bersama. Sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran filem Azura, kami terus membawa haluan masing-masing dan agak jarang berhubung," katanya.



Neelofa tidak ketinggalan meluahkan rasa tentang isu gosip cintanya dengan Shahz itu.

Dia menganggap gosip tentang percintaan mereka sebelum ini adalah disebabkan kerana ketika itu dia tidak mempunyai kekasih, manakala Shaz pula sedang berhadapan dengan masalah bersama bekas kekasihnya iaitu Maria Farida.



Jelasnya, dia yakin gosip cintanya dengan Shaz yang pernah ditimbulkan sebelum ini tidak akan berlaku seandainya dia sudah mempunyai kekasih sewaktu mereka berdua menjalani penggambaran filem Azura.

"Saya sendiri tidak tahu hendak cakap macam mana, mungkin juga saya adalah mangsa keadaan kerana status saya yang solo. Namun, saya memang menganggap Shaz tidak lebih daripada rakan sesama artis.

SHAHZ JASZLE turut ditemani kekasihnya, Miera Liyana ketika majlis pelancaran filem Azura kelmarin.

"Malah, sekarang ini pula saya digosipkan bercinta pula dengan Hans Isaac. Sebagai seorang artis baharu saya akui perkara sebegini memang sukar untuk dielak, tetapi kalau terus berlaku boleh membuatkan saya rimas," tegasnya.

Ujarnya, buat masa sekarang ini sebagai langkah yang terbaik buat dirinya adalah terus memberi fokus kepada kerjayanya yang semakin meningkat naik tanpa mempedulikan sebarang kisah hangat yang melanda dirinya.

Miera Liyana cemburu?

Ketika ini pastinya ramai yang sudah mengetahui tentang hubungan percintaan yang telah terjalin di antara Shahz dengan seorang pelakon muda yang pernah dikaitkan dengan isu kontroversi iaitu Miera Liyana atau nama penuhnya Miera Liyana Kasmi.

Biarpun baru menjalinkan ikatan kasih bersama, tetapi sudah ada ura-ura yang mengatakan bahawa kedua-dua pelakon itu bakal mengikat tali pertunangan dalam tempoh yang terdekat ini.

Pada majlis pelancaran filem Azura tersebut, Shahz turut ditemani Miera biarpun Meira tiada langsung kaitan dengan filem itu.

Diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Shahz menafikan dia dan kekasihnya itu akan bertunang tidak lama lagi.

"Memang kami berdua ada berbincang bersama-sama tentang hal pertunangan, tetapi tidak pernah meletakkan sebarang tarikh tertentu. Lagipun buat masa ini kami masih lagi sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya memang ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang muda memandangkan ayah saya sendiri semakin tua dan dalam usia sebegini rasanya sudah sesuai untuk bergelar suami," jelas pelakon yang baru berusia 23 tahun itu.

Ditanya adakah dia tidak menyesal sekiranya mereka berkahwin pada usia yang muda, dia menganggap soal umur bukanlah satu masalah yang besar memandangkan ibunya sendiri mendirikan rumah tangga ketika berusia 18 tahun.

"Pada saya usia bukanlah penentu kepada kebahagiaan dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Lagipun apa yang paling penting adalah persefahaman yang terjalin di antara satu sama lain agar perhubungan dapat terus berkekalan," tegasnya.

Sementara itu, Miera menjelaskan dia menemani kekasihnya itu bukanlah semata-mata disebabkan perasaan cemburu.

"Sebenarnya Shaz sendiri yang ajak saya datang ke majlis ini. Lagipun sebagai kekasih, ini adalah sebahagian daripada tanda sokongan saya memandangkan Azura merupakan filem sulung lakonan Shahz," ucapnya.

Pengacara



BARISAN tenaga produksi yang menjayakan filem Azura. Dari kiri, Aziz M. Osman, Efida Es, Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki, Puteri Lily Lokman, Izwan Malik dan Datuk M. Nasir.

Di sebalik namanya yang kini semakin meningkat naik sebagai seorang pelakon, kali ini Neelofa telah mengejutkan ramai pihak apabila menjadi pilihan pihak TV3 untuk menjadi pengacara rancangan Nona bersama Fara Fauzana.

Menurut Neelofa, dia sendiri sangat teruja untuk menjadi pengacara bersama dalam rancangan tersebut dan menganggap ia adalah satu pencapaian yang cukup besar dalam kariernya sebagai anak seni.

"Sebenarnya memang sejak dari dahulu lagi saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pengacara, tetapi ternyata rezeki yang saya peroleh terlebih dahulu menerusi bidang lakonan.

"Yang menariknya, selepas kenyataan saya keluar dalam sebuah majalah baru-baru ini tentang impian dan hasrat mahu menjadi pengacara Nona, tidak sangka pula ia tiba-tiba telah menjadi kenyataan," ujarnya.

Menurut Neelofa, selain gembira dengan tawaran yang diterima dia sendiri tidak sabar untuk menjalani rakaman untuk rancangan tersebut yang dijadualkan bermula pada pada akhir bulan ini.

Pada masa yang sama, pelakon tersebut memberitahu meskipun selepas ini dia agak sibuk tugas baharunya itu, tetapi ia langsung tidak mengganggu perjalanan kariernya dalam dunia lakonan.

"Buat masa ini saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon drama kerana mahu memberi tumpuan kepada filem dan mengacara. Saya hanya akan berlakon dalam drama yang menampilkan jalan cerita dan watak yang betul menarik dan bagus," jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 12:22 PM | Show all posts
Version hadcopy





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 02:07 PM | Show all posts
majalah Stailista dah kuar, tp ku xde scanner x tau camne nk share gambar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 02:08 PM | Show all posts
majalah Stailista dah kuar, tp ku xde scanner x tau camne nk share gambar...
liltash85 Post at 18-11-2011 14:07



    snap pakai phone pls... ko beli kat mana ? aku nak terjah ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 02:09 PM | Show all posts
Reply 1312# oddxx


    I just love to see them both together. Hopefully after this di couplekan dlm drama series.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 02:10 PM | Show all posts
snap pakai phone pls... ko beli kat mana ? aku nak terjah ...
oddxx Post at 18-11-2011 14:08



    Cold Storage KLCC. Sila terjah ok. mmg susah nk dpt sikit mag ni, tp situ ada. Weekend ni ramai2 turun KLCC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2011 03:52 PM | Show all posts
Gambar: Miera Liyana Temani Shahz Jaszle Ke Sidang Media Filem Azura 2012



Petang tadi, berlangsung’nya majlis pelancaran yang kami kira sebagai penyepak mula kempen pemasaran untuk filem Azura 2012. Kami hadir untuk melihat poster baru — nyata, konsep masih sama.

Barisan pelakon utama yang anda sedia maklum Neelofa, Shahz Jaszle, Afdlin Shauki dan juga pengarah & penerbit filem Azura 2012 hadir dalam majlis yang sama berlangsung di Berjaya Times Square.

Yang menarik perhatian kami ialah kehadiran Miera Liyana yang menemani kekasih hati, Shahz Jaszle ke majis ini dan apa lagi, mereka berdua seakan menjadi tumpuan media selain filem ini sendiri.

Kami di’fahamkan oleh rakan rakan yang hadir, ini merupakan majlis pertama Shaz Jaszle & Neelofa di’pertemukan selepas isu percintaan mereka yang putus di’tengah jalan.

Filem Azura 2012 akan di’tayangkan kepada umum pada 2 Februari 2012 ini dan lagi gambar kemesraan Shahz Jaszle & Miera Liyana selepas ini. Khabarnya sang jejaka & keluarga si gadis sudah ngam. Enjoice!









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2011 05:17 PM | Show all posts
Dalam URTV latest ada satu column pasal SJ yg ditulis Huzz. Rasanye ni first time Huzz tulis psl SJ  ...
liltash85 Post at 13-11-2011 10:21



    dah bawa yg kat urtv tu ...heh ..dia boleh memasak masakan barat dan tempatan ...wow wow wow ..masuk masterchef laa sj ..jadik celebrity chef lagi kaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 02:06 PM | Show all posts
KORANG.......

SJ kene kutuk kat bod GOSSIP " SJ mengaku jatuh hati pd Neelofa"

KESIAN sgt die kene kata kaw2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 02:26 PM | Show all posts


baru blaja mengupload gambar from camera to Keep and Share.
Gamba pun agak gelap sbb lupa on light...
tp enjoy lah ye...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.110420 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list