CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2018 11:36 PM | Show all posts
Shayang replied at 28-2-2018 10:23 AM
Aku baru abis layan cite The White Queen kat cenel fox life.ade 10 episod.
Tahun 2013 punya tp  ...

seramnya...
ada jah iklan dlm astro, tp tak tergerak pulak hati nak tengok kisah kerabat diraja british ni pun jd inspirasi utk Game of Thrones.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2018 11:39 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-2-2018 08:46 PM
agak-agak suara siapa yang minta tolong tu..kalau si mak dah mati

itu lah kan...kalau seorg jah terdengar bole jah dianggap ilusi gitu, tp dua org polis dan dia org siap menyahut lg... bery de misterius.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-3-2018 11:15 PM
nampak normal jah bg ai

Sori dani, sbb gambar last u tepek tu mcm ds.. sbb kn ds ni anak istimewa.. Allah jaga sbb tu kot dgr suara mak dia utk selamatkan bby ni.. tu mksud ai.. bkn mmgutuk or menghina... sbb tu ai tny.. nk gtau Allah jaga.. haa gtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2018 10:27 PM | Show all posts
sheqim replied at 2-3-2018 01:46 PM
Sori dani, sbb gambar last u tepek tu mcm ds.. sbb kn ds ni anak istimewa.. Allah jaga sbb tu kot  ...

ala takyah la sampai sori2 sheqim... ai pon cuma nak bg tahu dr segi fizikal baby nya nampak normal jah. btw report post mortem jennifer: dia dlm pengaruh dadah masa drive keta. katakanlah memang 'dia' yg menjerit meminta tolong, mungkin ini peluang utk selamatkan anaknya drpd mati akibat kecuaian dia sendiri. siapa tau kan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow kes baru ni 2015. Iols tengok polis2 tu pun memang confirm dengar suara yang selebihnya kekal misteri suara siapa. Semoga baby lily membesar sihat. Kasih ibu memang dalam
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2018 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 27-2-2018 09:25 PM
Cerita pendek jah, tp tak kurang menariknya.

Adakah Roh Jennifer Groesbeck Yang Meminta Tolong?

Sedihnyaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai dani...sy rs nak request pasal korean’s 1st serial killer...Macam xde lg kan sbb baru2 ni tertgk movie lama ‘memories of murder’ based on that case...yg xbestnye die diklasifikasikan sbg unsolved...agak kejam cara bunuh tu...thanks in advance ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 28-2-2018 10:23 AM
Aku baru abis layan cite The White Queen kat cenel fox life.ade 10 episod.
Tahun 2013 punya tp  ...

Best ke citer ni.. kat iflix ada.. x terlintas nak tgk.. dah nak expired season.. kena cpt2 tgk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2018 10:49 AM | Show all posts
kenapa untuk kes2 yang mc buntu ni dorang xmintak pertolongan psikik..yela, walopun psikik xdiiktiraf bg statement kat court tp atleast ada panduan baru,ada petunjuk baru..dari biarkan pening terpusing2 xde apa2 petunjuk..amik hint yg psikik bagi utk dapatkan petunjuk secara ilmiah/saintifik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2018 11:24 PM | Show all posts
nicuya replied at 4-3-2018 10:53 PM
Hai dani...sy rs nak request pasal korean’s 1st serial killer...Macam xde lg kan sbb baru2 ni tertg ...

hi nicuya... ai dah post dah kes south korean 1st serial killer yg mengganas di bandar Hwaseong. psl movie tu la ai start cari dan baca2 psl kes tuh. tp artikel paling complete dlm bahasa korea, dgn gambar2 mangsa dan crime scenes.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=1015388&pid=63618114&fromuid=1781210
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 10:57 AM | Show all posts
dani-rox replied at 27-2-2018 09:25 PM
Cerita pendek jah, tp tak kurang menariknya.

Adakah Roh Jennifer Groesbeck Yang Meminta Tolong?

sedihnya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-3-2018 11:39 PM
itu lah kan...kalau seorg jah terdengar bole jah dianggap ilusi gitu, tp dua org polis dan dia org ...

Org2 tua ckp biasanya budak2 esp baby, byk mdpt pnjagaan drp malaikat. Wallahua'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2018 07:31 PM | Show all posts
dani-rox replied at 5-3-2018 11:24 PM
hi nicuya... ai dah post dah kes south korean 1st serial killer yg mengganas di bandar Hwaseong. p ...

eh...haah la hahahaha...bila bukak link tu patut mcm penah bc...rupenye bc kat sini jugak...malunye hahaha
thank you so much dani...i'm one of your silence reader fan...hihi...keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2018 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 1-3-2018 11:33 PM
rasa mcm belum pernah terbaca. nanti ai coba korek.

mengingatkan ai dgn kes thn 90an, Gloria Ra ...

Iols ada baca dlm mastika no
Darahnya ada kristal kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2018 08:25 PM | Show all posts
shernazz replied at 10-3-2018 10:02 AM
Iols ada baca dlm mastika no
Darahnya ada kristal kan

ha'ah... tp tu pon saintis masih berdebat bahan chemical apakah yg menyebabkan tubuh badannya penuh toksik sebegitu rupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2018 10:57 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 17-3-2018 10:58 PM

SIAPAKAH SEBENARNYA "JENNIFER FERGATE"?







Pada malam 3 Jun, 1995, seorg wanita ditemui mati di dlm bilik Hotel Oslo Plaza, Norway selepas pihak keselamatan menerima laporan bunyi tembakan. Dlm masa satu jam, kematiannya dgn segera dianggap sbg bunuh diri dan kebanyakan bahan bukti dimusnahkan. Identiti sebenar wanita itu masih gagal diperolehi. Dua puluh tiga tahun kemudian, siasatan ke atas kesnya masih dibuka. Setelah memeriksa semula bahan bukti, kes wanita misteri itu meninggalkan banyak tanda tanya. Adakah kematiannya benar2 berpunca drpd bunuh diri?

Wanita itu mendaftar masuk dgn nama “Jennifer Fergate”, dan memberitahu penyambut tetamu bahawa seorg individu bernama “Lois Fergate” akan turut menginap bersama. Dia menulis alamatnya -  “Jalan Rue de la Stehde” di bandar Verlaine, Belgium, yg kemudiannya didapati tidak wujud. Begitu juga dgn no telefon rumah, dan nama sykt majikannya “Cerbis”.



Pihak polis Belgium pd malam kejadian itu juga mengesahkan bahawa identiti Lois dan Jennifer Fergate adalah palsu.

Hotel Oslo Plaza mendaftarkan namanya ke dlm sistem sbg “Fairgate”, tetapi wanita itu menandatanganinya “Fergate”.

Laporan autopsi juga gagal memberikan sebarang maklumat berguna. Dlm pendaftaran hotel, wanita itu menyatakan umurnya sbg 21thn. Namun, pemeriksa perubatan mendapati “Jennifer” lebih berusia drpd itu: 30-35thn. Matanya berwarna biru, rambut hitam dan pendek, berat sekitar 67kg dan ketinggian 159cm.



Tiada passport, dompet, duit atau kad kredit ditemui.

Tiada sebarang cap jari pd senjata api yg digunakan. Hasil pemeriksaan pd gelas, bungkusan keropok, botol minyak wangi dan 3 botol soda drpd minibar pula, polis dpt mengesan bbrp cap jari – kesemuanya milik “Jennifer”. Walau bagaimanapun, Interpol gagal memperolehi identiti wanita tersebut berpandukan cap jari itu.

“Jennifer” dikatakan mempunyai perawatan gigi yg mahal iaitu tampalan emas dan porcelain, yg popular di Amerika Syarikat dan juga bbrp negara Eropah spt Belanda, Jerman dan Switzerland.

Menurut hasil soal siasat ke atas para pekerja hotel, wanita itu fasih dlm Bahasa Inggeris dan Jerman.

Hanya bbrp org pekerja hotel menyedari kelibat “Jennifer”. Para penyiasat yg dari mula lg mengesyaki kes ini adalah bunuh diri, menyatakan dia lebih byk menghabiskan masa di dlm bilik. Adakah wanita itu datang ke Oslo dlm yg keadaan terdesak utk mengakhiri nyawanya?



Ketika “Jennifer” mendaftar masuk pd malam Rabu, dia diberikan 2 kad kunci – utk dirinya dan “Lois” sepanjang penginapan mereka hingga Jumaat. Pada pagi Jumaat, wanita itu datang ke kaunter penyambut tetamu dan memaklumkan bahawa dia ingin menyambung penginapan sehingga hari Ahad. Oleh itu dia menerima dua lg kad kunci yg baru.

Berdasarkan data sistem kunci hotel itu, kad2 tersebut digunakan sebanyak 5 kali sepanjang 3 hari. Harus diingatkan sistem ini hanya mengesan aktiviti kad ketika membuka kunci pintu sahaja, bukan ketika seseorg membukanya dari dlm bilik dan keluar.

Pada pkl 22.44 Rabu, “Jennifer Fergate” membuka kunci pintu bilik 2805 buat kali pertama. Tidak bbrp lama kemudian, dia (atau mungkin org lain) telah keluar, kerana pd pkl 00.21 kad kunci itu telah digunakan lg.

Pada pagi Khamis keesokannya, rekod penggunaan kad menunjukkan pkl 08.34. Adakah dia baru balik drpd bersarapan?

Maklumat data seterusnya adalah Jumaat pkl 08.50. Kemudian kad baru pula digunakan – Maksudnya, dia kembali drpd kaunter penyambut tetamu setelah melanjutkan tempoh penginapannya. Seorg staf hotel memberitahu, dia melihat wanita itu masuk ke biliknya dan kemudian menggantung tanda “DO NOT DISTURB” pd pintunya.

Kali terakhir rekod kad kunci digunakan adalah pd pkl 11.03 pagi yg sama. Pintu itu tidak dibuka lg sehinggalah ketua pengawal keselamatan hotel masuk ke bilik tersebut dan menemui mayat “Jennifer Fergate” pd mlm Sabtu pkl 20.04.

Mengambil kira maklumat drpd kad kunci dan dipadankan dgn pemerhatian bbrp saksi, para penyiasat merumuskan bahawa wanita tersebut pernah berada di luar bilik utk jangka masa yg panjang:

Khamis sebelum pkl 13.00, bilik itu dibersihkan oleh housekeeper bernama Vigdis Valø dan seorg pembantunya yg berusia 19thn. Semasa disoal siasat, kedua2nya menyatakan bahawa ketika mereka masuk, bilik 2805 adalah kosong, tiada sesiapa di dlmnya.

Rekod menunjukkan pintu itu hanya dibuka kuncinya pd 08.50 keesokan paginya.

Ini bermaksud “Jennifer” telah keluar bilik sekali di antara 08.34 dan 12.44 hari Khamis, dan kembali semula pd Jumaat pkl 08.50.

Bilik itu kosong utk sekurang2nya 20 jam, maksimum 24 jam.


Garis masa "Jennifer" keluar masuk bilik



Pada petang Jumaat pkl 20.06, “Jennifer Fergate” memesan makanan yg dipanggil “Hotbite” (iaitu sosej bratwurst dan salad kentang) melalui servis bilik. Pada 20.23 makanan dihantar. Kristin Andersen yg bertugas membawa makanan itu, mendapati bilik 2805 sgt bersih – Seolah2 tidak terusik langsung, termasuk katilnya sekali. Dia juga memberitahu, “Jennifer” memberikannya wang tip sebanyak Norway Krone (NOK) 50, satu jumlah yg agak besar.



Sehari kemudian, apabila pasukan forensik mendokumentasi tempat kejadian, mereka menemui sebahagian sisa makanan “Jennifer”.

Ketika autopsi, sebanyak 50ml makanan yg baru dicerna dijumpai di dlm perut, termasuk cebisan sosej.

Ini adalah satu maklumat yg menarik. Jika “Jennifer” makan pd mlm Jumaat, ia sepatutnya sudah habis dicerna. Memandangkan autopsi mengesahkan dia mati pd mlm Sabtu, maka hasil penemuan isi perut itu menunjukkan bahawa “Jennifer” baru makan pd hari Sabtu itu juga – Hampir sehari selepas makanan itu dihantar.

Rekod Hotel Oslo Plaza juga mendapati sekali pd Jumaat dan sekali pd Sabtu, wanita itu menonton TV Berbayar. Namun tiada info berkenaan saluran mahupun bahasa yg menjadi pilihan.



Apabila “Jennifer Fergate” pd tengah hari Rabu menelefon pihak hotel memberitahu yg dia akan datang bersama seorg lelaki pd petang itu, housekeeper Vigdis Valø diarahkan utk meletakkan tambahan selimut, sabun dan tuala – Ini kerana bilik itu sebenarnya disediakan utk seorg penginap sahaja.

Bilik itu dibersihkan pd Khamis keesokannya. Hanya satu bantal dan satu selimut saja yg digunakan. Selimut tambahan pula telah dilipat dan diletakkan di tempat lain. Valø pun mengambil selimut yg tidak dipakai itu dan menyimpannya di dlm almari. Dia mengemas katil itu utk kegunaan satu individu saja.

Pihak penyiasat yakin “Jennifer” telah keluar sepanjang hari termasuk malam antara Khamis dan Jumaat. Oleh kerana tanda “DO NOT DISTURB” telah digantung di pintu utk 2 hari, maka bilik tersebut tidak dibersihkan pd Jumaat dan Sabtu.

Semasa penghantar makanan, Kristin Andersen masuk ke bilik dan menemui wanita tersebut pd mlm Jumaat, katil itu masih dlm keadaan disediakan utk satu org. Namun, apabila pihak polis mengambil gambar mayat “Jennifer” yg terlentang di katil pd Sabtu, mereka melihat dua selimut turut berada di atas katil, berselerakan.

Tiada dinyatakan di dlm dokumen bahawa cadar dan sarung bantal telah diperiksa utk rambut atau kesan2 biologikal.

Beberapa jam selepas kematian wanita itu, kedua2 cadar dan tilam telah dibuang.



Di antara Jumaat dan Sabtu, tiga botol soda diambil dari minibar – sebotol Coca-Cola, sebotol Coca-Cola Light dan Asina, dan sebungkus kerepek ubi kentang. Minuman bir di dlm minibar tidak terusik.

Pihak polis juga berpendapat “Jennifer” berkemungkinan telah atau pun bercadang utk menyetrika pakaian. Di dlm gambar tempat kejadian, kelihatan papan seterika disandarkan di antara meja dan almari. Pada bahagian rak, bersebelahan jaket kulit mahal “Jennifer”, terdapat sebuah seterika. Bilik ini adalah jenis di mana tetamu sendiri harus memesan seterika dan papannya kpd penyambut tetamu.



Ketika wanita itu ditemui mati, jubah mandi hotel yg berwarna putih dihamparkan di atas salah sebuah bantal. Di dlm bilik mandi, tuala yg telah dipakai, ditinggalkan di atas lantai. Sabun ditemui bersebelahan sinki dan salah satu botol kecil berkemungkinan besar syampu, telah dibuka. Pada gambar tempat kejadian, wanita misteri itu berpakaian kemas serba hitam berbaring. Terdapat mekap sekeliling matanya, tetapi penyiasat tidak tahu sama ada mekap itu sudah lama ataupun baru dipakai.

Untuk 3 hari, “Jennifer Fergate” menginap dgn percuma di hotel mewah itu, tanpa membayar apa2. Pada pkl 14.19 Khamis, meja penyambut tetamu menghantar mesej kpdnya melalui skrin TV di dlm bilik, iaitu meminta “Jennifer” utk menghubungi mereka. Rekod mesej itu diterima pd 08.55 keesokan harinya.



Mesej kedua pula adalah pd petang Jumaat pkl 20.57. Lapan minit kemudian, mesej itu menerima jawapan ‘OK’.

Malam Sabtu, penyambut tetamu Evy Tudem Gjertsen merasakan ada sesuatu yg tidak kena. Sudah dua kali tetamu bilik 2805 tidak menghiraukan mesej mereka.

Pada pkl 19.36, penyambut tetamu itu menghantar mesej ketiga dan terakhir, yg sekali lg menerima jawapan ‘OK’. Apabila mendpt tahu tanda “DO NOT DISTURB” telah digantung di pintu selama 2 hari, Gjertsen pun menghubungi bahagian keselamatan.

Pada pkl 19.50, Espen Næss, pengawal keselamatan hotel, mengetuk pintu bilik 2805. Bbrp saat kemudian, dia terdengar bunyi tembakan yg dipercayai dari dlm bilik itu. Oleh kerana dia telah dimaklumkan ada dua org tetamu menginap bilik tersebut, dia kembali ke bahagian penyambut tetamu, memberitahu ketuanya dan menghubungi pihak polis. Pada waktu ini, bilik itu terbiar tanpa sebarang pengawasan selama 15 minit.

Pada pkl 20.04, ketua pengawal keselamatan naik ke tingkat atas, membuka sedikit pintu bilik tersebut dan ternampak seorg wanita sedang berbaring di atas katil di dlm bilik yg gelap. Setelah tidak menerima sebarang respons dan menghidu bau busuk, dia bercadang utk menunggu ketibaan polis, yakni setengah jam kemudian.

Siasatan pun dilakukan ke tempat kejadian, dan polis mengesahkan wanita itu mati ditembak.





Pada pkl 02.40 pagi, koroner menerima mayatnya utk dibedah siasat.

Pada pkl 04.10, cadar dan tilam dibawa keluar dari bilik.

Pada pkl 05.00 pagi, pihak polis menamatkan siasatan mereka dan bilik itu ‘diserahkan’ semula kpd pihak hotel.



Artikel sebuah suratkhabar yg memaparkan gambar2 autopsi "Jennifer"



Para penyiasat mendapati “Jennifer Fergate” memakai jam tangan besar dan tahan lasak jenis Citizen Aqualand, yg selalu digunakan utk menyelam.

Pihak Interpol di Jepun menjalankan siasatan ke atas kilang jam itu di negara Matahari Terbit tersebut, dan melaporkan bahawa jam itu sudah berusia 3 thn, dikeluarkan pd Januari 1992. Namun, syarikat Citizen tidak pasti lokasi yg menjual jam “Jennifer”.



Jam Aqualand tersebut mengandungi tiga bateri jenis 370 – dibuat oleh kilang bateri Switzerland, Renata. Cop pd bateri menunjukkan ketiga2nya dikeluarkan pd Disember 1994. Hasil siasatan mendapati kilang itu menghantar stok bateri sekitar Dis 1994 – Jan 1995, dan Renata dikatakan mengeluarkan sejuta bateri dlm sebulan.

Setiap satu bateri ditandakan dgn ‘W395’, digores dgn tangan. Para penyiasat dimaklumkan bahawa ini adalah cara tukang jam menukar bateri. ‘W395’ bermaksud bateri itu telah ditukar pd bulan 3 iaitu Mac thn 1995 oleh tukang jam yg namanya bermula dgn huruf ‘W’, sama ada namanya sendiri ataupun nama perniagaan. Pihak polis tidak pernah berjaya mengesan tukang jam ini.

Kembali kpd siasatan pd mayat “Jennifer Fergate”. Dua das tembakan dilepaskan dlm bilik 2805 - Siasatan polis mengesahkan tembakan pertama menembusi bantal, tilam dan katil, yg berhenti pd lantai konkrit. Tembakan kedua yg menamatkan riwayat wanita itu.

Peluru itu mengenai dahinya dan tembus hingga ke belakang kepalanya. Ketika mayat “Jennifer” ditemui, dia masih memegang pistol pd tangan kanannya. Pistol itu dipegang dgn cara bertentangan, dia menggunakan ibu jari utk menarik picu manakala 4 jari lg di bahagian penggenggam (grip). Tangan kanan “Jennifer” yg masih memegang pistol ditemui terletak di atas dadanya.



Trajektori mendedahkan tembakan itu dilakukan ketika wanita tersebut sedang berbaring terlentang.

Pd bahagian atas bantal, terdpt limpahan darah mangsa. Pd bahagian bawah bantal itu pula, polis menjumpai kesan jelaga drpd senjata api. Ini bermaksud, bantal itu diterbalikkan selepas tembakan pertama dilepaskan.



Cadar dan tilam dipenuhi darah. Percikan darah juga ditemui pd bantal, telefon, meja tepi dan hingga ke siling, masih ada bbrp titisan darah yg jatuh dari siling ketika polis berada di bilik itu.


Percikan darah pd dinding


Salah satu kelongsong yg ditemui


Menurut laporan autopsi, pegawai forensik menyatakan bahawa “tiada kesan darah mahupun sisa tembakan pd tangan mangsa”. Profesor Perubatan Forensik, Torleiv Ole Rognum bingung kerana tiada percikan darah langsung pd kedua2 tangan “Jennifer”:

“Seperti yg diketahui di tempat kejadian, terdapat pertumpahan darah yg banyak hingga ke siling. Ibu jari mangsa masih berada di bahagian picu, dan jari2nya yg lain pd penggenggam. Tiada sebarang kesan darah pd kedua2 tangannya adalah sesuatu perkara yg pelik,” kata Rognum.

Dia menjelaskan lg,”Sesetengah mangsa bunuh diri mempunyai kesan calar pada jari jemari mereka akibat sentakan (recoil) senjata api. Dlm kes ini, tiada apa2 tanda pd jari mahupun picu. Senjata api 9 mm mempunyai sentakan yg sgt kuat.”

Pistol yg digunakan utk menamatkan riwayat wanita itu adalah jenis Browning 9 mm, semi automatik yg sgt kuat.



Nombor bersiri pd senjata itu telah dikikis. “Ini telah dilakukan dgn begitu professional,” menurut laporan makmal di Kripos. Pakar2 yg bertugas hanya mampu mendptkan sebahagian nombor saja.

Pistol itu dibuat dlm kuantiti yg banyak oleh kilang Browning di Herstal, Belgium. Polis Belgium menyatakan apa yg mereka tahu; senjata tersebut dikeluarkan pd 1990 atau 1991.

Sebanyak 6000 nombor bersiri telah disimpan di dlm tiga arkib senjata api (termasuk pendaftaran kilang, pendaftaran pusat senjata dan pendaftaran senjata yg dicuri). Oleh kerana rekod2 itu bukan dlm bentuk digital, maka mustahil bagi pihak polis mencari maklumat satu persatu.

Beg bimbit yg ditemui di bilik “Jennifer” mengandungi 25 biji peluru, dan tiada barang lain di dlm nya.



Ia adalah jenama Braun Büffel, pembuat barangan kulit mewah dari Jerman. Setakat ini, polis masih belum mendpt maklumat berkenaan tempat beg spt ini dijual sebelum thn 1995.



Wanita itu menelefon hotel pd tengah hari Rabu, utk menukar hari ketibaannya, dan memberitahu yg dia akan datang berdua. Dia juga menyebut nama temannya, “Lois Fergate”.

Penyambut tetamu Sascha René Anonsen menerima pendaftaran masuknya pd petang yg sama. Namun ingatannya samar2 – Menurut Sascha, wanita itu berdiri berseorangan di depan kaunter, tp dia tidak dpt menyatakannya dgn pasti.

Rakan sekerjanya, Evy Tudem Gjertsen pula yakin dia melihat “Jennifer” bersama seorg lelaki berambut gelap. Namun dia teragak2 utk memberitahu sama ada lelaki itu betul2 datang bersama dgn wanita misteri tersebut atau tidak. Evy juga menambah lelaki itu lebih tinggi drpd si wanita, lebih kurang 185cm dan lebih berumur, 35-40thn.

Penyambut tetamu itu tidak dpt menentukan waktu dia melihat mereka berdua, sama ada ketika petang mereka mendaftar masuk atau pd mlm itu. Apa yg dia ingat lelaki tersebut menghulurkan duit dlm dollar Amerika kpdnya utk ditukar.



Tiada saksi lain lg yg melihat mana2 tetamu lelaki dlm bilik 2805. Sebotol minyak wangi yg dijumpai di tempat kejadian adalah utk lelaki, Ungaro Pour L’Homme 1. Walau bagaimanapun, hanya cap jari “Jennifer” saja dikesan pd botol itu.

Polis gagal menemui beg tangan, lesen memandu atau kunci –  item2 yg boleh mendedahkan identiti sebenar wanita itu. Dia kelihatan spt seorg yg amat mementingkan penampilan, pakaian dan gaya, malah bermekap, tetapi tiada kelengkapan peribadi ataupun alat mekap ditemui. Kecuali sebotol minyak wangi khas utk lelaki spt yg dinyatakan awal tadi.

Apa saja klu yg dpt menjelaskan identiti si mati telah ditanggalkan secara sistematik, spt logo dan tag pakaian.

Satu2nya tag pakaian yg tertinggal adalah pd blazer kelabu yg tergantung di dlm almari. Jaket itu dibuat oleh sykt fesyen Jerman, René Lezard, dan amat mustahil utk menanggalkan tagnya tanpa memotong fabrik jaket.




Beg “Jennifer Fergate” yg berwarna hijau pula buatan Travelite, juga dari Jerman.



Label di dlm kasut hitam wanita itu turut ditanggalkan. Bahagian bawah tapaknya yg diperbuat drpd kulit hanya tertulis “Made in Italy” dlm warna emas.

Polis tidak menjumpai kasut lain lg di dlm bilik itu. Apapun ketika housekeeper Vigdis Valø, membersihkan bilik 2805 pd Khamis itu, dia perasan akan sepasang kasut di bwh peti – “kerana ia kelihatan sgt cantik.” Valø ada melihat gambar kasut yg dipakai oleh mayat “Jennifer”, dan dia pasti itu bukan kasut yg sama dilihatnya sebelum itu.



Pada beg pakaian, terdpt baju sejuk kapas dan jaket labuh yg elegan berwarna hitam. Manakala di dlm almari: blaus tanpa lengan, blazer kelabu dan kot yg agak labuh. Beg hijau yg terletak di atas kerusi pula mengandungi pantyhose hitam, baju sutera hitam dan tiga bra berwarna hitam dan putih.

Pakaian yg dipakai mayat “Jennifer”: Kasut, stoking, bra, seluar dlm sutera dan jaket kapas. Kesemuanya dlm warna hitam.



Tiada seluar dalam ditemui di bilik itu selain yg dipakainya. Dan tiada juga sebarang skirt mahupun seluar.

Sekeping duit kertas Norway 50 NOK yg diberikan sbg tip pd mlm sebelum kematiannya saja jejak wang yg ada dlm kes ini.

Setahun kemudian, polis pun berputus asa. Tiada satu pun petunjuk yg dpt membantu siasatan mereka. “Jennifer Fergate” masih kekal misteri spt mana dia dijumpai di bilik 2805 pd mlm itu.





ROM 2801: Pasangan pengantin baru, Tore Øyvind Nilsborg dan isterinya. Tidak pernah melihat atau mendengar apa2 yg penting dlm kes.

ROM 2807: Pasangan Swiss, Ruth dan Werner Zobrist, ketika itu sedang bercuti di Norway. Tidak pernah melihat atau mendengar apa2 yg penting dlm kes.

ROM 2806: Reidar Hogstad dan isterinya, percutian bulan madu. Tidak pernah melihat atau mendengar apa2 yg penting dlm kes.

ROM 2816: Tetamu bilik ini tidak diketahui identitinya. Di dlm bilik 2805, penyiasat menjumpai beg plastik bersama surat khabar USA Today. Beg plastik itu ditanda ‘2816’. Satu cap jari tidak dikenali telah ditemui padanya. Kini, polis Oslo mengeluarkan permohonan kpd Interpol utk menyiasat cap jari tersebut.


Beg plastik suratkhabar bertanda '2816' di atas kanan meja



ROM 2818: Borghild Strandenes. Menghubungi pihak polis Oslo 6 hari selepas kematian “Jennifer”, utk memberitahu mengenai pasangan org asing yg pernah dilihatnya di hotel itu. Namun, polis tidak menghubunginya kembali.

ROM 2804: Bilik yg bertentangan dgn 2805, tetamu hanya dikenali sbg Mr. F dari Belgium. Dia mendaftar keluar pada pagi Sabtu, setengah hari sebelum mayat “Jennifer” ditemui. Dia memberitahu akhbar Norway, Verdens Gang (VG), pada pagi itu dia diberitahu oleh polis bahawa seorg wanita telah dijumpai mati. Apabila VG mempersoalkan bagaimana polis mula menyoal siasat sebelum kematian itu berlaku? Mr F menjawab: “Saya tidak tahu apa2. Saya hanya ingat mereka pernah menyoal saya. Itu saja yg saya tahu.”

Beberapa teori muncul berkenaan “Jennifer” yg diambil kira oleh pihak penyiasat waktu itu, termasuk wanita itu mungkin berkaitan dgn misi dadah yg gagal, atau pernah berkerja dgn agensi pengintipan rahsia, atau pelacur atasan, atau mungkin juga isteri ketua gengster Itali Leoluca Bagarella yg hilang. Namun polis dan org ramai yg berminat dgn kes ini masih jauh drpd jawapan yg sebenar.

Siapa “Jennifer Fergate”?

Dari mana tempat asalnya?

Adakah dia dibunuh, atau membunuh diri?

Mengapa tiada siapa yg membuat laporan kehilangannya?

Mulai pertengahan thn 2017, akhbar Verdens Gang dgn kerjasama polis memaparkan semula kes “Jennifer Fergate” dan mengajak para pembaca di Norway dan juga seluruh dunia utk sama2 membantu menyelesaikannya. Mereka juga menyediakan laman interaktif khas tempat kejadian utk memudahkan lg para pembaca meneliti setiap ceruk bilik 2085 pd mlm 3 Jun 1995.






Penyiasat Tom Strom Olsen melawat kubur "Jennifer Fergate"


SOURCE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2018 01:31 PM | Show all posts
dani-rox replied at 29-1-2018 01:39 AM
KES GADIS-GADIS ALCASSER YANG BELUM TERUNGKAI SEHINGGA KINI

i baca2 dekat komen utube. ramai ckp Netflix akan buat case sebagai "the next big true crime documentary." Will be released in 2019 and it will tell the whole story of everybody yang involved.. sama2 kite nanti kan. Ramai juga ckp case ni pelik sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 17-3-2018 10:57 PM
SIAPAKAH SEBENARNYA "JENNIFER FERGATE"?



Wow thanks dani for the update. Memang misteri sebab identiti pun rahsia. I speku pengintip “Jennifer” ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 09:37 AM | Show all posts
dani-rox replied at 17-3-2018 10:57 PM
SIAPAKAH SEBENARNYA "JENNIFER FERGATE"?

btol2 nk sembunyikan identiti smpi tag baju pon dia tanggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2018 02:13 PM | Show all posts
aku ingat jennifer fergate ni spy la
ada la kot mana2 mission yg dia fail

sekadar bermission impossible
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.206313 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list