|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS III ♥ Vote ALT @ MM : Taip MM A386 ke 33399
[Copy link]
|
|
nak balik kampong.. papaii :victory:
penat betul |
|
|
|
|
|
|
|
thx tira...
esok jgn lupa dptkan utusan mguan n brita mgu..ada citer psl kes ngan hatta ni kalo x silap..citer sbenar bak kata mila dlm kring2 yg akan terungkai..tulisan raja mawar n niezam..lau rajin tepek la kat umah pink eh..:flower:
[ Last edited by chekja at 20-7-2008 02:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
From Pancaindera
Mila tak buang pengurus
Mula-mula saya nak tanya apa masalah sebenar Famee dan pereka fesyen Hatta Dolmat?
Kes ini tak ada kena mengena dengan Mila. Mila tak bersalah sebaliknya antara saya dengan Hatta. Kisahnya masa ABP yang lepas. Saya dan Mila ada tempah baju untuk acara itu. Yalah, dia kawan lama saya, mesti saya buat baju dengan dia. Mila pun setuju. Tapi bila dah dekat dengan acara ABP tu, baju tak siap-siap lagi.
Apa reaksi Mila?
Bila dah nak hampir dengan tarikh acara tu, Mila ada tanya saya baju dah siap ke belum? Sebagai pengurus yang dibayar gaji, saya memang kena kerja dengan Mila. Saya buat kerja sayalah dan terus tanya Hatta dia dah siapkan ke belum baju yang ditempah tu. Mungkin cara saya tu Hatta tak puas hati, dia tuduh saya ni banyak mulut. Yalah, dia kena faham. Bos kita bagi arahan, memang kena buat kerjalah.
Apa jadi dengan baju tu?
Akhirnya baju tu siap kira-kira dua hari sebelum ABP tapi design dia tak sama. Baju yang Mila tempah mula-mula gabungan warta hitam, 憈urquoise |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam BPop ada gak artikle kecik pasal isu fesyen2 ni tulisan Raja Mawar n also ada citer n gambar Mila masak Cucur Udang for Rancangan Masakan Sheila Rusly sempena Ramadhan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
thx tira...
tu la..cam sedap je tgk cucur udang mila masak tuh..lau tgk bulan poser nnti mau mleleh2 air liuq... |
|
|
|
|
|
|
|
bayienggg.....
cuti ker?? hopefully jap jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx for the artcles tira....akhirnye baru jelas dan taw citer sebenar... |
|
|
|
|
|
|
|
Credit to B.Minggu
Blogger hentam Mila
KASIHAN pula Raja apabila mendengar rintihan juara Akademi Fantasia 5, Mila yang tak sudah-sudah dihentam, dikutuk dan dicemuh dalam laman blog. Baru saja reda kontroversi percintaannya dulu, kini Mila terjebak lagi dengan isu masuk campur perbalahan bekas pembantu peribadinya, Fahmee dan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.
Gara-gara dituduh campur tangan perbalahan soal peribadi bekas PA itu, Mila dikecam hebat dalam laman blog. Mila dituduh lupa diri, kacang lupakan kulit dan macam-macam lagi. Di kesempatan bertemu Mila baru-baru ini, Raja sempat bertanya. Mila akui terkilan dengan apa yang berlaku.
揝ebenarnya saya bukan masuk campur perbalahan Fahmee dan Hatta, tetapi saya cuba meleraikan kekusutan yang berlaku. Saya nasihatkan Fahmee, jangan jadi bodoh nak bergaduh dan berperang besar, cuba selesaikan masalah dengan baik, tetapi nasihat saya sudah disalah tafsir.
揝aya tak mahu Fahmee dan Hatta terus berperang SMS, mereka dulu kawan baik, takkan perkara kecil tak boleh selesai. Saya tak terniat nak mencampuri urusan mereka, tetapi satu faktor perbalahan berlaku disebabkan rekaan busana saya pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Mac lalu . Dari situ ungkit mengungkit timbul hingga keadaan bertambah tegang lagi.
揌atta pula meluahkan perasaannya dalam laman blog. Jadi, saya rasa adalah tanggungjawab saya memperbetulkan keadaan, lagi pun ketika itu, Fahmee masih menjadi PA saya. Saya tak kisah jadi bahan kutukan di laman blog, biarlah orang di luar sana tahu keadaan yang sebenar, |
|
|
|
|
|
|
|
Cucur udang Mila sedap
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
Menerusi Ketuk Ketuk Ramadan, Sheila sekali lagi bertindak sebagai hos, selain selebriti yang diundang bukan hanya penyanyi, pelakon dan pengacara malah turut menampilkan pengarah
MENJELANG Ramadan 1429 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, iaitu sekitar 1 atau 2 September ini, kini beberapa syarikat produksi semakin ligat mempersiapkan karya masing-masing untuk dibekalkan kepada stesen televisyen. Selain drama berkonsepkan keagamaan dan bertema bulan puasa, produksi lain yang kini sedang dihasilkan termasuklah dokumentari, program masakan, bual bicara dan muzikal bertemakan Islam.
Lebih meriah, ketika ini juga rakaman atau kerja penggambaran untuk program muzikal dan drama berkaitan Aidilfitri turut dijalankan bagi memenuhi permintaan stesen TV yang semakin banyak.
Begitulah juga bagi syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd milik pelakon dan pengacara terkenal, Sheila Rusly dan suaminya, Azman Yahaya (Jinggo). Mereka juga kini sibuk ke dapur untuk rancangan berkonsep masakan. Jika empat musim dulu, Sheila muncul bersama Citarasa Selebriti, kini Sheila masih lagi diberi kepercayaan mengendalikan rancangan berkonsep sedemikian.
Menerusi Ketuk Ketuk Ramadan, Sheila sekali lagi bertindak sebagai hos, selain selebriti yang diundang bukan hanya penyanyi, pelakon dan pengacara malah turut menampilkan pengarah lelaki terkenal seperti Aziz M Osman dan Adlin Aman Ramlie. Ketuk Ketuk Ramadan tampil bersama 30 selebriti popular dengan mengetengahkan 60 lagi hidangan lazat, tahun ini.
Selain Sheila, Aziz dan Adlin, selebriti popular yang terbabit dalam program kali ini termasuklah Mila, Mawi, Jehan Miskin, Farid Kamil, Umie Aida, Ferhad, Nora, Dafi, Melissa Saila, Sazzy Falak, Azharina, Zizan Nin, Aizat, Danny X-Factor, Mustaffa Kamal dan Fouziah Ghous.
Wakil B*Pop sempat meninjau lokasi penggambaran bersama Sheila dan tetamunya pada hari itu, Mila di Pasar Puteri Mart, Bandar Puteri Puchong, Selangor, Isnin lalu. Jangan tak percaya, walaupun sudah agak lama tidak menjenguk dapur selepas mengukir nama sebagai penyanyi, air tangan Mila boleh tahan sedapnya. Mila menghidangkan resipi turun temurun keluarganya, cucur udang Mila Bila Cinta.
"Kalau sebut cucur udang tentu tergambar di ingatan cucur udang biasa yang boleh dibeli di kedai, tetapi resipi cucur udang saya kali ini, agak berbeza. Ia dihidangkan dengan kuah kacang dan ramuan yang kami sediakan agak istimewa untuk menambahkan keenakan.
Resipi ini diturunkan oleh ibu kepada saya. Sejak kecil, saya sudah biasa ke dapur. Dulu sebelum bergelar penyanyi, sayalah harapan ibu untuk membantu kerja dapur sama ada memasak atau mengemas rumah memandangkan ibu saya bekerja di kilang mengikut syif.
"Bagaimanapun, sejak bergelar penyanyi, saya jarang dapat ke dapur. Ketika tinggal di rumah bujang dulu, saya hanya sempat memanaskan lauk pauk yang dibeli di kedai, tetapi selepas keluarga berpindah tinggal bersama saya di Kuala Lumpur, barulah saya berpeluang ke dapur semula," katanya.
Mila akui ibunya sering mengingatkannya petua orang dulu-dulu, kalau mahu menambat hati suami, kenalah pandai memasak. Malah, ada kalanya melalui masakan juga boleh menyebabkan perasaan cinta semakin bertambah dan mengukuhkan lagi perasaan sayang antara suami dengan isteri. Begitulah besarnya pengaruh air tangan seorang isteri.
"Ibu juga selalu berpesan kalau nak masak sedap, kenalah rajin ke dapur. Bagaimanapun, air tangan saya tidaklah sesedap air tangan ibu walaupun resipi yang sama. Kadang kala saya lebih suka ibu yang memasak, saya hanya membantunya. Kalau dulu semasa tinggal berjauhan, masakan ibulah yang paling saya rindui terutama kari dan kuih sagu kelapa pada Ramadan," katanya yang kini bersiap ke lokasi penggambaran filem pertamanya, Lu Fikirlah Sendiri De Movie tidak lama lagi. Mila akan bergandingan dengan juara Raja Lawak, Nabil, Puteri Sarah, Zizan Raja Lawak dan Tasya AF.
Bagi Sheila pula, memasak sudah sebati dengan jiwanya biarpun sentiasa sibuk dengan aktiviti lakonan. Hanya setahun sekali dirinya tampil berkongsi menu dan petua masakan yang diwarisi sejak turun temurun bersama peminat.
Manis bertudung, pengacara Apa Apa Aje itu mengakui: "Banyak perubahan yang dilakukan dalam rancangan masakan kali ini, bagaimanapun konsep memasak bersama selebriti undangan tetap dikekalkan. Saya masih mengekalkan konsep terjah tetapi tidak hanya terjah di rumah selebriti sebaliknya turut di lokasi lain.
"Lokasi penggambaran juga tidak hanya dilakukan di rumah selebriti, sebaliknya sebagai kelainan, kami menjengah di lokasi tumpuan umum seperti Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit, air terjun Alang Sendayu, Eye of Malaysia, pasar tani, pasar raya dan pasar borong.
"Paling menarik apabila selebriti menunjukkan kepakaran mereka memasak di hadapan penonton yang lalu lalang di lokasi-lokasi berkenaan. Nama Ketuk Ketuk Ramadan diambil apabila mengingatkan saya beduk yang diketuk setiap kali masuk waktu berbuka puasa di kampung-kampung."
Bagi menambah tarikan, Sheila yang pernah menyambung pengajian di bidang Perhotelan & Katering di Kolej Damansara Utama. akan memberikan petua tertentu dalam menghasilkan makanan bermutu dan menyelerakan, selain ibu kepada dua cahaya mata itu tidak ketinggalan menyediakan satu resipi enak, mudah dan ringkas untuk dimasak sempena Ramadan ini.
Ketuk Ketuk Ramadan menggantikan Citarasa Selebriti dijangka disiarkan di RTM1 bermula 1 September ini.
[ Last edited by chekja at 20-7-2008 10:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|