CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zara.melissa

[Jenayah] Anggota polis ditemui mati ditembak, ditetak dalam balai (update: saspek ditangk

[Copy link]
Post time 2-9-2017 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-8-2017 01:02 PM
Mana kau tau yg tembak tu melayu?
Entah entah monyet mcm kau....

Kan sis...dh malu ler tewwww dh kuar update suspek bunuh org iban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 1-9-2017 01:51 PM
Lagi scary yang duduk dalam bus sebelah abang potong kepala bapak heshe sendiri itu dahuku, siap.a ...

Yang kes tu scary ya...tak meleleh plak darah keluar bag kan. Bag apa la dia pakai...kalis cecair
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Vokuro replied at 1-9-2017 01:51 PM
Lagi scary yang duduk dalam bus sebelah abang potong kepala bapak heshe sendiri itu dahuku, siap.a ...

Yang kes tu scary ya...tak meleleh plak darah keluar bag kan. Bag apa la dia pakai...kalis cecair
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 1-9-2017 10:57 PM
Laknatullah ni dah kenapa?  Kau takde maruah ye memfitnah lepas tu tak reti bahasa nak minta maaf. ...

Kan.....bimbo ya amat. Mesti sll dikecewakan lelaki melayu. Hadap ciknek bangla jah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 1-9-2017 10:57 PM
Laknatullah ni dah kenapa?  Kau takde maruah ye memfitnah lepas tu tak reti bahasa nak minta maaf. ...

Kan.....bimbo ya amat. Mesti sll dikecewakan lelaki melayu. Hadap ciknek bangla jah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillah.....
takziah buat keluarga mendiang dan mohon bertabah

urbannya makpak 'melayu' buh nama anak franky. aku rasa makpak dia nak buh nama fauzi tu, tapi time gi daftar tetiba blackout. so kerani n17 jpn tersalah eja jadi franky
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2017 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila melayu nama franky? Dah ala2 nama pinoy columbia pon ada
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 06:55 AM | Show all posts
imthegirl replied at 1-9-2017 11:52 PM
Bukan kata nya rakyat sabah sarawak ni yang paling aman harmoni dalam Malaysia ni?
Aman harmoni konsep nya atas dasar ada berbilang kaum kat sini dan berlainan kepercayaan tapi masih saling hormat menghormati.
Bukan aman harmoni tak ada jenayah bagai tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2017 06:58 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 2-9-2017 03:43 AM
Sejak bila melayu nama franky? Dah ala2 nama pinoy columbia pon ada
Kalau kat Sarawak .. tak ada mustahil ada nama melayu gtu mommy , lebih-lebih lagi kalau yang dari family kawin campur.
Cuma dalam kes ni memang sah bukan melayu.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 07:05 AM | Show all posts
nobito replied at 1-9-2017 10:00 AM
Nama macam tu...nama Iban dik.....sejak bila Melayu nama Jonathan.....

Nak tahu beza nama iban  ...
Nama Melayu Sarawak....ada jugak yg berbau pagan macam Sekuan, Median, Aren dll tapi akan disertakan dengan Bin/Binti
kalau yang berbau pagan tu selalu nya Melanau pagan.
konsep sini Melayu sama seperti kat sana. Kalau Melayu terus Islam.
Melanau ja masih ada 3 pilihan. Islam.Kristian atau Pagan

Melayu dan Melanau

Iban dan Bidayuh

Orang Ulu : Kenyah Kayan Kelabit dan banyak lagi

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 07:44 AM | Show all posts
Credit : RTM

*UPDATE PENGURUSAN MENDIANG L/KPL 172031 VALENTINO ANAK MESA.*

KP Selangor dan isteri serta warga polis Selangor / PERKEP akan membuat serahan cek kebajikan kepada isteri mendiang di Hospital Serdang.

3. Seterusnya rombongan akan bergerak ke KLIA untuk memberi tabik hormat kepada mendiang sebelum berlepas menggunakan penerbangan MH2718 jam 1940hrs ke Sibu. Atas persetujuan YDH KPN melalui Pengarah Pengurusan, keranda mendiang akan ditutup dengan bendera Malaysia.

4. CP Sarawak / Peg2 telah mengaturkan sambutan di airport dan segala urusan pengkebumian disana.

5. Mendiang akan diiringi oleh SAC Kumaran, KJPJKK Slgor.

Sekian utk makluman, terima kasih.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 07:48 AM | Show all posts
TOLONG SERAH RAKAMAN CCTV : POLIS

SHAH ALAM: Polis meminta kerjasama pemilik premis berdekatan Balai Polis Pinggiran USJ yang ada memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan kes bunuh seorang anggotanya dalam kejadian Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata sebarang rakaman CCTV yang diserahkan kepada pihak penyiasat boleh membantu merungkai kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditemui dengan kesan luka tetakan di belakang kepala dan sedas tembakan di belakang badannya, awal pagi Khamis.

Mayat Valentino ditemui berdekatan Kaunter Pertanyaan di balai polis berkenaan oleh rakan setugas dari Unit Peronda yang baru pulang daripada membuat rondaan, kira-kira jam 3.25 pagi.

Beliau berkata rakaman CCTV kediaman berdekatan penting untuk siasatan polis dalam kes itu.

"Siasatan kes ini masih lagi berjalan. Tolong berikan kami ruang untuk menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, Mazlan turut menafikan dakwaan bahawa senjata api yang dibekalkan kepada Valentino iaitu Walther P99, yang dipercayai diambil penyerangnya, sudah ditemui.

Kira-kira 16 jam selepas serangan itu, seorang suspek berusia 34 tahun ditahan ketika mahu menaiki penerbangan ke Sibu di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 petang semalam.

Suspek yang berasal dari Sarawak ditahan sepasukan anggota polis yang kemudian diserahkan kepada Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Sumber : Berita Harian



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 07:53 AM | Show all posts
SIBU,31.08.2017 – Jenazah mendiang L/Kpl Velentino Anak Mesa selamat tiba di Perkarangan Mas Kargo Lapangan Terbang Sibu pada jam lebih kurang 9.35 malam dan mendiang disambut dengan penuh istiadat Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh YDH DCP Dato’ Pahlawan Mohd. Dzuraidi Bin Ibrahim, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah serta Supt.James Anak Jonathan,Pegawai Turus Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

Mendiang L/Kpl Velentino dibawa pulang ke rumah mendiang di Julau dan dijangka akan dikebumikan di Tempat Perkuburan Iban Rumah Maing,Lubuk Besai Entabai, Julau pada ahad/03.09.2017 setelah diadakan perbincangan dengan ahli keluarga mendiang.

YDH DCP Dato’ Pahlawan Mohd. Dzuraidi Bin Ibrahim,Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak serta seluruh warga PDRM khususnya Kontinjen Sarawak turut meluahkan rasa sedih dan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang dan ucapan itu disampaikan kepada bapa mendiang serta turut menyampaikan sedikit sumbangan Derma Kilat hasil dari kutipan pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Sarawak.

Hadir sama pada upacara tersebut YDH SAC Dato' Kumaran,Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Selangor serta rombongan yang mewakili Kontinjen Selangor,DSP Daniel Desmond Bin Benjamin,Ketua Polis Daerah Kanowit,DSP Bidol Noyeng,Ketua Polis Daerah Julau,pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Sarawak.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 07:57 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 08:12 AM | Show all posts


Mayat Anggota Polis Ditembak Dibawa Balik Ke Sarikei Malam Ini

KUALA LUMPUR – Mayat mendiang Lans Koperal Valentino anak Mesa, 29, yang ditemukan maut, dipercayai dibunuh, ketika bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Pinggiran Subang Jaya awal hari ini, akan dibawa pulang ke Sarikei, Sarawak malam ini.

Abang ipar mangsa, Mohd Dilang, 33, berkata mayat mendiang dijadual diterbangkan ke Lapangan Terbang Sibu menggunakan pesawat Malaysia Airlines pada 7.45 malam ini sebelum dibawa ke kampungnya di Lubuk Besar, Sarikei.

“Seluruh ahli keluarga masih terkejut dengan berita ini, saya sendiri masih tidak boleh terima apa yang berlaku terhadapnya,” katanya yang ditemui Bernama di Jabatan Forensik, Hospital Serdang bagi menuntut mayat mendiang selepas bedah siasat, dekat sini hari ini.

Mohd Dilang menyifatkan adik iparnya sebagai seorang yang sentiasa positif serta berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

“Memang dia rapat dengan ahli keluarga terutama anak saya,” kata Mohd Dilang.

Isteri mendiang yang hanya dikenali sebagai Rossi turut berada di Hospital Serdang namun enggan ditemu bual.

Sementara itu, seorang rakan mendiang yang mahu dikenali sebagai ‘Abang’, berkata Valentino tidak mempunyai musuh dan mesra berkawan dengan ramai orang.

“Dia jadi rujukan untuk kami jika berlaku apa-apa kes, dan dia juga sering memberi nasihat kepada kami khususnya kepada orang Sarawak yang bekerja di Semenanjung,” katanya.

Terdahulu dilaporkan Valentino ditemui dalam keadaan tertiarap oleh Unit Peronda Polis yang balik ke balai selepas membuat rondaan kira-kira 3.25 pagi.
Dia dipercayai maut akibat satu das tembakan jarak dekat pada badan selain kesan tetakan senjata tajam. – BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmmmmm... Balai polis pon jd tempat jenayah? Pelik tp benar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046195 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list