CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mzr

Dayang dilarang pilih suami mat saleh?

[Copy link]
 Author| Post time 10-8-2007 12:21 AM | Show all posts
Santai : 9 Ogos 2007   BERITA HARIAN S'PURA

ENGGAN MENANTU INGGERIS
Bapa lebih gembira jika Dayang Nurfaizah 'cari' suami Melayu

PENAMPILANNYA mungkin kerap disamakan dengan penyanyi Barat, Beyonce.

Rambutnya yang perang mungkin membuat penyanyi dari seberang, Dayang Nurfaizah, dicap sebagai artis yang agak kebaratan apatah lagi dengan penampilannya yang seksi sejak kebelakangan ini.

Seperti yang kita tahu, penyanyi Dayang Nurfaizah bebas daripada sebarang gosip murahan termasuk gosip-gosip cinta sejak pembabitannya dalam dunia seni lapan tahun lalu.

Ada yang bertanya, melewati usia yang ke-26 tahun pada 20 Julai lalu, tidak teringinkah gadis itu untuk mencari lelaki bergelar suami?

Ini kerana melihat kepada dirinya, ramai yang akan berkata gadis seperti Dayang tentunya mempunyai ramai peminat termasuk kalangan lelaki bukan Melayu.

Berkulit hitam manis dengan raut wajah yang manja, tidak dinafikan wanita seperti itu kebiasaannya menjadi pilihan lelaki-lelaki Inggeris.

Malah bagaikan satu trend pada ketika ini kebanyakan artis kita memilih pasangan bukan Melayu menjadi calon suami atau isteri masing-masing.

Bagaimanapun jika ada lelaki Inggeris yang memendam perasaan untuk melamar Dayang sebagai calon isteri, lebih baik lupakan saja hasrat itu.

Ini kerana bapa Dayang, Awang Dowty Awang Fauzi, 59 tahun, keberatan sekiranya Dayang memilih lelaki Inggeris, lapor akhbar Utusan Malaysia.

Bukan hendak menolak sekiranya ia adalah takdir tetapi menurut Awang Dowty, beliau lebih gembira sekiranya calon suami anaknya itu di kalangan orang Melayu yang mempunyai asas agama.

Mengakui bukan seorang yang memilih, kata Awang Dowty, beliau tidak menghalang sekiranya calon pilihan Dayang bekerja sebagai budak pejabat sekali pun. Cuma tidak lelaki mat saleh.

'Saya bukan seorang yang memilih cuma sebagai bapa saya mengharapkan beliau bertemu jodoh dengan lelaki Melayu yang mempunyai asas-asas agama.

'Orang Semenanjung pun tak apa,' katanya semasa pelancaran album Dayang 2007 hujung bulan lalu.

Bagaimanapun sebagai seorang bapa, beliau sekeluarga tidak pernah memberi tekanan kepada Dayang untuk memilih calon suami sebaliknya berharap beliau akan bertemu dengan lelaki kesukaannya yang boleh menjaganya.

Dayang pula, apabila ditanya mengenai nasihat ayahnya itu, hanya ketawa sambil mengakui akan menghormati kehendak orang tuanya.

Imej dan penampilan Dayang sejak kebelaka ngan ini sering diperkatakan termasuklah imejnya yang dikatakan agak seksi. Ia turut diakui oleh bapa Dayang sendiri yang berkata imej anaknya itu turut diperkatakan oleh rakan-rakannya di Kuching, Sarawak.

Sebagai seorang bapa, beliau sudah menasihati Dayang dari segi pemakaiannya supaya bersesuaian dengan majlis yang dihadiri.

'Saya menyedari perkara itu dan tidak menafikan ramai rakan-rakan dan peminatnya memberi komen mengenai penampilannya. Pada saya yang paling penting beliau boleh menjaga dirinya dan nama keluarga,' katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 01:49 PM | Show all posts
'Saya bukan seorang yang memilih cuma sebagai bapa saya mengharapkan beliau bertemu jodoh dengan lelaki Melayu yang mempunyai asas-asas agama.

'Orang Semenanjung pun tak apa,' katanya semasa pelancaran album Dayang 2007 hujung bulan lalu.

Ada peluang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #122 syafali's post

hehahaha!!!

gudlak beb!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:52 PM | Show all posts

Reply #123 honeYweLL's post

Hahaha.Tak nak la,nnt burung pungguk marah.Abis dipatuknya aku kang!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 15-8-2007 05:52 PM
Hahaha.Tak nak la,nnt burung pungguk marah.Abis dipatuknya aku kang!


amboiiiiiiii:@ ...kan main lagi ko yer...berani cuba la:@
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 15-8-2007 05:52 PM
Hahaha.Tak nak la,nnt burung pungguk marah.Abis dipatuknya aku kang!


burung pungguk tak leh patuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2007 10:24 AM | Show all posts

Reply #126 shirah's post

ko tak tau shirah,dia ada paruh yg berbisa!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by syafali at 18-8-2007 10:24 AM
ko tak tau shirah,dia ada paruh yg berbisa!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.053391 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list