Lupa nak update pasal fenomena Hola di Kuantan (BH Online)
Kejadian berlaku semalam
MISTERI AWAN CERAH BERTUKAR GELAP: Perubahan cuaca yang panas terik tiba-tiba bertukar menjadi gelap pada jam 4.30 petang semalam, menimbulkan tanda tanya. Kejadian berubah corak selama sejam. Gambar ini dirakam ketika Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyampaikan hadiah kepada anakndanya, Tengku Ahmad Ismail Tengku Abdullah, 8, pada Kejohanan Olahraga Ke-35 Sekolah Kebangsaan St Thomas, Kuantan. Tunku Azizah Aminah Maimunah turut merakamkan kejadian itu.
Kebiasaannya apa yang sering disaksikan di langit adalah pelangi.
Tetapi bagi penduduk sekitar Kuantan, apa yang mereka saksikan bukan
pelangi tetapi satu fenomena alam luar biasa yang mungkin tidak pernah dilihat.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyaksikan gelungan cahaya jingga yang tebal dan perlahan-lahan terbias sekitar kelompok awan cerah yang hampir diliputi awan mendung.
Fenomena itu berlaku dalam tempoh antara lima hingga 10 minit sebelum keseluruhan kelompok awan menjadi mendung.
Lebih menghairankan, setengah jam kemudian awan gelap turut hilang dan suasana kembali normal.
Jurucakap Jabatan Kajicuaca yang dihubungi berkata, fenomena berkenaan dinamakan 慒enomena Halo