|
sg rambai dkt dgn muar, so dudk hotel kt muar jer... kt muar bnyk hotel murah3, google jer hotel kt muar |
|
|
|
|
|
|
|
xperasan lak dia post 26hb hri tu |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tiba dah dari melaka.. leh tutup topik ni..
aku duduk hotel strait meridian.. rm140 semalam.. tepi lebuhraya amj... 30km je dari sungai rambai..
n first time tgk adat org melaka kahwin.. fuhh.. meriah n lama betul nak boleh akad nikahnya.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
hotal budget area bandar melaka
Salam org melaka, boleh tak bagitau aku hotel budget area melaka yag bagus, if posibble area dekat2 pahlawan mall n sekitarnya.. thanks |
|
|
|
|
|
|
|
sy merge okeh thred ni...
harap thread yg sedia ade tu dpt membantu... |
|
|
|
|
|
|
|
iktu budget gk otel melaka ni
tp bile tune hotel nk bukat kat melaka sure full memanjang haha.... |
|
|
|
|
|
|
|
Minggu lepas aku bercuti bersama adik di Melaka 4 hari 3 malam, memang pengalaman yang menyeronokkan sebab ini kali ke 10 mungkin aku melancong ke sana maklumlah dekat dengan KL. Semalam aku tinggal di rumah rakan aku di Sg Udang atas undangan beliau dan dua malam berikutnya aku tinggal di hotel berlainan iaitu :
1) Hari jumaat aku bermalam di Gold Leaf Hotel dan harganya memang murah hanya rm70 termasuk cukai (beli melalui Agoda.com), jauh sedikit dari bandar tapi hotelnya boleh kata selesa walaupun murah. Ada televesyen model lama 24 inci dengan channel Malaysia saja, mesin air mineral, kipas, penghawa dingin tapi tiada tingkap (walau bagaimana pun masih ada tingkap kecil di atas jadi tiada bau hapak). Dengan harga semurah tu bagusnya sekali dengan tandas, tapi tiada menawarkan parking jadi terpaksa parking menggunakan kupon (boleh beli di hotel juga). Bagusnya pekerja hotel sangat mesra, hanya tinggalkan no plat kereta atau tunjuk kereta kita nanti dia akan tolong letakkan kupon tu untuk awal pagi atau bila-bila masa ikut kehendak kita.
2) Naza Talyya Hotel, juga beli melalui Agoda dengan harga rm150 termasuk cukai. Aku biasa juga menginap di hotel (tapi aku lagi suka menjadikan kereta sebagai hotel), kalau perlu membayar harga semahal begini aku selalu mengharapkan ianya selesa, cantik dan bersih (aku punya bandingan Hydro Hotel Penang dengan harga sama) :
- Parking yang besar di belakang hotel, tapi laluan masuk sangat sempit dan sisa batu dan kayu bertaburan di tepi hotel disebabkan ada renovate KIA Motor office? mungkin.
- Semasa sampai di meja customer service tiada kakitangan di situ, 5 minit aku duduk menunggu baru nampak kelibat seorang perempuan tergopoh gapah dan kurang mesra.
- Bilik besar dan luas, tapi sayangnya tiada tuala jadi aku telefon pihak hotel tapi 3 jam kemudian baru lah ada pekerjanya.
- Tandas selesa dan luas, cukup semua syampoo, shower gel dan sebagainya.
- Tingkap dia tidak mesra penginap, bila ianya terdedah untuk diintai sebab langsir tidak menekap ke dinding sebab jarak langsir dengan tingkap ialah lebih sejengkal jadi langsir terdedah. Tidak lupa juga pintunya menggunakan kunci dan bukan kad, setiap kali keluar pasitkan kunci tombol dari dalam sebab kalau dah biasa ke hotel pasti terkeliru tentang hal ini.
- Televesyen juga old fashion sama seperti hotel sebelum tu, aku menjangka kan tv besar ataupun LCD tapi ada pelbagai channel astro tapi limited/
- Ada peti sejuk mini, peti keselamatan tapi tak seronok tiada wifi percuma dan perlu bayar rm10 untuk wifi untuk 1 laptop.
- Breakfast dia boleh tahan dan memang patut di puji.
Terkejut la sekarang ni kenapa ahad pun perlu bayar parking ye? selama ini aku ke Melaka tiada pula perlu bayar parking untuk hari cuti umum mahu pun hujung minggu, bagi aku Melaka antara tempat yang paling seronok kalau nak melancong dan membuat JJCM. Banyak tempat makan aku dah jelajah antaranya Lot 85, Dima Arab, Mona Asam Pedas, Claypot Asam Pedas, Selera Kg Asam Pedas, Lot 10, Umbai, Restoren Terapung, Coconut Shake Klebang, Roti John & Ayam Bakar, Sate Celup, Sawit Corner dan Mee Ganja untuk breakfast. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# dr.R
hotel naza bilik dia besar dan selesa.. tp staff dia sengal sket.. ari tu member kul 7 pg da suh recep kol taxi 9 pg... sampai 920 hampeh taxi takde.. dia leh ckp da kol tp taxi tu kata lambat sket... klu taxi tu lmbt cr lah taxi len... seblom ni da biasa pgl taxi ada sume on time tp otel len la... masa tu duk kt swiss on time je dtg lg awal 5-10 minit... kene la paham kita nk kejar masa dia leh wat main2 lak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply dr.R
hotel naza bilik dia besar dan selesa.. tp staff dia sengal sket.. ari tu membe ...
dee_dee Post at 10-12-2011 22:43
Teruknya kalau begitu kesnya, tapi memang pekerja customer service dia sangat kurang mesra dan seakan sombong sedikit. Semasa aku memberikan voucher hotel pembelian dari Agoda itu aku nampak tingkah laku perempuan melayu itu seakan memperleh saja, mungkin dia anggap penginap yang membeli melalui online ini beli dengan harga semurah rm50 mungkin? tiada senyum mahupun ucapan apa-apa hanya bagi kunci dan bagi nombor bilik itu saja. Aku yang terpaksa tanya macam mana dengan voucher breakfast esok pagi pula?, sebab pada voucher tertulis untuk 2 orang kemudian barulah dia tergopoh gapah menerangkan itu ini tapi seakan mahu cepat dan menyuruh aku beredar cepat. Keesokkannya semasa nak check out sekitar jam 10am sebab aku nak jelajah tempat lain pula ada ada seorang perempuan india di kaunter itu, alangkah terkejutnya dia bila dia tanyakan mengenai deposit semalam (biasanya semua hotel ada deposit kan?) dan aku kata tidak diminta pun semalam. Dia yang termanggu kemudian katakan pada aku tak apa lah urusan selesai, tapi ternyata perempuan semalam itu memang lah sengal sangat.
Tapi ini bukan kali pertama tau, kes serupa pernah berlaku semasa aku menginap di Every Hotel di Tanjung Kling. Harga sedikit mahal sekitar rm180 untuk weekday beserta sarapan pagi, tapi sayangnya customer service sangatlah tidak mesra dan paling menyakitkan hati cara layanan mereka yang memperlekehkan penginap yang menggunakan voucher. Aku terpaksa menunggu lebih 1 jam walaupun aku dah sampai jam 3pm waktu itu, alasan mereka tiada bilik dan perlu membersihkan bilik yang ada? tapi cara customer service perempuan melayu itu menjelaskan pada aku seperti endah tak endah saja. Aku menunggu di lobby itu, dia janjikan aku bila bilik dah siap dia akan panggil aku atau telefon aku (aku di lobby dia boleh nampak) tapi aku kehairanan bila lebih 1 jam aku tunggu tiada apa-apa info dari dia. Bila aku ke kaunter dia boleh buat isyarat tangan tunggu (tunjuk 5 jari macam stop sebegitu) sambil bertelefon, aku tunggu lagi tapi sampai ke sudah bila aku berpaling perempuan itu sudah tiada. Sangat kecewa aku jumpa customer service lain dan kali ini perempuan melayu bertudung pula, sekejap saja dah settle kemudian aku mengadu la kat dia dan dia seperti tekejut (aku sebut nama perempuan tadi) dan meminta maaf kemudian memberikan aku kupon makanan bernilai rm10 sebanyak 5 keping. Walaupun rasa sakit hati tapi aku rasa dihargai, kemudian dia berikan juga voucher-voucher lain untuk tuala, spa dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 29# dr.R
oo naza siap kitaorg email no reply...penah duk everly 2 kali gk.. weekend 180 ke 190 without breakfast... so far ok la... tp dahsyat la dr.R nye kes sampai kene tungu mcm tu wat report je kat manager dia sure dpt voucher free stay... hehehe...rasa beli online or direct same je... tp klu dd prefer direct kadang2 direct ada mura sket.. leh pkai corporate rate... hehehe....tak sume otel la...
puteri resort penah duk? 190++ with breakfast on weekend... tp kan breakfast dia hampeh tak setanding ngn harga dia pon... tp naza hotel breakfaast dia kire ok ngn harga dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply dr.R
oo naza siap kitaorg email no reply...penah duk everly 2 kali gk.. weekend 180 ...
dee_dee Post at 11-12-2011 01:35
Aku pernah juga beberapa kali hantar email kepada pihak hotel, contohnya bila aku dah beli voucher hotel secara online. Tapi ini tidak merujuk pada hotel di Melaka saja, aku akan cuba untuk menghantar email kepada mereka untuk menyatakan untuk memilih bilik dengan twin bed disebabkan pada Agoda.com itu contohnya dia tak nyatakan boleh pilih sama ada katil king, queen atau twin. Sebab sebelum ini aku pernah tambah diruangan 'additional' Agoda.com itu untuk dapatkan katil twin tapi alasan pihak hotel diorang tak perasan, jadi terpaksalah aku email atau telefon. Kalau hotel 1-2 bintang ini memang masalah kalau nak telefon, jadi aku terpaksa email saja tapi malangnya tiada sebarang reply dan pernah juga email tidak valid.
Aku beli online ini sebab mudah dan tak perlu nak telefon semua, hanya datang hotel bawa voucher saja. Selalunya harga online lagi murah atau pun setara saja, tapi senangnya aku hanya bayar secara online dan tak perlu bayar di sana. Selain itu aku juga suka mengumpul point di Agoda.com tu, setakat aku menggunakan khidmat lebih 2 tahun aku dah berjaya mendapat lebih 30,000 point bersamaan rm200++ dan telah gunakannya. Senang saja nak dapat pointnya itu, setiap kali order hotel di sana akan dapat automatik hotel dan setiap kali berikan feedback akan juga dapat point yang tinggi.
Aku baru saja cek akaun Agoda.com aku, aku belum lagi pernah menginap di Puteri Resort tu. Untuk pengetahuan kamu aku tak suka menginap hotel yang sama walaupun hotel tu bagus dan cantik sekalipun, biasanya aku bercuti ke Melaka 3 hari 2 malam dan dalam 2 malam itu sudah tentu berlainan hotel aku menginap, dalam setahun setengah ni pergi 5 kali dan 10 malam menginap di hotel yang berbeza. Antara hotel yang aku pernah menginap :
1) Accordian sangat murah, masa aku pergi dulu hanya rm70 dengan sarapan pagi. Punyalah aku teruja dengan harga itu ada sarapan pagi, rupanya sarapan pagi hanya 2 keping roti bakar dan 1 bekas kecil jem strawberi dan mentega. Tak mengapalah penting dia ada parkign percuma di seberang jalan, di situ ada kedai runcit tapi baru-baru ini aku pergi dah tutup kedai runcit itu. Walaupun hotel nampak old fashion dan murah tapi jangan tetipu sebab hotelnya siap ada tub mandi, puas juga lah aku berenang di dalam tub itu sebab aku tidak suka untuk mandi di tempat awam.
2) Beuford harga boleh tahan juga hanya rm120 saja, tapi tiada sarapan namun tiada masalah sebab dekat dengan banddar. Hotel cantik tema english memang sesuai dengan pasangan berbulan madu juga, tapi aku terkejut bila dia kata perlu bayar parking tapi tak mengapalah sebab masih murah dalam rm2. Walaupun hotelnya cantik tapi sayang hotel ini sangat kedekut tiada apa-apa disediakan dalam bilik, sekadar cantik saja tanpa utilities kebiasaan seperti water heater, peti sejuk mini dan sebagainya.
3) Hallmark Inn ini sangat berbaloi, aku suka sebab ada parking sendiri di belakang hotel. Di belakang hotel itu lah hotel aku menginap baru-baru ini iaitu Gold Leaf Hotel dan di belakang itu banyak warung rupanya, hotel ini ada cafe yang harga sangat murah dan mampu kita beli seakan harga di mamak saja tapi rasanya sedap. Ada sarapan pagi tapi limited hanya beberapa pilihan saja seperti mee goreng, nasi lemak, nasi goreng dan beberapa jenis kuih muih tapi boleh tahan juga dan di hidang secara buffet.
4) Euro Hotel ni masa pembukaan dapat harga rm50 saja, di seberang flyover Plaza Mahkota saja dan hotel ini senang hendak Mahkota Parade dan sekitar sangat berbaloi tapi aku tidak tahu berapa harganya sekarang. Ada sarapan pagi tapi seperti Hallmark Inn juga sebab limited tapi cukuplah, kalau tak berkenan boleh saja cari sarapan pagi di sekitar Plaza Mahkota (betul ke namanya Plaza Mahkota? aku sangat keliru).
5) Kings Hotel dekat Mitc sana tapi breakfast dia sedap banyak dessert, harga juga sekitar rm150 ikut akaun Agoda.com aku ini dan aku tak tahu berapa harganya sekarang sebab ini awal tahun. Aku keliru nak katakan ianya hotel atau apartment biasa saja? sebab harganya terlalu mahal kalau ia setakat apartment kan, parking juga jauh tapi tak mengapalah boleh bersenam sedikit kemudian makan di cafe mereka yang sedap itu (hotel ini kedai kek Kings punya ke?) dan parking free untuk weekend tapi weekday perlu bayar ikut kupon ye.
6) Everly Hotel seperti aku ceritakan di atas.
7) Arenaa De luxe Hotel
harga rm100 saja sebab 25% beli online last minit sekali dengan sarapan pagi, hotel dan cafe dia sangat cantik dan penting banyak pilihan untuk buffet (recommended). Aku baru tahu yang hotel tu berdekatan dengan 1 restoren kampung singgah kuih? sebegitu lah namanya baru-baru ini (minggu lepas), itu pun atas sugestion kawan aku katanya asam pedas di sana sedap dan terbukti memang sedap.
8) Formosa Garden di Klebang, murah baru rm150 termasuk sarapan tapi bilik hotel tersangat old fashion dan setiap bilik ada tema katanya dan aku dapat tema gold bersilau mata sudah lah cafe dia hanya guna meja dan kerusi kayu cendawan?. Aku suka lokasi dia sebab di tengah antara bandar dengan Klebang, jadi mudah aku nak ke mana-mana terutama ke Taman Kota Laksamana dan bandar. Tapi pada yang tiada pengangkutan memang masalah sebab ianya jauh dari bandar dan susah nak dapatkan bas, sebab sudah ada laluan baru di tepi pantai Klebang-bandar.
9) Gold Leaf Hotel seperti aku ceritakan di atas.
10) Naza Talyya seperti aku ceritakan di atas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# dr.R
owh agoda ada point eh? mcm ni nk register agoda la.. hehe...even dd org mlk duk mlk mmg ada la duk otel2 kat mlk ni... INB resort penah try? ok gk sini price pon sgt mura 100 weekday, 130 weekend.. tp ari tu last minute terpaksa kensel dia marah2 kan kita lak... walhal regular customer.. huhu...
1.everly hotel - 3 kali kot sini... 2 kali pkai nama dd dpt bilik biasa je.. skali member pkai nama dia.. non malay.. cma omputih sket... dpt bilik besar.. same price cm dd.. nmpk sgt mcm memilih org kan?
2. puteri resort - bilik besar, tp breakfast hampeh
3. naza hotel - bilik besar breakfast pon ok
4. hotel royal puteri, kat pantai puteri - keadaan mcm hotel hantu sket.. huhu seram ok.. bau bilik hasim... last minute sebab masa tu labour day, even dr rumah tumpangan ke 5 star hotel penuh.. nak tak nak tgl otel ni amik la... konsep apartment.. harga? mahal tak berbalaoi rm180, ada breakfast tp tak sempat rasa.
5. inb resort - ni resort family kot kat tol air keroh.. ok la.. breakfast ada nasi goreng atau nasi lemak kuih muih ngn roti bakar.. kira ok la dgn price dia...
6. air keroh country resort - murah amat masa tu bulan puasa nye rm98 sahaja with sahur.. tp sakit ati dia ketuk pintu mcm nk pecah kul 3 pg!!! lg best tak ramai org ada 2 blk je time tu hehe sejuk yg amat sebab dekat utan...
eh ada member dd duk kat qm otel kata nye mura rm50 je attached bathroom... tp tgk online mcm tak cun je huhu.....
oo station kuih2 kampung nmpk otel tu lawa ke? besar ke bilik... tgk price display cam mahal je hehe.. boutique hotel kan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
equatorial melaka - konon2 5 stars tp hampeh ......stafff muka masam memanjang ....sebilik semlm dlm RM350++ tp servis ke laut ...........jgn duduk ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 34# juju_amin84
G honeymoon ke hehehe...Xbest eh? Ak br igt nk try situ hehe... Nnt ko dtg mlk duk the sterling superb... Ko nk duk roger ak.. Kwn ak keje situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply juju_amin84
G honeymoon ke hehehe...Xbest eh? Ak br igt nk try situ hehe... Nnt ko ...
dee_dee Post at 10-1-2012 07:47
famili trip bebeh ......harus lah akk ak nak duk hotel best2..hahahaha ..konon la.....kt mn sterling tu ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 36# juju_amin84
dkt umah merah belakang public bank... klu nk dlm bilik ada jakuzi ok... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
hoiliday inn ok x...
fifie_olin Post at 26-1-2012 11:14
xpernh lg duk holiday inn |
|
|
|
|
|
|
|
holiday inn ni baru lagi, ok kot . Ni hotel yang paling tinggi rates per night di kalangan semua hotel di Melaka. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|