CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

PASCA PRK DUN KERDAU & MERLIMAU - NIK AZIZ TAK HALAL KEMENANGAN BN #1097

   Close [Copy link]
 Author| Post time 27-2-2011 10:40 AM | Show all posts
Merlimau: PAS sandar Bob Lokman tarik pengundi Melayu

JASIN, 27 Feb — PAS tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dengan menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman, yang menyertai parti Islam itu awal minggu lalu, dalam kempen kerusi Merlimau.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 500 orang.

“Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

“Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS,” kata Bob Lokman.

Penulis lirik “Isabella” itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak “mengiktiraf” Islam dalam pentadbiran negara.

Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

“Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, jika Bob Lokman boleh melakukan perubahan dengan memilih PAS mengapa tidak pengundi di Merlimau.

“Dulu beliau (Bob Lokman) sokong Umno-BN tapi sekarang boleh sokong PAS pula.

“Nanti bila tiba hari pengundian kalau nak pangkah Umno, ingatlah Bob Lokman dan pangkah PAS,” katanya.


PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.

Sementara itu, calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata pengundi di DUN Merlimau perlu membuat keputusan bijak dengan memilih seorang wakil rakyat yang boleh memperjuangkan nasib rakyat.

“Pilihan raya bukan masa untuk buat jalan raya, pilihan raya bukan masa untuk betulkan atap rumah, pilihan raya bukan masa untuk perbaiki longkang, pilihan raya juga bukan masa untuk menabur janji kosong.

“Tapi sistem untuk pilih wakil rakyat yang memahami kehendak rakyat, BN sedar betapa besar kuasa rakyat sebab itu pelbagai projek dibawa ke Merlimau,” katanya.

Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin berkata beliau sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Merlimau.

“Saya merayu untuk berikan undi dan kepercayaan kepada saya di Merlimau, saya janji dan akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan khidmat serta memahami masalah rakyat,” katanya.

Yuhaizat akan berdepan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2011 10:43 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 10:57 AM | Show all posts
bob masuk pas sbb xnk berdosa katanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 10:58 AM | Show all posts

Magika Post at 27-2-2011 10:43


"Angkat tangan macam saya"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 11:01 AM | Show all posts
"Angkat tangan macam saya"
ultra78 Post at 27-2-2011 10:58



    part tu memang lawak gila....  tetiba hantu mak limah datang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:07 AM | Show all posts
Dah ada yang panggil dia Ostad Bob.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2011 11:10 AM | Show all posts
bob lokman ni klau die ckp main lepas jer.... mcm sesuai jer la
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:12 AM | Show all posts
Dah ada yang panggil dia Ostad Bob.
kekekek Post at 27-2-2011 11:07

yg aku menyampah nengok penyokong yg oberdose..... mcm bob tu br kenal cahaya isle
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2011 11:21 AM | Show all posts
Reply 7# Magika


    PRU lebih mudah untuk parti bertanding handle dari PRK. ini kerana jika lawan mempunyai banyak kemudahan logistik dan bantuan. Manakala PAS hanya bergantung kepada ahlinya sahaja. kita boleh tengok dlm mana2 PRK pasti BN akan guna logistik kerajaan dan pekerja kajaan untuk membantu mereka. ini berbeza dengan PAS yg tiada apa2.

Dalam PRU BN terpaksa bahagikan logistik mereka ke semua kawasan yang ditandingi (UMNO, MCA, MIC dan lain2), berbeza dengan PAS yang kebiasaanya hanya bertanding kerusi tertentu sahaja (kerusi lain mungkin ditandingi PKR atau DAP)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:23 AM | Show all posts
calun kerdau terikut2 pesonaliti PAS nampaknya...x pakai songkok itam tapi pakai songkok Lobai p ...
cikglemer Post at 22-2-2011 23:22



    sejak bila kopiah hanya milik org pas
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:23 AM | Show all posts
bob lokman ni klau die ckp main lepas jer.... mcm sesuai jer la
dino Post at 27-2-2011 11:10



    sesuai ngan personaliti pas ek
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:24 AM | Show all posts
yahudi pun pakai kopiah/ ketayap jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 11:28 AM | Show all posts
yahudi pun pakai kopiah/ ketayap jugak
pakcik/the0ne Post at 27-2-2011 11:24



   


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:29 AM | Show all posts
"Apa yang berlaku semuanya daripada Allah. Yang penting dalam sisa hidup, saya mahu selamat di dunia dan saya tak akan masuk neraka," kata Bob lagi.


dia dah yakin x akan masuk neraka..anda bagaimana?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:30 AM | Show all posts
apa la yg si mekgika ni merepekkan???
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:31 AM | Show all posts
Ostad bob bole jadi juri lobai2 pelawak dlm pas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2011 11:34 AM | Show all posts
nak jadi baik pun salah ka???
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:34 AM | Show all posts
Reply 134# harkktuih

Kan sebelum ayat tu dia dah kata "dia mahu"...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2011 11:35 AM | Show all posts
Sokonglah Usop





[size=180%]"abang bob oiiiii... dah tak tengok
akademi fantasia keeeeee???
takkan tanak tengok ac mizal kottt!"

(tegur usin dgan penuh sopan-santun)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 11:37 AM | Show all posts
orang orang cam bob lokman ni mmg suka parti cam PAS...kalau dulu artis banyak ke arqam....mereka ni seperti mencari sesuatu yang dulu mereka takde....ni nasib baik laa PAS kalau masuk ajaran pin atau ajaran sesat lain lagi laa parah ehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.294466 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list