View: 11935|Reply: 7
|
[Tempatan]
Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru
[Copy link]
|
|
Nordin (kanan) masih segak serta bertenaga melayan dan memastikan keselamatan penumpang. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menginjak usia emas tidak menghalang pramugara ini meneruskan karier yang menuntut kekuatan mental serta fizikal dan terus 'terbang' megah di awan biru.
Nordin Razali, seorang pramugara berusia 60 tahun dari Kuching, Sarawak, telah berkhidmat selama 35 tahun dalam industri penerbangan.
Beliau memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines pada 1989 dan berpindah ke AirAsia pada 2006. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran seperti gelora udara teruk, beliau tetap setia dengan pekerjaannya.
Nordin menekankan kepentingan kesabaran, kemahiran komunikasi, dan persediaan mental serta emosi untuk melayan pelbagai ragam penumpang. Beliau juga menegaskan bahawa pekerjaan sebagai pramugara memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, serta disiplin dan penjagaan kesihatan yang baik.
Nordin bersyukur dapat bekerja di sektor domestik dengan AirAsia, membolehkan beliau meluangkan lebih masa bersama keluarga. Beliau juga merancang untuk menubuhkan syarikat hospitaliti sendiri, memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang telah dikumpul sepanjang kariernya.
Melihat penampilan Nordin Razali yang masih segak serta bertenaga melayan dan memastikan keselamatan penumpang, tentu ramai tidak menyangka bahawa anak jati Kuching, Sarawak itu kini berusia 60 tahun.
"Saya tidak pernah berhasrat dan bermimpi pun nak menjadi pramugara. Semuanya berlaku secara semula jadi selepas menamatkan pengajian di universiti pada tahun 1989. Inilah pekerjaan terbaik yang saya dapat ketika itu, tapi akhirnya jadi kerjaya sebati dalam diri sehingga ke hari ini.
"Tempoh 35 tahun berkhidmat sebagai pramugara bukannya satu masa yang singkat dan saya sudah terlalu selesa dalam bidang ini. Ada sedikit rasa takut untuk mencuba pekerjaan lain. Daripada segi pendapatan pula cukup selesa untuk menampung hidup dan membesarkan anak-anak," katanya kepada Bernama.
Memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines pada tahun 1989 sebelum 'berhijrah' ke AirAsia pada tahun 2006, pelbagai pancaroba dilaluinya sebagai anak kapal termasuklah pesawat dilanda gelora udara teruk ketika penerbangan, namun Nordin menganggapnya sebagai asam garam pekerjaannya.
Nordin berkata, beliau bertuah kerana masih berkhidmat dalam industri penerbangan tanpa mengorbankan masa bersama keluarga kerana mendapat tawaran dari AirAsia untuk sektor domestik berpusat di negeri kelahirannya sendiri, selepas 17 tahun merantau jauh demi mencari rezeki.
Berkongsi 'rahsia' serta petua mampu bertahan dengan pekerjaannya, bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata, kesabaran, kemahiran komunikasi dan persediaan mental serta emosi yang mantap amat penting dalam melayan pelbagai ragam penumpang.
"Masih ramai yang minat dengan pekerjaan ini kerana menyangka ia pekerjaan glamor. Hanya perlu senyum dan menyapa penumpang 'Hi, Good Morning' (Hai, Selamat Pagi) dan pergi melancong, tapi apabila sudah bekerja di lapangan sebenar baru tahu ia tidak seperti yang disangka.
"Sebab itu ada yang tak kerja lama dan berhenti. Anak kapal memerlukan stamina dan kekuatan fizikal, serta kekuatan mental ketika menguruskan situasi kecemasan atau penumpang yang sukar selain tanggungjawab memastikan keselamatan penumpang," katanya.
Disiplin dan penjagaan kesihatan yang baik seperti faktor pemakanan dan senaman turut menjadi kunci dalam memberi perkhidmatan terbaik dan kekal relevan, katanya.
Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan itu yang juga memiliki sebuah kafe turut merancang menubuhkan syarikat hospitaliti sendiri pada masa depan dalam memanfaatkan pengalaman dan ilmu dimilikinya.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
60 tahun masih segak. Kalau I tahun 1988 ke 1995 level expectations nak lepas jadi cabin crew tinggi.
Ada kawan2 I sanggup pi interview ke merata negeri tapi tetap tak dapat.
Ada pergi suka2 terus dapat, tapi bila tengok crew handsome2 macam edika, lawa2 macam Rozita Che wan, macam rasa tak layak pula sebab tak secantik derang.
Ada ramai juga yang berhenti kerja lepas sny atau bawah 1 tahun sebab tak tahan culture suka taru. Sampai ada yang sampai dapat depression.
Untung crew2 yang tak lalui culture tersebut. Pergi flight happy2 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh tak sangka umur 60 blh masih fly. iols igtkan ada age limit then kene dok ground.
btw, masih segak pakcik ni badan pun tegap elok lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat atok ni. Da 60 pun Masih gagah bekerja. Kita yg muda2 ni plk terpk bila la nak pencen ni.
Sbnrnya x la muda sgt pun |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 5-7-2024 09:13 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 5-7-2024 09:15 PM
Bestnya keje mcm ni. Level stress dia x menuakan kita dari dok berjam2 kt cubicle |
|
|
|
|
|
|
|
culture suka taru tu macam mana chuols? eh keje cabin crew ni iols rasa macam kena ada elemen bitchy2 gitu, menurut iols
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 5-7-2024 10:26 PM
culture suka taru tu macam mana chuols? eh keje cabin crew ni iols rasa macam kena ada elemen bitc ...
Macam bully gitu. Cari salah you. Expecially kalau you jr. Bayangkan kalau dapat flight 14 hari dan ada yang tak suka you and make your flight stressful. Tapi lucky as far as i know culture tu dah x de lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
taru tu bahasa cabin crew ke? sebab tak pernah dengar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|