Kalau ikut hati mak ... nak je mak hajak dua tiga ekor kengkawan mak pegi terjah Ct ni laser dia cuk ...
jojiekejung Post at 27-9-2011 01:23
tula psl mak rmi jg yg ala2 cair bla ngn CT..klu x caya bca crita nihh..cerita benar nihhh...dr blog..
Korang2...
arini, buat sekian lamanya..
aku bru jumpa siti nurhaliza live depan mata.
aku rasa last jmpe dia live tym aku tingkata 2 kot.
so korang2..aku ngan bangganya arini nk ckp aku jmpa Datuk Siti Nurhaliza.
Korang2...
aku ni bukan seorang yg hebat.
kecil aja pangkatku... (ada pangkat ke) haha.
so aku agak malu nk g tmpat ct.
oh lupa mau bgtau, Siti datang nstp sbb nak serahkan sumbangan bersama cikgu2 lama dia dtg dari kuala lipis untuk mangsa tanah runtuh kat hulu langat tu.
Murni sungguh niat mereka.
Korang2...
alkisahnya, mula2 aku tau ct nk dtg..aku tadelah excited mana.
aku diamkan je tp skali2 bila editor edisi mingguan, Encik kadir Nikoh @ kadiro offer nak amek gmbr ngan datuk siti, aku pun lemparkan senyuman sambil tak ckp apa (takmau over).
aku buat keje mcm bese smpailah tiba2, rombongan datuk Siti masuk kat ofis utk menuju ke area bilik meeting.
Aku pusing je kepala, aku nampak ct lambai kat aku.
Pergh, ct lambai aku bkn aku lambai dia! hahahaha
So korang2,
aku nmpk juga kuasa di muka aku yg buat ct lambai kat aku. (hahahha)
Dalam masa yg sama, kakak ipar ct merangkap pengurus dia, pun senyum kat aku.
aku buat cam bese lagi, buat teje.
Korang2,
aku post kt fb, pssst siti nurhaliza baru lalu sebelah,
ramai yg komen di kalangan rakan2.
ada yg komen jeles, besh, angelina jolie pun ada. n sampailah ke komen milo yang kata, dia idamkan nak gambar ngan siti n tun Mahathir (aku pun nak kalau tun M)
so tgh aku pkir2 kan, y not aku amek gmbr ngan ct kan.
walaupun aku bukan fanatik ct, tp sbg rakyat msia, aku bangga ngan dia kan..
hahaha..
so masa yang dinanti2kan udah tiba.
editor2 kami smua baik, sbb panggil nak amek kan pix dgn ct nurhaliza.
At first korang,
aku taknak.
sbb aku malu. tp korang...
nasib aku slalu baikan..
en kadiro yg banyak kali usik n perli aku psl gmbr n ct
panggil aku beriya2 dari bilik meeting.
katanya mula2, bukan nak suh awak amek gmbr ngan ct...
tp ct nak amek gambar ngan awak!
hahaha aku dengan perasaan bagus, grab hp terus ke arah mereka.
Korang2,
perasaan cnfident aku tiba2 melonjak bila aku nampak rozy (pengurus ct)
kalau korang nak taw, aku dlu tak suka sgt ngan rozy n ayie sbb bg aku drg tumpang kekayaan ct n cntrol ct.
tp korang2,
tu dlu. tym aku tak matang.
bila dah besar ni, langsung tak rasa apa2 n mulai saat aku salam ngan dia,
aku siap buat short dialog
aku :, hye saya nas.
Rozy : oh hye nas. dri mana ye?
aku : saya desk berita minggu.
rozy : berita minggu bahagian news yeah?
aku ; yes. buat rencana (gagap)
DAMN nas napa kau gagap!
korang napa aku gagap? hurm.. sbb aku pernah hina org tu.
keji sgt aku. tp tulah perangai tak matang aku masa belum datang bulan.
so skrg aku dah ok!
hahah
Korang,crita tak abeh smpai kat cni.
en kadiro yang beriya siap nk tlg amekan gmbr aku ngan ct.
hahaha tp aku malu, so aku terus ajak ct amek pix pkai camera fon aku tnpa org tlg amekan.
ok tgh amek gmbr.. ada lagi ujian aku kne bercakap ngan ct
Datuk CT : ewah, hp n shawl da dekat sama kaler. awak mmg suka purple?
aku : errr suka pink sebenarnya. (gagap, bodoh kau nak gagap pasal apa)
Datuk CT: oh pink! sama ngan akak kite (smbil tunjuk ke arah rozy).
aku : err, jom amek gmbr.. thanks ct!
lepas aku amek gmbr, aku terus beredar sbb aku rasa sgt malu.
Dalam masa yg sama aku BANGGA! hahaha
so korang2, melihat gmbr kami, taklah perfect.
spek aku tungang terbalik mata terkeluar sket dari frame.
tp Korang..
aku nak kata...
sbenarnya niat aku nk amek pix ngan ct sbb nak bako kawan2 kat fb je.
hahaha
tp korang2 skrg aku ikhlas nak kata...
aku dah mula minat dgn siti nurhaliza penyayi number 1 MALAYSIA ok..
so korang2...
kenapa aku dah sangat minat kat ct ni.. hurm
BIARLAH RAHSIA. kah2 (aku dah gtau lah wei)!
Nota Miss Muncung : Tiba2, aku rasa mcm perlu pkai Simply Ct. Tp tak mampu, tukar jelah ngan mekar semilu mama n kakak2 aku tgh pkai. mungkin lebih kurang sama kot impaknya
haha sma kess ngn makjojie la klu nk g seranah CT..tp dia bkn nk g lahar cuma dr krg minat dh jd minat ttiba
Bellantv7 Bellantv7
Want Siti Nurhaliza new album All Your Love? Call us LIVE & you might get a chance to chat with Siti too! All this, on Thursday! Stay tune
tak tau la pulak kalau jumpa live nampak cantik pakaian dia.. hehe.. tapi rasanya byk yg t ...
eddysheddy Post at 27-9-2011 01:30
Ok untuk orang macam mak yang berada dalam industri "yang berkaitan" ... mak sangat geraaaaaaammm kalau benda semudah ABC pun takde orang keliling dia nak tolong si Ct ni. Believe it or not baju merah yang dia pakai tu, as usual, ONE SIZE BIGGER than her body size!! Mak berani kerat tangan kalau apa yang mak cakap ni tak betul. I know size. I know cut. I know forms and fits. And thats NOT her size! Aihhh .... But ofkos kalau couture atau designerwear tak de la wujud masalah oversize bagai .... . This "fenomena" only happen kalau dia pakai designer's readytowear macam yang dalam pic ni. Ari tu yang trenchy dalam vc FIL tu pun sama gak problem nya ....
ramainya orang!!!! macam konsert dah!!!
adie82 Post at 27-9-2011 01:13
Itulah pasal...dats y reporter pompuan tu bising....dia bengang n jeles sebenarnya kot sbb konon ingat dapat good spot snap2 gambar tuk cover citer PC tuh..tp dia lupa sah2 nama SITI NURHALIZA terpampang jelas yakni satu Tanah Melayu nak serbu....muahahaha....
1. trench coat dia nampak oversize, tak fit. mungkin hentam yang ready to wear, takde size kecik dah - tapi kalo ketat2 plak kang, ramai melahar nampak body-shape-dah-la-gemuk kata mereka
2. topi? alahai..betul kata korang2. ct macam botak macam pesakit leukimia yg survive pulak - tapi kalo nampak jambul plak kang, ramai plak kata baik buang je topi tu-rasa-nak-tarik-tarik katanyaaa
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL [email protected]
Gambar ihsan WHAT’S UP ENTERTAINMENT
SELEPAS 16 tahun bergelar penyanyi, impian Siti Nurhaliza untuk memiliki album Inggerisnya tercapai.
TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.
Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya.
Selama bergelar penyanyi, Siti Nurhaliza sudah merakamkan 14 buah album solo yang merangkumi genre pop dan tradisional di mana hampir kesemuanya mencatatkan penjualan yang membanggakan.
Justeru, penghibur kesayangan ramai yang mesra disapa Siti ini nampaknya sudah bersedia untuk mencatatkan satu lagi rekod buat dirinya.
Selepas sekian lama memendam rasa untuk muncul dengan sebuah album Inggeris, akhirnya mimpi Siti bertukar realiti apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love sudah mula menjengah pasaran sejak 22 September lalu.
Mahu atau tidak, harus diakui, berita tentang kelahiran album Inggeris pertama Siti sememangnya sesuatu yang cukup luar biasa.
Alasannya cukup mudah. Ia adalah kerana ia milik Siti Nurhaliza, nama yang cukup besar pengaruhnya dan sudah pasti apabila Siti lahir dengan album Inggeris, ia pasti mendapat perhatian ramai.
Namun, mengapakah hanya selepas 16 tahun, Siti memberanikan diri dengan merakamkan album Inggeris sedangkan dia boleh melakukannya ketika dia sedang meniti zaman kegemilangan sebagai penyanyi tersohor rantau Nusantara.
Apakah kerana pertuturan bahasa Inggerisnya yang sering dijadikan bahan jenaka menjadi halangan untuk Siti merakamkan album dalam bahasa itu sebelum ini?
Sambil menghela nafas yang panjang dalam nada yang cukup berhemah, Siti tidak pernah melihat kekurangan itu sebagai satu masalah seandainya dia mahu merakamkan album Inggeris.
Sebaliknya kata Siti, tempoh 16 tahun sudah cukup membekalkan semangat yang cukup tinggi untuk lahir dengan album Inggeris perdananya.
Malah, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagi Jerat Percintaan ini juga mengambil sikap optimis apabila dalam usianya 32 tahun itu masih belum terlewat untuknya muncul dengan album Inggeris.
“Kelahiran All Your Love bukanlah untuk menunjukkan dan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya sebenarnya mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris dengan baik.
“Sebaliknya saya mahu mencabar diri saya kerana perjalanan sebagai anak seni selama 16 tahun yang telah banyak mematangkan saya untuk muncul dengan album Inggeris.
“Saya juga percaya peluang ini hadir tepat pada masanya dan apabila kepercayaan itu diberikan kepada saya, mengapa tidak untuk saya meneruskan niat yang sekian lama terpendam ini untuk direalisasikan,” kata biduanita muda negara ini ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.
Reaksi
Dalam pada penyanyi wanita unggul negara ini teruja dengan kelahiran All Your Love, Siti juga tidak mampu menyembunyikan kegusaran menantikan reaksi daripada masyarakat dan peminat setianya terhadap album tersebut.
Bukan Siti tidak yakin dengan penerbitan album itu tetapi dia cukup bimbang apabila ada pihak yang bagaikan sengaja mahu mencari kesilapannya.
Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga cukup sedar bahawa ada yang meletakkan harapan tinggi melangit selain mahu mencari kesempurnaan dirinya apabila muncul dengan album Inggeris.
Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang seni, Siti mempunyai pandangannya sendiri berhubung isu tersebut.
Baginya, sebagai seorang anak Melayu dan dibesarkan di dalam persekitaran yang hampir kesemuanya bertutur dalam bahasa Melayu, Siti tidak mampu mengubah dirinya menjadi seperti orang Barat.
“Adakah kerana saya lahir dengan album Inggeris, saya perlu menyanyi dan bertutur dalam slanga seperti orang Barat? Saya selesa menjadi diri saya sendiri dan bagaimana saya menyanyi itu adalah cara saya.
“Kalau diperhatikan kepada penyanyi Barat seperti Shakira dan Celine Dion sewaktu mula-mula mereka muncul dengan album Inggeris, mereka menyanyi dengan penyampaian tersendiri.
“Begitu juga dengan penyanyi dari Jepun, Korea dan Taiwan yang berhadapan dengan situasi serupa tetapi mereka boleh diterima dengan baik dan seadanya.
“Dengan kelahiran All Your Love juga ia adalah satu keberanian buat saya dalam menyahut cabaran yang saya sendiri mahukan. Kalau asyik fikirkan kata-kata orang, memang kita tidak boleh maju dan ke mana-mana,” ujar Siti panjang lebar.
Impian
Berbicara lanjut tentang All Your Love yang mendapat hak pengedaran daripada Warner Music International itu, impian itu barangkali tidak akan terlaksana jika anak tirinya, Muhammad Adib atau lebih dikenali sebagai Adib tidak lahir dengan idea tersebut.
Apatah lagi, Adib juga memiliki minat yang cukup mendalam terhadap bidang muzik membuatkan Siti tidak mempunyai masalah untuk meneruskan cita-citanya itu bagi melengkapkan profil seninya sebagai seorang penyanyi.
Menerusi Adib kata Siti, dia telah dipertemukan dengan penerbit dan komposer dari Australia, Brian B dan Christian Alexander yang bertanggungjawab menerbitkan album All Your Love di bawah syarikat, What’s Up Entertainment Sdn. Bhd.
Hanya menjalani rakaman album di ibu negara selama dua minggu sahaja sekitar pertengahan tahun ini, Siti yang kini cukup popular dengan lagu Falling In Love itu melahirkan rasa puas hatinya terhadap pembikinan album tersebut.
Apa yang penting baginya adalah untuk memastikan penerbit juga berpuas hati dengan dirinya sendiri terutama aspek vokal.
“Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk merakamkan album Inggeris ini kerana saya sudah membuat persediaan dengan mendengar melodi dan menghayati liriknya terlebih dahulu.
“Daripada situ, barulah penghayatan itu datang dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan penerbit sendiri berpuas hati dengan rakaman saya.
“Brian sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyampaian saya untuk setiap lagu dalam album ini. Malah, dia juga tidak lokek untuk mengajar saya dari segi sebutan,” ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh teruja.