CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kucen

Talkin baru habis dibaca, sudah tanya fasal harta

[Copy link]
Post time 20-11-2012 08:01 PM | Show all posts
noraidil_06 posted on 20-11-2012 07:43 PM
Yg berkire sgt dgn mak.duk ungkit2 harta pusaka tu, tatau malu ke? Hidup dh la x menyenangkan mak.bg ...

seeloknya begitulah....berpakat adik beradik serahkan sumer hak dekat emak sbb emak pasti xkan habiskan juga harta berkenaan dan harta tersebut akan dpt juga kepada waris2 yg berhak....cuma yg penting percepatkan proses pertukaran nama seboleh2nya utk mengelakkan kerumitan turun naik mahkamah syariah yg sememangnya diketahui sgt lembab dlm urusannya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 08:32 PM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 06:46 PM
nih bukan wasiat kalo diberi kepada waris ahli faraid dan ketika hidup ini dinamakan HIBAH.......
...

ooo yek??tq for the explaination..
.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:50 PM | Show all posts
elnor_81 posted on 20-11-2012 08:32 PM
ooo yek??tq for the explaination..
.

INSTRUMEN HIBAH DAN WASIAT: ANALISIS HUKUM DAN APLIKASI DI MALAYSIA*
Oleh
Mohd Zamro Muda
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam, UKM

1. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM
1.1 Pengertian Hibah
Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
(v) Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.

1.2 Hukum dan Pensyariatan Hibah
Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al- Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).

1.3 Rukun Hibah dan Syaratnya
Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

(i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
 Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
 Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
 Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
 Ia boleh diserah milikkan.
 Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.
 Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
 Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
 Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu..
Last edited by axl_bach on 20-11-2012 08:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:50 PM | Show all posts
sambungan...

1.4 Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah
Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu
dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.

Bagi mempastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-qabd tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
 Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.
 Harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.
 Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang gila (atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah boleh menerima harta hibah bagi pihaknya.

Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut dengan harta-harta lain.

1.5 Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah
Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:

(i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).

(ii) Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

(iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim.

Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.

1.6 Kadar Harta yang Boleh Dihibah
Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebih-lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak.

Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf, melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut.

Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain. Menurut pendapat Hanafi, Syafie, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang dikehendaki dalam
pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan. Last edited by axl_bach on 20-11-2012 08:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:03 PM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 12:24 PM
di sinilah silap melayu, melengah2kan bab permbahagian pusaka.......kononnya bila ada yg bertanya pa ...

betul..betul...betul
kita kena betulkn mindset kita
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 10:40 PM | Show all posts
Kita cde hak dn xde dkt situ masa artist tu buka solan.. Boleh jddiamengingatkan pc adik beradik dia.. Boleh jd dia usulkan pd. Isteri, suami perlu bimbing isteri kalau jahil.. So, we never know.. Jgn trus letak kslhn pd artist tu.. Bole jd fitnah tu, kawal ayat2 kita kwn2x.. Mmg kene segarakan semua harta slps arwh dikebumikan.. Faham lah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2012 11:56 PM | Show all posts
Insaflah  wartawan oi. Tulisan awak tu mcm bisnes MLM. Lg byk down line bercerita lg byk dosa ko. Tulislah yg +ve barulah pahala berjela2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:13 AM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 12:24 PM
di sinilah silap melayu, melengah2kan bab permbahagian pusaka.......kononnya bila ada yg bertanya pa ...

Thank you for the info... dapat gak ilmu sebelum masuk tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 01:48 AM | Show all posts
axl_bach posted on 20-11-2012 06:46 PM
nih bukan wasiat kalo diberi kepada waris ahli faraid dan ketika hidup ini dinamakan HIBAH.......
...

kalo misalnya anak lelaki mase arwahnye hidup x hulur duit belanja bulan2 pun..semua anak pompuan tanggung,bg duit bulanan kt arwah..time arwah sakit pun anak pomouan yg jage...bile arwah meninggal anak laki2 tu yg lebih2 nk harta camne eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:37 AM | Show all posts
..sesuatu yang mengaibkan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:40 AM | Show all posts
ni laaa org lebih sudu dr kuah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:51 AM | Show all posts
apa nk heran.
sepupu kaka, asben meninggal.
baru jah dikebumikan,
tp mak ayahnya dah cakap dorang nak itu ini
padahal arwah tinggal anak4
umor 4thn sorg, 3thn sorg, yang kecik kembar umor 2thn.
ada ank lelaki tu. tp mak ayah arwah nak yg lebih2.
hurm, moga mereka sedar, wujudnya hukum faraid.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:09 AM | Show all posts
wartawan ni x tau kaaa...selepas 7 langkah meninggalkn kubur, arwah tu akn disoaljawab ttg harta2 n segala ibadahnya semasa hidup...jika anak2 yg soleh telah membahagikn harta dgn baik insyaallah terhindarlah arwah dr azab allah swt.

sbb tu sebelum meninggal..wajibla kita mewasiatkn segala harta dgn betul supaya apabila meninggal nanti anak2 tidah bergado bagai..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:11 AM | Show all posts
DuyungTersepit posted on 21-11-2012 01:48 AM
kalo misalnya anak lelaki mase arwahnye hidup x hulur duit belanja bulan2 pun..semua anak pompuan  ...

kalau arwah x buat wasiat masa hidupnya...harta akn dibahagikn mengikut faraid..rasanya anak lelaki yg akan lebih dr femfuan..x kiralahh pernnah bg duit ke dak pd arwah semasa hidup...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:13 AM | Show all posts
pada yg xdak anak lelaki tu..cuba2 laa usahakn dpt anak lelaki...kiranya kalau ibu bapa meninggal nanti..bapa sedara yg akn amik harta utk dijaga....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 09:58 AM | Show all posts
noraidil_06 posted on 20-11-2012 07:43 PM
Yg berkire sgt dgn mak.duk ungkit2 harta pusaka tu, tatau malu ke? Hidup dh la x menyenangkan mak.bg ...

Hidup tak menyenangkan mak??

Hehhehe...masa kecik mungkin kot...sbb dh mmg tanggungjawab ibu kan jaga anak2 dia...betul tak?

Tapi dh besor pjg ni idak le aku nyusahkan dia..walaupun gaji aku kecik dari pencen yg dia dpt bulan2, aku tetap ngulur (aku anak pompuan, bukan tanggungjawap dh bila dh kawen -tgk kemah keming UAI tak?) tiap2 bulan...kalau ada rezeki lebih aku bg lebih, kalau skit aku bg skit. Malangnya kalau bagi skit, siap ckp setakat RM50 baik tak payah...Korang tak berada dlm situasi aku, so jgnla pandai2 dok kata aku ni tak appreciate pengorbanan mak aku...Demi mak, masa aku tgh pregnant 1st baby, tgh mabuk...dia nak pegi berjalan, nk pegi rumah sedara mara, nak pegi rumah kwn, nak pegi shopping, aku tetap bawak dia berjalan2..(aku alone wifi and mom, laki aku tkde sini....)walaupun aku terpaksa benti tepi jalan utk muntah....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 10:02 AM | Show all posts
otomantaro posted on 20-11-2012 05:26 PM
aku kalau dpt spouse mcm ni.. aku tukar dgn spouse baru..

ada ke sedih orang tu adik beradi ...

tu la kan.....buleh plop sedih sbb tu...tu dpt sma byk tu...kot kata dpt sikit, adik bradik lain dpt lg byk kot la....haishhh.....mcm2 hal....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:21 AM | Show all posts
otomantaro posted on 20-11-2012 12:23 PM
sebenarnya orang jahil yang melambat lambatkan urusan pembahagian harta pusaka

kalau dia bijak. ...

pahit utk menelannya.... hakikatnya inilah yang perlu diutamakan.....

aku sependapat dengan ko
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 10:21 AM | Show all posts
DuyungTersepit posted on 21-11-2012 01:48 AM
kalo misalnya anak lelaki mase arwahnye hidup x hulur duit belanja bulan2 pun..semua anak pompuan  ...

maaf kalau sy menyelah,

saya baru kehilangan atuk n nenek tersayang ..bercakap mengenai harta ni, pakcik sy masa hyt nenek sy ade slps atuk meninggal die xda pon nak tido @ jaga nenek..tp masa tu adik sy yg tlg jaga nenek..cian nenek sy...mkcik sy penah ckp yg pkcik sy xkn tido umah tu sehingga nenek xde baru akan tido.

selepas arwah tok meninggal, baru sehari kalau xsilap pkck dah sibuk2 nak uruskan wang khairat rasenye..sy yg mendengar die ckp ngn nenek terasa panas je..huhu ayat die "mak,ni nak uruskan duit arwah ayah ni..xleh lmbt2.." nenek ckp "ayah baru je meninggal nanti2 lah"...tp die ttp nak wat..pastu hari berikutnye org tgah sibuk2 nak msk kenduri die balik ckp dah uruskan duit tu..saya memg geram ngn pkck sy ni..belagak cm org kaya hakikatnye...hmmm

masa perjumpaan adik beradik mgu lepas, die blh ckp mkck sy (ank bongsu) gilakan harta.padahal pd mata sy die yg gile harta. mak sy boleh plak bekap pkcik sy. agak panas jugak lah ht sy ngn sikap mak sy ni..uhuhuhu pkck sy cter sambil mngis ckp arwah nenek pnh bgtau die yg mkck ni nak kan harta. dlm hati sy die ni penipu...huhu sampaikan mkcik sy ni terasa kat mak n pkcik sy..lau nak di ikutkan byk lg cter tp pjg plak nak taip..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:01 AM | Show all posts
epalpink posted on 20-11-2012 05:14 PM
maaf...ko akan rasa pelik mungkin benda ni belum jadi kat ko...

tapi aku rasa tak pelik sbb sem ...

nasib kita serupa! dari kecik mak aku pulaukan aku. aku hidup atas belas ihsan bapak aku. kalau dia takde, aku tak tau apa jadi ngan aku. bila bapak aku bagi kete time blajar, mak aku marah, kenapa kete tu tak letak atas nama dia. sampai tak tegur aku berbulan2.asyik menangkan orang lain. tapi kalau buat keje dapur mesti suruh aku buat, sampai aku nak belajar pun takde masa.bayangkan lah..sampai kekadang aku terpikir nape dia buat macam nie kat aku. aku nie anak angkat kah? bile aku dapat masuk u..dia langsung taknak jenguk aku. bapak aku je yang datang. convo aku pun taknak pegi. bile aku dah keje..aku ada bagi duit kat dia..tapi cakap kat adik beradik aku yang aku tak pernah bagi duit sesen pun kat dia. kalu mak aku tu orang susah, mungkin bulan2 aku hulur..tapi income dia bulan2 = duit pencen + duit elaun bapak aku lagi banyak dari gaji aku. tapi demi mengenang jasa, aku belanja dia and the whole family makan luar tiap2 bulan. itu pun tak appreciate jugak. still dok mengata kat bapak aku pasal aku. sapa tak sedih? baru2 nie aku ada masalah ngan hubby dan hampir2 nak berpisah. dia boleh cakap kat bapak aku PADAN MUKA! tak berkat sebab tak bagi duit bulan2 kat dia. aku tetap sabar. alhamdulillah rumahtangga aku dapat diselamatkan. bile birthday dia, aku ada beli hadiah. dia boleh kutuk hadiah aku bagi. siap cakap baik lah tak payah bagi. apa ko rasa kalau dapat mak macam nie?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.060950 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list