CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nutristation

[Share] Tips Kesihatan

[Copy link]
 Author| Post time 15-6-2013 11:44 PM | Show all posts

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

UNGKAPAN ‘saya ada tonsil’ seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.

Sebenarnya, tonsil adalah agregasi tisu limfoid yang terdapat dalam rongga mulut dan tekak seseorang. Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi, iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai ‘palatine tonsil’. Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut memainkan peranan dan fungsi yang sama.

Ia dikenali sebagai ‘lingual tonsil’ iaitu yang terletak di pangkal lidah, ‘tubal tonsil’ yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil ‘Lingkaran Weldeyer Dalam’.

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya.

Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain. Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.

Masalah berkaitan tonsil
Dalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.

1. Jangkitan
Selaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada jangkitan kuman baik virus atau bakteria.

Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory tract infection).

Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.

Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit.

Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria, infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya berlaku dalam frekuensi yang agak rendah.

Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.

2. Hipertrofi Tonsil
Hipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya bersimetri.

Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak.

Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal untuk pernafasan semakin kecil.

Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia.

Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang mempunyai lubang-lubang yang jelas.

3. Ketumbuhan
Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza.

Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan berlakunya ketumbuhan.

Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).

Tanda-tanda Penyakit Tonsil
  • Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
  • Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils). Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
  • Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

Rawatan penyakit Tonsil
Bergantung kepada jenis penyakit, rawatan terhadap permasalahan tonsil juga berbeza. Umumnya, sebarang bentuk jangkitan perlu diubati dengan agen antikuman atau antibiotik (untuk bakteria).

Pada masa yang sama, kebersihan mulut perlu ditingkatkan. Pesakit juga digalakkan makan seperti biasa sebagaimana yang boleh.

Jika ia menjadi terlalu sukar, mungkin pemberian cecair serta elektrolit perlu diberikan secara intravena bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil.

Bagi kes-kes kawasan peritonsilar yang mempunyai pengumpulan nanah, ia perlu dialirkan keluar. Ini kerana jangkitan yang terkurung di kawasan tersebut boleh mengakibatkan gangguan yang berterusan terhadap saluran pernafasan.

Ia juga mengundang risiko merebaknya jangkitan ke kawasan lain yang lebih sukar untuk dirawat seperti kawasan parafaringeal, retrofaringeal dan mungkin sampai ke mediastinum atas.

Sekiranya jangkitan tonsil berulang-ulang, atau ia menyebabkan gejala obstruktif yang mengganggu kehidupan seperti berdengkur atau apnea tidur, maka pembedahan elektif membuang tonsil adalah disyorkan.

Di Amerika Syarikat, tonsilektomi atau surgeri membuang tonsil merupakan pembedahan elektif yang paling kerap dijalankan di kalangan kanak-kanak.

Ia merupakan suatu prosedur pendek dan pesakit biasanya perlu berada di hospital untuk beberapa hari sahaja. Tiada parut kelihatan kerana prosedur dijalankan melalui rongga mulut.

Jika keabnormalan tonsil merupakan manifestasi masalah ketumbuhan, maka kaedah rawatannya juga berbeza. Ada antara pesakit memerlukan pembedahan dan tidak kurang juga yang dapat dikawal dengan penggunaan ubat kemoterapi.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa insiden bagi ketumbuhan tonsil ini amatlah kecil, jika dibandingkan dengan masalah tonsil yang berpunca daripada jangkitan dan hipertrofi.

Walau apapun, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Dan semestinya rawatan di peringkat awal adalah jauh lebih baik daripada peringkat yang lewat.

Menyemai budaya ingin tahu dan menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan perbincangan mahu pun konsultasi dengan mereka yang pakar pastinya merupakan suatu pendekatan yang amat berkesan.

Amalkan gaya hidup yang sihat, nescaya anda akan dapat menikmati hidup sihat yang ceria bergaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2013 02:11 PM | Show all posts

Punca suara serak, batuk lama

PENYAKIT berkaitan sistem gastro usus seperti pedih ulu hati atau masalah asid refluks (gastroesophageal reflux disease - GERD) dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman, sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada statistik permasalahan kesihatan di Asia.

Tanyalah sesiapa saja, pasti ada yang tahu peritnya kalau ditimpa masalah pedih ulu hati ini. Namun, masalah GERD bukan saja pada sistem gastro usus tetapi juga boleh menjejaskan suara anda. Ada pesakit yang datang dengan sejarah penyakit GERD mengadu mereka suara menjadi serak selain tekak terasa masam atau batuk yang berpanjangan.

Namun, ada juga pesakit yang datang dengan masalah sebegini, selepas dikenal pasti mempunyai masalah GERD.

Bagi pesakit GERD, masalah yang dialami sebenarnya mempengaruhi perubahan suara dan masalah lain di sekitar tekak. Jika dilihat anatomi manusia, saluran makanan kita bersambung dari mulut hingga ke anus. Di sepanjang laluan itu, makanan yang kita telan akan ‘dipindah-pindahkan’ bagi melancarkan proses pencernaan dan penyerapan.

Pemindahan makanan dari satu bahagian ke bahagian yang lain berlaku melalui bukaan-bukaan yang terdapat antara keduanya seperti antara esofagus dengan perut, atau perut dengan duodenum. Apabila keabnormalan berlaku baik pada kuantiti asid yang dihasilkan dalam perut, atau masalah lain pada saluran makanan yang sebelum ini berupaya menghalang asid daripada refluks maka ia akan melimpah keluar dengan jumlah yang melebihi had biasa.

Tidak kurang juga tabiat pemakanan menjadi faktor penggalak terjadinya masalah ini.  Keadaan refluks ini menyebabkan asid daripada perut berpotensi merebak keluar daripada rongga perut. Ia boleh merebak ke salur makanan (esofagus)  dan juga duodenum (bahagian pertama usus kecil).

Dalam keadaan normal, kuantiti asid yang kecil masih boleh diterima dinding esofagus dan mekanisme perut boleh mengurangkan gejala GERD. Bagaimanapun, jika asid ini berlebihan, kuantitinya dan naiknya pula mencapai tahap lebih tinggi iaitu sehingga ke permulaan esofagus iaitu di bahagian tekak (farinks) dan saluran pernafasan yang dipanggil larinks, asid ini akan termasuk ke dalam larinks. Ia akan menyebabkan gejala refluks laringofarinks (LPR) terjadi.

Pensyarah Perubatan Telinga, Hidung dan Tekak,Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan, Dr Irfan Mohamad berkata, punca tunggal sebenar yang menyebabkan sesetengah orang mengalami LPR masih belum diketahui.

Jelasnya, pelbagai faktor risiko dan kaedah gaya hidup, dikaitkan dengan gejala suara serak dalam pesakit GERD ini. Bagaimanapun, di Amerika Syarikat, insidennya cukup tinggi sehingga boleh mencapai 50 peratus daripada  mereka yang mengalami masalah suara. Antara gejala LPR adalah suara serak, selalu berdehem (akibat tidak selesa pada tekak), terasa ada benda dalam tekak, sukar menelan makanan, rasa masam di bahagian tekak, batuk berpanjangan dan gangguan pernafasan.

“Gejala berkaitan suara dan pernafasan ini boleh berlaku secara berasingan atau mungkin juga secara serentak. Ini kerana dalam saluran pernafasan, ada struktur peti suara yang mengawal kualiti suara yang dituturkan.

“Apabila berlaku radang kronik akibat asid yang terpercik daripada saluran makanan, simptom keradangan akan terjadi. Jika keradangan ini berlaku secara kronik dan berpanjangan, tisu granulasi pula akan terbentuk.

“Tisu ini jika cukup besar dan mengganggu saluran pernafasan. Jika tidak pun, peti suara yang secara kroniknya mengalami keradangan akibat asid, akan membengkak dan pembengkakan itu sedikit sebanyak akan mengganggu proses pernafasan,” katanya.

Mengenai rawatan, kata Dr Irfan, ia boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu ubah suai cara pemakanan dan gaya hidup, penggunaan ubat-ubatan atau pembedahan. Kombinasi kaedah rawatan ini, terutama amalan pemakanan dan ubat-ubatan sering kali umumnya berupaya menyelesaikan  LPR.

Ubah suai diet dan gaya hidup
Elak makanan berlemak/pedas, coklat dan kurangkan makanan berasid seperti sitrus, tomato. Pada masa sama, kurangkan minuman berkarbonat, berkafein dan alkohol. Jangan baring sehingga empat jam selepas makan, elak makan lewat malam, kurangkan berat badan, bersenam dan andai anda merokok, hentikanlah tabiat itu.

Ubat-ubatan
Ini secara umumnya diambil bagi mengurangkan asid di dalam perut dan ia perlu dimakan bagi jangkamasa yang agak panjang.

Keberkesanannya mungkin mengambil sedikit masa untuk dilihat namun ia menjadi rawatan pilihan setakat ini bagi mereka yang disahkan mengalami LPR. Namun ia harus diambil mengikut preskripsi dan nasihat perubatan dari doktor yang mengesahkan penyakit ini.

Pembedahan
Pilihan rawatan ini digunakan bagi mengurangkan refluks. Bagaimanapun ia jarang diperlukan dan dilakukan oleh pakar bedah umum yang mana kes yang teruk akan dirujuk selepas kaedah lain tidak berkesan untuk mengawal simptom yang dialami.

Sebenarnya, jelas Dr Irfan pengesanan awal boleh membantu menangani masalah ini. Apa yang penting, pesakit mendapatkan rawatan, tidak kiralah untuk penyakit GERD yang dialami atau masalah perubahan suara.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:15 PM | Show all posts

Asid lemak ‘trans’

Asid lemak ‘trans’ terhasil daripada minyak tumbuhan yang ditambah hidrogen melalui proses hidrogenasi untuk menjadikannya pepejal seperti marjerin. Tujuan proses ini dilakukan untuk menambah kestabilan makanan dan melambatkan tempoh makanan itu menjadi rosak. Malangnya proses ini menyebabkan terhasilnya asid lemak trans ini.

Banyak kajian sains yang menunjukkan pemakanan yang tinggi dengan asid lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik atau LDL dan merendahkan paras kolesterol baik atau HDL. Justeru, ia meningkatkan risiko mendapat masalah penyakit jantung koronari, darah tinggi, strok dan kolesterol berlebihan.Terdapat sesetengah pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan asid lemak trans ini lebih buruk daripada pengambilan lemak tepu terus daripada sumber haiwan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2013 02:17 PM | Show all posts

Kolesterol tinggi

Kolesterol berlebihan disebabkan gaya hidup dan amalan pemakanan tidak sihat.

Diet yang tinggi lemak tepu boleh menyebabkan pengumpulan tambahan kolesterol dalam arteri darah yang akhirnya menyebabkan pengaliran darah terhad.

Mengurangkan kolesterol adalah dengan makan makanan rendah lemak, tinggi serat terutama buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Pilih daging tanpa lemak, ikan, kacang dan tenusu rendah lemak. Kurangkan pengambilan minyak masak lemak tepu dan menggantikannya dengan minyak yang mempunyai peratusan lebih tinggi lemak tidak tepu.

Serat beta glucan yang ditemui pada oat, barli dan bijirin terbukti mampu mengurangkan paras kolesterol jika dimakan setiap hari. Ramai orang tidak suka makan oat disebabkan rasa bergetah. Bagaimanapun, untuk rasa enak gabungkan oat bersama jus buah-buahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 01:42 PM | Show all posts

Tanda-tanda badan bertoksik

  • Pembuangan air besar tidak lancar.
  • Mulut berbau.
  • Penghadaman kurang baik.
  • Perut kembung.
  • Kurang bersemangat.
  • Badan lemah, senang demam dan selsema.
  • Hilang tumpuan.
  • Muka pucat - jeragat.
  • Susah hendak tidur.
  • Senang cemas.
  • Cepat marah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 01:51 PM | Show all posts

Buah-buahan pulih tenaga

Ramai tidak tahu kekurangan tenaga boleh menjejaskan kecerdasan dan tumpuan belajar serta menjalankan tugasan harian. Apabila ini berlaku badan menjadi lemah dan lesu serta boleh menyebabkan munculnya penyakit lain seperti demam, batuk atau selesema.

Menurut pakar pemakanan, Indra Balaratnam, untuk mendapatkan bekalan tenaga dengan kadar segera, pengambilan buah-buahan seperti pisang, tembikai, epal, pear, prun, oren, jambu batu, anggur dan semua jenis beri adalah sangat bagus sepanjang berpuasa nanti.

“Anda boleh mencuba campuran jus tembikai bersama belimbing atau jus epal hijau bersama jambu batu dan oren untuk mendapatkan bekalan tenaga mencukupi,” katanya.

Selain itu masalah yang sering dihadapi ialah nafas berbau yang disebabkan kekurangan air dan bendalir dalam badan. Oleh itu, penting memastikan penghidratan mulut dan mencegah pengumpulan sebatian mengandungi sulfur yang boleh menjejaskan gusi.

“Namun jangan bimbang kerana semua ini boleh dielakkan hanya dengan pengambilan buah-buahan dalam kadar mencukupi. Bagi mengurangkan masalah nafas berbau, masukkan nanas dan betik ke dalam masakan atau mengambilnya sebagai buah-buahan segar ketika berbuka puasa. Nanas boleh dimasak sebagai pajeri manakala betik muda boleh dibuat rojak yang enak dimakan bersama sajian tempatan berempah atau pedas. Untuk menghilang rasa pedas, kunyah beberapa potong nanas segar selepas makan,” nasihat Indra.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2013 01:54 PM | Show all posts

Susu makanan lengkap untuk semua

KEBAIKAN pengambilan susu terhadap tubuh manusia sememangnya tidak dapat disangkal, apalagi kajian membuktikan ia makanan lengkap yang mengandungi semua nutrien diperlukan untuk kesihatan optimum bagi pelbagai peringkat umur, daripada golongan kanak-kanak hingga orang dewasa.

Susu mengandungi zat bermanfaat, antaranya kalsium, fosforus, magnesium dan protein yang semuanya penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat, selain diperkaya dengan vitamin A, vitamin B, zink, riboflavin, potassium, sodium, zat besi dan sulfat.

Susu berada dalam kategorinya yang tersendiri kerana ia mengandungi mineral penting yang tidak dapat digantikan oleh kumpulan makanan lain.

Pengambilan susu sejak kecil dan sepanjang hayat membolehkan seseorang itu memiliki tahap tulang yang kuat serta kesihatan tubuh badan keseluruhannya.

Susu sama juga seperti makanan lain mengandungi gula semula jadi di dalamnya dalam bentuk laktosa selain bentuk gula lain seperti fruktosa, sukrosa dan sirap pejal yang semuanya bergabung untuk memberi tenaga kepada mereka yang meminumnya.

Menepis tanggapan sesetengah orang, susu tidak menggemukkan walaupun ia diberi tambahan gula dan kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan susu dan makanan bersusu tampil lebih langsing berbanding mereka yang tidak minum susu.

Kajian juga menunjukkan pengambilan susu sebagai sebahagian diet untuk mengawal kalori berjaya mempercepatkan pengurangan berat badan, terutama di kawasan abdomen, sekali gus merendahkan risiko penyakit memandangkan pertambahan lemak di kawasan terbabit sering dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Oleh itu, kepercayaan bahawa gula tambahan dalam susu mampu menggemukkan adalah tidak berasas memandangkan penyumbang masalah berat badan berlebihan bukan berdasarkan hanya satu jenis makanan tetapi ia disumbangkan oleh lebihan gula dalam keseluruhan pemakanan lain yang diambil secara tidak terkawal.

Malah kajian menunjukkan pengambilan susu secara berterusan mampu mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat kencing manis jenis dua, iaitu masalah yang sudah lama membelenggu masyarakat, termasuk kanak-kanak.

Secara amnya, kebanyakan susu membesar di pasaran mengandungi gula asli yang jumlah keseluruhannya kurang daripada 40 gram bagi setiap 100 gram susu tepung dan ia tidak memberi kesan negatif pada kesihatan kanak-kanak, malah diperlukan untuk tumbesaran sempurna.

Kandungan susu membabitkan empat jenis karbohidrat dan hanya dua adalah gula iaitu Monosakarida (glukosa) dan Disakarida (sukrosa), manakala dua lagi bukan gula iaitu Oligosakarida (FOS) dan Polisakarida (kanji).

Pakar Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norimah A Karim berkata, ibu bapa perlu sedar kandungan gula hadir secara semula jadi dalam semua jenis kumpulan makanan dan pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat akan menentukan seseorang itu dapat mengekalkan berat ideal.

Katanya, bukan semua karbohidrat dalam susu bersifat gula dan kehadiran karbohidrat dalam bentuk Oligosakarida membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria bagus untuk menyokong persekitaran usus yang sihat.

“Tanggapan bahawa gula dalam susu menggemukkan adalah tidak tepat kerana bukan semua karbohidrat dalam susu bersifat gula, malah pengambilan makanan lain dalam jumlah tidak terkawal sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak.

“Salah mengatakan gula dalam susu penyumbang kepada masalah kegemukan, sedangkan peranan gula dalam susu sangat penting kerana ia adalah sumber tenaga dan diperlukan untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Dr Norimah berkata, susu adalah makanan lengkap dan pembekal zat untuk pertumbuhan tubuh kanak-kanak serta memberi tenaga kepada otak untuk menjalankan fungsinya.

Katanya, sepatutnya ibu bapa memberi perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka secara keseluruhan, termasuk mengawal pengambilan coklat, minuman berkarbonat, gula-gula dan kek yang secara terang-terangan mengandungi gula yang tidak mempunyai nilai nutrien, bagi mengelak anak mereka mengalami masalah obesiti.

Menurutnya, berbanding makanan lain, pengambilan susu atau produk bersusu seperti keluaran Dutch Lady antara satu hingga tiga kali sehari adalah penting bagi memastikan kesihatan tulang serta tubuh terjamin.

“Selain gula, makanan lain yang mempunyai minyak, protein dan lemak juga mengandungi tenaga yang jika tidak dikawal, turut menyumbang kepada masalah kegemukan kanak-kanak.

“Gula asli dalam susu adalah laktosa tetapi bukan semua kanak-kanak mempunyai daya toleransi terhadap kandungan laktosa tinggi dalam susu, disebabkan itu ada gula jenis lain yang ditambah dalam susu namun ia masih mempunyai fungsi sama iaitu memberi tenaga dan tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan kanak-kanak,” katanya.

Malah, katanya, penambahan gula dalam susu juga bagi menggalakkan kanak-kanak minum susu untuk mendapatkan khasiat keseluruhannya.

Sementara itu, Presiden Nutrition Society of Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, susu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi lebih daripada kalsium bagi memastikan pertumbuhan tulang dan kesihatan yang optimum.

Katanya, walaupun susu diketahui baik untuk kesihatan bukan saja kanak-kanak malah orang dewasa, masih timbul pelbagai persoalan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

“Antara kekeliruan itu adalah gula dalam susu membesar boleh membuatkan kanak-kanak menjadi gemuk tetapi sebenarnya kenyataan itu tidak benar.

“Garis panduan pemakanan di negara ini menyarankan seseorang kanak-kanak itu minum antara satu hingga dua gelas susu sehari manakala dua gelas sehari untuk orang dewasa untuk mendapat khasiat pemakanan lengkap,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2013 02:13 PM | Show all posts

Kelebihan minum air masak


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2013 01:36 PM | Show all posts

Diabetes ibu penyakit

DIABETES atau kencing manis ialah penyakit kronik akibat kandungan gula di dalam darah melebihi tahap normal. Ada yang menganggap ia ibu segala penyakit kerana dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan lain pada tubuh seperti mata, jantung, saluran darah, hati, buah pinggang, kulit dan kaki serta saraf tidak sensitif.

Antara tanda dan gejala diabetes ialah penghidapnya sentiasa haus, kerap kencing, gangguan penglihatan, lesu dan mengalami penurunan berat badan.

Perunding Pakar Perubatan dan Endokrin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Vijay Ananda Paramasvaran, berkata diabetes boleh menyebabkan aliran pembuluh darah menjadi kurang baik disebabkan kerosakan organ dalam mata daripada retina yang disebut retinopati diabetik, perlahan-lahan menyebabkan buta hingga kerosakan pada kanta seperti katarak.

Menurutnya, apabila diabetes, perubahan metabolisma sel lapisan dalam pembuluh darah juga boleh menyebabkan aliran darah kurang baik. Akibatnya, organ yang harus dialiri darah kekurangan nutrisi dan oksigen. Keadaan itu biasanya menyebabkan serangan jantung koroner, strok serta luka yang sukar sembuh.

Masalah lain yang kerap dialami penghidap diabetes ialah gastropati diabetik iaitu gejala perut kembung dan cepat kenyang. Pesakit kelihatan kurus kerana tubuh memerlukan lebih banyak insulin kerana insulin yang ada dalam tubuh hanya digunakan separuh akibat ketidakcekapan reseptor atau resitensi insulin.

Diabetes turut menyebabkan kebocoran protein di buah pinggang berpunca daripada kegagalan organ berkenaan yang menyebabkan pesakit perlu menjalani dialisis. Komplikasi lain yang mungkin dihadapi pesakit ialah kaki diabetik. Komplikasi ini terjadi akibat kerosakan saraf. Pesakit tidak dapat membezakan suhu panas dan dingin dan rasa sakit berkurangan. Diabetes dibahagi kepada dua iaitu tahap satu dan tahap dua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2013 01:40 PM | Show all posts

Mati kerana resdung?

Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

Punca Resdung
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
  • Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
  • Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
  • Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.

Simptom Resdung
Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:
  • Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
  • Hidung tersumbat
  • Hidung selalu berdarah dan bernanah
  • Jerawat di belakang badan
  • Rambut gugur dan berkelemumur
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan badan rasa kurang sihat
  • Batuk kronik
  • Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  • Mata sering berair
  • Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah

Petua Mengelakkan Resdung
  • Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
  • Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
  • Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
  • Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
  • Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
  • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
  • Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu

Rawat Sebelum Parah
Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.

Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2013 01:47 PM | Show all posts

Gejala-gejala diabetes tidak terkawal

Simptom-simptom diabetes jenis 1 yang biasa termasuklah kerap membuang air kecil, terasa amat dahaga, penurunan berat badan mendadak, terlampau penat dan kabur penglihatan.

Individu yang menderitai diabetes jenis 2 mungkin mengalami gejala yang sama tetapi mungkin tidak berapa jelas.

Hampir 50 peratus daripada mereka tidak menunjukkan apa-apa gejala dan hanya didiagnos setelah beberapa tahun `berkawan rapat’ dengan penyakit kencing manis ini.

Komplikasi diabetes
Sesuai statusnya sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, diabetes memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Tanpa pengurusan yang sewajarnya, ia boleh membawa kepada hiperglikemia yang berkait rapat dengan kerosakan berpanjangan tubuh badan serta kegagalan pelbagai organ dan tisu.

Komplikasi jangka panjang dan pendek termasuklah penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, penyakit saraf dan mata.

Faktor risiko diabetes
Jenis 1:
Kedua-dua pengaruh genetik dan persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan diabetes jenis 1.
Pencetus persekitaran yang berpotensi adalah seperti virus, toksin dalam rantaian makanan dan komponen dietari, walaupun sehingga kini penglibatan faktor-faktor ini masih belum terbukti dalam majoriti kes.

Jenis 2:
Faktor-faktor risiko bagi diabetes jenis 2 termasuklah berat badan berlebihan dan obesiti, kurang bersenam, diet tinggi lemak dan kurang serat, etnik, sejarah keluarga, usia (terutamanya melebihi 45 tahun) dan kelahiran tidak cukup bulan.

Diabetes dan kaki
Sekalipun diabetes diiringi oleh senarai panjang komplikasi serius seperti kebutaan namun, masalah kaki merupakan antara komplikasi yang paling berkos tinggi.

Pesakit diabetes berisiko mengalami kerosakan saraf (neuropati) dan masalah bekalan darah ke kaki (iskemia), kedua-duanya boleh menyebabkan ulser kaki dan luka yang lambat sembuh. Jangkitan pada luka ini, akibatnya adalah amputasi.

Mengikut perangkaannya, setiap 30 saat, satu kaki terpaksa dibuang di mana-mana ceruk dunia dan pesakit diabetes adalah 25 kali lebih cenderung kehilangan kaki berbanding individu tanpa penyakit itu.

Adalah juga dianggarkan, sehingga 70 peratus pemotongan bahagian kaki bawah ada kena-mengenanya dengan diabetes - satu angka yang tidak masuk akal.

Ini mengambil kira insiden ulser kaki yang walaupun kerap berlaku tetapi selalunya ia boleh dirawat.

Kes-kes amputasi juga boleh dikurangkan sehingga 85 peratus dengan adanya langkah-langkah pencegahan dan pengurusan asas diabetes seperti amalan melihat jika terdapat benda asing di dalam kasut sebelum menyarungnya dan tidak berkaki ayam.

Penyakit kaki diabetik memberikan impak yang sangat teruk ke atas kehidupan pesakit. Sekalipun sebelah kaki terpaksa dibuang, sebelah kaki lagi dan kehidupan seterusnya seseorang dapat diselamatkan dengan pengurusan yang agresif.

Kebanyakan amputasi bermula dengan ulser kaki
Ulser kaki merupakan satu perkara biasa di kalangan pesakit diabetes di mana kira-kira 85 peratus amputasi berkaitan diabetes, diawali dengan kejadian ulser kaki.

Di negara-negara maju sekalipun, sehingga lima peratus pesakit diabetes mengalami masalah ini manakala satu dalam setiap enam pesakit akan mendapat ulser sepanjang hayat mereka.

Masalah kaki turut menjadi punca utama kemasukan pesakit diabetes ke hospital terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Apakah yang menyebabkan ulser kaki diabetik?
Ulser kaki kebanyakannya berpunca daripada kerosakan saraf (neuropati periferal), kecacatan biasa seperti jari kaki tukul dan bunion/bengkak pada sendi antara ibu jari kaki dan tulang metatarsal pertama.

Ia juga boleh disebabkan oleh bentuk kaki yang tidak normal di mana kasut yang sesuai sukar dicari, bekalan darah yang lemah ke kaki (penyakit vaskular periferal) dan kecederaan yang pada mulanya kelihatan remeh-temeh.

Rawatan
Sebaik sahaja saraf-saraf dirosakkan oleh diabetes, sensasi tidak dapat dipulihkan kembali. Kaki yang telah menjadi kaku perlu dilindungi daripada tekanan tidak normal.

Jika tekanan ini tidak dilegakan, ulser akan datang semula. Rehat yang ringkas dan penggunaan plaster khas merupakan antara sebahagian cara melegakan tekanan.

Apabila bekalan darah lemah, rawatan yang boleh diberikan adalah untuk menyekat pembuluh darah atau sebaliknya, meningkatkan aliran darah.

Jangkitan kaki perlu dirawat dengan antibiotik yang bersesuaian, jika ada. Kadangkala, tisu-tisu yang dijangkiti juga terpaksa dibuang.

Bagi meningkatkan peluang penyembuhan, glukos darah hendaklah dikawal ketat manakala faktor-faktor komplikasi lain yang mungkin berlaku, perlu dirawat.

Ulser dan luka perlulah ditutup dengan kasa atau pembalut dan dicuci setiap satu atau dua hari sekali dengan air bergaram. Kejadian semula ulser dapat dielakkan jika punca ulser dikenal pasti dan langkah-langkah yang sewajarnya diambil.

Apa yang boleh dilakukan - apa yang tidak
  • Periksa kaki anda setiap hari jika terdapat luka, repuh, lebam atau perubahan warna, bengkak dan kudis terbuka. Segeralah berjumpa doktor. Gunakan cermin untuk melihat luka pada kaki atau jika ia sukar dilakukan, dapatkan bantuan seseorang.
  • Elakkan pemakaian kasut bertumit tinggi, bermuncung tajam, bertumit halus, tidak bertali dan terbuka di belakang.
  • Sentiasa lindungi kaki anda. Pakai kasut atau selipar yang sesuai baik di dalam mahupun luar rumah bagi mengelakkan kecederaan kaki.
  • Jangan pakai stoking yang ketat. Periksa dalam kasut anda kalau-kalau ada batu, objek tajam dan tempat-tempat kasar sebelum memakai kasut.
  • Berhati-hati apabila membasuh kaki. Jangan gunakan air yang terlalu panas.
  • Beli kasut baru pada lewat petang kerana kaki membengkak menjelang penghujung hari. Oleh itu, anda akan lebih pasti tentang ukuran kasut yang benar-benar sesuai dan tidak terlalu ketat.
  • Jangan gunakan alat pemanas atau botol air panas untuk menghangatkan kaki anda.
  • Pemakaian stoking dapat membantu mengelakkan kecederaan. Pastikan ia tidak terlalu ketat dan dibasuh setiap hari. Pastikan juga, stoking tidak berlubang.
  • Elakkan berjalan kaki ayam. Sekiranya tidak dapat dielakkan atas alasan budaya atau agama, anda hendaklah begitu berhati-hati dan elakkan risiko terbakar kerana permukaan yang panas dalam cuaca yang juga panas.
  • Selalulah membasuh kaki menggunakan air dan sabun serta di celah-celah jari. Keringkan kaki terutamanya di antara celah-celah jari. Gunakan minyak atau losen untuk mengekalkan kelembutannya.
  • Jangan cuba merawat kaki sendiri menggunakan ubat-ubatan kematu atau mata pisau. Dapatkan bantuan profesional jika ada masalah.
  • Potong kuku kaki secara lurus dan kikir mana-mana tepi yang tajam.
  • Elakkan pertambahan berat badan. Lakukan pemeriksaan kaki profesional secara berkala.
  • Jangan merokok kerana ia mempengaruhi bekalan darah ke kaki.
  • Balut luka dengan pembalut yang bersih. Jangan pakai barangan kemas di kaki.

Ingat! Jika masalah kaki anda tidak mendatangkan kesakitan sekalipun, ia masih sesuatu yang serius.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2013 01:51 PM | Show all posts

Perit sembelit

Bersenam, kerap minum, pengambilan serat mampu kurangkan gangguan usus

SEMBELIT bukan sekadar satu masalah kesihatan sebaliknya 'gangguan' yang boleh menjejaskan mood serta rutin harian. Bayangkan, desakan ke tandas, terbantut apabila 'hajat' anda gagal dilepaskan kerana kesukaran membuang air besar.

Hakikatnya, sembelit memberi maksud berbeza. Kebiasaannya, masyarakat memahaminya sebagai aktiviti pengosongan usus yang jarang berlaku manakala sesetengah lain pula berdepan masalah seperti najis yang keras dan kecil, sukar buang air besar atau rasa tidak puas selepas buang air besar.

Apakah punca masalah ini? Setiap jenis sembelit yang disebutkan tadi mungkin berbeza dan pendekatan bagi tujuan rawatan juga perlu sesuai dengan jenis sembelit yang tertentu. Apapun ia banyak dipengaruhi dengan amalan gaya hidup seseorang individu itu.

Malah, kekerapan individu membuang air besar dalam sehari juga berbeza. Mungkin dua hingga tiga kali sehari atau sekali dalam tiga hari. Namun, individu itu dikatakan mengalami sembelit jika membuang air besar hanya dua kali seminggu atau kurang. Ia turut dikaitkan perbuatan meneran ketika membuang air besar. Sembelit juga bukan hanya dialami si kecil, tetapi turut dianggap biasa bagi wanita serta warga emas melebihi 65 tahun.

Apabila kita sering mengalami sembelit, ada beberapa cara untuk mengatasinya. Apa yang penting adalah berusaha supaya najis dapat keluar dengan lancar. Untuk keluar dengan lancar, najis harus lembik dan tidak keras.

Perkara asas adalah banyakkan pengambilan serat sebanyak 20-35 gram sehari, banyak minum air serta bersenam.

Berikut adalah beberapa jenis sembelit:
Sembelit sekali-sekala - adalah jenis sembelit yang paling lazim dialami termasuk warga tua, wanita hamil, pengembara, pesakit yang mengambil ubatan tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia lebih mudah dirawat dengan mengubah gaya hidup dan pengambilan julap.

Sembelit Akut
- sembelit bersifat sementara, berlaku secara tiba-tiba akibat kesan daripada sebab tertentu. Keadaan ini boleh berulang.

Sembelit Hypotonic atau sembelit atonic - berlaku apabila otot abdomen jadi lemah tidak mampu menolak pergerakan usus seperti sepatutnya. Masalah ini disebabkan gaya hidup tidak sihat, kurang pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh.

Sembelit ‘Fungsian tiada kaitan dengan fizikal, hormon atau kimia dalam tubuh tetapi ia sebaliknya berkemungkinan disebabkan faktor psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Sembelit Rektum - Apabila individu terlalu sibuk atau leka dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar isyarat pada otak walaupun ia penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikan lebih sukar untuk digerakkan.

Sembelit tidak harus diambil ringan dan harus dirawat pada peringkat awal sebaik punca masalahnya diketahui selepas berbincang dengan doktor anda.

Punca sembelit

  • Kurang serat, gemarkan makanan berlemak dan bergula
  • Kurang minum air
  • Kerap menahan diri daripada buang air besar
  • Kurang bersenam atau melakukan pergerakan (selepas kemalangan)
  • Faktor emosional seperti tekanan perasaan
  • Berkaitan hormon seperti hamil dan kedatangan haid
  • Kesan ubat-ubatan seperti ubat batuk (codein), ubat gastrik (aluminium/kalsium), penenang
  • Pengambilan makanan tambahan seperti zat besi
  • Otot perut dan usus semakin lemah (warga tua)

Gejala-gejala
  • Najis lebih kering, keras dan sukar membuang air besar
  • Meneran semasa membuang air besar
  • Sakit semasa pergerakan usus
  • Kekejangan di bahagian abdomen.

Tip cegah sembelit
  • Jangan menangguh buang air besar
  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas cecair sehari. Ini seperti putih dan jus buah-buahan.
  • Amalkan tabiat buang air besar secara rutin, dengan waktu yang tetap misalnya ketika mandi pagi.
  • Bersenam atau aktif bergerak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2013 01:59 PM | Show all posts

Masalah jerawat

JERAWAT! Malunya hendak keluar, apa nak buat ini? Mungkin lebih baik menyorok saja di rumah supaya orang lain tidak nampak kesan cela yang ketara pada wajah. Tetapi sampai bila perlu berbuat demikian dan sanggupkah memerap diri selama 24 jam di rumah?

Reaksi yang memperlihatkan rasa tidak senang hati dan kerunsingan seperti itu sememangnya berlaku pada sesetengah remaja baru hendak melangkah ke alam dewasa serta sering beranggapan, masalah jerawat sesuatu amat memalukan. Realitinya, hampir setiap remaja bimbang mereka akan mendapat jerawat apabila menginjak akil baligh. Sehinggakan, sebutir jerawat yang ada pada wajah boleh menyebabkan mereka mengalami masalah emosi begitu teruk.

Gambaran itu turut memperlihatkan, masalah kulit remaja boleh menjadi isu berpanjangan yang merumitkan atau boleh timbul masalah lain jika tidak ditangani dengan betul.

Masalah kulit boleh jejaskan penampilan, sekali gus kurangkan keyakinan diri
JERAWAT, penyakit kulit yang kerap berlaku di kalangan remaja atau golongan muda dan dikatakan berlaku akibat perubahan hormon yang dialami. Walaupun mungkin berlaku pada tahap ringan atau sederhana, jerawat tidak seharusnya dipandang remeh kerana jika tidak dirawat dengan betul ia boleh melarat dan menjadi bertambah teruk hingga ke tahap sukar dikawal.

Dalam sesetengah kes, walaupun jerawat sudah sembuh selepas dirawat, ia akan meninggalkan masalah seperti parut yang kekal pada muka. Ada juga yang berdepan dengan masalah kulit menjadi berlubang dan kasar, manakala kehadiran tompok hitam bekas peninggalan tapak jerawat menyebabkan kulit kelihatan kotor atau hodoh sehingga menimbulkan rasa rendah diri.

Lazimnya masalah kulit itu menyerang mereka yang mempunyai kulit muka berminyak terutama remaja atau golongan muda. Ini berlaku kerana pada peringkat usia itu pengeluaran hormon seks (androgen) yang berlebihan akan merangsang kelenjar sebum untuk menghasilkan sebum (bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum) berlebihan dan keadaan demikian menyebabkan muka berminyak.

Sebahagian besar kelenjar sebum dalam badan tertumpu di muka khususnya pada bahagian dahi, hidung dan dagu. Apabila pengeluaran sebum tersekat pada folikel rambut, jerawat akan tumbuh. Lazimnya, jerawat akan pulih selepas melalui alam remaja, tetapi bagi sesetengah wanita jerawat kekal melewati umur 20-an.

Jerawat juga boleh dikaitkan dengan tekanan dan dalam keadaan ini wanita lebih sensitif berbanding lelaki. Bagaimanapun, tahap serius jerawat seseorang bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar hormon seks yang dikeluarkan, kadar sensitif kelenjar sebum dalam pengeluaran sebum dan kadar jangkitan bakteria pada jerawat.

Masalah jerawat selalunya menjadi lebih teruk kira-kira satu minggu sebelum haid. Secara amnya remaja lelaki selalunya mempunyai jerawat yang lebih teruk daripada remaja perempuan. Namun, apa yang pasti kemunculan jerawat boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang dan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, parut pada bahagian yang diserang akan kekal.

WAJAH bebas daripada jerawat meningkatkan keyakinan diri
Jessica Chan, berkata oleh sebab itulah pengetahuan luas mengenai penjagaan kulit yang ada masa kini dan patuh mengikuti panduan penjagaan kulit adalah penting kerana ia akan membantu golongan muda itu mengawal masalah jerawat dihadapinya. Malah, dalam kes tertentu ia boleh dihapuskan sama sekali.

“Kehidupan remaja zaman sekarang lebih mencabar. Selain sekolah, banyak kerja rumah dan aktiviti kokurikulum yang perlu diberi perhatian. Jika ada masa yang terluang, kawan mengajak keluar bersantai. Dengan aktiviti yang begitu banyak perlu dilakukan, memiliki kulit bersih berseri pasti mengurangkan masalah membimbangkan remaja.

“Malangnya, 80 peratus muka remaja dan golongan muda ditumbuhi jerawat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Perubahan hormon ketika akil baligh menyebabkan sebum berlebihan pada muka dan pengumpulan sel kulit mati menyebabkan liang roma tersumbat. Keadaan itu menyebabkan pertumbuhan jerawat yang mencela wajah,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran rangkaian produk baru, Clearasil Stayclear di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Chan berkata, kaji selidik rambang yang dibuat syarikat itu pada Mac hingga Mei lalu mendapati, antara masalah biasa yang dihadapi oleh remaja dan golongan muda ialah jerawat. Rata-rata responden yang ditemui, membenci jerawat dan menganggapnya ia boleh memalukan mereka.

Kaji selidik itu membabitkan 100 responden berusia 15 hingga 24 tahun dan mereka terdiri daripada kumpulan pelajar kolej serta sekolah menengah dari sekitar Lembah Klang. Antara tujuan kaji selidik ialah untuk mengetahui apakah cara penjagaan kulit wajah yang biasa dilakukan di kalangan remaja dan golongan muda.

Berdasarkan kaji selidik itu, kata Chan, remaja dan golongan muda mengimpikan kulit yang bersih iaitu tiada jerawat, tidak berminyak dan tidak ada tompok hitam yang mencela wajah.

“Kehadiran jerawat pada wajah boleh menyebabkan seseorang itu berasa malu pada rakan dan orang sekelilingnya sehinggakan ada yang sanggup berubah secara drastik seperti mengurungkan diri di rumah dan enggan bertemu dengan rakannya. Apabila keluar rumah pula, ada yang menggunakan buku bagi menutupi wajah. Tidak kurang juga yang memberitahu, mereka berasa sedih dan tertekan kerana wajah mereka tampak hodoh apabila ditumbuhi jerawat.

“Keadaan itu juga secara tidak langsung turut membuatkan mereka hilang keyakinan diri atau berasa rendah diri. Selain itu ada responden memberitahu, setiap kali ditumbuhi jerawat mereka akan mengambil langkah tertentu seperti menjaga amalan pemakanan dan menggunakan produk tertentu bagi mengatasi masalah berkenaan. Ada juga yang menggunakan kosmetik dengan tujuan melindungi kecacatan kulit dan menyorokkan kulit yang kurang sempurna,” katanya.

Chan berkata, penggunaan kosmetik hanya untuk melindungi ketidaksempurnaan pada wajah, sepatutnya bukan menjadi amalan kerana individu tidak perlu lari daripada kenyataan. Sebaliknya, memahami program asas penjagaan kulit adalah lebih penting dalam menangani masalah jerawat.

“Dalam usaha menghilangkan masalah jerawat dan inginkan kesan yang cepat, ada juga remaja menggunakan sesuatu produk secara keterlaluan. Ini mungkin berisiko kerana sesetengah bahan kimia yang ada pada produk terbabit boleh menjejaskan struktur kulit normal.

“Rawatan kulit berjerawat memerlukan individu supaya bersabar kerana ia memakan masa dan secara umum, masalah kulit tidak boleh diatasi dalam tempoh paling singkat atau sekelip mata. Oleh sebab itulah amalan rutin penjagaan kulit wajah adalah penting. Bagaimanapun, jika penggunaan sesuatu produk itu bermasalah pada wajah individu perlu cepat-cepat menghentikannya dan dapatkan rawatan daripada pakar,” katanya.

Mengenai kulit
Perlu diketahui, walaupun sesuatu produk berjenama dan mahal, ia tidak semestinya sesuai untuk kulit anda. Adalah suatu yang biasa bagi individu berkulit normal tiba-tiba mendapat kulit bermasalah dan berminyak selepas menggunakan produk berjenama serta mahal.

Ada pembersih muka sangat berkesan menanggalkan sisa solekan dan liang berminyak pada permukaan kulit, tetapi menjadikan kulit kering dan kasar. Ada juga pembersih muka yang baik dalam membuang sisa kotor pada permukaan kulit tanpa mengeringkan muka, tetapi selepas beberapa kali menggunakannya, kulit menjadi semakin berminyak dan timbul jerawat. Pastikan anda kenal dan faham jenis pembersih yang harus digunakan.

Gunakan pembersih jenis krim atau losen (kebiasaannya sesuai untuk kulit kering) sebelum tidur dan pada waktu pagi. Jika anda mempunyai kulit berminyak dan berjerawat, gunakanlah pembersih jenis gel atau pembersih bertindak mendalam (deep cleanser) dan seboleh-bolehnya cuba elak menggunakan pembersih jenis krim atau losen kerana ini menyebabkan kulitlebih berminyak dan mudah diserang jerawat.

Individu disarankan membersih muka tiga kali sehari. Ini perlu untuk mencegah sisa minyak berlebihan tidak tersumbat pada liang kulit.INFO: Cara menjaga kulit berjerawat

Jangan sekali-kali mencubit, mencungkil atau menggaru jerawat. Perbuatan ini akan lebih memburukkan keadaan dan akan menyebabkan parut yang kekal di muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084190 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list