CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: LET'S CHIT CHAT

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2024 08:28 PM | Show all posts
We sweat when we are anxious in order to inform others.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 08:30 PM | Show all posts
Jun Hao mahu konsisten, lebih sabar


JUN HAO berharap dapat mengekalkan prestasi sama seperti meraih naib juara Kumamoto Masters menjelang aksi China Masters esok. - AFP



PERSEMBAHAN memukau dipamerkan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao sewaktu Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun baru-baru ini menjadi bekalan terbaik sebelum turun menghadapi China Masters bermula esok.
Pemain ranking ke-31 dunia itu berjaya ke final Kumamoto Masters tetapi impiannya untuk membawa gelaran sulung musim ini tidak kesampaian apabila tumpas kepada pemain No. 9 dunia dari China, Li Shi Feng 10-21, 13-21.
Bagaimanapun, Jun Hao, 25, berpuas hati dengan prestasinya terutama mencipta kejutan menewaskan pemain-pemain di ranking lebih tinggi seperti Lakshya Sen, Koki Watanabe, Kodai Naraoka dan Jonatan Christie.“Saya sudah berikan segala-galanya untuk sampai ke sini.
Dia (Shi Feng) memang lawan yang sukar dan susah untuk mendapatkan mata daripadanya.
“Saya harap dengan mencapai final ini dapat membantu membina keyakinan diri. Saya harap dapat lebih sabar dan konsisten serta membuat keputusan yang lebih positif,” kata Jun Hao.
Selepas ini, Jun Hao akan menghadapi kejohanan berstatus Super 750 di China Masters dengan berdepan pemain No. 33 dunia, Takuma Obayashi.
Sekiranya dapat mengekalkan persembahan luar biasa, bekas juara remaja Asia itu akan berdepan sama ada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu atau pemain pilihan ketiga, Anders Antonsen dari Denmark.

“Di Jepun, dia (Jun Hao) bermain baik dan kita harapkan dapat keluarkan permainan yang sama dan bagus. Perlawanan di Jepun juga memberi motivasi kepada dia terutama faham mengenai dirinya sendiri,” ujar jurulatih perseorangan lelaki negara, K. Yogendran. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2024/11 ... sisten-lebih-sabar/






Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:32 PM | Show all posts
Tefal lancar siri terbaharu penggoreng udara panas


Jack (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran siri penggoreng udara panas baharu Tefal di Putrajaya, hari ini.



PETALING JAYA – Tefal hari ini mengumumkan pelancaran siri terbaharu penggoreng udara panas sebagai sebahagian daripada kempen ‘Healthy Pun Boleh Tasty’ yang mencabar mitos umum bahawa memasak secara sihat, terutamanya menggunakan minyak yang sedikit, boleh menjejaskan rasa.
Melalui kerjasama dengan AEON Co. (M) Bhd, Tefal menunjukkan dedikasinya untuk memudahkan proses memasak dan pada masa yang sama, mempromosikan aspek kesihatan, rasa, dan kemudahan.
Siri penggoreng udara panas baharu Tefal mampu mengurangkan masa memasak sehingga 50 peratus dan menjimatkan tenaga sehingga 70 peratus berbanding ketuhar konvensional, sekali gus membolehkan pengguna menikmati gaya hidup ‘kurang kerja rumah, lebih masa untuk kehidupan’.
Pengurus Negara Groupe SEB Malaysia, Jack Wong berkata, produk pihaknya menggalakkan kaedah memasak yang lebih sihat, justeru merapatkan jurang antara kesedaran pemakanan dan penerapan praktikal.
“Penggoreng udara panas Tefal bukan sekadar peralatan dapur, ia merupakan gerbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat tanpa berkompromi terhadap rasa yang kita semua suka.
“Dengan cogan kata kami iaitu ‘Healthy Pun Boleh Tasty’, Tefal selaku pencipta penggoreng udara panas ingin memberi inspirasi kepada tabiat memasak yang lebih baik sambil menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan seimbang tanpa mengorbankan cita rasa kegemaran,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/11/18/tefal-lancar-siri-terbaharu-penggoreng-udara-panas/






Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:33 PM | Show all posts

hi yang

selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak nyanyi lagu klasik laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 08:34 PM | Show all posts
Hubungan perdagangan kukuh Malaysia-UAE sokong permintaan produk halal di rantau MENA




[size=14.399999618530273px]Ahmad Zahid (tengah) ketika mendengar penerangan daripada Jurutera IP Utama 'IP Backbone Engineer' Fatima Alkaabi (kiri) pada lawatannya ke Space42, pada Khamis, 14 November, di Abu Dhabi. Turut hadir Bakal Duta Besar Malaysia ke UAE Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin (tiga, kiri) dan Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (empat, kiri). - foto BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


DUBAI: Hubungan perdagangan kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam industri halal telah menyokong permintaan dan memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia telah membangunkan sistem pensijilan halal yang komprehensif dan dipercayai di peringkat global melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan pensijilan halal negara diiktiraf di peringkat antarabangsa, dengan 88 badan pensijilan di seluruh dunia menyokongnya.
"Malaysia juga telah membina ekosistem halal yang kukuh dan matang, secara konsisten berada di kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global.
"Pencapaian ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kami terhadap standard tinggi, kualiti dan integriti, yang menyokong kepimpinan dan komitmen Malaysia untuk memajukan sektor halal global," katanya dalam ucapan perasmian pada acara MIHAS@dubai 2024, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pada 2023 Malaysia merekodkan eksport halal bernilai RM55 bilion (AS$12.5 bilion) dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) memainkan peranan penting dalam membuka potensi yang lebih besar untuk industri tersebut.


Menurutnya, UAE muncul sebagai destinasi utama produk halal Malaysia dalam kalangan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), mencatatkan import bernilai RM1.13 bilion (AS$256 juta).
Tahun ini, dengan MIHAS@Dubai, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyasar mencapai sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion (AS$250 juta) menunjukkan keyakinan permintaan tinggi terhadap produk halal Malaysia.
"Selama dua dekad, MIHAS telah menjadi platform yang banyak membantu kejayaan perniagaan halal, daripada perusahaan kecil hingga syarikat besar. Dengan penganjuran MIHAS di Dubai, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Timur Tengah dan melangkaui darinya.
"Ini bukan sekadar menunjukkan komitmen kami; ia adalah janji untuk terus membina ekosistem halal yang teguh dan inklusif," katanya.
Melalui komitmen terhadap Diplomasi Halal, Ahmad Zahid berkata Malaysia berusaha untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa, mewujudkan ekosistem halal yang dinamik dan menjalin perkongsian strategik yang akan menggerakkan matlamat bersama.
"Marilah kita melihat MIHAS@Dubai bukan sahaja sebagai pameran perdagangan tetapi sebagai platform untuk membina perkongsian yang berkekalan.
"Secara bersama-sama, kita boleh mengukuhkan komuniti halal global, memberi manfaat kepada perniagaan, masyarakat, dan generasi akan datang," katanya. – BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325634/hubungan-perdagangan-kukuh-malaysia-uae-sokong-permintaan-produk


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam Bulan Dipagar Bintang
Tan Sri P.Ramlee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam bulan dipagar bintang
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:36 PM | Show all posts
Tak usah bangkitkan lagi, sudah selesai - Stacy




[size=14.399999618530273px]Stacy sudah menjelaskan kepada Bella mengenai rasional keputusan menarik diri daripada Konsert A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku. Foto NSTP Amirudin Sahib

[size=14.399999618530273px]


SHAH ALAM: Stacy menganggap isu penarikan diri daripada Konsert A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku dan apa yang dikatakan krisis dengan Bella Astillah sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.
Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, berkata beliau sudah memberi penjelasan kepada Bella Astillah mengenai rasional keputusan diambil.
"Kami ada berhubung dan saya harap Bella kalau ada masa boleh jelaskan bagi pihaknya. Bagi saya, cukup untuk saya sampaikan di situ sahaja.
"Tidak mengapa kalau orang lain tidak faham. Saya hanya buat apa yang menjadi tanggungjawab saya dan 'move on'.
"Kalau hendak tahu selebihnya, sepatutnya Bella yang kena bersuara. Tetapi, pada saya, sudah-sudahlah... Sudah selesai pun," katanya ditemui pada acara Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-39 di Studio 1, Glennarie di sini, baru-baru ini.
Mengulas hubungan dengan Bella selepas insiden itu, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu menjelaskan mereka baik-baik sahaja.
Stacy berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana industri hiburan sangat kecil untuk mereka bermasam muka.
"Macam mana sekali pun pusing-pusing situ juga... Industri kita pun kecil. Lagipun, Bella orang kampung saya.
"Sebenarnya, pihak yang sengaja hendak memperbesarkan perkara ini adalah netizen... Kami okay sahaja. Saya pun tidak ada masa hendak jelaskan siapa betul dan siapa salah dalam hal ini.
"Tetapi kalau mereka tidak faham dan hendak cakap apa sahaja, tidak mengapa kerana perkara ini pasti akan berlalu.
"Apa yang penting kami sesama sendiri baik-baik sahaja Sebenarnya, saya gembira dengan keputusan menarik diri itu sebab selepas itu, ada tiga penyanyi lain diberi rezeki apabila diundang untuk menjayakan konsert itu," katanya.
Stacy turut menyangkal dakwaan bersikap 'diva' hanya kerana membuat keputusan menarik dari daripada menjayakan Konsert A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku seperti yang diperdebatkan di media sosial.
"Saya hanya jadi 'diva' ketika berada di pentas membuat persembahan. Rasanya semua orang sudah maklum latar belakang saya sebelum bergelar penyanyi.
"Saya datang daripada keluarga miskin. Apapun, saya sudah 16 tahun dalam industri seni dan semua ini adalah lumrah dalam dunia hiburan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Stacy dan Akim Ahmad layak mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 tahun apabila dua lagu ciptaan mereka bakal dipertandingkan.
Lagu itu adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi dan Saksama dendangan Akim And The Majistret.
Sebelum ini, Stacy dilapor membuat keputusan menarik diri daripada Konsert A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur di sini, pada 30 November ini.
Poster promosi konsert terbabit didakwa menjadi salah satu Stacy yang juara musim keenam Akademi Fantasia (AF6) menarik diri.
Selain Bella, Konsert A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku disertai Didi Astillah, Wani Kayrie, Ayu Damit, Adira, Marsha Milan, Azharina, Nikki Palikat dan Salma.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1325551/tak-usah-bangkitkan-lagi-sudah-selesai-stacy





Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin indah jika dipandang
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagai gadis beri senyuman
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada bujang idaman
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Duhai kasih ingin dimanja
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan cumbuan mesra
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:38 PM | Show all posts
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir tahniah kepada Siti Nurhaliza




[size=14.399999618530273px]Siti Nurhaliza menerima Anugerah Biduan Negara 2024. - FOTO BERNAMA

[size=14.399999618530273px]


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang menerima Anugerah Biduan Negara 2024.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan harapan agar gelaran yang diterima anak jati Kuala Lipis itu dapat menyuntik semangat beliau untuk terus melakar lebih banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.
"Baginda berdua juga berharap pencapaian diperolehnya mampu menjadi dorongan untuk individu lain mencapai kejayaan maksimum dengan usaha yang bersungguh-sungguh," menurut catatan di Facebook Kesultanan Pahang.
Kejayaan Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara pada Majlis Anugerah Seni Negara, 13 November lalu, meletakkannya sebagai penerima ketiga anugerah berprestij itu selepas penerima pertama, Allahyarham Puan Sri Saloma pada 1978, dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006.
Mula menceburi industri seni pada 1995, Siti Nurhaliza sepanjang pembabitannya telah memenangi lebih 300 anugerah dari dalam dan luar negara, termasuk 42 anugerah pada Anugerah Industri Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (25), Anugerah Planet Muzik (28), MTV Asia Award (empat), selain pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebanyak dua kali.


Selain itu, beliau juga telah merakamkan lebih 200 lagu menerusi 20 album, mengadakan lebih 60 konsert di dalam dan luar negara serta disenaraikan sebagai 500 Muslim Berpengaruh Dunia 10 tahun berturut-turut, di samping pernah mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall London pada 2005. – BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1325662/sultan-pahang-tengku-ampuan-zahir-tahniah-kepada-siti-nurhaliza


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk penlipurlra
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk penlipurlra
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Penawar dek asmara
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.315384 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list