CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Scheherazade

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 28

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-1-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2021 01:45 PM
Kakak belanje, kome

Ah, mkn pizza. Tmbh lg free, sedap sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2021 06:31 PM
Salah kira...betul awak tulis 92 tu...

Ikea Kota Damansara tutup. Ada pekerja positive covid kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:51 PM | Show all posts
Pada hari ini, 2 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,295 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 117,373 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,398 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat sembilan (9) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,286 kes.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:53 PM | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 05:35 PM
Tula.. kite beli sbb nak simpan tin tu.. skali tin pulak kemek.. huhu sedeh

Sabo je le...

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 638 kes (27.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 496 kes (77.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 580 kes (25.3 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes (12.5 peratus).
Sebanyak 135 kes (5.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (109 kes), Kluster Tembok Gajah (14 kes), Kluster Kolam Air (3 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes) dan Kluster Tembok Choh (1 kes).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 2-1-2021 04:06 PM
tadaaa... i baru makan... alhamdulillah sedap!


Wiaow, delish! Awat lmbt ngat mkn? Den sudahnya masak td, simple je. Sayur den tinggal carrot, so stir-fry je with lotsa onions. So,rice with daging kicap + carrots


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:55 PM | Show all posts
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan (9) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 483 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian        No. Kes        Negeri        Jantina (warganegara)        Umur (tahun)        Hospital/ Tempat Kematian        Latar Belakang

475        90455        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        73        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, benign prostatic hyperplasia, katarak, dan glaukoma

476        97077        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        67        Hospital Kuala Lumpur        Penyakit darah tinggi, kanser, dan dislipidemia

477        101095        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        41        Hospital Sungai Buloh        Penyakit kencing manis, dan obesiti

478        112584        Perak        Lelaki (WN)        82        Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh        Penyakit Chronic Obstructive Airway Disease, demensia, dan masalah pendengaran

479        113247        Sabah        Perempuan (WN)        65        Hospital Duchess of Kent Sandakan        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
480        114024        Selangor        Lelaki (WN)        76        Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

481        114025        Selangor        Lelaki (WN)        66        Hospital Ampang        Penyakit tuberculosis.

482        114536        Negeri Sembilan        Lelaki (WN)        72        Hospital Tuanku Ja’afar Seremban        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

483        115055        Kelantan        Lelaki (WN)        72        Hospital Raja Perempuan Zainab II        Penyakit kencing manis, jantung, buah pinggang, Chronic Obstructive Airway Disease, dan Peripheral Vascular Disease

*WN merujuk kepada warganegara.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 04:11 PM
Rasanya mostly perempuan yg gitu. Lelaki tak kot.. kalau kne byr shipping depa byr je walaupun lag ...

Ye ke? Hehehehe. Mcm satu tabiat lak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:56 PM | Show all posts

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 2 Januari 2021, terdapat sebanyak 523 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 294 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Seri Wangsa, Kluster Batu Lima, Kluster OAD dan Kluster Kasah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 229 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Harum (206 kes), Kluster Bukit Pasir (174 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (137 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER HARUM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 435 individu telah disaring, di mana 206 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA CASUARINA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 289 individu telah disaring, di mana 53 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU LAPAN
Kluster ini melibatkan daerah Tambunan, Ranau dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 341 individu telah disaring, di mana 52 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BBN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DEWANI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Januari 2021 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER RENGGAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BELUKAR
Kluster ini melibatkan daerah Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103887) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 194 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KOLAM PERMAI
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-109314) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MADOR
Kluster ini melibatkan daerah Meradong dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110418) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu dari kawasan berisiko tinggi. Sehingga 2 Januari 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 06:58 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 2-1-2021 05:50 PM
Ah, mkn pizza. Tmbh lg free, sedap sgt

Piza & sup cendawan...nom nom...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 06:59 PM | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 05:51 PM
Ikea Kota Damansara tutup. Ada pekerja positive covid kan

Lerr...mujo x jd ajak kakak...teringin meatball dia...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:01 PM | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 05:38 PM
Tula..lgpon td mkn nasi lambat.. so xlapar sgt

Mkn kudapan je le kale lapo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 04:15 PM
Jiran2 ramai yg quit kje utk buat baking.. so hari2 mmg akan ada iklan.. depa quit b4 pendamic lag ...

Keypo sounds like one of my ex-bosses yg den admire. Dia pun kata dia tatau nk buat apa bila pencen sbb dia cuma tau files je. Dia x suka buat keje2 rmh. But dia pandai masak, sedap wo. Bila dia pencen, dia still lg board members some big organisation. So, apart from some meetings, dia travel. Dia mmg suka travel and SHOPPING. Dia la yg tarik den buat international. Anak2 dah besar, org ado2, so mmg dia enjoy la retirement dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-1-2021 04:25 PM
Dinner cdg nasi, sup cendawan, sotong tempura...kakak nak masak

Sedapnya sotong tempura, yums! Fave tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 05:57 PM
Btw kopi kedah beli 31.12 hrtu dah sampai harini.. tp Tin dia kemek la..

Cepat nya sampai! Enjoy it!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:03 PM | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 05:37 PM
Hehe takpela bagus gak.. siapkan kje2 esk leh tgk final LCK2

Tak boleh agak juara...semua best...cun2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 2-1-2021 06:15 PM
Aritu kaben sempat pergi ke Kedah kejap. Arini dah start bertugas balik semula. Sche kemana cuti2  ...

Den x kemana pun kaben. Duduk rmh diam2 je Ada shoppim2 ka 1/1 semlm?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 07:04 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 2-1-2021 06:02 PM
Sedapnya sotong tempura, yums! Fave tu

Beli kat Tesco. .. Yg Pacific West Baby Squid...beso & bertelur...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 06:31 PM
Ooyeke.. xpela.. hang kemas2 la dlu apa yg patut..

Kain baju tok dah siap basuh dan sidai.. Mlm nanti baru kemas barang iols.. Baju iols.. Esk iols basuh kat tempt sewa baru..barang2 lain iols tinggal dulu.. Mesin kopi wajib bawa.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:19 PM | Show all posts
Perincian 2,295 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Januari 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 638 kes
    • 284 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Renggam dan Kluster Tapak Bina Casuarina;
    • 212 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 140 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 580 kes
    • 431 kes daripada kluster-kluster, termasuk 231 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Dewani dan Kluster Harum;
    • 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 288 kes
    • 82 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 193 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 259 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lapan;
    • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 156 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 131 kes
    • 86 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan BBN;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 95 kes
    • 88 kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 47 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 29 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 26 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Belukar;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 16 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kolam Permai;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 12 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Lima (5) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 12 kes
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mador; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 2-1-2021 01:12 PM
Den cuba this korean restaurant, Jinjja Chicken. Den order jjamjja myeon (half jjamppong half ja ...

iols mampu nganga je la tgk nama2 mknn ni..
kalau gi rest korean, mmg kena ada assistant tlg orderkan.
terer la sche, kenal byj jenis korean food
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.438406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list