|
RIANZ PARADISE VOL. 74 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by joenjohana at 10-6-2009 23:19
itulah.....tetiba dok ckp pasal gigi lak mlm ni
USM Temui Bahan Nanoseal Plus Bantu Rawat Kanal Akar Gigi
KOTA BAHARU, 10 Jun (Bernama) -- Universiti SainsMalaysia (USM) mencipta satu lagi sejarah perubatan moden negarasebagai universiti pertama berjaya menghasilkan bahan "nanoseal plus"bagi membantu rawatan kanal akar gigi.
Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Kampus Kubang KerianProf Ab Rashid Ismail berkata nanoseal plus adalah bahan perekatpertama menggunakan zarah nano dengan teknologi masa kini yangmempunyai bentuk yang menyamai struktur gigi.
"Ia juga dapat mempertingkatkan bioserasi dan daya lekat antarabahan perekat dengan gigi yang mana kekuatan daya lekat amat pentingdalam memastikan kejayaan rawatan kanal akar yang dilakukan," katanyadalam sidang akhbar bagi mengumumkan kejayaan universiti itu di sinihari ini.
Beliau berkata kombinasi teknologi nano dengan bahan menyerupaistruktur gigi memberi beberapa kelebihan dan zarah nano yang reaktifdapat merencatkan pertumbuhan bakteria, kesannya ia akan mempercepatkanproses pembaikan gigi yang dijangkiti.
"enemuan bahan ini hasil kajian bersama dengan beberapapenyelidik dalam pelbagai disiplin yang terdapat di USM yang merupakansatu kaedah perawatan ke atas gigi-gigi yang telah mati kekal berfungsidalam mulut," katanya.
Prof Ab Rashid berkata pada peringkat pertama prosedur, kanal gigiyang telah mati perlu dicuci dan dibersihkan untuk mengelak jangkitanbakteria.
Kanal itu kemudiannya dipengap bagi memastikan tiada bakteria daridalam mulut dapat masuk ke kanal, yang boleh menyebabkan jangkitan tisudi bahagian hujung akar gigi, dan akhir sekali gigi akan ditampal bagimengekalkan bentuk dan fungsinya.
"Bagaimanapun, rawatan kanal akar ini terdedah kepada risikokegagalan kerana terdapat kanal-kanal kecil yang tidak dapat dipengapdengan sempurna dan kegagalan boleh menyebabkan bakteria menyusup masukseterusnya menyebabkan infeksi dan pada peringkat ini bahan NanosealPlus memainkan peranannya," katanya.
Beliau berkata walaupun tumpuan terhadap bahan perekat untuktujuan pengapan ini jarang diberi perhatian, kumpulan penyelidik dariPusat Pengajian Sains Pergigian USM melihat bahawa bahan perekat inimerupakan faktor terbesar yang akan menentukan kejayaan rawatan kanalakar.
"Zarah nano dapat meningkatkan kesan pengapan kanal yang dibuatrawatan yang mana saiz bahan aktif nano akan dapat memasuki kanalaksesori untuk memastikan semua ruang dipengap dengan sempurna yang inimembolehkan gigi kekal lebih lama dalam mulut," katanya.
Prof Ab Rashid berkata nanoseal plus bukan sahaja mampumeningkatkan nama USM dan negara dalam bidang pergigian tetapi dapatdigunakan untuk mengurangkan kos rawatan serta dapat dinikmati olehsemua.
"Kos membuat rawatan ini adalah sekitar RM50 yang jauh lebih murahdaripada bahan yang terdapat dalam pasaran iaitu sekitar RM300 dan inimerupakan salah satu visi universiti untuk memastikan kelestarian bahanyang dihasilkan dapat dinikmati oleh semua," katanya.
Beliau berkata statistik terkini menunjukkan purata umur 35 ke 44tahun seseorang individu akan kehilangan lapan batang gigi akibatcabutan dan sekitar 65 tahun ke atas individu akan kehilangan 21 batanggigi daripada 32 batang gigi kekal yang ada.
"enggunaan teknologi nano ini akan dapat mengurangkan bilangan gigi yang dicabut," katanya.
Nanoseal plus telah memenangi anugerah emas di PameranAntarabangsa Rekacipta, Inovasi dan Teknologi ke-20 (ITEX09) selainmenyertai pameran di Hannover Fair, Jerman baru-baru ini.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
tu diaaaaaaaaa....berita psl rwtn gigi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1471 hanyadiriku's post
mantapps...siap artikel lg
tenkiu kak |
|
|
|
|
|
|
| |
|